Friday, 31 January 2014

SEJARAH TAHUN BARU CINA

 Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

JK MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA

 Raya raya raya yuhuuuuuuu. JK ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

GONG XI FA CAI

Thursday, 30 January 2014

#PRKJubor :Jawapan Kepada Strategi Bodoh Rafizi Ramli @rafiziramli @anwaribrahim @mymassa @NajibRazak


1. Sekarang kita tahu tujuan YB Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang adalah untuk menjadikan Selangor sebagai kubu Pakatan Rakyat daripada serangan politik UMNO. Menurut Rafizi Ramli- strategis PKR yang bijak pandai, langkah ini perlu berdasarkan bacaan beliau yang menjangkakan PN Najib Razak akan dijatuhkan sebagai Perdana Menteri.

2. Kita perlu ingat sebarang usaha untuk menyingkirkan Presiden Umno adalah melalui pilihanraya parti. Tun Abdullah didesak keluar pada pemilihan agung Umno 2008. Usaha menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai presiden parti juga dibuat melalui saluran yang sama. Jadi Yb Rafizi- di mana logiknya kalaulah benar puak ultra Tun Dr Mahathir mahukan PM Najib Razak berundur, kenapa tidak dilakukan pada pemilihan Umno tahun lepas? Lebih pelik, beliau masih dipilih sebagai presiden tanpa bertanding dan dicabar.

3. Dengan mengatakan YB Anwar Ibrahim perlu turun ke Selangor dan memerintah negeri tersebut untuk menjadi model negeri maju, YB Rafizi secara tidak langsung menidakkan kebolehan YB Khalid Ibrahim, YB Azmin Ali, kesemua YB Pakatan di Selangor dan sudah tentunya dirinya sendiri dalam memastikan jalan raya di bandar-bandar negeri Selangor diturap. 

4. Sudah terang lagi bersuluh tindakan ini menunjukkan kurangnya bakat pemimpin dan kepercayaan di kalangan ahli Pakatan Rakyat untuk mempimpin. Nampkanya hanya YB Anwar Ibrahim sahaja yang boleh diharapkan dalam menyelesaikan isu air, kalimah Allah/Jais dan perumahan awam di Selangor.

5. Bukan sahaja kekurangan bakat, Pakatan juga tidak mempunyai visi yag jelas. Hanya 7 bulan selepas pilihanraya umum ke 13 mereka tiba-tiba berubah fikiran siapa yang patut memimpin kerajaan negeri. Adakah ini bermakna sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat, perkara yag sama akan dilakukan untuk mengelakkan perebutan kuasa?

6. Dalam erti kata lain, selagi ada pemimpin mereka yang merajuk, Anwar Ibrahim akan terpaksa turun padang menawarkan diri menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya pihak-pihak yang bergaduh dapat ditenteramkan. Jika inilah rentaknya, sampai bila pemimpin berkleas dunia ini akan mula memimpin Negara?

7. Hujah yag dikemukakan oleh Rafizi adalah mereka terpaksa bertindak segera kerana tidak mahu nasib yabg dialami kerajaan PAS Kedah berulang adalah tidak tepat dan mengelirukan. Memang benar berlaju perebutan kuasa di Kedah tetapi berbeza dengan Selangor, Menteri besar Kedah ketika itu sakit teruk yang menyebabkan beliau tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

8. Malah Rafizi sendiri mengakui MB Selangor sekarang Tan Sri Khaid telah meletakkan ‘standard’ yang tinggi di dalam pentadbiran beliau. Jadi mengapa perlu menggantikan beliau dengan seorang yang pernah dipenjarakan atas salah guna kuasa, mengalami krisis moral serta telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Kewangan suatu ketika dahulu?

9. Sebenarnya apa yang Rafizi,si strategis ini gagal untuk memberitahu kita adalah- di sebalik kehebatan karisma politik Anwar Ibrahim, bos beliau bukanlah seorag pentadbir yang cekap dan effisien. Kegagalan beliau dalam menyelesaikan konflik Khalid-Azmin sudah cukup membuktikan perkara ini. Jadi adakah dengan meletakkan seorag pentadbir yang kurang cekap berbanding MB sedia ada adalah tawaran terbaik kepada rakyat Selangor?

10. Sekiranya Rafizi benar-benar ingin menjadi strategis yang hebat, silalah belajar daripada kerajaan Barisan Nasional yang lebih pragmatic dalam menyelesaikan konflik perebutan kuasa. Belajarlah bagaimana jawatan Ketua Menteri Sabah diselang seli antara parti komponen Sabah. Tidak rugi sekali sekala belajar daripada musuh politik anda.

11. Menurut Rafizi, ‘Kajang Move’ ini adalah ‘game changer’. Tapi yang beliau tidak sedar, ini mungkin adalah ‘game over’.

#PRKKajang :Rafizi Habis Modal,UMNO Juga Yang Dipersalahkan! @rafiziramli @anwaribrahim @mymassa @NajibRazak @SayaSayangTunM


Padan muka si Rafizi tu. Lain kali kalau nak tembak ke apa ke, tengok orang dulu. Ini bekas Perdana Menteri ko nak tembak. Silap orang le lu. Tun Mahathir makan garam dahulu dari ko. Jadi, stretagi si Rafizi yang cuba menabur fitnah dan memperlekehkan Tun tidak menjadi. Sebaliknya dia yang kena tempelak oleh Tun. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Dalam statementnya, Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika Perdana Menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada beliau jadi PM pun, kata Tun.

Jelas Tun lagi, memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah, itulah kerja depa katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang tadi. Kepada Rafizi, elok le cari cerita yang lebih berfaedah. Jangan asyik nak tembak atau fitnah orang. Ada baiknya ko jaga parti PKR ko yang sedang bergelut dengan masalah. Sebagai seorang Pengarah Strategi, carilah strategi bagaimana nak jadi Presiden PKR satu hari nanti.

Takkan selama-lamanya nak jadi baruah si Anwar tu. Memang bodoh macam lembu le ko ni. Nama je Pengarah Strategi, tapi semua strategi ko tidak berjaya. Ada juga manusia seperti si Rafizi dalam dunia ni ye.

Tahniah PAS :Slogan PAS For All Di Pulau Pinang Berjaya Tarbiah Penduduk Cina Pulau Pinang! @cmlimguaneng @nikabdulaziz @SayaSayangTunM @tun_faisal @mymassa @papagomo


Untuk apa program ini diadakan? Apakah ini penganjuran muslimah islam untuk bertudung? Tidak ada gunanya kalau bertudung kalau nampak jelas daging montok paha. Mungkin ini fesyen tudung terbaru, JK tak tahu. Siapa lah yang ajar mereka ni pasal bertudung agaknya. Seharusnya sekretariat PAS yang menganjurkan program ini memberikan nasihat dan bukannya menggalakkan kedua-dua mereka ini menghina Islam. Agak-agaklah kalau bergambar hendak mempersendakan Agama. Takkanlah sebegini jahil mukarrab kedua-dua mereka ini? Kalau ianya PAS hendak berpegang kepada prinsip PAS For All, janganlah sampai Islam dipijak-pijak.

Rasanya amoi dua orang ni disuruh bergambar seperti demikian. Kalau itu program Pas, takkan la depa tak boleh tegur. Atau Pemuda Pas dah tak mampu nak tegur sebab dah terkaku melihat betis amoi-amoi ni?

Macam ni ke contoh PAS nak ajar DAP belajar bab Islam?

#PRKKajang, Haram Kerana Khianat Amanah Rakyat – AJK #Pas Pusat

Tindakan pimpinan PKR yang mempermainkan sistem demokrasi mendapat bantahan dan kecaman ramai pihak. Ramai yang melihat, tindakan Adun Kajang yang sengaja meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar bertanding sebagai satu pembaziran dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi, terkejut dengan ‘perancangan’ untuk mengadakan pilihan raya kecil yang bukan disebabkan kematian atau keuzuran . Menurutnya keputusan meletakkan jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan bagi memberi laluan pada seseorang yang lain disifatkan sebagai main-main.

