Sunday, 31 August 2014

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57. ‪#‎IniMalaysiaKita‬ ‪#‎Merdeka57‬ ‪#‎Disinilahirnyasebuahcinta‬ ‪#‎sayasayangmalaysia‬

Syukur Alhamdulillah kita mampu mempertahankan kemerdekaan selama 56 tahun hingga ke hari ini.  "DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Kemerdekaan dan kemakmuran Malaysia pada hari ini adalah hasil perjuangan para pejuang kemerdekaan negara terdahulu dan kita patut berterima kasih kepada mereka. Bersama-sama dengan tentera British, mereka berjuang habis-habisan menentang komunis serta gejala ekstremis yang mampu menggugat kehidupan rakyat di negara ini. Mereka kemudiannya berjaya memerdekakan negara dari cengkaman penjajah yang sekali gus memberi kita kuasa sepenuhnya untuk mengurus sendiri sumber kekayaan negara yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi seperti getah, bijih timah, kelapa sawit dan bjih besi.

Adalah adalah amat wajar bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memberi tumpuan dan perhatian terhadap pengukuhan patriotisme dan perpaduan. Patriotisme dan perpaduan paling penting dalam proses pembinaan negara selain daripada isu ekonomi dan pembangunan sosial. Setiap tahun dalam meraikan Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia dapat menyemarakkan semula semangat patriotik melalui pelbagai cara dan pendekatan.

Menyemai kebanggaan pada bendera Jalur Gemilang merupakan satu ciri penting dalam pembinaan negara. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara. Rakyat perlu semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di mana sahaja.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE - 57 JK UCAPKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!!

Saturday, 30 August 2014

Sejarah Bendera Malaysia. ‪#‎IniMalaysiaKita‬ ‪#‎Merdeka57‬ ‪#‎Disinilahirnyasebuahcinta‬ ‪#‎sayasayangmalaysia‬ #IAmMalaysia

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir.
Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Rujukan: penerangan.gov.my



Friday, 29 August 2014

@NajibRazak #PMGentleman, Kritikan Mahathir: Hormati Tun Sebagai Negarawan, Harap Dapat Urus Sebaiknya



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beranggapan teguran oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai soal dalaman UMNO.

Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno tetap menyokong barisan kepimpinan sedia ada di masa sama mereka juga menghormati pandangan Mahathir sebagai negarawan yang disegani.

“Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

“Di samping itu mereka menghormati Tun (Mahathir) sebagai the elder statesman (negarawan kanan), jadi kita anggap ini sebagai soal dalaman Umno.

“Kita harap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno petang ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeruskan mesyuarat majlis Tertinggi UMNO, di sini, hari ini.

Dr Mahathir baru-baru ini menarik sokongan yang diberikan kepada Najib kerana menyifatkan presiden Umno itu terlalu berlembut dalam hal yang menyentuh kepentingan negara.

Katanya, undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan menyebabkan ramai ketua penjahat kini yang sedang berkeliaran.

Dalam perkembangan lain Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO turut memberitahu program penerangan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan diadakan secara besar-besaran pada 10 September ini.

“Majlis Tertinggi telah dimaklumkan tentang program penerangan GST besar-besaran pada 10 Sept di mana 2,500 peserta akan hadir dan kita harap ini merupakan sebahagian daripada siri untuk meperjelaskan tujuan GST yang ingin kita laksanakan pada tahun depan,” ujarnya.

Program penerangan GST yang dikenali sebagai Penerangan Perdana GST akan melibatkan Ketua Penerangan Sayap serta cawangan empat peringkat UMNO seluruh negara dan ianya akan diadakan di Dewan Merdeka PWTC.

Majlis akan bermula pada pukul 2 petang hingga 6.30 petang dan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

#KrisisSelangor: Istana Selangor Tersinggung Dengan Serangan Berterusan Pihak Tertentu



Pihak Istana Selangor telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai ‘menjejaskan’ dan ‘menyakitkan hati’.

Menurut laporan The Star, mengungkap kata-kata seorang sumber rapat kepada istana, pihak istana tersinggung dengan serangan berterusan oleh pihak tertentu.

“Istana telah berdiam tetapi orang ramai terus membuat kenyataan berbau anti-istana.

“Kenyataan seperti itu menyinggung perasaan. Orang-orang ini perlu membaca perlembagaan negeri dan memahami konvensyen istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen terhadap situasi yang berlaku.

“Peguam tertentu dari parti-parti politik pula diupah untuk mentafsir beberapa perkara menurut apa yang pelanggan mereka mahu,” kata sumber tersebut kepada The Star.

Pada Selasa, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.

PRK Pengkalan Kubor N01 ditetapkan pada 25 September 2014

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah pun menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan akan diadakan pada 25 September ini manakala hari penamaan calon pula pada 13 September ini. Ini baru saja diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff sebentar tadi.

PRK N01 diadakan berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, 20 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Allahyarham menang dengan majoriti 1,736 menewaskan calon dari PKR dan bebas dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 10, 174 undi.

Thursday, 28 August 2014

#LebuhrayaRakyat : #PAS Jemput Rakyat Ke Majlis Masuk Tapak Lebuhraya Rakyat Lagi Sekali? @nikabdulaziz @khalidsamad


Untuk sekian kalinya, PAS merasmikan sekali lagi Lebuhraya Rakyat sejak dilancarkan pertama kali pada Mei 2012 lalu.

Ketika itu bergema gempitalah seluruh dunia tentang kehebatan projek tersebut yang dilakukan oleh PAS

Entah banyak mana wang rakyat dikutip dan masuk ke kantong, karung, supik-supik, kopiah dan tin milo setiap kali majlis anjuran PAS tersebut yang tidak pernah diumum atau diaudit.

Jika kita dari selatan hendak ke Kelantan untuk ke Kota Bharu, kita pasti menempuhi perjalanan yang begitu panjang selain terdedah dengan mara bahaya lori balak, jalan kecil, gelap, sesak dan sebagainya yang mungkin menyebabkan kemalangan.

Memang wajar ada sistem jalanraya yang baik dan selesa. Namun pembinaan lebuhraya tersebut sering menjadi bahan kempen politik puak PAS untuk memburuk-burukkan kerajaan Pusat.

Kini projek lebuhraya tersebut dirasmikan kembali oleh Menteri Besar Kelantan; Datuk Ahmad Yaakub dengan kos RM854 juta dan dijangka siap penghujung tahun 2017 sejauh 30.5km menghubungkan Bukit Tiu ke Dusun Damar, Kuala Krai.

