Friday, 28 February 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang Siap Dibina, Bukti Kerajaan Tunai Janji Demi Kepentingan Rakyat

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka-cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.

Menurut Fadillah, secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Pak Lah dan akhirnya siap sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara.

Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.

“Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.

“Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan.

“Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan.

“Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti,” jelas beliau ketika ditemui semalam.

Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap ‘pilih kasih’ khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat (PR).

“Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak.

“Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara.

“Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya),” jelas beliau lagi.

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 1 Mac 2014 (esok).


Ops Harga 2014 Tangkis Fitnah Harga Naik Melampau Gagalkan Rancangan Jahat Pembangkang @mymassa @NajibRazak @DatoHasanMalek


Isu harga barang naik antara yang menjadi punca kekalahan Barisan Nasional di Selangor pada PRU12. Ianya menjadi isu “favourite” pembangkang. Kenaikan harga memang begitu sensitif dihati rakyat. Namun sikap tidak bertanggungjawab pembangkang yang mempolitikkan isu ini secara melampau amat tidak beretika.

Jika kita mahu bercakap tentang harga barangan sepatutnya mereka perlu lebih adil dengan membandingkan harga barangan negara kita dengan harga barangan di negara-negara jiran . Harga barangan negara kita jelas jauh lebih murah dari harga barangan negara-negara jiran.

Sebagai contoh harga tol kita jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga tol di negara-negara jiran. Harga tol di Brunei yang jauh lebih mahal lebih kurang RM10 untuk jarak yang amat dekat ini perlu kita jadikan perbandingan untuk memberi gambaran yang lebih adil terhadap senario harga tol di negara kita. Manusia tetap dengan sikap yang sentiasa tidak bersyukur sebagai contoh apabila kerajaan Brunei mengenakan cukai jalan yang hanya RM10 pun rakyat Brunei membantah dengan keras.

Walaubagaimana pun kerajaan telah mengambil tindakan tegas dalam menangani isu kenaikan harga yang begitu hebat dipolitikkan oleh pembangkang. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan projek perintis menjual barangan basah di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Lembah Klang bermula Sabtu ini. Ini secara tidak langsung “membunuh” punca kenaikan harga yang selama ini bermaharajalela menyusahkan rakyat.

Projek perintis ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani . Ianya juga akan diperluas ke semua KR1M. Sebelum ini barang-barang yang ada di kedai KR1M hanya barang-barang kering manakala barang-barang basah terpaksa dibeli di tempat lain. Mulai 1 Mac barang-barang basah akan dijual di kedai KR1M Lembah Klang sebagai ‘pilot project’.

Menu Rakyat 1 Malaysia pula telah diperkenal pada 2011, sebanyak 3,627 premis masih aktif . Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dalam membantu rakyat mendapatkan makanan dengan harga yang berpatutan di samping berusaha membantu mengurangkan beban rakyat. Ini membuktikan masih ada kedai-kedai yang menjual harga yang sangat rendah.

Masih ada lagi warung yang menjual makanan serendah 60 sen untuk nasi lemak dan RM2 bagi nasi minyak. manakala kuih-muih dijual dengan harga antara 20 sen dan 30 sen. Teh O 30 sen secawan dan neslo (campuran nescafe dan milo) sejuk dengan RM1.20 segelas. Ini membuktikan kenaikan harga barangan melampau adalah kerana sikap tamak haloba para peniaga. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

Oleh itu kerajaan tidak akan bertolak ansur mengambil tindakan terhadap perniaga yang mengingkari peraturan perniagaan untuk mencari keuntungan melampau. Kerajaan akan sentiasa memantau secara langsung tindakan peniaga yang menggunakan pelbagai kaedah bagi memanipulasi kos dan harga barang di pasaran. Ini termasuk aktiviti antipersaingan seperti amalan monopoli dan kartel yang menyumbang kepada kenaikan kos barangan dan membebankan rakyat.

Disamping itu juga kerajaan mewujudkan undang-undang seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011 bagi memastikan persekitaran perniagaan adalah kondusif dan memanfaatkan semua pihak di pasaran.

Gerakan Pematuhan Tanda Harga yang dilancarkan serentak di seluruh negara juga merupakan inisiatif kerajaan melalui KPDNKK untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang berkaitan penandaan harga.

Rakyat perlu tahu bahawa kenaikan harga barang secara melampau bukan diakibatkan oleh tindakan kerajaan. Ianya lebih kepada tindakan jahat manipulasi harga demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu. Kerajaan tetap akan mengambil langkah tegas dan berterusan demi memastikan pihak yang menyusahkan rakyat ini menerima hukuman yang setimpal.

Sumber: mykmu

#Selangor water debacle shows PKR in a mess - @weekasiongmp

KAJANG, Feb 27 — The apparent clash between PKR leaders and embattled Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim over the state’s water woes only proves that the party is at odds with itself, Datuk Wee Ka Siong said today.

The MCA deputy president said there is clearly no coordination between Khalid and PKR de-facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, despite the current mentri besar’s best efforts to ease the suffering of Selangor folk.

“The signing of the MoU (memorandum of understanding) shows the sincerity of the federal and present state governments in finding a solution, even if it is long overdue,” Wee told a press conference here.

“In my opinion, any effort to ease the burden of the people should be applauded,” he added.

Yesterday, PKR strategic director Rafizi Ramli said the party had not been informed of the water deal struck between the federal and Selangor state governments in Putrajaya, saying that the party will seek clarity from party leaders on the state executive council on the matter.

Khalid and Energy, Water and Green Technology Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili had earlier yesterday afternoon signed an MoU that would pave way for the construction of the Langat 2 water treatment facility, a project that had been long opposed by Pakatan Rakyat’s (PR) leadership.

Selangor, meanwhile, will go ahead with its planned RM9.65 billion takeover of the four water concessionaires operating in the state — Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) — and will place these under the state-owned Kumpulan Darul Ehsan Sdn Bhd.

Wee warned today that the rumoured plan to replace Khalid with Anwar — who is contesting next month’s Kajang by-election — could undermine the freshly struck cooperation between the federal government and the Khalid-led state administration.

He said it took Khalid “political guts” to go ahead with the water deal in the public’s interest, despite facing growing criticism from leaders in his own party.