“Pilihanraya ni sebahagian dari perjuangan. Bukan untuk melampias agenda peribadi atau kelompok tertentu. Bukan juga tempat untuk test power atau test market dan bukan juga untuk test drive. Jauh sekali menjadi papan catur untuk kick out rakan seperjuangan.

“Pilihanraya adalah medan rakyat memilih pemimpin dan pemimpin telah dipilih dengan penuh pengorbanan dan kepercayaan. Perbuatan sengaja meletakkan jawatan setelah mendapat mandat rakyat adalah satu langkah khianat pada amanah. Sungguhpun tidak lompat parti ia adalah tidak wajar . Kalau lompat parti, maka itu adalah dosa berganda,”

Nasrudin turut mengatakan tindakan bekas Adun Kajang yang meletakkan jawatan itu telah mengabaikan amanah dan mensia-siakan kepercayaan rakyat.

“Lebih malang kerana game ini dilihat cuba untuk mengkangkungkan rakyat. Sudahlah rakyat berhempas pulas mengharungi musim buka sekolah dengan kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang yang melambung, kini wang, masa dan tenaga mereka mahu dihabiskan pula untuk pilihanraya kecil yang malang di Kajang.

“Roadshow GST, mobilisasi TURUN seperti tiada makna bagi mereka. Saat rakyat marah isu kos hidup dan derita dengan isu barang naik, mereka alih tumpuan yang menambah perit dan jerih rakyat. Momentum hilang. Akhirnya rakyat berkata, kami bertarung untuk hidup. Kamu bertarung sesama sendiri untuk merebut jawatan.

Bekas Ketua Pemuda Pas itu turut mempertikaikan tindakan tersebut kerana mengetepikan prinsip muafakat yang kononnya wujud di dalam pakatan pembangkang. Tambah parah apabila PKR langsung tidak berunding dan berbincang dengan Pas dan Dap.

“Ia satu tindakan memudaratkan rakyat dan mengkhianati amanah rakyat. Hukumnya haram bertindak begini.

Di dalam perkembangan yang sama, Pemuda Pas Selangor juga mengambil pendirian yang sama dengan mengecam tindakan PKR yang sengaja meletakan jawatan untuk memberi laluan kepada satu pilihan raya kecil.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim menegaskan jika PKR gagal memberikan penjelasan yang munasabah secara bertulis, mereka akan memboikot PRK DUN Kajang.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR,"

Boikot #PRKKajang : Penyokong Anwar Serang Pemuda #Pas

Para penyokong Anwar, menjadikan laman-laman sosial sebagai medan untuk menyerang Ketua Pemuda Pas ekoran ancaman kenyataan Pemuda Pas Selangor yang akan memboikot Pilihan raya Kecil Kajang sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan bertulis yang munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, sekiranya PKR gagal memberikan penjelasan, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat demikian maka arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR," katanya.

Bertindak atas kenyataan tersebut, para penyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mula menyerang Syarhan dan jenteranya. Paling menarik serangan tersebut turut ditujukan kepada Suhaizat Kaiat dan jentera Pemuda Pas Pusat secara keseluruhan dengan pelbagai kata-kata keci dan hinaan.

Ada yang menyifatkan kenyataan tersebut sebagai tidak matang, tidak bijak dan terencat akal, malah ada yang menyifatkan Pemuda Pas sebagai pencacai dunia dan akhirat, ‘kangkung’, mentaliti ‘orang ulu’ dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, ada mengatakan kenyataan itu sebagai satu tindakan yang tidak bermaruah kerana menyokong isu yang menguntungkan Umno.

Tidak tahan dengan cacian dan kejian itu, beberapa orang penyokong Pas mula tampil bagi mempertahankan tindakan tersebut. Mereka menyifatkan ia sebagai bukti bahawa Pemuda Pas bukan menyokong secara membabi-buta atau sebagai lembu yang dicucuk hidung.

Kesimpulannya, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan semata-mata untuk memberikan laluan kepada Anwar menjadi Menteri Besar Selangor adalah merupakan satu tindakan tidak boleh diterima sama sekali.

Alasan untuk meredakan pergolakan dan pergeseran antara kumpulan Azmin dan Khalid Ibrahim tidak boleh dijadikan alasan sama sekali. Ini kerana selain membuang masa ia juga merupakan satu pembaziran wang rakyat demi nafsu politik dan kepentingan peribadi.

Malah ia juga secara tidak langsung membuktikan bahawa gabungan antara PKR dan Pas sangat rapuh. Walaupun secara luaran mereka nampak seperti menyokong antara satu sama lain, namun pada hakikatnya boleh di ibaratkan sebagai ‘gunung berapi’ yang hanya menanti masa untuk meletup.

Walau apa pun, tahniah diucapkan kepada Anwar kerana tindakan PKR yang sengaja mengosongkan kerusi Dun Kajang telah membuktikan apa yang dikatakan oleh Umno selama ini adalah benar. Iaitu Anwar bukanlah ‘pemimpin anugerah tuhan’ seperti yang dikatakan tetapi adalah merupakan individu yang tamak dan kemaruk untuk berkuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impian tersebut.




Wednesday, 29 January 2014

#PRKKajang :Azmin Penjilat Tegar Anwar! @anwaribrahim @azminali @n_izzah @mymassa @tun_faisal


Azmin Jilat Tidak Habis Lagi Kata Anwar Pemimpin Dunia Walaupun Tidak Boleh Masuk Jepun.

Hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, penduduk Kajang patut bersyukur kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang yang disifatkannya pemimpin bertaraf dunia, bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun.

"Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia" katanya 

Ucapan pengerusi PKR Selangor itu sekali gus disambut sorakan penyokong parti itu.

Sugguhpun demikian, Anwar masih belum dapat mengatasi kehebatan Ayah Pin yang dilantik sebagai wakil Kerajaan Langit untuk memantau keadaaan dunia supaya selamat dan tiada sengketa.

JK: Boleh muntah darah!

Manifesto Anwar Ibrahim Untuk PRK DUN Kajang @anwaribrahim @mymassa @tunfaisal @n_izzah


Kesian Anwar Ibrahim, lepas gelakkan Najib tentang isu kangkung, beliau ditroll bertubi-tubie tentang isu Jepun, perceraian anaknya, Izzah dan terkini kemaruk hendak jadi Menteri Besar. Nah ambillah troll terbaru tentang manifesto Anwar. Di Wikipedia pula, Anwar telah ditabal menjadi Menteri Besar walhal pengundian belum pun dijalankan. Memang kemaruk!





KJ Sarankan #ANUwar Ditabal Sebagai Sultan Melaka. #PRKKajang #PKR #SELANGOR

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba mempersendakan sistem demokrasi negara. Menurut Khairy, tindakan PKR yang sengaja meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding adalah merupakan pendekatan ‘lawak’ dan menyarankan Ketua Pembangkang menobatkan dirinya sebagai Sultan Melaka.

“Apa punya lawak. Ada baiknya, tabalkan diri kamu sebagai Sultan Melaka” ujar beliau di laman sosial Twitter.

Menteri Belia dan Sukan itu, sebelum ini turut menyindir tindakan tersebut ketika merujuk tweet Timbalan Presiden PKR, Azmin yang mengatakan “zaman kegilaan’. Menurut Khairy “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya” sejurus selepas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar telah dipilih untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang.

Manakala bekas calon Timbalan Presiden PKR, Zaid Ibrahim turut mengecam tindakan tersebut.

“Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa,” ujarnya.