Projek ini bakal disambung dengan projek Lebuhraya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km yang rancak dibina oleh Kerajaan Persekutuan.

Adakah ini mungkin sebagai strategi PAS dan Menteri Besar untuk memancing undi dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung tak lama lagi.

Umumnya tahu Datuk Ahmad Yaakob adalah ADUN Pasir Pekan dalam Parlimen Tumpat yang juga jiran kepada DUN Pengkalan Kubor. Sambil tenggelam sambil minum boleh mempromosi parti PAS untuk PRK Pengkalan Kubur yang tidak lama lagi. Sudah faham sangat janji khas PRK je, lepas menang nanti janji tinggal janji, itulah PAS sejak dari dulu lagi tidak pernah berubah sampailah sekarang.

Admin: Event ni nak kutip duit ke?

#KrisisSelangor: Sebelum Wan Azizah Jadi MB, Boleh kami Tahu Apa Kandungan 18 Muka Surat Dulu?



Satu waktu dulu berbelas tahun yang lalu wanita yang mahu dijadikan calon MB Selangor unchallenge dari mana mana calon sePakatan nya ini pernah menulis surat kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.

Dikata kan sejumlah 18 muka surat panjang lebar diserahkan kepada Tun Mahathir untuk pengetahuan dan tindakan nya.

Tetapi akibat menganggap surat itu serta isi kandungan nya terlalu peribadi dan pasti mengaibkan seseorang, maka mantan perdana menteri Tun Mahathir hanya membaca dan menyimpan nya sahaja.

Dari petikan sebuah akhbar ketika di tanya berkenaan surat itu Tun Mahathir hanya berkata sebegini -
“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya.

Jadi surat ini mensabitkan hal seorang yang sangat teringin menjadi Imam kepada seluruh rakyat negara ini , jadi Perdana Menteri.

Maka amat wajar surat itu didedahkan isi kandungan nya, jika ia hal kecil dan tidak babitkan negara pasti tidak ada keperluan seorang isteri melarikan diri kepada Perdana Menteri waktu itu mengadukan hal.

Tambah lagi wanita yang bakal jadi Imam kepada seluruh lelaki di negeri Selangor ini baik pada yang berserban mahu pun tidak, harus lah “come out clean” dan menceritakan apa isi kandungan nya.

Mungkin agak nya keraguan sultan kepada individu yang bakal duduk disebelah nya ketika persidangan Majlis Raja Raja sudah tahu akan sedikit hal ini kerana almarhum ayah nya sangat akrab dengan Mantan PM , lalu tidak mahu membuka aib ,, sekadar hanya menolak sahaja pencalonan wanita ini.

Apa pun seorang ulama dari parti Islam pernah berkata , jika aib itu membabitkan seorang yang bakal menjadi pemimpin maka ia harus dan dibolehkan di dedah, kita tidak tahu lah pula jika Ulama ini akan U-turn dan membuat fatwa baru jika keadaan merugikan parti nya kali ini. Kerana kita semua sudah terbiasa dengan tabiat ulama akhir zaman ini.

Selain dari surat setebal 18 muka itu, wanita yang bakal jadi MB Selangor juga pernah melarikan diri kepada Tun Siti hasmah mengadukan hal. Lalu di nasihatkan agar berbaik semula kepada suami nya.

Jadi sebenar nya ada sesuatu yang tidak baik dan tidak pasti kepada pasangan suami isteri ini yang kita belum tahu. Dan kita mahu tahu. Sebelum ditabalkan menjadi MB Selangor.


Sumber

#PASDayus :PAS akan kemuka calon #PKR jadi MB Selangor



PAS Selangor membuat keputusan untuk tidak mencalonkan wakil rakyat parti itu bagi dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata parti itu sebaliknya akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR untuk jawatan berkenaan.

"Keputusan untuk tidak letakkan calon PAS adalah muktamad. Ini kerana Menteri Besar Selangor adalah jawatan milik PKR. Kita hormati perkara ini.

"Kita berpendapat adalah tidak wajar untuk kita calonkan wakil daripada PAS untuk jawatan ini," katanya selepas mesyuarat tertutup bersama PAS Selangor di pejabat perhubungan negeri, di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ditanya siapakah yang akan dicalonkan PAS, Mustafa berkata: "Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan, tunggulah nanti."

Mustafa juga berkata, mesyuarat itu tidak menyentuh isu Menteri Besar Selangor.

"Saya hanya terangkan tentang kronologi kemelut jawatan Menteri Besar kepada ahli PAS Selangor," katanya.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan PAS, DAP dan PKR, masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu untuk pertimbangan dan perkenan baginda.

Namun, PKR dan DAP tetap mahu mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar itu.

Wednesday, 27 August 2014

#KrisisSelangor: Pakatan Menipu Tentang Bilangan Calon MB Selangor Pada PRU 12 & 13? #Selangor4Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat pernah mencadangkan nama lebih daripada seorang calon untuk jawatan Menteri Besar.

Abdul Khalid mendakwa, perkara tersebut tidak dilaporkan dengan tepat.

“Ada calon lain juga yang dikemukakan kepada istana secara berasingan dan kedua-duanya dibuat oleh PKR dan Pas.

“Ia (merujuk kepada pemilihan MB) pada tahun 2008 dan 2013,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelasnya, nama tersebut dihantar selepas selesai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) serta pada tahun 2008.

Perkembangan terbaru itu bercanggah dengan kenyataan Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Apa yang saya katakan adalah tidak dilaporkan dengan betul. Tidak ada yang dikatakan satu nama, sebab persetujuan dengan pihak istana adalah lebih daripada satu nama untuk diserahkan kepada pihak mereka.

“Pakatan telah memberikan lebih daripada satu nama pada 2008 dan 2013 sebagai calon tambahan selain saya dalam surat yang berbeza,” kata Khalid.

Pada Selasa, Pakatan Rakyat dalam kenyataannya memaklumkan DAP dan Keadilan hanya meletakkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Khalid turut difahamkan yang Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat nama calon tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya difahamkan surat sudah dihantar pada hari ini, jadi saya mengharapkan pihak istana tidak menghantar salinan kepada saya, itu sahaja. Sebab saya tidak mahu tahu apa-apa juga informasi.”

Khalid ditemui selepas mempengerusikan majlis mesyuarat kerajaan negeri di Shah Alam.

#Betulke: Wan Azizah Nak diJadikan MB tu Acah je. Rencana Sebenar dia Lain. #PKR #KrisisSelangor



Orang kalau tersepit macam macam dia boleh buat.

Orang kena kejar anjing lompat pagar tinggi 1 meter pun mampu.