“We welcome Khalid for having the political guts to make a decision without consulting Anwar. Anwar may deny (claims of replacing Khalid), but if he is destined to be mentri besar, I wonder if he would do things differently,” Wee said.

Wee declined to comment on PKR’s assertion that Khalid must consult the party before making major decisions such as the water deal, repeating his position that it simply proves that the PR coalition member suffers from “internal coordination problems”.

“What we are sure about is that we want the federal and state to work together to settle the water issue in Selangor,” he said.

Prior to yesterday’s signing, Putrajaya and the Selangor state government had been at loggerheads for nearly five years over control of the state’s water industry, with residents experiencing repeated supply outages that the state administration alleged were due to sabotage by the rival Barisan Nasional (BN) coalition.

Under the newly-inked agreement, Selangor agreed to approve the development order for the Langat 2 water treatment plant and ensure all necessary approvals would be given within 30 days from today.

Implementation of the plant project will be monitored by a federal committee, which will allocate seats for representatives from the state government.

Source : themalaymailonline

Perang Rafizi-Zaid Ibrahim:Pakatan Rosak Menuju Kehancuran? @rafiziramli @zaidibrahim @tunfaisal @mymassa @bn4prk @SayaSayangTunM @Azalina


Saban hari rakyat dapat melihat Pakatan Haram semakin celaru. Anwar sedang bergaduh dengan Khalid, PKR sedang bertikam lidah dengan PAS dan terbaru Rafizi Pengarah Strategik mulut celupar yang dilaporkan sedang bergaduh dengan rakan baik suatu ketika dahulu iaitu Zaid Ibrahim. Ini semua terjadi gara-gara kedegilan Zaid Ibrahim untuk bertanding di DUN Kajang sebagai calon bebas yang dilihat akan memecahkan undi Anwar Ibrahim sekaligus menjadi kelebihan buat BN.

Rafizi telah membuka pekung PKR apabila menuduh Zaid Ibrahim sering melobi projek kepada MB Selangor dan Zaid Ibrahim telah membidas kenyataan dengan menuduh Rafizi sebagai budak hingusan dan suruhan Anwar yang tidak faham apa-apa serta melabel Rafizi sebagai sering melakukan membuat fitnah "politik budak jahat".

Maka tidak hairanlah jika JK katakan memang anggota keluarga Pakatan Rakyat semakin hari semakin menunjukkan belang masing-masing. Ada yang tamakkan kuasa, ada yang tamakkan wang, ada yang dikeldaikan dan tidak kisah dikeldaikan dan macam-macam drama lagi. Macam ni ada hati nak bantu rakyat? Tolong sikitlah! Kalau intention masuk politik tu hanya untuk penuhkan poket sendiri dan keluarga baik tak payah. Rakyat sedang menderita, mereka ini boleh pula bergaduh macam pondan!



JK: Mana Rafizi Ramli & Zuraidah Mak Lampir di saat rakyat di kawasan beliau sedang menderita ketiadaan air?? 



Thursday, 27 February 2014

Portal Pembangkang Mula Politikkan Projek #Langat2 !Bertabahlah MB Khalid! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @puspel @hendrisharil @bn4prk @tmi_insider @mymassa



Semalam baru saja tandatangan MOU kerajaan negeri dan pusat untuk sambungkan semula Projek Langat 2, hari ni pula portal MalaysiaInsider sudah keluar satu artikel yang mengatakan tarif air bakal di naikan, Lihatlah mereka cuba takut-takutkan rakyat dengan kata begitu, sudahlah rakyat tiada air lagi mahu buat cerita yang tidak betul.

Apa-apa pun, wahai pencacai pakatan. Aku nak ingatkan korang kalau tak kerana campur tangan kerajaan Persekutuan maka tak akan selesai la masalah ini. Suka atau tidak kerajaan persekutuan yang ada sekarang ni memang mendahulukan rakyat. Ada faham ?!! Tak payahlah nak buat cerita mengarut macam ni, baik korang menulis bantuan air atau kesusahan rakyat untuk dapatkan air dekat selangor lagi berfaedah!!

Perjanjian MoU #Langat2 Bukti Perang Khalid Dan Anwar? @anwaribrahim @Khalid_Ibrahim @puspel @bn4prk @mymassa @hendrisharil @Azalina @mpkotabelud


Setelah Anwar terkinja-kinja bak kera dengan hasil penyelidikan UMCEDEL berkenaan siapa layak menjadi Menteri Besar Selangor jika berlaku rombakan DUN, kita dapat melihat hubungan akrab Khalid dan Anwar Ibrahim semakin renggang. Kem Khalid yang penuh dengan orang Cina DAP seakan tidak suka apabila terdapat ura-ura menyatakan Anwar Ibrahim akan mengambil alih tempat Khalid kerana selama ini memang Khalid akrab dan sering memberi projek kepada kroni Cina DAP.



Terbaru kita dapat melihat perpecahan yang lebih ketara apabila semalam Khalid Ibrahim menandatangani MoU dengan kerajaan persekutuan berhubung projek Langat 2 setelah Khalid sendiri menjadi saksi kesengsaraan rakyat Selangor dengan ketiadaan air. Setelah proses tandatangan MoU selesai, Anwar Ibrahim meroyan di portal-portal pembangkang sehingga terkantoi bahawa punaisihat rm1 inilah sebenarnya punca projek Langat 2 ditunda dan ditolak tepi rupa-rupanya. Mengapa Anwar tergamak membuat rakyat Selangor derita tanpa air?JK masih ingat laungan demi rakyat Anwar di setiap ceramah beliau. Semuanya propa sahaja rupa-rupanya!! 

Pada pengundi Kajang, buatlah pilihan terbaik kerana sudah terbukti Anwar lebih mementingkan poket dan jawatannya sendiri berbanding kebajikan rakyat!

SAMAN 2 JUTA. NI KE NAMANYA MUAFAKAT #PR?? #PAS #PKR #ANUWAR

Ramai di kalangan penyokong dan ahli Pas, jelas terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh bekas calon PKR, Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Namun apa yang paling memeranjatkan apabila, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim langsung tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut. Mungkin kerana takut kehilangan sokongan khususnya dari kalangan ahli dan pengundi Pas, Anwar cuba mengambil pendekatan lepas tangan.