Paling menarik apabila mantan mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang selama ini begitu cenderung mengkritik kerajaan, turut menghantam pendekatan politik pakatan pembangkang itu. Dia secara sinis mengatakan tindakan bekas Adun Kajang hanya bertujuan untuk memberikan laluan kepada kawan-kawan dan menghabiskan duit rakyat.

“Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya.

Disebabkan isu perletakan jawatan dan pilihanraya kecil ini diumumkan, masyarakat turut merasakan ia bukanlah satu tindakan yang bijak. Tambahan pula ia dilakukan kerana isu perbalahan dan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini hangat diperkatakan. Berikut adalah antara pandangan masyarakat berhubung isu ini.

Mohd Salihin Nadzari Lantik Anwar bertanding. Anwar ni dah jadi gila macam Sultan Melaka. Eloklah tu Sultan Melaka lak kahwin dengan Nurul Izzah. Nanti bolehlah bawa keturunan Sultan Melaka ke Kajang.

Harimau Malaya II Kenapa perlu letak jawatan? Kenapa tidak bagi laluan pada Adun Pas sebagai Menteri besar Selangor? Yakinkah kalau Anwar Ibrahim menang dapat restu Sultan sebagai Menteri Besar? Semalam Anwar menafikan bertanding di Dun Kajang, hari ini MB Selangor umum Anwar bertanding. Hari ini Anwar nafikan hendak jadi MB Selangor, nanti dah menang apa yang berlaku? Apa alasan ADUN Kajang letak jawatan? Sakit nazak atau dah mati? Kenapa Anwar jadi calon? Tidak ada ke, anak Selangor yang sesuai jadi calon Dun Kajang?

Harimau Malaya II KALAU ADE CALON BEBAS MACAM MANA ?? SALAH BN KA ??? KENAPA ADUN KAJANG LETAK JAWATAN WALHAL X NAZAK,XSAKIT DAN X MATI ??? APA KENA MENGENA SELANGOR DAN PUTRAJAYA ???? KALAU BN BERTANDING PON BKN BN DPT RAMPAS SELANGOR .. KENAPA HALANG BN BERTANDING WALHAL MALAYSIA AMALKAN DEMOKRASI ?? SIKIT2 DA NAMPAK BELANG,KEBODOHAN DAN KETAMAKAN ANWAR ......RENUNGKAN

Triton Hilux Tak tahulah apa alasan yg kukuh utk letak jawatan, dulu rakyat dah mengundi dan menyokong anda, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada PR (PKR)

Suzana Elani duk pompang bn barang naik anwar pkr buat pembaziran hanya krn anwar nak jadi SEORANG ADUN




OH #PAS MASIH ADA SUARA RUPANYA KAH KAH KAH. #SELANGOR

 Kecoh skang ni isu MB Selangor. Sebelum ni PAS senyap je. Ingatkan bisu dah tapi masih ada suara rupanya. HAHAHA.

PAS Selangor memberi kata dua kepada PKR supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan pada Isnin secata tiba-tiba selepas memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Berikutan itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa ANUwar dinamakan sebagai calon bertanding di kerusi tersebut pada pilihan raya yang akan diadakan dalam masa 60 hari.

Berebutlah gaduh sana sini siapa yang nak ganti tempat kosong tu. Apa nak jadi dengan Selangor tak taulah. Yang pasti skang ni Selangor dah kucar-kacir buat dek Pakatan Republik.

Kita tunggu dan lihat saja laaa...

Melayu Singapura Dilabel Paling Miskin Dalam Buku Teks Sekolah! @mymassa @NajibRazak @SayaSayangTunM @mpkotabelud @n_izzah @cmlimguaneng


Jangan sampai perkara sebegini terjadi di Malaysia, tanah orang Melayu! Kaum Melayu tidak seharusnya menjadi kaum yang lemah dan pemaaf apabila orang lain pijak kepala kita. Kita harus tegas dalam berlembut. Jangan sampai si pendatang beraja di sini pula!

Tuesday, 28 January 2014

Cepat Betul Balaci Anwar Ibrahim Buat Kerja! @anwaribrahim @n_izzah @mymassa @SayaSayangTunM @ustazfathulbari



Wah, sebab kemaruk sangat nak jadi MB (selepas plan nak jadi PM gagal), Anwar telah memaksa ADUN Kajang (yang diberitakan sudahpun terbang bercuti ke Australia) untuk meletak jawatan supaya beliau dapat menyandang jawatan ADUN dan seterusnya menjadi MB Selangor. Suka hati sahaja si tua ini mempermainkan amanah rakyat dan membazirkan wang rakyat. 

Dalam ceramah asyik tuduh BN merompak wang rakyat, hakikatnya, Parti Kangkung beliau lagi berperangai tak semenggah. Kalau macai tak sedar lagi tak tahulah JK. Sudah dicucuk hidungnya mungkin. JK dapat info dari twitter papagomo disebabkan mahu bertanding di Kajang, DSAI telah cepat-cepat menukar alamat rumahnya kepada alamat tertera di atas. Apa kata macai siasat berita ini. Kalau kena batang hidung sendiri, semua bukti diminta kan. 



Suara #ANUar Tidak Laku Lagi Dalam #PR. #PKR

PR sering menghentam Dato’ Seri Najib sebagai lemah dan tidak mampu mengawal atau mentadbir negara.  Kata mereka, Dato’ Seri Najib dan Menteri-menteri semua bodoh, sering mengeluarkan kenyataan merepek serta tidak berpijak di bumi nyata selain korup dan boros.

Justeru itu, kata mereka, BN perlu ditumbangkan dan diganti dengan PR.

Apa yang mereka terlepas pandang ialah, sekurang-kurangnya, kedudukan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti adalah jelas di mana semua urusan dan permasalahan parti dan negara tetap dirujuk dan dipikul olehnya.

Sedangkan, di dalam PR kita masih keliru siapakah ketuanya.  Katanya, Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang tetapi dari apa yang kita lihat, yang tiada siapa pun mengendahkan kata-kata Anwar di dalam PR.  Dalam menentukan calon PRU juga, suara Anwar diketepikan dan calon pilihan Anwar ditolak atau dimalukan.

Anwar juga tidak mampu menangani sekecil-kecil masalah seperti perbalahan dalaman PKR antara Azmin dan Khalid Ibrahim.  Anwar berada dalam kedudukan tersekat antara orang kepercayaan isteri dengan orang kepercayaannya.  Malah, Anwar sendiri menyeret dirinya ke dalam perbalahan mereka dengan memihak kepada Azmin tetapi di masa yang sama tidak mampu bertegas ke atas Khalid.

Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sepatutnya bukan sahaja bertanggungjawab terhadap PKR, tetapi juga PAS dan DAP.  Namun, pemimpin PAS dan DAP langsung tidak hormat kepada Anwar.  Mereka langsung tidak merujuk kepadanya tentang kemelut yang melanda parti masing-masing seolah-olah tidak mengiktiraf beliau sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri.

Pada hari ini, jawatankuasa pusat DAP masih belum lagi disahkan walaupun telah menjangkau setahun sejak pemilihan diadakan. Rata-rata ahli DAP terus merungut namun rungutan mereka bagai mencurah air ke daun keladi.

Memandangkan masalah terus berlarutan tanpa penyelesaian, Anwar seharusnya memanggil pemimpin DAP bertemunya, memberi kata dua  kepada mereka atau mengunjurkan jalan penyelesaian kepada parti itu.  Ini hak Anwar sebagai Ketua.

Malangnya, jangankan memanggil pemimpin DAP berbincang, membuat kenyataan tegas agar DAP menyelesaikan masalah mereka segera pun Anwar tidak berani.