Cuba bayangkan diri jadi orang tersepit bakal masuk jel dan sudah habis dana beratus juta tapi masih belum jadi PM. Cuba sejenak fikirkan dan selami jiwa orang itu.

Bayangankan juga " time is not on his side and age is catching up" . Mahu tunggu 4 atau 5 tahun lagi ke?

Menama kan isteri sebagai calon MB sambil mengetahui Al Sultan tidak menyukai nya, apa motif?

Yang parti pandai agama usah di ikut lagi, mereka ahli politik full time memakai baju agama.

Macam di Chow Kit Road dulu ada puak suka jual nombor ekor tepi jalan, tapi bersyarat selepas beli kena terus jalan tanpa boleh toleh belakang.

Yang jahil dan bebal pun berebut beli satu nombor dalam gulungan timah di jual harga RM10.00, untuk nombor bakal keluar pada cabutan esok hari.

Tapi kalau guna kan akal berfikir, si penjual nombor pun datang naik bas hari hari lagi nak nak kasi orang lain kaya kena nombor ramalan dia.
Dia sendiri tak kaya kaya.

Jadi parti logo agama pun macm tu juga. Sendiri tak terislam , lagi nak gebang Islam pada orang lain, udah nya ahli sendiri engkar perintah tok guru dan sokong orang kuat maksiat sebagai ketua.

nah sekarng hari hari timpa bala terima padah.

Ah macam tu lah juga dengan keadaan sekarang di negeri Selangor.

Apa kah yang nak sangat isteri jadi MB tak tahu apa yang betul apa yang tak betul?

Apa kah nak sangat isteri jadi MB tak jangka Sultan akan tolak?

Apa kah dia rasa sultan mahu pecah tradisi ratusan tahun masuk ke persidangan Majlis raja raja di iringi MB wanita pertama?





Dia tahu lah semua itu.Bukan dia tak tahu.

Dia miliki rencana lagi besar. Dia melaporkan diri bukan dengan orang dalam negara, Boss dia di jauh sana .









Jika akhir nya isteri dia berjaya di MB kan itu bonos, Jika tidak diterima , ia bonos lagi besar.

Apa kah kamu ingat badan ini di tubuhkan untuk apa?





Dan dia siapa?





Di Malaysia ada ramai orang perasan pandai agama, pakai religious garb, tapi jadi alat. Jadi barua.

Mereka mendekati orang yang tidak utamakan agama. Jika quran arah jauhi maksiat, puak perasan pandai agama ini dekati mereka yang maksiat. Nah sekrang mereka tumpang kalam kabut sama, tunggang langgang parti sendiri walaupun problem nya milik parti lain.

In Malaysia there are obstacle that hinder them form steamrolling the Malays.

1) Islam 2 ) The Malay Sultan.

How to Singapore the Malaysian with this 2 stumbling block?

Buat sesuatu yang boleh nampak kan Sultan menjadi penghalang pilihan demokrasi, lalu jadi kan roadshow untuk menceritakan nya.

Its a win win situation utuk dia,

Kalau tak percaya tunggu dan lihat, untuk rakyat negeri Selangor yang tangan memangkah parti penuh songsang hasil terdengar ceramah fitnah dan kebencian ini sahaja yang mampu di pesan, "damn if you do , damn if you dont".

Kenali lah watak yang kamu kalian sokong, kalau baru nak kenal susah lah.
http://thechulan.blogspot.com/2013/05/king-of-road-mula-nya-di-sini-akhir-nya.html






Kita dalam perencanaan mereka....mereka sentiasa mahu membantu sesiapa yang sanggup membantu mereka,




PKR,DAP Ingkar Titah Sultan,PAS Pula Dipinggirkan! @anwaibrahim @limkitsiang @nikabdulaziz


PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Menurut kenyataan media bersama itu, keputusan Sultan Selangor sejajar dengan konvensyen pelantikan menteri besar pada 2013 dan pada ketika itu, PR hanya menamakan satu nama sahaja.

“…parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor,” ujar kenyataan itu.

PKR dan DAP memutuskan hanya menamakan Wan Azizah ekoran beliau sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun (termasuk dirinya sendiri).

Admin: PAS mana???

Tuesday, 26 August 2014

#KrisisSelangor:Hadi Awang Sahkan Pencalonan @azminali Untuk MB #Selangor #Selangor4Selangor



Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, dilaporkan Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

#KongresPKR Gagal Bersihkan Nama #PKR @anwaibrahim @rafiziramli



Dengan pertelingkahan dalaman PKR di Selangor yang semakin hari semakin mengarut, juga dengan pemilihan parti yang akhirnya selesai – diiringi kerusi terbang dan pergaduhan antara ahli, seluruh mata tertumpu pada Kongres Nasional PKR ke-10 yang diadakan baru-baru ini.

Rata-rata mahu melihat apakah yang akan menjadi perdebatan atau isi ucapan pemimpin-pemimpin atasan juga perwakilan parti kerana dari situlah hala tuju PKR boleh di ramal.

Namun, apa yang boleh dikumpul dari kongres selama tiga hari itu cuma cakap-cakap penyedap sesama sendiri. Jika benar Pakatan Rakyat teguh dengan tahaluf siyasi antara mereka, tidak nampak dimana keperluan Presiden parti menekankan berkali-kali bahawa gabungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja.


Mungkin Presiden parti melihat ahli-ahlinya perlu ditenteramkan, lebih-lebih lagi kongres kali ini tidak dihadir oleh pemimpin-pemimpin besar dari PAS, hanya Khalid Samad yang duduk diatas pentas bersama Presiden dan Ketua Umum parti.

Pentas kongres menjadi medan puji-memuji sesama sendiri, sesama ahli keluarga dan sesama ‘rakan karib’. Yang anak kata ibunya adalah pemimpin yang paling layak menyandang kerusi empuk Menteri Besar. Yang seketika terpinggir pula sibuk mencabar penghakiman dilakukan secara langsung kerana ketua tertinginya dizalimi. Itu belum kira yang diboikot, yang mengampu, dan yang cuba kekal relevan. Isu-isu nasional banyak yang terpinggir.

Disebalik semua itu, yang paling menarik adalah bagaimana Ketua Umum parti itu cuba ‘berlembut’ dan menjustifikasikan langkah menyingkirkan Menteri Besar Selangor sedia ada. Bermain dengan sentimen penuh emosi, Anwar dan isteri menegaskan bahawa Khalid adalah seperti keluarga sendiri dan tindakan penyingkirannya dibuat setelah mereka berada dalam dilema tentang bagaimana cara melembutkan kedegilan Menteri Besar itu.