Persoalannya apakah ini yang dinamakan sebagai permuafakatan di dalam pakatan rakyat (PR)?

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran kenyataan tersebut Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman terhadap Hadi yang di dakwa telah memfitnahnya. Dia yang masih merupakan ahli PKR mendakwa tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya yang sebelum ini dikaitkan dengan penjualan pil kuda.

Apa yang menghairankan ialah, Anwar selaku Ketua Umum, PKR merangkap Ketua Pembangkang yang mewakili semua parti gabungan di dalam PR, langsung tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Memandangkan dia akan bertanding di kerusi Dun Kajang, Anwar mungkin cuba bermain ‘politik selamat’ untuk tidak campur tangan di dalam kemelut yang sedang melanda itu bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan ahli dan penyokong Pas.

Ini kerana sekiranya dia mengambil pendekatan menyokong Hadi, sudah pasti ia akan mendatangkan kemarahan di kalangan penyokong dan ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan penghinaan yang dilemparkan oleh Presiden Pas itu. Tambahan pula sokongan Anwar (sekiranya ada), secara tidak langsung akan dilihat sebagai mengiakan semua tuduhan Hadi itu.

Dari sudut Pas pula, keengganan Anwar menyokong Hadi jelas membuktikan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu yang hanya mementingkan diri sendiri. Jadi benarlah tanggapan yang mengatakan Hadi dan Pas hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan demi memastikan kelangsungan politik peribadi Anwar.

Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya sedar dan jujur membuat penilaian sendiri. Apakah perjuangan Pas di dalam pakatan rakyat untuk kepentingan rakyat atau perjuangan untuk Anwar?

Sokongan berterusan yang diberikan kepada Anwar di Kajang, hanya akan membuktikan bahawa Pas sememangnya parti picisan yang hanya dijadikan alat untuk kepentingan Anwar dan DAP.

Walaupun Hadi dan parti itu dihina dan di perlekehkan, Pas TATAP menyokong PKR, DAP dan makhluk anugerah tuhan bernama Anwar Ibrahim.

#ANUWAR CEMBURU DENGAN #BR1M . #PKR #PR

Kempen awalan yang dimulakan ole Anwar Ibrahim di Kajang menunjukkan pembangkang menjangkakan pertembungan sengit dengan Barisan Nasional.

Kerusi Dewan Negeri Undangan Kajang sudah berada dalan genggaman pembangkang masuk penggal kedua tetapi mereka masih khuatir akan kekuatan di kawasan itu.

Sepatutnya Anwar dan pembangkang merasa selesa kerana negeri sudah mereka tawan bagi penggal kedua pula dan sokongan terhadap beliau juga nampaknya tidak menjadi masalah terutama di kalangan pengundi Cina.

Tetapi mengapa Anwar masih mengalabah lalu cepat-cepat turun ke padang untuk menemui pengundi dan penyokong sejurus beliau mengumumkan dirinya menjadi calon di Kajang.

Satu kemungkinan boleh disebabkan kemampuan kerajaan pusat mengurus ekonomi dan pembangunan negara baik.

Ini menyukarkan Anwar dan jentera pilihan raya pembangkang untuk meyakinkan rakyat terhadap apa yang telah disumbangkan oleh PKR, Pas, dan Dap di Selangor.

Sepanjang dua penggal ketiga-tiga parti itu memerintah Selangor, ekonomi negeri itu tidak menyerlah sepertimana berlaku di bawah pentadbiran BN satu masa dahulu.

Tidak ada pengumuman program ekonomi besar yang diumumkan malah tidak ada berita mengenai pelaburan asing yang besar di Selangor.

Semuanya berjalan atas kejayaan yang dicetus dan dibawa oleh BN selama lebih 50 tahun.

Contoh terbaik yang menunjukkan kegagalan kerajaan negeri PKR-Pas-Dap ialah sikap anti kerajaan pusat sehingga membawa kepada kesengsaraan rakyat dalam isu air.

Sedari 2009 kerajaan pusat sudah memberi amaran bahawa negeri itu akan mengalami krisis air yang kronik jika kerajaan negeri tidak memberi kelulusan berhubung projek Air Selangor 2.

Malangnya pembangkang melihat isu air sebagai satu isu baik untuk dipolitikkan.

Untuk menunjukkan kuasa mereka menteri besar Khalid Ibrahim bersikap angkuh menolak kerjasama dengan kerajaan pusat dan akhirnya jutaan rakyat negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terpaksa menanggung sengsara kekurangan bekalan air.

Keadaan musim panas dan kering telah menyebabkan paras air di beberapa empangan di Selangor sudah mencapai tahap kritikal dan kemungkinan besar catusan air akan dikenakan.

Jika kerajaan negeri lebih bersikap terbuka dan pro-rakyat sebagaimana yang mereka laungan sudah tentu krisis ini boleh dielakkan dengan persediaan awal.

Satu lagi faktor yang ditakutkan oleh Anwar ialah kejayaan perdana menteri datuk Seri Najib Tun Razak meringankan beban hidup rakyat.

Lebih tujuh juta rakyat berpendapatan rendah kini dalam proses menerima pemberian wang tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pemberian BR1M selama ini diterima baik oleh rakyat yang mana Malaysia satu-satu negara di dunia yang mewujudkan program ini untuk rakyatnya.

Negara kaya seperti Amerika Syarikat, Cina dan Eropah tidak mampu untuk menyaingi apa yang dilakukan oleh negara ini.

Tambah pula agihan dividen oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tertinggi dalam sejarah sebanyak 6.35 peratus membuktikan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan mantap.
Ia berlaku selepas PRU13 dan ini satu lagi bukti bahawa kerajaan tidak bermain politik memperjudikan nasib dan kebajikan rakyat.

BR1M dan kadar dividen KWSP paling tinggi membuktikan dasar fiskal kerajaan untuk adalah antara terbaik di dalam dunia.

Ketika kuasa ekonomi gergasi AS dan Eropah bergelut menyelamatkan ekonomo masing-masing, Malaysia terlindung daripada mala petaka krisis ekonomi dunia disebabkan kepimpinan negara yang cekap dan professional.