Anwar juga membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang Ketua yang prihatin, tidak matang dan tidak bertanggungjawab apabila tidak hadir di Majlis Pengebumian pemimpin besar dari parti sekutunya iaitu Allahyarham Dato’ Seri Azizan Razak dan Dato’ Harun Taib.  Kita faham yang Anwar ‘tidak sebulu’ dengan Ulama-ulama ini, namun kita sangkakan sekurang-kurangnya, sebagai Ketua, Anwar mampu bersikap professional dan hadir juga sebagai tanda hormat.   Atau, setidak-tidaknya, Anwar boleh berlakon berpura-pura prihatin dengan hadir ke pengkebumian mereka walaupun sekejap cuma.

Namun, itu tidak berlaku kerana Anwar hanya mampu berlakon prihatin jika kematian itu berpotensi membawa sedikit keuntungan politik kepadanya, sepertimana dalam kes Teoh Beng Hock.
                                
Berdasarkan fakta di atas, kita tertanya-tanya, siapa atau apakah kedudukan Anwar di dalam PR?  Benarkah beliau seorang Ketua atau hanya ketua di atas kertas sahaja?

Apa yang kita lihat, tiada siapapun yang menghormatinya mahupun merujuk dan meminta pendapatnya baik dari parti sekutu mahupun parti sendiri.  Anwar mungkin dikatakan mempunyai gaya dan karisma sebagai ketua namun Anwar tidak punya sifat kepimpinan untuk menjadikannya seorang ketua yang sebenar-benarnya.  Penyokong PR mungkin ‘meminati’ Anwar tetapi mereka jelas tidak menghormatinya.

Bayangkan bagaimana Anwar boleh menjadi seorang Perdana Menteri yang berkesan jika beliau tidak mampu meraih penghormatan dari partinya sendiri?

Janji-janji Kerajaan Kelantan PAS Yang Masih Belum Tertunai! #Tukar2.0 @Mustapa_Mohamed @nikabdulaziz @hajihusammusa @KhalidSamad @mymassa @Tantawi100


Malulah parti yang kononnya mempertahankan Islam tetapi cakap tak serupa bikin. Janji macam-macam, minta derma macam kilat, alih-alih semua pun tak jadi. Habuk pun takda. Sudah lah Kelantan dinobatkan antara negeri yang kotor, JK hairan di manakah pergi semua duit derma dan peruntukan dari kerajaan persekutuan? Masuk poket sendirikah?

JK: PAS sudah seacuan dengan PKR kerana asyik kantoi menipu!

Peranan raja sebagai ketua agama Islam tak boleh dipertikai

Sumber: Dr Shamrahayu Aziz

Hubungan antara institusi raja dan Islam sudah sinonim dengan sejarah, amalan, budaya dan undang-undang negara. Sejak mula kedatangan Islam ke rantau ini, hubungan kedua-duanya sangat jelas sehingga dimaktub dan dimasyhur dalam undang-undang bahawa raja adalah ketua agama Islam.

Hubungan kedua-duanya juga simbiotik. Jika disebut institusi raja, maka yang jelas difahami ialah raja sebagai ketua agama Islam, tiada fungsi raja lain yang lebih menonjol. Saya tidak menafikan amalan agama Islam dalam institusi raja itu hendaklah sentiasa ditambah baik, tetapi yang pasti hubungan antara raja dan Islam dalam kerangka negara kita tentunya tidak ada sesiapa yang boleh menafikannya.
Walaupun kita tidak mempunyai seorang ketua agama Islam bagi keseluruhan Persekutuan, tiada seinci pun tanah dalam Persekutuan Malaysia ini yang tidak mempunyai ketua bagi agama Islam”

Sudah sekian lama sebelum penjajahan, ketika beratus tahun di bawah penjajahan, sehinggalah Merdeka dan selepas lebih setengah abad kemerdekaan dengan teguhnya Perlembagaan Merdeka, hubungan dan undang-undang mengenai raja sebagai ketua agama Islam sudah diamalkan, diterima dan dirai tanpa persoalan. Mutakhir ini kita lihat banyak kenyataan yang mempertikaikannya dan pasti segala ini mengecewakan.

Saya mahu jelaskan, iaitu raja, sama ada raja di negeri atau Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan adalah ketua agama Islam. Raja adalah ketua agama Islam bagi negeri baginda, manakala Yang di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, negeri yang tidak mempunyai raja, iaitu Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya. Pendek kata, walaupun kita tidak mempunyai seorang ketua agama Islam bagi keseluruhan Persekutuan, tiada seinci pun tanah dalam Persekutuan Malaysia ini yang tidak mempunyai ketua bagi agama Islam.

Islam agama Persekutuan

Saya petik peruntukan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan untuk pembaca memahaminya dengan jelas dan terperinci. Perkara 3 menyatakan:
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap negeri, selain negeri yang tidak mempunyai raja, kedudukan raja sebagai ketua agama Islam di negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan negeri itu dan tertakluk kepada perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya, Majlis Raja-Raja sudah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan. Setiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam di negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya serta bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Semua negeri tanpa sultan sudah memasukkan dalam perlembagaan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam. Bagi Melaka dan Pulau Pinang, Perkara 5; Sabah, Perkara 5b dan Sarawak, Perkara 4a.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, tidak memperincikan tugas raja sebagai ketua agama, tetapi menyebut bahawa bergantung kepada Perlembagaan negeri masing-masing.

Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dapat disaksikan dalam lafaz sumpah jawatan baginda Jadual Keempat, sebahagiannya berbunyi:

“Wallahi. Wabillahi. Watallahi.”

“Maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa agama Islam.”

Pelihara Islam

Umumnya tanggungjawab memelihara agama Islam itu termasuk memelihara agama Islam, syariah dan syiarnya. Oleh itu, sekiranya Yang di-Pertuan Agong bertitah, titahnya itu juga boleh diterima sebagai titah ketua agama Islam. Maka hujah yang menolak titah Yang di-Pertuan sebagai ketua agama Islam bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Bagi kita orang Islam, kita jangan begitu naif dalam hal hubungan raja dan Islam kerana cabaran kepada institusi raja sebagai ketua agama Islam secara langsung mengancam kedudukan agama Islam.

Dalam sejarah dunia metodologi mempersoalkan dan meruntuhkan institusi atau autoriti agama terbukti menjadi trend meruntuhkan kedudukan agama. Berhati-hati, berawas dan berwaspadalah kita.

Monday, 27 January 2014

Debat Kalimah Allah Dibatal Sinar Harian,Khalid Gereja Pengecut? @SinarOnline @Khalid_Samad @nohomar @nikabdulaziz @n_izzah @mparitbuntar





Pada pendapat peribadi JK, Sinar Harian ni saja mahu laga-lagakan sesama Islam apabila mengusulkan untuk membuat debat ini. Kerana apa? Kerana orang bukan Islam yang terkinja-kinja mahu gunakan kalimah Allah, tetapi yang berdebatnya antara dua orang Islam. Pelik bukan? JK rasa sudah-sudah lah nak melayan permintaan bodoh mereka yang asalnya pendatang ni. Kita tunjukkan siapa tuan dia Tanah Melayu ini. Pada Khalid Gereja yang hanya tahu bazirkan duit rakyat dengan buat paper planes dalam Parlimen dan Mujahid Yusof Rawa, tak perlulah anda menjadi barua DAP dan orang bukan Islam di Malaysia. Nak bersubahat dengan mereka mensyirikkan Allah kenapa?? Mereka yang bawa usul ke Mahkamah dan kalah buat apa hendak dilayan lagi?  



JK: Syabas Noh Omar, parti yang selalu difitnah,dikeji,dikatakan parti kafir juga yang sanggup pertahankan kalimah Allah. PAS hanya parti Islam pada nama. Jadi keldai sahaja mengikut telunjuk! JK dengar ada macai buat fitnah cakap Noh Omar yang minta batal,habis tu yang dia pegi pejabat Sihar Harian di Karangkraf tu buat apa?

Biar Betik?Anwar Arahkan ADUN PKR Kajang Letak Jawatan Supaya Beliau Boleh Jadi MB Selangor? @anwaribrahim @mymassa @papagomo @rafiziramli



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang dari PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi tersebut, kata satu sumber parti.