Walau berkali-kali menyatakan bahawa beliau tidak mahu memburuk-burukkan Khalid, satu-satu ‘kesilapan’ Khalid dikupas dan dibahas. Meskipun tuturnya lembut namun pasti terkesan dihati. Apatah lagi yang dipilih untuk mengganti Khalid adalah proksi Ketua Umum sendiri. Tapi seperti kata Rafizi, kalau tak suka parti ini, boleh angkat kaki.

Nampaknya, masa depan PKR pusing-pusing hanya pasal Anwar. Tidak perlu menafikan yang sahih. Tidak perlu skrip parti ditubuhkan untuk rakyat, perjuangannya untuk rakyat, kerana pi mai pi mai, matlamatnya hanya untuk menyempurnakan kehendak Ketua Umum. Kalau tidak, masakan ada yang berani berkata akan bermati-matian mempertahankan Anwar.


#KrisisSelangor:Nga Kor Ming Kerahkan Sultan Selangor Ikut Kehendak Lim Kit Siang Dan Anwar Ibrahim?



Sikap biadap Nga Kor Ming memang tidak perlu diperkatakan. Setiap yang keluar daripada kenyataannya, semuanya menjurus ke arah kebencian terhadap Melayu, Islam dan Bumiputera.

Hina DYMM Yang Di-Pertuan Agong...
Hina Islam...
Hina Bahasa Melayu...
Hina Hak Melayu dan Bumiputera...
Hina Syarikat-Syarikat Melayu...
Hina Usahawan dan Perniagaan Melayu...
Hina Kakitangan dan Penguatkuasa Melayu...
Hina Parti-Parti dan Kesatuan Melayu...


Semua itu telah dilakukan oleh Nga Kor Ming semenjak namanya dikenali di persada politik Malaysia bermula dari tahun 2008. Apa lagi yang tidak dihinanya. Asalkan ada elemen Melayu-Islam dan Bumiputera, semuanya akan dihina. Dan orang ini jugalah yang mempertikaikan penyaluran peruntukan untuk masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah agama, padahal ianya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor turut mendapat perhatian Nga Kor Ming. Sudah tentulah perhatian Nga Kor Ming adalah pada DYMM Sultan Selangor memandangkan kuasa memilih, memperkenan dan melantik Menteri Besar Selangor adalah hak dan kuasa mutlak Sultan Selangor.

Apakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Nga Kor Ming ini sebenarnya mahu memberitahu rakyat Selangor bahawa Selangor telah dijajah oleh DAP dan Sultan Selangor sudah tidak ada sebarang kuasa, melainkan terpaksa mendengar dan akur dengan sebarang perintah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim?

Apakah Nga Kor Ming mahu memberitahu bahawa sebarang keputusan DYMM Sultan Selangor yang tidak berkenan di hati Lim Kit Siang/Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim merupakan satu perlanggaran undang-undang?

Nampak benar gelojoh DAP yang baru menang sedikit tetapi bercita-cita besar untuk menghalau dan menghapuskan Melayu!!!

#KrisisSelangor:Khalid Mengadap Sultan Hari Ini Untuk Bubar DUN? @Khalid_Ibrahim @NajibRazak #Selangor4Selangor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untutk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ekoran krisis pentadbiran yang melanda negeri itu.

Menurut sumber pejabat Menteri Besar itu, Khalid akan menasihatkan sekaligus memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor.

“Itu adalah merupakan langkah penyelesaian terbaik dengan menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk membuat keputusan.

“Biarlah rakyat Selangor yang menentukan sama ada Wan Azizah layak atau tidak menerajui kepimpinan negeri” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Sumber tersebut turut berkata, Khalid merasa sangat kecewa dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh rakan-rakan PKR terhadapnya berhubung kemelut politik di Selangor termasuk isu pinjaman peribadinya dengan Bank Islam.

“Beliau sangat kecewa dengan pendekatan kotor PKR yang suatu ketika dahulu begitu menghormati dan menyanjungi kebolehannya.

“Sebelum ini mereka) mengatakan Khalid sebagai Menteri Besar yang terbaik, berjaya urus tadbir Selangor dengan berhemah dan sebagainya, namun kini beliau dihina serta dimalukan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan” ujarnya lagi kepada SuaraTV dengan penuh emosi.

Menurutnya lagi atas sebab itu juga, Khalid telah mengambil keputusan untuk bersara dari politik dan pilihanraya negeri adalah medan yang terbaik untuk beliau meletakkan jawatan.

Khalid ketika ketika ditemui wartawan semalam mengesahkan akan menghadap Sultan Selangor hari ini bagi mendapatkan nasihat dan pandangan baginda berhubung kedudukannya.

Beliau berkata pertemuan itu dijangka berlangsung pada 2.30 petang dan sebarang perkembangan susulan perbincangan itu akan dimaklumkan dalam sidang media pada 4 petang hari sama.

Sumber tersebut turut mendedahkan kepada SuaraTV, Khalid mungkin menghadap Sultan di Istana Kayangan tetapi lokasi sebenar belum diketahui kerana terdapat beberapa istana di Selangor.

Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang itu sebelum ini mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh Sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

PKR sebelum ini telah memberikan amaran kepada Khalid supaya tidak mengusulkan cadangan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan DUN.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, jika Abdul Khalid terus bertegas untuk menghadap Tuanku tentang hal itu, ia hanyalah mahu mensabotaj mandat dan kepercayaan pada PRU13 lalu.

“Jangan berani sabotaj rakyat dengan membubarkan Dun Selangor, kerana berbulan-bulan kami tutup perkara ini (kes Khalid) sehinggalah terpaksa diambil oleh Biro Politik” katanya ketika menggulung ucapan Presiden PKR pada Kongres Nasional PKR, di Stadium Malawati, baru-baru ini.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-tidak-tolak-kemungkinan-bubar-dun-selangor#sthash.KY1q3K9t.dpuf

Awal bulan lalu Khalid dilaporkan berkata tidak menolak kemungkinan membubarkan DUN sebagai langkah menyelesaikan krisis tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

“Itu (semua keputusan termasuk bubar DUN) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di Shah Alam baru-baru ini.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden PKR Datin Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail turut dikatakan akan menghadap Sultan Selangor hari ini.

Menurut portal Keadilan Daily, Sultan Selangor dikatakan telah perkenan menerima permohonan Wan Azizah untuk menghadap selepas baginda selesai bertemu dengan Menteri Besar.