Sekiranya perdana menteri dan anggota kabinet tidak mampu mengemudi bahtera ekonomi negara dalam keadaan lautan ekonomi dunia yang bergelombang, nescaya ia akan tenggelam dan hanyut ditelan badai dan taufan.

Tetapi semua ini tidak berlaku menunjukkan negara berada dalam tangan yang cekap dan diyakini.

Wednesday, 26 February 2014

#PRKKajang :21 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Layak Jadi MB Selangor @anwaribrahim @rafiziramli @bn4prk @mymassa


1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang yang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tak ada rekod jenayah..Seseorang yg bergelar Dato’ pun akan ditarik balik darjah Dato’ Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network’s Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru…

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan ‘Arab Spring’ di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir.Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.

#NoWater #KrisisAir :Perbezaan Kewibawaan MB Negeri Sembilan Berbanding Negeri Selangor! @Khalid_Ibrahim @menteribesarn9 @tunfaisal @mymassa


MB Negeri Sembilan bercakap terus terang dengan rakyat yang Negeri Sembilan mengalami Krisis Air, dan buat tindakan yang cepat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, tiada tipu-tipu dan berpuluh-puluh alasan untuk tuding jari salah kepada orang lain.



Berbeza dengan MB Selangor bermacam-macam alasan kita dengar iaitu kononya air di Selangor akan bertahan sampai tahun 2019, mereka akan menggunakan teknologi membran daripada Langat2 kononya lebih membazir, (satu teknologi membran pun rakyat tidak dapat lihat), mereka akan guna 17 lombong untuk menampung air di selangor ( bukan lombong jer tak nampak, longkang pun tak nampak sampai sekarang), kononya menuduh SYABAS adalah kroni Umno padahal kerajaan Negeri Selangor ada peganggan saham 30% dalam Syabas, dan Yang paling best alasan mereka cabar menteri lihat empangan air di selangor tidak pernah surut dan sentiasa penuh. Lihatlah sendiri alasan-alasan kepimpinan PR di Selongor dari bertindak untuk membantu rakyat.



Inilah dia kepimpinan PR di Selangor banyak main politik dari membantu rakyat Selangor sendiri, dan sering tuding jari salah keatas orang lain kerana ketidak mampuan mereka untuk membantu rakyat. Sekarang rakyat Selangor fikir-fikirkanlah kerana anda sudah salah buat pilihan untuk PR memerintah Selangor, mereka hanya pentingkan politik dari anda sendiri.

MEMANG SAH HADI AWANG PENIPU!!! #pas

Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran dakwaan tersebut, Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Pada 26 Jan yang lalu, mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu tersebut, namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.

Ekoran dakwaan tersebut, pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak polis melakukan siasatan.

Persoalannya, mengapa Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini? Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan? Mengapa Abdul Hadi membisu seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum ini?

Kesimpulannya mudah, kes ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.

Walaupun mereka sering mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama ternyata Abdu Hadi terlupa, di dalam Islam menuduh mana-mana individu tanpa bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar.

CHEW MEI FUN VS #ANUwar. #PRKKajang #BN @KajangN25

Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.  Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan mengenepikan Dato’ Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’ dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional.

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.  Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi.

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.

PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN.

Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi ‘memberi harapan’ kepada Kristian mengenai isu kalimah ‘Allah’ dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu.

Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui PRK ini.

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah ‘heroin paling bijak’ dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.

Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin.

Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya.

Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu.

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini:

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia?

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?

Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme?

Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan ‘perkauman’ sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin?

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman.



Tuesday, 25 February 2014

Isu Air Selangor - Kisah Sebenar Keangkuhan Khalid Ibrahim Dan Pakatan Rakyat @khalid_ibrahim @puspel @tunfaisal @hendrisharil


Beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui MB Khalid Ibrahim serta Exco-Exconya mendabik dada bahawa tidak akan berlaku sebarang krisis air menjelang 2014. Khalid juga bertegas bahawa berdasarkan pertumbuhan penduduk, jumlahpenggunaan air dahulu dan sekarang dan kapasiti pengeluaran air, bekalan air yang sedia ada sekarang ini mampu menampung keperluan di Lembah Klang sehingga 2019 dalam apa-apa pun keadaan. 


Berbeza dengan kajian dan ramalan SYABAS dan ramai pakar air tempatan yang menunjukkan bahawa Selangor bakal berdepan krisis air menjelang 2014 sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 bagi memproses air yang bakal dipindahkan daripada Pahang ke Selangor, tidak diteruskan. 

Puak pembangkang mendakwa isu ini hanya propaganda dan rekaan dari UMNO dan BN. Mereka tetap bertegas sehingga hari ini bahawa bekalan air masih mencukupi sampai bila-bila cuma kononnya SYABAS yang sabotaj. Mereka tuduh orang lain yg percaya Selangor berdepan masalah kekurangan sumber air sebagai bodoh dan ditipu oleh UMNO dan BN. Haha...

Semalam, Khalid Ibrahim umumkan catuan air di Selangor. Puncanya apa? Puncanya ialah jumlah air sedia ada di empangan di negeri ini tidak dapat bertahan untuk dua bulan akan datang seandainya musim panas terus berlarutan tanpa catuan air.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga memaklumkan bahawa bekalan air mentah di negeri Selangor dalam keadaan kritikal sehingga menyebabkan paras air di beberapa empangan menyusut dan mencapai paras berjaga-jaga. 

LUAS ni bawah siapa? Jawabnya Khalid Ibrahim selaku Pengerusi LUAS. http://www.luas.gov.my/

Kerja sediakan sumber air ini bukan kerja SYABAS ya! SYABAS kerjanya hanya berkaitan pembekalan air bersih. Jangan nak kambing hitamkan SYABAS! Sikit sikit SYABAS, sikit sikit SYABAS. Pakai otak sikit la bro!

Kena tahu beza bidang kerja LUAS dan SYABAS. LUAS merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri yang menguruskan sumber air seperti sungai, tasik dan perairan pantai di Negeri Selangor manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) yang dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) merupakan sebuah syarikat swasta yang diberikan konsesi oleh kerajaan untuk menguruskan hal ehwal pembekalan air bersih kepada pengguna sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.