Diantara yang dipercayai bakal bertanding selain Anwar adalah Ahli Parlimen Pandan penggal pertama Rafizi Ramli.

Sumber dalaman PKR itu memberitahu The Malaysian Insider, Lee sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh yang baru sahaja mengesahkan kekosongan kerusi itu.

Lee, 42, yang merupakan seorang peguam dan bekas ahli parti Gerakan selama 10 tahun.

Selepas pilihan raya umum ke-13, PKR hanya mendapat 14 kerusi DUN berbanding DAP dan PAS yang mendapat 15 kerusi DUN.

Bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu menggantikan Lee Kim Sin yang popular sebagai ADUN Kajang dalam PRU13.

Dalam PRU13, Lee mendapat 19,571 undi berbanding calon Barisan Nasional Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee sendiri.

Menurut undang-undang, kata Yeoh, Suruhanjaya Pilihan Raya harus mengadakan pilihan raya di kerusi DUN Kajang dalam tempoh 60 hari.

JK: Tak dapat jadi PM jadi MB pon boleh lah!

Siapa Allahyarham Dato' Harun Taib di mata #PAS???

Oleh : AJ [Pena Minang]

Allahyarham Dato' Harun Taib sudah meninggalkan kita dan kembali bertemu dengan Allah pada 25 Januari 2014 pada jam 12.05 tengah malam yang lalu, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Persendirian Alur Lerang di Manir kira-kira pukul 11 pagi pada hari yang sama.

Cuma aku nak tanya mana pergi muka-muka pemimpin PKR, PAS dan DAP yang lain? Mana pergi Anwar Ibrahim? Sibuk nak ke Jepun lagi ke? Mana pergi Lim Guan Eng? Sibuk cuci kereta Mercedes yang baru ke? Mana pergi Lim Kit Siang? Sibuk mencari babi dihutan? Mana pergi Shamsul Iskandar? Masih sibuk berdemo depan kedutaan Jepun?

Apa yang pasti nampaknya Dato' Harun Taib turut menerima nasib yang sama seperti bekas Menteri Besar Kedah sebelum ini, Ustaz Azizan. Kelibat-kelibat yang pernah 'menyembah' mayat Teoh Beng Hock tidak kelihatan di hospital mahupun di tempat pengebumian ketika jenazah Ustaz Azizan dikebumikan di Maktab Islam di Pokok Sena.

Apa yang pasti baik Allahyarham Dato' Harun Taib mahupun Allahyarham Ustaz Azizan, kedua-dua tokoh ini terkenal dengan kelantangan mereka menentang keputusan PKR dan DAP yang dilihat merugikan umat Melayu Islam di Malaysia.


Lebuhraya Rakyat PAS Tak Siap:Anak Syarikat Negeri Kelantan Disaman!! @nikabdulaziz @hajihusammusa @mymassa @NajibRazak


Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.



Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012.

CUKUP LA NAK POLITIKKAN ISU #KUIN #PAKATANREPUBLIK

Puak pembangkang diingatkan supaya tidak mempolitikkan isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kerana kerajaan negeri sedang berusaha menyelesaikan isu itu yang berlaku ketika zaman pembangkang menerajui Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata walaupun berhadapan dengan banyak masalah termasuk penempatan pelajar di kampus induk Kuin di Kuala Ketil, kerajaan negeri tetap berusaha untuk menjadikan Kuin sebagai sebuah universiti.

Masalah asrama akan selesai selewat-lewatnya bulan Jun ini. Sebanyak RM5 juta dana diperuntukkan untuk menyiapkan asrama yang terbengkalai itu yang dapat memuatkan seramai 1,200 pelajar.

Harus diingat Kuin tidak sewajarnya dimanipulasi memandangkan BN tidak pernah mengeluarkan kenyataan menentang pembinaan kampus tersebut. Selain itu, kerajaan negeri turut membuat rundingan dengan beberapa institusi lain seperti Bina Darulaman Berhad (BDB), beberapa institusi kewangan dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi menyelesaikan masalah Kuin.

Selain asrama yang ditinggalkan yang perlu disiapkan, kerajaan negeri juga akan berunding dengan BDB untuk menjadikan projek perumahan berhampiran sebagai asrama Kuin. Mereka juga akan berunding dengan institusi kewangan macam mana nak biayai projek itu, dan turut berunding dengan PR1MA supaya membantu mengatasi masalah penempatan.

So cukup-cukup lah pembangkang nak politikkan isu KUIN ni. Tau lah dah tak de modal nak salahkan kerajaan tapi tak payah lah nak manipulasi isu yang sama.

Friday, 24 January 2014

Kalau Tidak Menipu Bukan Keluarga Anwar Ibrahim! @anwaribrahim @n_izzah @rafiziramli @mymassa



Berita permohonan tuntutan bercerai secara fasakh oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berlegar sejak beberapa hari ini terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim. Diberitakan tuntutan bercerai secara fasakh difailkan oleh Nurul Izzah sendiri akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

Kenyataan rasmi bersama mereka semalam gagal merungkai persoalan samada isu tersebut adalah benar ataupun sebaliknya. Malah hari ini, teman telah menerima beberapa dokumen yang didakwa berkaitan dengan tuntutan tersebut. Walau bagaimanapun, hanya Nurul Izzah sahaja yang boleh mengesahkan dokumen tersebut. 




Umum kita ketahui semalam juga Izzah menafikan tuntutan cerai ini apabila ditanya oleh follower beliau di Twitter. Sebagai seorang ahli politik, Nurul Izzah wajar memberi kenyataan yang jelas dan tepat supaya dapat menghindar persepsi yang sudah buruk menjadi lebih buruk. Namun Allah Maha Adil dan Mengetahui. Setiap perbuatan hambaNya sentiasa ada pembalasannya samada di dunia ataupun di akhirat.



JK: Bapak borek, anak rintik!




#TEKS1M & #CTSS

Masalah menunggu lama untuk mendapatkan teksi dan berhadapan dengan sikap biadap pemandu teksi akan berakhir apabila satu satelit khas mengesan bakal diperkenalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengetahui kedudukan teksi dan penumpang juga dapat melaporkan aduan dengan segera.

Tidak lama lagi teksi akan dilengkapi dengan teknologi sistem kedudukan global (GPS) yang membolehkan Kerajaan untuk memberi arahan kepada sesebuah teksi untuk menunggu pelanggan, bahkan juga memantau sikap pemandu.

Dikenali sebagai Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) pada masa ini dibangunkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan dilaksanakan di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

Sistem ini akan dipasang bagi membolehkan SPAD mengetahui lokasi teksi itu berada dengan tepat, dan sekiranya meter tambang telah dimatikan.

Satu lagi idea yang diusahakan SPAD di bawah sistem ini termasuk butang panik, bagi membolehkan penumpang menggunakannya untuk mendapatkan bantuan.

CTSS akan dipasang dalam model baru Teksi 1Malaysia (Teks1M) di Lembah Klang terlebih dahulu, sebelum dilaksanakan pada model-model lain dalam jangka panjang.

CTSS juga mungkin menjadi satu syarat lesen pada masa akan datang, dan kos memasang boleh diturunkan melalui pengiklanan di bahagian belakang teksi itu.

Thursday, 23 January 2014

Apabila Lidah Biawak Berbicara! #AnwaroTakasimaso @mymassa @anwaribrahim @n_izzah @papagomo @rafiziramli


Anwar Ibrahim sebelum ini terutama dalam wawancaranya dengan BBC lewat semalam, menuduh Najib Abdul Razak, Kementerian Luar, Menteri Luar dan Kerajaan merupakan dalang yang menyebabkan dia tidak dibenarkan masuk ke Jepun oleh Imigresen negara terbabit. Nga Kor Meng, dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah menyahut tuduhan Anwar Ibrahim dan menyalahkan Kerajaan selain menuduh Anwar tidak boleh masuk ke Jepun kerana pengaruh dan cerita-cerita buruk daripada kerajaan Malaysia.