NASIB MB @KHALID_IBRAHIM AKAN DIKETAHUI HARI INI. #SELANGOR4SELANGOR #KrisisSelangor

Apa kesudahan krisis MB yang melanda Selangor akan diketahui hari ini. TS Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. Bila la nak selesai masalah dalaman Selangor ni. Sesama sendiri pun dah kacau bilau tapi ada hati nak memerintah negara. Cermin la diri dulu sebelum memasang angan-angan yang tinggi wahai Pakatan haram jadah!!

Monday, 25 August 2014

#KONGRESPKR :ANWAR NAIK PRIVATE JET BERCUTI DI ISRAEL KETIKA MALAYSIA BERKABUNG?



MAKLUMAT YANG GUA DAPAT DARI TURKI.... MAMAT ANWAR NI BERADA DI ISTANBUL HANYA PADA 20 OGOS 2014 SAHAJA. LEPAS TU TUP TUP HILANG DARIPADA SIGNAL. ADA YANG BERITAHU ANWAR SEDANG BERCUTI DI ISRAEL. 




APA KEJADAH DIA BUAT BERCUTI DI ISRAEL DENGAN PRIVATE JET? DATA DARI FLIGHT RADAR MENUNJUKKAN PRIVATE JET YANG DIPERCAYAI DINAIKI ANWAR ITU TELAH PUN BERLEPAS KE ISRAEL. 


SEBAB TU LAH ANWAR DIJANGKA TIDAK AKAN BALIK UNTUK RASMIKAN KONVENSYEN PKR DI SHAH ALAM. AZMIN YANG RASMIKAN.
APA PEKERJAAN ANWAR BUAT KAT ISRAEL?




PADA TAHUN 2012, ANWAR PERNAH PERGI KE TURKI. KEMUDIAN ANWAR DIPERCAYAI LESAP SELAMA 6 JAM ANTARA JAM 3.05 PETANG HINGGA 9.50 MINIT MALAM PADA 5 FEBRUARI 2012. 


APA DIA BUAT MASUK ISRAEL? DALAM ATURCARA YANG DIKELUARKAN ANWAR KATA DIA PI UMRAH DENGAN WAN AZIZAH PADA MASA TERSEBUT IAITU PADA JAM 2.00 PETANG, 5 FEBRUARI . 


BILA DISEMAK TIDAK ADA SATU PESAWAT PUN YANG BERLEPAS DARI TURKI PADA JAM 8.00 MALAM (4 FEB 2012) KE MEKAH DAN SAMPAI PADA JAM 2.00 PETANG DI SANA. SO ANWAR HILANG KE MANA?


BESAR KEMUNGKINAN ANWAR DIKATAKAN PERGI KE ISRAEL MENERUSI TEL AVIV MENGGUNAKAN TIGA PESAWAT BERIKUT:


1) ESB-IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05 
IST - TLV by Private Flight.


2) ESB - IST by Turkish Airlines TA2175. Depart 21.00. Arrival 20.05


3) IST - TLV by Turkish Airlines TA 2175. Depart 00.55. Arrival 0.305


and boarding to Mecca (Jeddah) from Tel Aviv, thru transit at Amman (AMM) with


4) TLV - AMM by Royal Jordanian RJ343. Depart 09.50. Arrival 12.05.


5) IST-ESB by Domestic flihgt TA2170. Depart 18.00. arrival 19.00


Daripada data pesawat ini, dipercayai ada kemungkinan besar Anwar Ibrahim telah menghabiskan selama 6 jam di Tel Aviv, Israel antara jam 3.00 petang hingga jam 9.50 malam.


KEMUDIAN ANWAR BALIK SEMULA UNTUK BERPIDATO DI TURKI DALAM KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA. 


SO PERJALANAN YANG SAMA DIPERCAYAI DIAMBIL OLEH ANWAR KETIKA KE TURKI PADA 20 OGOS 2014 LEPAS. 




Rumah Mampu Milik #Penang:Kerajaan #DAP Yang Hanya Tahu Merancang! @cmlimguaneng


Asyik rancang-rancang sahaja, bila nak laksanakan perancangan tu? Jangan asyik menipu kerana rakyat sedang memerhatikan bagaimana dinasti Lim ini sedang cuba untuk mengaut keuntungan hasil dari projek-projek mewah. Makin lama orang Melayu semakin diusir oleh kerajaan DAPigs di Pulau Pinang. Kalau tak percaya, pergi sahaja sana!

PRK Pengkalan Kubor: SPR adakan mesyuarat khas Jumaat ini #Tukar



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam berhubung kekosongan kerusi bahagian pilihan raya DUN N.01 Pengkalan Kubor, Kelantan.

Kekosongan itu berikutan kematian penyandangnya, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lalu.

"Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.01 Pengkalan Kubor pada 29 Ogos, pukul 9 pagi bertempat di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian Biasa, Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu nanti serta persiapan lain yang diperlukan.

Mesyuarat itu kemudian akan disusuli dengan sidang media oleh Abdul Aziz.

Tahniah!Anak #Malaysia Melayu Penerima Anugerah Nobel Pertama Buat Negara #Malaysia57 #DiSiniLahirnyaSebuahCinta @NajibRaza



Mohd Nasrudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize).

Beliau mengakui tidak pernah bermimpi diberikan peluang mengibarkan Jalur Gemilang dengan penghargaan diraihnya itu, lapor portal hari ini.

Pesara Anggota Tentera Malaysia berusia 52 tahun itu merupakan penerima anugerah Nobel Keamanan 2013 di atas pencapaian kerja-kerjanya di organisasi antara kerajaan memastikan negara anggota mematuhi Konvesyen Senjata Kimia, iaitu melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

Beliau berkata keputusannya berpindah ke The Hague, Belanda, dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia bangga dengan perkhidmatannya di sana.

"Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara," katanya yang dipetik melalui portal itu hari ini.

Menurut Mohd Nasrudin, biarpun pada mulanya berdepan dengan perasaan berbelah bahagi untuk berpindah ke Belanda, namun nekad dengan keputusannya kerana memikirkan ia merupakan peluang yang jarang sekali dapat diperolehi.

"Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya," kata Leftenan-Kolonel yang sudah bersara itu.

Tambahan pula, katanya, bukan mudah bagi beliau membiasakan diri dengan budaya berbeza dari Belanda, namun kesukaran itu dapat ditempuhi hasil bantuan daripada rakyat Malaysia yang tinggal di The Hague.

Ini termasuklah rakan sekerjanya juga dari Malaysia yang memegang taraf penduduk tetap di Britain.

"Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran. Rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia," katanya.