Hari tu Rafizi Ramli menuduh SYABAS punca masalah air di Selangor berikutan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi sejak 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.

Padahal tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

SYABAS beritahu mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali. Rafizi kemudian kecut perut dan beritahu SYABAS supaya jangan saman sebab membazir masa saja.

TAK CUKUP DENGAN KG. BUAH PALA KINI KAJANG PULA JADI MANGSA #ANUWAR. #prkkajang #pr

Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.

Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.

Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat. Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu? Jawapannya sudah tentu tidak!

Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India. Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor.

Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

“Tapi you percaya sama saya. Ketua Menteri, DAP dengan Keadilan kita punya geng juga. Dua minggu lepas menang (PRU12), mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar” katanya.

Namun sejurus selepas menang, semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan. Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut wakil penduduk, mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008, sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.

Malangnya, kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma, kami dianggap sebagai setinggan, jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.

Kesimpulannya, di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini? Buat masyarakat India, buat lah keputusan dan pilihan yang bijak, kerana keputusan ada di tangan anda.

Akhirnya Selangor Catu Bekalan Air Hari Ini!Dulu Cakap Besar,Sekarang Hilang Cakap Besar Dan Terus Salahkan SYABAS @puspel @Khalid_Ibrahim @KhalidSamad


Dari tahun 2010 lagi, apabila Kerajaan Persekutuan menyatakan bekalan air di Selangor dan Lembah Kelang terancam dan bakalberhadapan dengan krisis besar, Pakatan Rakyat tidak langsung mencari jalan untuk mengatasinya, sebaliknya menyatakan Projek Langat II yang menjadi isu pada ketika itu adalah mekanisme untuk para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional melantak duit rakyat. Projek itu sendiri kata mereka bukanlah satu projek perlu.

Apabila Kerajaan Persekutuan menyerahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk melantik kontraktor dan konsultan mengendalikan dan menguruskan Loji Air Langat II bagi membolehkan projek itu diteruskan, lain pula helahnya.

Kata Pakatan Rakyat, mana mungkin Selangor kekurangan air mentah. Apatah lagi air banjir, air di takungan dan empangan selain air lombong dan kolam yang terdapat di seluruh Selangor mencukupi untuk keperluan domestik tanpa perlu mengimport air mentah dari Pahang.

Penjelasan demi penjelasan tentang ketidaksesuaian air mentah yang dimaksudkan oleh Pakatan Rakyat, tidak dihiraukan, bahkan mereka semakin galak pula menyatakan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah terlalu terdesak untuk mencari duit.

Empat tahun kemudian, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor sendiri, bermula esok, catuan air akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor!

Mana pergi kesemua air lombong, air kolam, air banjir dan air di takungan seperti yang digembar-gemburkan pada tahun 2010 dahulu? Mana perginya suara Elizabeth Wong, Xavier Jeyakumar, Halimah Ali dan sebagainya yang mempertahankan kenyataan bahawa Selangor tidak akan mengalami krisis air, bahkan bekalan air mentah mencukupi sehingga 2019 bukannya 2014?

Baru-baru ini, Rafizi Ramli dalam sidang medianya telah menyalahkan SYABAS dan menuduh SYABAS cuba mensabotaj Kerajaan Negeri dengan mencemarkan bekalan air mentah dengan ammonia. Ini menyebabkan SYABAS memutuskan untuk menyaman Rafizi Ramli. SYABAS dalam penjelasan yang diberikan beranggapan Rafizi Ramli seorang yang cetek akal memandangkan tanggungjawab menjaga sumber air terletak di bawah Kerajaan Negeri dan PBT, bukannya SYABAS. SYABAS hanya merawat dan menghasilkan air bersih untuk bekalan di seluruh Lembah Kelang.

Pakatan Rakyat juga sebelum ini menyalahkan penstrukturan SYABAS sebagai punca krisis bekalan air. Perkara pokok yang menjadi masalah iaitu bekalan air mentah, langsung tidak disebut. Mujur jugalah para pecacai Pakatan Rakyat dari jenis yang bodoh sombong dan mereka dengan mudah menerima tohmahan tersebut secara membuta tuli dan kemudian menyalahkan Kerajaan Persekutuan...UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang, rasakanlah nikmat pentadbiran Pakatan Rakyat yang sangat cekap, telus dan hebat sangat... sehinggakan menjadi negeri pertama yang kekeringan air untuk kegunaan penduduk dan industri!

#BR1M - ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH KERAJAAN.

Alhamdulillah kerajaan telah pun menunaikan janjinya dengan pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) yang telah bermula selepas pelancarannya pada 22 Februari lepas. 

BR1M yang ditambah baik menyaksikan isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah menerima wang tunai yang lebih banyak iaitu RM650 berbanding RM500 sebelum ini.

Bagi penerima kategori baharu yang diwujudkan untuk isi rumah berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 pula, mendapat RM450.

Individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan pula menerima RM300 berbanding RM250 sebelum ini.

Penerima BR1M juga dilindungi insuran sehingga RM30,000. 

Dan selepas ini kerajaan berjanji akan menaikkan lagi jumlah BR1M sehingga RM1200 secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

Hampir tujuh juta rakyat yang menerima BR1M yang memasuki tahun ketiga itu dengan peruntukan RM4.5 bilion.

BR1M merupakan subsidi secara sasar kepada golongan yang berhak dan merupakan mekanisme bagi mengurangkan subsidi pukal termasuk subsidi bahan bakar yang banyak pembaziran dan ketirisan.

Selain itu, tahun ini sahaja sejumlah RM24.1 bilion diperuntukan untuk subsidi sementara RM14 bilion lagi untuk bantuan tambahan kepada rakyat.




Monday, 24 February 2014

#PRKKajang :Mak Lampir Zuraida Yang Bermulut Longkang!! @ybz99 @BN4PRK @mymassa @NajibRazak


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin memulakan serangan peribadi ke atas calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila tanpa segan silu menyifatkan calon BN itu sebagai calon 'kambing hitam' BN dalam pilihan raya kecil itu. 

Apakah salah kerana BN meletakkan calon wanita bagi menghadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam PRK DUN Kajang?

Demi untuk memenangkan Anwar, Zuraida sanggup melakukan apa saja terhadap ketuanya walaupun terpaksa ‘mengutuk’ kaum sejenis.