Terang-terang dia memang melakukan tuduhan. Dan tuduhannya adalah standard tuduhan daripada Pakatan Rakyat iaitu SEMUA SALAH UMNO!

Namun lewat petang ini, Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan baru yang sama sekali bertentangan dengan tuduhan awalnya. Katanya, dia tidak menuduh Wisma Putra pula terlibat dalam kegagalannya memasuki Jepun. Sebaliknya dia berkata, dia tidak pasti sama ada wujud ‘tangan ghaib’ yang menyebabkan kegagalannya itu.



Anwar Ibrahim masih cuba untuk terus menipu kononnya dia telah dizalimi tanpa sedikit pun dia mahu merujuk kepada undang-undang Imigresen Jepun yang tidak membenarkan orang yang pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan dipenjarakan selama setahun atau lebih daripada memasuki negara berkenaan. Anwar Ibrahim masih cuba untuk membuatkan masyarakat Malaysia melihat dia sebagai seorang manusia yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan sebaliknya sekadar seorang yang teraniaya dek ketakutan dia bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anehnya, ada pula para pecacai dan penjilat tegarnya yang tetap mempercayai pembohongan demi pembohongannya yang terlondeh. Kalau anda masih ingat, pada tahun 2008, Anwar Ibrahim pernah buat gempar kononnya Kerajaan Malaysia akan bertukar dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dengan tarikh akhirnya adalah 16 September 2008. Sampai sekarang, bahkan setelah melalui Pilihanraya Umum Ke-13 pun, Anwar Ibrahim tetap gagal menjadi Perdana Menteri. Isu melompat parti yang disuarakannya, tidak wujud langsung. Malah, tidak itu sahaja, ia tidak berlaku pun.

Pada Mei 2013, demonstrasi Black 505 diadakan dengan alasan pilihanraya umum ke-13 diadakan dan dimenangi oleh Barisan Nasional secara pengecoh. Bagaimanapun, tiada sebarang bukti yang ditampilkan oleh Anwar Ibrahim walaupun beria-ia sebelum itu dengan teori 40 ribu rakyat Bangladesh sebagai pengundi hantu, blackout, daftar undi tak bersih dan sebagainya. Apabila petisyen pilihanraya dibuat, kesemua alasan-alasan tersebut langsung tidak disebut kecuali dakwat kekal yang tidak kekal. Namun pada masa yang sama, dakwat kekal yang tidak kekal itu pula, tidak dibawa sekali bukti adanya pengundi-pengundi yang telah mengundi lebih dari sekali.

Anwar kemudian membuat cerita, dia tidak pernah menuduh tentang Barisan Nasional menggunakan 40 ribu warga Bangladesh sebagai pengundi hantu. Sebaliknya yang buat cerita itu adalah Blogger-Blogger Pro-UMNO. Namun bukti-bukti menunjukkan sebaliknya. Bukan itu sahaja, Rafizi Ramli, penjilat paling tegarnya turut membuat janji akan membentangkan di Dewan Rakyat, bukti-bukti tentang butiran penerbangan serta jumlah pesawat, bas dan penyelaras yang menguruskan kedatangan 40 ribu rakyat Bangladesh itu.

Sampai sekarang, tidak ada apa-apa yang dibentangkan atau ditampilkan.

anwaruturnTerbaru ialah penipuan tentang keadaan Anwar Ibrahim sendiri yang dilarang masuk ke Jepun kerana kegagalannya memohon visa dan kebenaran khas kerana status dirinya. Anwar Ibrahim cuba memberitahu, sebelum ini dia pernah masuk ke Jepun tanpa sebarang masalah tetapi larangan yang dibuat adalah secara tiba-tiba. Justeru, dia mengesyaki ada tangan-tangan ghaib yang membuat keputusan itu di samping Imigresen Jepun.

Apabila didedahkan bahawa undang-undang Imigresen Jepun sememangnya tidak berpihak kepadanya, terutama sekali membabitkan statusnya, Anwar Ibrahim kelihatan kelam-kabut dan terpaksa mencari-cari alasan baru. Akhirnya dia menuduh kerajaan yang terlibat. Tetapi sekarang, dia kembali dengan perangai hodohnya iaitu melakukan U-Turn apabila berkata, dia tidak memaksudkan Barisan Nasional atau Wisma Putra punya angkara dia gagal melepasi halangan Imigresen Jepun.

Begitulah Anwar Ibrahim yang tidak pernah rasa bersalah apabila menipu. Terang-terang dia menipu, terang-terang juga dia tidak mengaku. Tetapi lebih aneh lagi ialah para penyokong Pakatan Rakyat. Dah terang-terang kena tipu sebegitu rupa, boleh pulak mereka menyatakan pengundi-pengundi UMNO-BN pula yang telah tertipu. Alangkah anehnya mereka ini!

Setelah Kalimah Allah Dihina,Kini Surau Pula Disalahguna Oleh Bukan Islam! @nikabdulaziz @KhalidSamad @ustazfathulbari @mymassa @NajibRazak



Ni lah jadinya apabila Islam dipergunakan oleh puak pembangkang, longgar sana longgar sini, pegi parti halloween tak apa, guna kalimah Allah dalam bible tak apa, lama-lama yang bukan Islam di negara ini makin melampau dalam mempersenda dan mengeji agama suci Allah.

Rasa hormat kepada agama ini sudah hilang sama sekali. Sebab apa? Sebab pemimpin Islam PR asyik mengikut telunjuk dan bontot orang-orang bukan Islam ni. Apabila kita bising mereka menjemput MP Cina dan India untuk berpolitik di masjid dan surau, pemimpin PR yang khawarij ni hanya memekakkan telinga. Hasilnya? Surau pun dijadikan tempat maksiat!! Lepas ini JK nak lihat apa tindakan puak khawarij ini. Semua kecut dan wajib minta kebenaran dari DAP sebelum ambil tindakan. Memang dasar barua!





Adakah MB Selangor Bakal Dipecat?? @Khalid_Ibrahim @AzminAli @mymassa @NajibRazak


Terjemahan dari Akhbar Sin Chew ; 

Sin Chew evening edition today exclusively reported on front pg that PKR Supreme Council meeting decided to replace MB Selangor Khalid, new candidate very likely to be Azmin. 

Whether Khalid wld retain his MB post would depend on the other 2 parties of PR. Sources said PKR leadership hope to replace Khalid either in 2 months time or in one to two year's time, ie. before the next GE. 

It is understood that Anwar Ibrahim no longer backing Khalid, so is Wan Azizah. 

If PR's leaders agree to change MB, Khalid might resign based on health reason, this is to avoid the Azmin faction in PKR to move no confidence vote against Khalid.

Sources said Anwar has showed his stance that he is not backing Khalid any more at d PKR Supreme Council on Wednesday evening. PKR leadership is not happy with Khalid's leadership, bcoz Khalid didn't inform or seek the party's views before implementing any new policy.

PKR is very unhappy on Khalid's method in handling 6 main issues: 

Sgor water supply, Kalimah Allah, salary increase of Sgor ADUN, increase in commercial licence fee, termination of Azmin's PKNS directorship, and directive on the bird's nest industry.

PKR Supreme Council has empowered Anwar to deal with the matter, including seeking audience with Sgor Sultan and to meet with the leaders of another two parties of PR (PAS n DAP) to discuss on matters relating to candidate of MB.

Aakj ; Hasil dari Rakyat Selangor pilih pakatan haram maka apa yang boleh Rakyat Selangor lihat..PEREBUTAN KUASA..HARTA..dan pelbagai lagi demi mengisi nafsu buas binatang yang bersarang dalam diri mereka..APA yang Rakyat Selangor dapat? 