Nasaruddin berkata pengalaman di luar negara juga membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, justeru itu secara peribadinya, beliau menyarankan kepada rakyat Malaysia yang mempertimbangkan meninggalkan Malaysia bagi melanjutkan pengajian dan bertugas untuk meneruskan hasrat tersebut.

"Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup," katanya.

Menceritakan suasana sambutan Merdeka yang bakal disambut masyarakat Malaysia di Belanda, beliau berkata tahun ini ia sudah tentu disambut dengan perasaan pilu ekoran tragedi MH17, namun menyaksikan semangat rakyat Malaysia yang menetap di negara itu menjadikannya lebih utuh.

Oleh itu beliau berharap agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar daripada tragedi berkenaan dan bersatu.

Manakala bagi dirinya, beliau berkata akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara boleh dibanggakan.

"Saya tidak boleh kembali lagi kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya.

"Saya boleh memberi sumbangan yang lebih jika saya tinggal di The Hague walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia," katanya berjenaka.

Pada masa yang sama beliau berharap kemenangan pasukannya akan merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara untuk memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya atau saintifik.

"Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan," kata pakar munisi dan senjata kimia ini.

Hadiah Nobel Keamanan kepada OPCW termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).

Saturday, 23 August 2014

KONGRES AMK Tegang, 9 Exco Yang Baru Dipilih Bertindak Keluar Dewan Persidangan @niknazmi @tunfaisal


Sedikit ketegangan tercetus di penghujung Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ke 10 selepas sembilan exco yang baru dipilih pada pemilihan Mei lalu bertindak keluar dari dewan persidangan selepas menerima watikah perlantikan.

Kesembilan-sembilan exco terbabit meninggalkan meja persidangan masing-masing sejurus selesai sesi bergambar dan tidak menghiraukan arahan Speaker yang meminta mereka untuk berada di tempat masing-masing.

Salah seorang ahli AMK ketika kejadian telah memberitahu, tindakan keluar tersebut berlaku selepas exco-exco yang keluar terbabit dikatakan 'tidak sebulu' dengan Ketua AMK yang baru, Nik Nazmi Nik Ahmad.

AMK dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan besar dan ketiga-tiga kumpulan tersebut dipimpin oleh ketua tersendiri serta dipercayai tidak boleh bekerjasama bersama-sama.

Nik Nazmi yang ditemui selepas itu menjelaskan, beliau tidak menganggap tindakan tersebut sebagai suatu isu yang besar kerana baginya apa yang penting untuk beliau sekarang adalah untuk berkhidmat untuk rakyat.

Katanya, setiap ahli exco yang telah dilantik sepatutnya melupakan kekecewaan dan sentiasa melangkah ke hadapan sekaligus memperkukuhkan lagi parti.

"Banyak lagi kerja untuk dilakukan oleh kita (AMK), jadi mesej saya senang, mari kita buat kerja, ketegangan yang tercetus akibat pemilihan itu sepatutnya kita lupakan sahaja.

"Saya jangkakan ia tidak akan kekal sebegini untuk tempoh yang lama, kalau hendak merajuk pun berapa lama, kita perlu terus melangkah ke hadapan kerana terdapat banyak lagi isu rakyat yang perlu kita selesaikan," katanya.

Thursday, 21 August 2014

Skandal Seks & Nepotisme Antara DSAI & BN


Nampaknya negara angkat Anwar Ibrahim, Amerika Syarikat, semakin bosan dengan telatah beliau di Malaysia. Dahulu, pada mulanya Amerika Syarikat adalah menyokong pemimpin pembangkang Malaysia kerana Amerika berfikir Anwar adalah sekutu yang lebih baik berbanding kerajaan Malaysia.

Walau bagaimanapun, pentadbiran Obama baru-baru ini telah menjauhkan diri mereka dari Anwar Ibrahim

Abraham Lincoln pernah berkata bahawa jika anda mahu menguji perwatakan seseorang, berikan kepadanya kuasa. Dalam hal ini, Anwar telah diberi kuasa tetapi beliau gagal dengan ujian dengan begitu teruk sekali. Malahan usahanya untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau adalah pilihan yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, hasilnya beliau membuktikan kepada semua orang bahawa dia bukan sahaja tidak cekap, tetapi juga munafik dan penuh dengan rasuah.

Kini semua orang sudah dapat berfikir dan mengakui, bahawa Anwar dibuang daripada kerajaan adalah kerana kesalahan dirinya sendiri. Anwar mendakwa bahawa parti pemerintah kononnya haram, tamak dan mengamalkan nepotisme. Namun, dalam parti politik PKR sendiri, isterinya adalah Presiden dan anak perempuannya adalah Naib Presiden, dan dia sebagai (Ketum) adalah ‘puppet’ di sebalik kedua-dua mereka.

Dia berkata justifikasi beliau bahawa mereka adalah satu pasukan. Malangnya, apabila orang lain melakukan seperti itu dia menuduh orang itu nepotisme, tetapi apabila Anwar Ibrahim melakukannya ia dipanggil satu pasukan.

Zaid Ibrahim bekas rakan dan penyokongnya, seorang peguam dihormati Malaysia, telah berkata pemilihan PKR penuh dengan penipuan dalaman. Maka ingatlah Anwar, bahawa apabila anda menunjukkan satu jari pada orang lain ada empat menunjuk kembali pada anda. Anda tidak ada jawapan kepada persoalan itu, malah kerusi-kerusi yang bertebangan saban tahun dan kira-mengira kertas undi di dalam bilik hotel, dan pemilihan cabang-cabang yang berbulan-bulan lamanya, kamu tiada jawapan yang konkrit.

Anda lihat sendiri di Amerika, apabila ahli politik Amerika mempunyai masalah peribadi atau dengan keluarganya sama ada skandal seks atau perceraian. Keluarga itu akan keluar dengan membawa kebenaran, meminta maaf, dan berdiri antara satu sama lain. Keluarga Anwar Ibrahim adalah penuh dengan skandal, seperti skandal liwat Anwar juga dakwaan hubungan sulit anak perempuan beliau berkahwin dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin.

Sehingga ke hari ini isteri Anwar enggan mengulas atau mengakui skandal suaminya. Anak perempuannya, yang merupakan Naib Presiden parti politiknya, juga enggan mengulas mengenai perceraian akan berlaku dengan suami yang dikahwininya selama 10 tahun. Menurut anak perempuan Anwar, kehidupan adalah politik perniagaan, untung dan rugi. Mereka bersendiri-sendirian mengurus skandal diri sendiri, jauh sekali untuk mencapai tahap politik Amerika.