Mei Fun berkata Zuraida tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu yang bukan sahaja menghina kaum wanita tetapi diri sendiri kerana Zuraida juga daripada kaum wanita.

Tidak seperti PKR, BN sentiasa mengiktiraf wanita termasuklah mencalonkan Mei Fun untuk bertanding dalam PRK DUN Kajang ini.

Zuraida memandang rendah kepada kaum wanita. Dia tidak sepatutnya dengan mudah mengeluarkan kenyataan menghina kaum sendiri. Tindakan ini seolah-olah menidakkan pengiktirafan terhadap wanita. 

#KrisisAir Di Selangor:MB Khalid Pernah Kata Air Cukup Sehinggai 2019!! @Khalid_Ibrahim @puspel @bn4prk @NajibRazak @mpkotabelud @anwaribrahim @rafiziramli


Pada tahun 2010, MB Selangor pernah mendabik dada dan sangat sombong bongkak apabila kerajaan persekutuan mencadangkan agar projek air Langat 2 dilaksanakan secepat mungkin kerana Selangor & KL bakal mengalami krisis air menjelang 2012. Dan pada hari ini,telaan Kerajaan Persekutuan memang benar-benar terjadi apabila Selangor mengumumkan untuk mencatu air bermula esok yang mana dalam seminggu sesebuah rumah bakal mengalami gangguan selama 4 hari! Rakyat semakin menderita adakah ini balasan pemimpin PR kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada mereka?

Kerana pemimpin PR terlalu berlagak dan menunjuk-nunjuk Allah telah menurunkan bala bagi kita semua 
untuk muhasabah diri dan menginsafi kekuasaanNya. 


JK: Siapalah "expers" yang telah diconsult oleh Khalid ni? Memang tak guna!


Sumber


Facebook Page No 1 Red Bean Army Akhirnya Ditutup,Macai Meroyan Sakan? @cmlimguaneng @limkitsiang @mymassa @NajibRazak @mpkotabelud @KhalidSamad


Laman utama Facebook Red Bean Army(RBA) iaitu We Fully Support PKR-DAP, telah dimansuhkan oleh Facebook. Adakah rakyat Malaysia masih ingat bagaimana parti pembangkang menggunakan khidmat cybertroopers mereka iaitu RBA dalam fitnah terhadap banyak rakyat Malaysia yang tidak berdosa? 

Generasi muda hari ini mungkin tidak lagi menikmati perpaduan dan keharmonian antara kaum seperti suatu ketika dahulu. Segala-galanya telah berubah berikutan kemunculan RBA demi mencapai kepentingan politik mereka dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memainkan isu-isu perkauman. 

Walaupun laman utama RBA telah dimansuhkan, namun ahli-ahli mereka masih berleluasa dan mutakhir ini anggota RBA semakin bertambah. Pihak BN pula masih lagi kekurangan bakat, strategi dan tentera siber yang mampu untuk berhadapan dengan RBA. Lambakan ahli, blogger dan laman tentera siber BN tanpa ‘jeneral’ dan strategis berbakat mengetuai mereka, menyukarkan usaha memenangkan BN dalam perang dunia siber. 

Natijahnya, dalam agama Buddha dan Hindu mereka mempercayai hukum Karma, iaitu balasan setimpal dengan perbuatan seseorang individu atau entiti. Dalam agama Kristian pula mereka mempercayai Reap What You Sow iaitu kita akan mendapat hasil daripada tanaman yang diusahakan. Dalam isu ini RBA senantiasa menanam racun tetapi akhirnya ia memakan diri mereka sendiri. 

Dalam peribahasa Melayu pula kita diingatkan tentang - ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Segala kejahatan dan kekejaman mereka telah mendapat balasan akhirnya. 

Dalam pada itu, isu yang berkaitan dengan kedaulatan, keselamatan dan imej negara turut senantiasa diancam oleh RBA. Isu ‘Bangla’ dan blackout palsu disebar dengan meluas sehingga menghantar petisyen kepada White House untuk campur tangan dalam urusan negara kita. Isu pahlawan negara yang mempertahankan negara di Lahad Datu dijadikan sebagai mangsa jenaka ‘mati katak’ oleh mereka. 

Sekiranya perjuangan sekejam RBA dan parti pembangkang masih dibenarkan tanpa sebarang kawalan dan pengajaran maka akhirnya rakyat sengsara dan negara tergadai. RBA seharusnya menjadi musuh negara kerana mereka merupakan satu entiti yang paling beracun, kejam, jahat dan tidak berperikemanusiaan di negara ini. 


JK: Kalau kita lihat nama facebook page itu, kita tertanya-tanya di manakah perkataan PAS?Adakah PAS hanya keldai yang digunakan bila perlu sahaja? Sila sebarkan juga mesej yang JK dapat dari penentang kuat RBA ini: Now they are trying to create a new page ( THE RBA team ). Before their page went viral again I hope all pro BN can help in their page to ask our supporters and followers to report their page and content and account again.

FB page https://www.facebook.com/WeFullySupportprdap
https://www.facebook.com/pages/%E8%AF%B7%E7%94%A8%E8%A1%8C%E5%8A%A8%E6%94%AF%E6%8C%81%E7%81%AB%E7%AE%AD-Support-DAP-with-Contributions/130883080259495?ref=stream

Account 1 - Red Bean Army account. Please report as fake account .Please report - https://www.facebook.com/JiunnYe

#PRKKajang :Perbezaan Antara Chew Mei Fun Dan Anwar Ibrahim Dari Kaca Mata Politik @chewmeifun @anwaribrahim @mymassa @NajibRazak


Kita semua sudah tahu siapa calon Barisan Nasional (BN) yang akan menentang Anwar di PRK DUN Kajang pada 23 March ini. Sebelum bermulanya PRK DUN Kajang ini, Aku nak mengajak anda semua menilai dan mendekati lebih dekat akan calon BN, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun berbanding dengan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 

Chew Mei Fun sebagai calon pilihan raya kecil Kajang atas tiket BN kerana beliau sangat berbeza dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Politik Anwar politik kotor. Penuh dengan janji-janji kosong dan cakap tak serupa bikin, Anwar pula pernah berkata bersara jika Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya umum lepas, tetapi tidak berbuat demikian, sedangkan Chew telah menunjukkan sebaliknya. MCA meletak Chew kerana personaliti beliau sangat berbeza dengan Anwar.