Ada puok kera ni dok pikir masalah Rakyat? tuuuiHHH !! Rakyat Selangor makan dedak !!


SEMUANYA HANYA SANDIWARA NAK ALIH ISU KALIMAH ALLAH, RAMPASAN BUKU KRISTIAN, PADERI YANG HINA MAHKAMAH, GUAN ENG BELI KERETA MEWAH, SAM KETOT KURANG AJAR DENGAN JEPUN, ANWAR MALU D HALAU KELUAR DARI JEPUN & PELBAGAI ISU YANG TAK MAMPU MEREKA TUTUP..UMPAMA BANGKAI BABI DAH MEMBUSUK !!


Sumber


JK: Dalam hal ini JK nak tengok telur pemimpin PAS yang mempunyai ADUN majoriti tapi pengecut nak pegang jawatan MB. Iyalah, kalau MB Selangor dari PAS, haruslah tertekan dengan permintaan untuk menutup kilang Carlsberg, pusat urut dan judi dan jalankan hukum Hudud seperti dalam ceramah mereka. Macam mana nak mintak kebenaran DAP untuk laksanakan semua tu?

Selepas Malukan Malaysia Di Jepun,Pembangkang dan Pendemo #Lynas Menyerang Kedutaan Australia Pula!! @fuziah99 @mymassa @NajibRazak @wong_tack


Ape ke bengap sangatlah penyokong anti-Lynas @ pembangkang yang menyerang orang Australia semasa sambutan Hari Australia di KLCC semalam? Selepas kita dimalukan di Jepun, mereka cuba malukan kita di Australia pula? Pembangkang memang agendanya untuk burukkan negara sendirikah? Bebal ya amat!! Pohon anda share gambar ini supaya rakyat tahu agenda busuk pembangkang!


Isu Bakar Dan Pijak Bendera Jepun. Tau takottttttt!! #AnwaroTakasimaso @anwaribrahim


Panik dengan tindakan para pengikutnya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin segera mengeluarkan kenyataan bagi menyalahkan pihak media kononnya insiden pijak dan bakar bendar Jepun, bukan dilakukan oleh pihaknya.

Menurutnya kehadiran AMK semalam hanya untuk menghantar memorandum bantahan kepada pihak kedutaan Jepun sekali gus meminta penjelasan berhubung keputusan jabatan imigresen negara itu yang menghalau Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pulang.

Pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau ‘dipaksa’ untuk dihantar balik.

Mungkin kerana ini membodek Anwar, ahli parlimen Bukit Katil itu telah menganjurkan satu demonstrasi jalanan yang dihadiri tidak kurang dari 15 orang. Namun disebabkan demonstrasi yang diadakan itu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, mereka mula bertindak di luar batasan dengan memijak dan membakar bendera negara Jepun sebagai tanda protes.

Malangnya tindakan itu akhirnya telah memakan diri, apabila media Jepun memberikan laporan yang meluas sekali gus boleh merosakkan hubungan dua hala antara negara.

Ini kerana tindakan tersebut jelas membuktikan tahap kebodohan Shamsul yang cuba menyalahkan kerajaan Jepun yang kononnya telah tunduk atas desakan kerajaan Malaysia untuk memalukan Anwar yang disifatkan sebagai setaraf dengan Perdana Menteri.

Sebagai tindak balas, jurucakap kedutaan Jepun di Malaysia Tomoko Nagai telah mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan perkara yang sebenar. Menurutnya kegagalan Anwar untuk memasuki negara matahari itu berpunca dari kesilapannya sendiri kerana tidak mengemukakan permohonan visa.

Ini kerana, Anwar masih perlu memohon visa kerana rekod jenayahnya yang lalu walaupun kerajaan Jepun sebelum ini telah memberi kelonggaran kepada rakyat negara ini supaya tidak lagi menggunakan visa untuk memasuki negara tersebut.

Tomoko turut menjelaskan, pelepasan yang diberikan kepada Anwar sebelum ini untuk memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 adalah melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.

“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.

Berbalik kepada isu pijak dan bendera, tindakan Shamsul yang juga dikenali sebagai Sam Ketot itu jelas membuktikan bahawa dia telah bertindak secara melulu dan membabi buta.

Paling menarik, apabila ramai di kalangan penyokong dan ahli pembangkang yang turut mengecam tindakan bodoh Shamsul itu. Berikut adalah antara kritikan yang diterimanya.

Gin Marvel • GM "AMAT TAK BERSETUJU" cara AMK memijak & bakar poster mirip bendera Jepun. Ini memalukan PKR & PR secara khususnya. Hantar Memorandum Bantahan, YA GM setuju, tapi jika ini caranya, ia adalah amat memalukan & tak seharusnya terjadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin, sila kembangkan OTAK anda dari badan anda... Again, kejadian ini amat mendukacitakan....

Mohd Halim A Rahim • Tindakan AMK ini merupakan ketandusan idea Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Sebagai Ahli Parlimen dan Peguam beliau sepatutnya membawa 'isu' ini ke Parlimen. Kunjungilah Kedutaan Jepun dengan berhemah dan budi bahasa menyatakan ingin tahu butir terperinci mengapa Anwar dilarang menjejaki bumi Jepun walhal sebelum ini tiada sebarang larangan.

Tiba-tiba pula kempen jangan beli barangan Jepun. Sungguh tidak wajar dan mengarut sama sekali. Mungkin, tindakan begini menjadi tindakan berani kali terakhir Mohd Shamsul sebelum meninggalkan gelanggang kepemimpinan AMK.

Mohd Rejab Ahmad • Kerja bodoh. Nak hantar memo,hantarlah.Ini sampai pijak-pijak pula bendera negara orang lain, apa ke jadahnya. Cuba check balik, budak-budak upahan mana yang dibawa oleh AMK ini. Kalau budak budak hidu gum pun tak akan berkelakuan macam ini.

Mohd Rejab Ahmad • Hehehe, aku amat yakin esok AMK akan kata, itu bukan orang kami

Mikami Angelo Krakov • Ini bukanlah cara yang sepatutnya untuk meluahkan ketidak puashati terhadap tindakan kerajaan Jepun menidakkan Anwar memasuki negara berkenaan. Janganlah gara2 negara maju, matang dan terbuka seperti Korea Selatan pun memboikot tak puas hati dengan Jepun dengan main pijak2 dan bakar karikatur pemimpin mereka, kita di sini pun merasakan itulah tindakan terbaik. Sebab last2 yang rugi adalah kita dalam keluarga PR juga.. start malam ini sehinggalah bila2 pun, isu inilah yang akan dimomokan dalam TV3 suku, BernamaBUK, & Utusex..

Apain Soriun • Yang ini saya amat tak setuju kerana perilaku seperti ini tiada bezanya dengan puak-puak UMNO dan PERKASA. Gunalah saluran yang betul dan siasat dulu apa puncanya DSAI dihalang masuk ke Jepun. Apa pun hal ini kena siasat betul-betul kerana mungkin ada pihak lain yang ambil kesempatan untuk memburuk burukkan parti lawan.

Kesimpulannya Sam Ketot akhirnya sedar tindakannya untuk membodek Anwar akhirnya telah memakan diri sendiri. Sudahlah kehadiran peserta amat memalukan, kini dia turut menerima kecaman dan kritikan dari penyokong sendiri.


Wednesday, 22 January 2014

Isu Azmin Ali Dilucut Dari PKNS:Pertembungan Cina & India? @AzminAli @Khalid_Ibrahim @teresakok @hannahyeoh @mymassa




Ohh baru JK tau Azmin ni disokong kuat oleh orang-orang India, manakalah MB Selangor, Khalid Ibrahim pula di belakangnya Cina DAP dan Pemaju Hartanah Cina. Gambar-gambar di atas diambil di Pejabat PKNS Laman Seri pagi tadi. Apabila Azmin dilucutkan jawatan, ini memberi peluang kepada Cina DAP untuk meluaskan lagi kuasa mereka dan memastikan Selangor juga akan menjadi seperti Pulau Pinang.