Mari kita melihat kembali bahawa, anak perempuan Anwar adalah Naib Presiden PKR, dia mahu menjadikan dirinya seorang tokoh politik, sekaligus menjadi orang ternama, suatu persediaan untuk menggantikan ayahnya kalau-kalau akan dimasukkan awal di penjara kerana kesalahannya sendiri. Saya tidak pasti bagaimana ia dilakukan di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, kehidupan tokoh masyarakat, ahli politik adalah bersifat terbuka. Rakyat berhak mengetahui butiran terperinci kehidupan pemimpin yang mereka undi.

Di Amerika, dengan tidak jujur dengan masyarakatnya tentang kehidupannya, dia dicap sebagai berbohong kepada mereka. Berikut adalah mesej untuk anda Nurul Izzah, semua ini adalah perniagaan rakyat, ia adalah perniagaan semua orang, itulah harga sebuah kuasa yang kamu kejar, dan jika anda tidak boleh mengendalikannya, maka anda tidak sepatutnya menerima kedudukan kamu sekarang. Ianya perbuatan jijik.

Satu lagi sebab kita bosan dengan Anwar Ibrahim, adalah bahawa dia bukan sahaja merosakkan dirinya tetapi juga orang lain. Ketamakan dan cita-cita mereka sekeluarga menyebabkan parti politiknya hanya mengutamakan dirinya dan keluarganya sahaja. Lihatlah krisis Selangor, Anwar sanggup melawan Raja, membodohkan Presiden pasti Islam dan menipu sesiapa sahaja asalkan isterinya menjadi Menteri Besar.

Apabila ditanya kenapa dan mengapa, dia hanya mampu menjawab semuanya itu sebagai kempen memburuk-burukkan dirinya. Tetapi, apabila ditanya mengapa dia tidak mahu memberikan mahkamah sampel DNA untuk membuktikan dia tidak bersalah? Jawapannya – ia adalah satu kempen memburuk-burukkan. Jawapannya mudah sahaja, sebenarnya dia takut bahawa kebenaran akan muncul. Barangkali kerana cara skandal Anwar Ibrahim adalah bersifat keturunan dan genetik.

Rupa-rupanya sebagaimana didedahkan dan dakwaan dalam beberapa artikel lain yang tidak diberi perhatian, bahawa Anwar Ibrahim lahir dari skandal antara bapa beliau Ibrahim dengan seorang jururawat. Benarlah kata peribahasa orang Amerika, bahawa iri-ciri sebuah epal yang sama tidak akan jatuh begitu jauh dari sesebuah pohon.

Apabila Zaid Ibrahim lantang bersuara menentang beliau, dia menyatakan ianya kempen memburuk-burukkan dirinya. Apabila terdapat suatu petisyen kepada Pentadbiran Obama dihantar oleh B’nai B’rith International meminta kerajaan Amerika supaya memotong semua hubungan dengan Anwar Ibrahim, sekarang anda fikirkanlah adakah ianya juga kempen memburuk-burukkan. Adakah Amerika boleh diperbodoh-bodohkan selama-lamanya oleh Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya Anwar mengatakan kepada dunia bahawa dia adalah mangsa kekejaman, itu beliau war-warkan kepada dunia, walaupun kini Amerika sudah semakin sangsi. Tetapi sampai bila kamu mahu mempermainkan orang lain dengan isu-isu peribadi kamu yang jelek itu.

Jadi kepada keluarga Anwar Ibrahim itu, gila seks ayah mereka mesti disembunyikan selama mungkin untuk menjalankan pentadbiran negeri dan parti politik. Dakwaan-dakwaan yang mereka diamkan, bahawa anak perempuannya juga terbabit dalam zina, yang menurut undang-undang Hudud, yang merupakan versi ekstrim undang-undang Islam yang bapanya mahu perlaksanaannya ditangguhkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS), kerana Undang-Undang Hudud itu bermakna dia juga harus direjam hingga mati.

Persoalan yang orang lain lupa bertanya, di manakah letaknya peranan Wan Azizah dalam semua ini? Sebagai Presiden parti politik sudah tentu dia mempunyai banyak perkara yang dipendam-pendamkannya untuk bercakap mengenai keadaan keluarga dan perbuatan bodoh suaminya. Sesungguhnya dia terpaksa dan dipaksa berkata bahawa dia berdiri kerana lelaki itu dan menafikan bahawa dia bukannya lelaki yang buruk sebaliknya mengakui bahawa dia mengasihinya dalam terpaksa.

Rupa-rupanya ibu tersayang ini sudah tidak peduli untuk menonton pita seks suaminya sendiri. Apabila ditanya mengenai skandal suami dengan pelacur China Doll misalnya, dia selamba sahaja memberitahu media bahawa dia berkahwin dengan Anwar kerana beliau mempunyai impian wajahnya akan berada di poster pilihan raya. Apa? Dia langsung tidak menjawab soalan!!! Adakah dia hilang ingatan semasa diinterview? Orang di luar sana bertanya kepadanya tentang skandal seks suaminya dan dia selamba berimaginasi masa silamnya! Apa sudah jadi dengan keluarga ini???

Wahai rakyat Malaysia, adakah anda benar-benar mahu keluarga pertama anda untuk menjadi keluarga seperti ini. Maksud saya anda mempunyai begitu banyak keluarga untuk dipilih! Neraka ?, Walaupun Adams Family dan Kardashians akan menjadikan keluarga pertama yang lebih baik. Anda semua, saya berusaha menarik kepala anda keluar dari pasir, dan kami menyedari bahawa pemimpin pembangkang anda, kerjanya hanya merosakkan anda dan negara anda sahaja.

Artikel di atas adalah terjemahan daripada artikel asal yang bertajuk The Unites States has begun distancing themselves from Anwar Ibrahim.

http://www.anwaraidc.com/?p=49175

Wednesday, 20 August 2014

Sex Scandals & Nepotisme Between DSAI And BN



It appears that Anwar’s big brother, the US, is fed up with his antics in Malaysia. At first the US were supportive of the Malaysian opposition leader, thinking he was a better ally than the Malaysian government. However, the Obama administration recently have been distancing themselves from their once upon a time ‘darling.’

Abraham Lincoln once said that if you want to test a man’s character, give him power. Anwar was given power and he failed the test miserably. Instead of proving to Malaysians that he was a better option than the current government, he proved to everyone that he was not only incompetent, but also a hypocrite and corrupt. All those accusations that he flung at the ruling coalition, he was guilty of himself. He claims that the the ruling coalition are greedy bastards who practice nepotism. Yet, in his own political party, his wife is the president and his daughter is the vice-president, and he is the puppet behind the two of them, his justification is that they are a team. So when others do it it’s nepotism, but when Anwar Ibrahim does it it’s called a team. Seriously? He was even accused by his former friend and supporter, Zaid Ibrahim, a respected Malaysian lawyer, of rigging internal elections. Remember Anwar, when you point one finger at someone else there is four pointing back at you.