Bagi aku, Datin Paduka Chew Mei Fun adalah calon terbaik dan lebih dari Anwar Ibrahim. Selamat berjuang semua rakan-rakan di DUN kajang nanti.

#ANUwar DAN SESUMPAH TIADA BEZA. #PR #PKR #PRKKAJANG

Anwar Ibrahim cuba menggambarkan diri beliau sebagai pemimpin yang diterima oleh pelbagai kaum dan agama di negara ini tetapi realiti adalah sebaliknya.
Di hadapan hadirian beragama Kristian yang memenuhi dewan sebuah sebuah gereja di Kajang baru-baru ini, Anwar bernada lain ketika berdepan dengan pengundi Melayu.
Di depan penganut Kristian, Anwar memetik beberapa ayat Al Qur'an mempertahankan dasar pakatan pembangkang yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katholik.
Beliau juga menghafal beberapa ayat lagi untuk menunjukkan betapa Islam boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan agama-agama lain di negara lain.
Dalam erta kata lain Anwar memainkan sentimen pluralisme untuk menarik golongan bukan Islam menyokongnya.
Pelik juga di hadapan penganut Kristian beliau boleh menjual ayat-ayat Al Qur'an demi mendapat undi pada pilihan raya kecil Kajang kelak tetapi apabila Lim Kit Siang mempertikaikan ayat Al Qur'an yang di gunakan oleh Jakim untuk pengisian khutbah baru-baru, Anwar sedikit pun tidak membangkang atau membantah.
Mungkin bagi Anwar halal menjadikan ayat-ayat suci sebagai alat politik tetapi apabila pemimpin bukan Islam menghina Islam, dihalalkan juga supaya tidak mempertahan kan kesucian agama.
Begitulah politik agama yang dimainkan oleh Anwar dan pembangkang.
Pemimpin-pemimpin Melayu pembangkang terutamanya Pas dan Anwar tidak segan silu keluar masuk gereja dan pusat-pusat agama lain kerana hendak mengambil hati demi peti undi.
Mereka sanggup mengenepikan fatwa para ulama yang melarang perbuatan tersebut kecuali jika keadaan mendesak.
Bagi Anwar dan pemimpin Pas cukup bagi 'ulama' mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan segala tindakan mereka selagi ia boleh membawa undi.
Itulah yang dilakukan oleh Anwar di gereja di Kajang tersebut.
Beliau boleh mengutuk dan menghina bangsa sendiri di hadapan orang kafir kerana menganggap undi orang kafir tersebut lebih tinggi nikainya daripada perpaduan dengan saudara sebangsa dan seagama.
Begitu juga yang beliau lakukan sebelum ini di hadapan khalayak penyokong pembangkang Cina dengan memperlecehkan kredibiliti pemimpin-pemimpin dari UMNO.
Seolah-olah beliaulah manusia paling maksum dan suci daripada sebarang dosa.
Mungkin mereka yang terpegun dengan retorik Anwar terlupa siapa beliau semasa berkuasa di dalam satu ketika dahulu.
Anwarlah antara menteri kabinet paling korup dengan mengumpul dan mengalihkan harta dan wang tunai perpuluh bilion ringgit ke luar negara.
Kini di depan penganut Kristian beliau cuba menonjolkan imej kesengsaraan seperti mana yang pernah dilalui oleh Jesus.
Ini semua adalah permainan politik sesumpah yang memang menjadi darah daging Anwar.
Apa sahaja akan dikorbankan oleh Anwar untuk kepentingan politiknya - agama, bangsa malah negara sekali pun.
Kajang adalah korban percintaan Anwar kerana memenuhi nafsu serakahnya untuk menduduki kerusi menteri besar setelah gagal menjadi perdana menteri.
Setakat yang diketahui tidak ada perdana menteri atau menteri besar yang menjawat mana-mana jawatan tersebut pada usia lanjut 67 tahun.
Tetapi berlainan bagi Anwar kerana beliau penuh dengan sikap keakuaan yang menjadi belenggu dirinya.
Hanya kepentingan diri dan agenda politiknya sahaja yang diutamakan.
Yang lain seperti sahabat handai dalam perjuangan politik yang jatuh bangun bersamanya adalah 'expendable' atau boleh dikorbankan bila-bila masa sekira keadaan memerlukan.

Sunday, 23 February 2014

#ANUwar PENIPU LIDAH BERCABANG. #dontmess with #Islam #PKR #PR #PRKKajang

Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah ‘Allah’ dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan.

Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa ‘Allah’ adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka.

Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan ‘tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama ‘Allah’ sewenang-wenangnya’.

Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat ‘pengiktirafan’ di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.  

Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama.  Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga.

Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama.

Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.  Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa.

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu. 

Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza, berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah, bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya?

Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan, berbeza, berbelit dan samar mengenai isu ini.  Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian.

Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat.

Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya.

Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian.

Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina juga, melalui DAP, memberi ‘kelulusan’ kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia.

Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian.

Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama ‘Allah’ dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO.

Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian.

Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.  Anwar tidak boleh tidak, perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.  

Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atau Kristian?

Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa.  Dan pada waktu itu, siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar.


Isu Cat Teresa Cock:Blog PR Amenoworld VS Blog PR Anak Sungai Derhaka MANA SATU YANG CAKAP BENAR??? @teresakok @AmenoWorld @milosuam


Yang ni lagi lawak dari gambar tersilap Teresa kok Pintu Grill terkena Cat Merah. Kenapa aku kata lawak, korang lihat lah sendiri kedua-dua Blog Pro PR ni satu lagi cuba mempertahankan si cinabeng Teresa Kok dan yang lagi satu Blog Pro PR cuba tunjuk kebodohan Teresa kok. hehehe...

Korang lihatlah Blog PR masing2 dah tak tentu arah, Mana satu betul aku pun tak tahu...

Cuba korang baca dari blog Amenowrld bermatian-matian cuba mempertahankan Teresa kok..