Lihat sahaja di Shah Alam dan Bangi, kawasan yang padat dengan orang Melayu elit (yang berjaya pun atas subsidi kerajaan dan DEB, lepas tu lupa diri ingat mereka berjaya atas usaha sendiri dan bukan peluang yang diberi) berapa banyak kawasan yang sedang dimajukan untuk perumahan dan juga kedai. Harganya jangan cakaplah, orang Melayu memang tidak mampu membelinya, hanya Cina sahaja yang mampu. Apabila orang Cina mula membanjiri Shah Alam dan seluruh Selangor, maka mereka akan dihasut untuk membenci BN dan mengundi DAP. Maka lenyaplah kuasa orang Melayu di Selangor seperti terjadinya di Pulau Pinang! Tahniah warga Melayu Islam Selangor!


JK: Pada penduduk Shah Alam, sila selidik siapa di belakang syarikat pemaju tanah yang baru yang tiba-tiba muncul bak cendawan!

Ingkar Titah Yang Dipertuan Agong Adalah Sikap Penderhaka


‘Ibarat Cacing Naik Ke Mata’. Mungkin itu antara perumpamaan yang sesuai diberikan kepada tindakan dan kenyataan berbaur perkauman yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak kerana ingin mengeruhkan keharmonian dan perpaduan yang wujud di negara ini.

Hari demi hari, pasti ada sahaja laporan mengenai isu yang menyentuh sensitiviti kaum yang mana sekiranya tidak dibendung atau langkah pencegahan dilakukan dikhuatiri bakal mewujudkan suasana tegang antara kaum.

Terbaru kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam, Edmund Bon yang mengatakan orang bukan Melayu tidak perlu patuh dengan titah Yang Dipertuan Agong kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka.

“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, portal pro pembangkang turut melaporkan kenyataan seorang yang kononnya pakar perlembagaan yang mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.

“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen.

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.”

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam titah baginda sempena istiadat menyembah tahniah dan pengurniaan darjah serta bintang kebesaran pada Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 di Istana Anak Bukit sebelum ini menegaskan, kalimah Allah adalah merupakan hak eksklusif umat Islam dan penggunaannya dilarang dalam kalangan penganut agama lain.

Seri Paduka Baginda turut menitahkan, ketetapan tersebut sudah jelas dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 dan ia perlu dihormati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika mengulas mengenainya berkata titah tersebut perlu dipatuhi oleh rakyat bagi menjamin keharmonian serta sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Sudah berulang kali dijelaskan bahawa kalimah Allah dan takrifan 'God' atau tuhan bagi Kristian adalah berbeza. Paling ketara adalah konsep ketauhidan dan keesaan tuhan yang kita baca dalam surah al-Ikhlas iaitu pengakuan kita terhadap tuhan yang satu.

"Kalau sudah ada konsep 'God' yang bersifat triniti, maka sudah tentu akan berlaku kecelaruan. Pada saya semua kita sudah faham tetap masih ada segelintir yang ekstrem menyebabkan kelompok masyarakat jadi keliru," katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad ketika mengulas mnegenainya berkata, setiap rakyat negara ini tanpa mengira kaum dan agama mesti menjunjung titah Seri Paduka.

Mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain boleh dianggap sebagai penderhaka. Menurut beliau, sesiapa sahaja yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong tidak layak untuk menjadi warganegara Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassan berkata, tindakan tegas hendaklah diambil ke atas mana-mana pihak yang mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Jika masih tidak mahu tunduk dan meminta maaf, mereka boleh dianggap sebagai ingkar serta derhaka," jelasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula ketika diminta mengulas mengenainya enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak naklah bagi komen apa-apa, takut nanti disalah tafsir. Biarlah mereka yang dalam bidang guaman dan undang-undang yang berikan pendapat. Walaupun saya ada maklumat mengenainya” katanya.

Edmund Bon Harus di Tangkap di bawah Akta Hasutan. #Dontmess with #Islam

Peguam, Edmund Bon, wajib di Tangkap di bawah Akta Hasutan kerana telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.   Alasan beliau, titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah ‘Allah’ merupakan hak ekslusif umat Islam, adalah sebuah fatwa, yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.

Kita ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.

Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata.  Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.

Berdasarkan hakikat ini, maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara.

Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa.  Sebaliknya, ia adalah perintah kepada seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.

Tindakan Edmund Bon mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak hormat kepada Institusi diRaja negara ini.

Edmund Bon cuba meletakkan garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan Raja-raja mahupun Yang di-Pertuan Agong.  Dalam kata lain, Edmund Bon memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini.

Sekiranya Edmund Bon merupakan seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka, tentu sekali beliau akan dikenakan hukuman berat.  Namun, di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati Sultan.

Tindakan Edmund Bon bukan sahaja derhaka, tetapi juga merbahaya selain melanggar undang-undang di bawah Akta Hasutan.

Selama ini, warganegara Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak setia pada negara ini.

Namun, apa yang dilakukan oleh Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara.  Terserlah kini bahawa sememangnya ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya. 

Bagi mereka ini, apa yang tertulis dalam Rukunegara iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ langsung tidak bermakna apa-apa.  Malah, tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara.   Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa lemahnya struktur  negara ini. 

Rakyat yang tidak berpegang kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara.  Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan.  Sudah sampai masanya orang seperti Edmund Bon dikenakan tindakan.

Malaysia tidak memerlukan rakyat yang derhaka dan tidak setia.  Negara ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda Sultan.

Rakyat Malaysia perlu dididik agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia pertama sepertimana yang dicita-citakan.   Rakyat perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi yang diinginkan. 
Jika tidak, percayalah bahawa Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua.

Anwar Tak Mohon Visa,UMNO Juga Yang Salah! #AnwaroTakasimaso @anwaribrahim @LatheefaKoya @mymassa


Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun Ahad lalu kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

"Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

"Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima," katanya ketika dihubungi The Star.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

JK: Peguam betina Koya tu pun boleh failed bab undang-undang, balik yindia kalu!

Perkasa Kesal Tiada Penjelasan Dari Kedutaan Sweden @mymassa @NajibRazak @WiraPerkasa #SwedenLetThemGo


Gabungan NGO Islam dan Melayu mendesak kedutaan Sweden memberi penjelasan berhubung penahanan pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang didakwa memukul anak mereka kerana tidak bersolat.

Pengerusi Sekretariatnya, Datuk Jamal Yunos berkata, pihaknya melihat perkara ini, serius apabila lebih sebulan pasangan suami isteri itu belum mendapat pembelaan.

"Kami juga terkilan apabila pihak kedutaan masih belum tampil beri penjelasan kukuh berhubung penahanan yang telah dibuat.

"Kami ingin tahu apakah punca sebenar penahanan mereka, jika mereka kata ada peraturan yang membenarkan, maka jelaskan apakah peraturan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersama 20 lagi wakil NGO yang hadir menyerahkan memorandum di pejabat kedudukan Sweden, semalam.

Antara NGO yang hadir, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa.

Sementara itu, memorandum tersebut diterima Timbalan Ketua Kaunselor di Kedutaan Sweden di Malaysia Sven Theus Malmberg.

Menurut Jamal, jika pihak kedutaan Sweden gagal memberikan penjelasan sebelum Jumaat, satu perhimpunan akan diadakan di hadapan kedutaan itu bersama seluruh NGO Islam dan Melayu.

Beliau berkata, kehadirannya bukan sekadar untuk memberi sokongan kepada pasangan rakyat Malaysia itu tetapi menuntut untuk pihak luar lebih sensitif dengan isu rakyat di negara ini.