Dan manakala pula baca dari Blog Anak Sungai Derhaka pula Marah kepada Teresa Kok yang tidak habis-habis dengan cerita bohong dan cuba memfitnah Umno.


hahahahaha....lawak-lawak...kepada Amenoworld terima jer lah hakikat yang teresa kok memang menipu pun, janganlah jadi penjilat kepada bangsa DAP ni sangat memalukan bangsa melayu saja, dan kepada Anak Sungai Derhaka aku respek kau walaupun bertubi-tubi komen Macai-macai PR di blog kau kata kau yang kau ni sudah di beli oleh Umno. Bersabar jer lah yang pahit kena telan yang itu kau pilih.


JK: Kesian Melayu jadi pencacai tukang backup Cina Dapig!

#DAP Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang? #DAPRASIS

Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap ‘tidak-apa’ terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita.

13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap ‘tidak-apa’ satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka.

Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini.

Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka.

Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.

Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya.

Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan.

Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan.

Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya.

Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?’

DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya.

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam.

Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta ‘bersiri’. 

Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem’.

Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang berjiwa Malaysia’, walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu ‘kaum Cina’.

Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan.

Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional.

Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei?

Saturday, 22 February 2014

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, #PR Tak Perlu Kecoh

Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat.

Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi ‘menyumbang’ kepada pembaziran negara.

Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13.

Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan ‘bergaya’ di kala hampir keseluruhan jentera partinya ‘kaku’.

Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.

Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.

Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak terutamanya PEMBANGKANG!!

#PR MEMBELAKANGKAN RAKYAT. #PRKKAJANG

Pilihanraya Kecil Kajang yang bakal berlangsung bolehlah dianggap sebagai simbol kegagalan Pakatan Rakyat menterjemah demokrasi.  PRK ‘yang tidak perlu’ itu membuktikan bahawa PR adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan sanggup membelakangkan pilihan rakyat bagi memenuhi percaturan politik peribadi seorang pemimpin tertinggi.

Pilihanraya, tidak kira kecil atau besar, bukanlah satu perjudian atau permainan untuk merebut kuasa.  Pilihanraya adalah platform bagi membolehkan pentadbiran dijalankan dengan sempurna untuk kesejahteraan rakyat.

Tindakan ADUN Kajang meletak jawatan tanpa sebab konkrit, semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim mengatur langkah politik, secara langsung menjadikan segala slogan perjuangan PR berkenaan demokrasi, integriti, ketelusan dan kepertanggungjawaban tidak ada erti sama sekali.

PR kini tidak layak lagi bercakap mengenai nilai murni mahupun moral dalam sesebuah pentadbiran kerajaan.

Berdasarkan hakikat ini, Barisan Nasional punya pilihan untuk turut bermain permainan yang dimulakan oleh PR atau hanya menjadi pemerhati.  Namun, sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, adalah lebih baik jika BN menjauhkan diri dan mengelak dari turut sama mempermainkan rakyat.

Antara yang dikatakan akan bertanding di Kajang ialah S Nallakaruppan di bawah tiket MIUP iaitu sebuah parti mesra BN, Yuktes Vijay iaitu bekas pembantu guaman Anwar Ibrahim dan juga seoarang calon dari MCA memandangkan Kajang merupakan kawasan ‘tradisi’ parti itu.  Selain itu, Zaid Ibrahim juga dikhabarkan akan turut bertanding.

Yuktes dan Nalla diketahui sebagai ‘menyimpan’ berbagai rekod buruk mengenai Anwar. Pencalonan mereka pasti akan mendedahkan lebih banyak kisah-kisah hitam Anwar yang mungkin masih ada yang belum tahu. 

Walaubagaimanapun, adalah tidak adil kepada rakyat Kajang jika PRK itu dijadikan pentas untuk Anwar bersilat menepis serangan terhadapnya.   Lagipun, kita tahu bahawa sememangnya inilah yang Anwar inginkan iaitu untuk membuat persembahan pencak silat di atas pentas, mencari publisiti, menonjolkan diri dan meraih simpati.

Dalam kita melayan karenah Anwar, kita tidak harus tersasar dari objektif sesebuah PRK. Perlu diingatkan bahawa PRK bukanlah berkenaan dengan individu, tetapi berkenaan rakyat.

Yang diperjudikan di sini bukan nasib Anwar, tetapi nasib penduduk Kajang.   Sedangkan Permatang Pauh juga Anwar tidak dapat memberi masa, sehinggakan terjadinya kes penemuan daging khinzir di masjid berhampiran kawasannya pun Anwar tidak mampu memberi sebarang komen, apatah lagi memulihkan ketegangan di dalam masyarakat setempat.  Maka, apakah masyarakat di Kajang masih boleh mengharapkan beliau untuk memberi khidmat bakti?

Senarai calon-calon yang dikatakan akan bertanding mengukuhkan lagi pendapat bahawa PRK ini adalah mengarut sama sekali kerana jelas ia merupakan satu pertandingan yang berkisar mengenai Anwar Ibrahim semata-mata, sementara Zaid Ibrahim menempek di belakang menumpang publisiti murahan.

Jika BN turut sama ‘bermain masak-masak’ dengan mereka ini, maka dibimbangi lebih banyak wang rakyat yang akan dibazirkan.   Untuk PRK Kajang, SPR dijangka menggunakan dana sehingga RM1.5 juta.  Itu belum lagi dikira perbelanjaan untuk mengawal keadaan oleh PDRM.  Sekiranya BN bertanding, maka dikhuatiri, parti akan perlu mengumumkan beberapa peruntukan baru di samping program-program kemasyaratakan bagi memenuhi aktiviti kempen.  Semua ini pasti memakan belanja yang banyak.

Justeru, adalah lebih baik jika BN tidak bertanding dan membiarkan sahaja Anwar dan bekas-bekas kuncunya serta bekas sahabatnya bertanding sesama sendiri.  Biarkan Anwar berhempas pulas membela diri sehingga menggadai maruah agama dan bangsa demi publisiti.  BN tidak perlu merendahkah diri ke tahap PR dengan terlibat dalam pertandingan yang membazir dan mengarut ini.

Kukuhkan imej BN di mata rakyat sebagai parti yang bertanggungjawab, matang dan serius dalam menghulurkan khidmat.