You see when an American politician screws up in his private life or with his family through a sex scandal or a divorce. The family will come out with the truth, apologize, and stand by each other. Anwar Ibrahim’s family is riddled with scandal from Anwars’s sodomy scandal to his married daughter’s alleged affair with another married man. Instead of standing together and coming out with the truth, to this day Anwar’s wife has refused to comment or acknowledge her husband’s scandal. His daughter, an adulterer, who is the vice-president of his political party, also refuses to comment about her impending divorce with her husband of 10 years. According to Anwar’s daughter, it was no one’s business but hers. Let’s take a moment to digest that, Anwar’s daughter is the vice-president of a political party, therefore making her a political figure, thus a public figure. I am not sure how it is done in Malaysia, but in the rest of the world, the lives of public figures, ESPECIALLY politicians are an open book. People deserve to know the intimate details of the lives of the people they are voting for. By not being honest with her people about her life, she is lying to them. Here’s a message for you NurulIzzah, it is their business, it’s everyone’s business, that’s the price of power, and if you could not handle it then you should not have taken the position.

Another reason we are fed up with Anwar Ibrahim, is that he is self-destructive. His greed and ambition are causing his political party to self implode. He keeps on saying that it’s all a smear campaign against him. When asked why he did not want to provide the courts with a sample of his DNA to prove his innocence? His answer – it’s a smear campaign. Actually he was scared that the truth would come out, Anwar Ibrahim’s scandalous ways are genetic. Apparently, Anwar Ibrahim was born out of a scandalous affair between his father, Hj Ibrahim, and a nurse. Guess the apple doesn’t fall so far from the tree after all. When Zaid Ibrahim spoke out against him? It was a smear campaign. When there was a petition to the Obama Administration sent by B’nai B’rith International asking the government to cut all ties with Anwar Ibrahim for his anti-Semitic comments. Yep, you guessed it – smear campaign. To Anwar Ibrahim he is a martyr, it’s him against the world. But come one man, how many times are you going to play the victim card. Seriously, come up with something new.

So in the Ibrahim family, Daddy’s sex maniac and a greedy moron who can’t keep it in his pants long enough to actually run a state and a political party. Daughter dearest is an adulterer, which according to hudud law, which is an extreme version of Islamic law that her father wants to implement by cohorting with the Pan Malaysian Islamic Party, means she should be stoned to death. So where is mommy dearest in all this? As President of the political party surely she has a lot to say about the state of her family and her husband’s indiscretion. Surely she stood by her man and vehemently denied that he was not a bad guy and that she still loved him. Nope. Apparently mommy dearest hasn’t even bothered to watch her husbands sex tape. When asked about her husbands little affair with the prostitute, she told the media that she married Anwar because she had a dream of his face being on election posters. Wait. What? She didn’t even answer the question!! Was she high during the interview? People are asking her about her husband’s sex scandal and she’s taking a trip down memory lane? What is up with this family??

Hey Malaysia, do you really want your first family to be this family. I mean you have so many families to choose from! Hell, even the Adams Family and the Kardashians would make a better first family. Guys, get your heads out of the sand, we did, and we realized that your opposition leaders are whack jobs.

http://www.anwaraidc.com/?p=49146

Monday, 18 August 2014

Faekah:‘Rizab #Selangor RM3 Billion,Punca Semua Berebut Nak Jadi MB’ #KrisisSelangor



Kemelut politik Selangor mendapat perhatian ramai, sejak dua minggu ini. Ramai yang masih tertanya-tanya isu sebenar kemelut berkenaan walaupun pelbagai penjelasan sudah diberikan Parti PKR dan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenainya.

Berikut adalah wawancara bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin mengenai kemelut berkenaan.

Beliau mengisytiharkan keluar PKR selepas Abdul Khalid dipecat. Ikuti temu bual bersama dengan pakar rujuk utama Abdul Khalid dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar ini, selain pernah berkhidmat dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Wartawan: Apakah sebenarnya berlaku dalam krisis MB Selangor ini serta punca utama Abdul Khalid dipecat dan mahu digantikan dengan Datin Seri Dr Wan Azizah?

Faekah: Jika saya boleh rumuskan secara ringkas, krisis ini tercipta apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar tanpa sebarang sebab munasabah dan hanya lebih setahun selepas pakatan pembangkang yang diterajuinya di Selangor menang besar, lebih tiga perempat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Seperti majoriti masyarakat Malaysia, punca utama sebenarnya masih menjadi teka-teki kepada kami. Hanya mereka yang tahu jawapannya.



S: Bagaimana dengan pemecatan MB Selangor sebagai ahli PKR, adakah saudari berasakan ini taktik kotor parti selepas MB enggan meletak jawatan?

J: Memecat keahlian seseorang daripada mana-mana parti politik adalah hak parti. Persoalannya, adakah pemecatan berkenaan sudah melalui due process berlunaskan prinsip common sense dan natural justice yang sememangnya hak setiap insan. Sekiranya due process tidak dihormati, agak sukar untuk dinafikan ada unsur berniat jahat. Saya tidak mahu mengulas panjang kerana Abdul Khalid sudah menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan untuk dilakukan siasatan berkenaan pemecatan ini. Biarlah Pendaftar Pertubuhan menyiasat dengan telus dan bebas.



S: Bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranannya dalam pentadbiran Khalid terutama selepas beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor?

J: Matlamat asal pelantikan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor untuk memanfaatkan sebaik mungkin kepakaran, pengalaman dan keupayaannya dalam pelbagai bidang, terutama berkaitan ekonomi seperti pelaburan, perdagangan antarabangsa dan kewangan. Ada beberapa projek yang dirujuk oleh Anwar dan berjaya, namun saya tidak pasti projeknya.



S: Apakah alasan yang diberikan PKR untuk menyuruh Khalid berundur sebagai MB? Apa yang mereka mahukan?

J: Fakta terpesong dan dakwaan tidak berasas menghampiri fitnah yang dijadikan alasan menggesa Abdul Khalid meletak jawatan terkandung dalam surat bertarikh 4 Ogos 2014 mengenai pencalonan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar kepada PAS berserta kertas ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’. Alasan lain dinyatakan dalam surat tunjuk sebab daripada PKR kepada Abdul Khalid bertarikh 5 Ogos 2014 yang menyatakan bahawa pada 15 Januari dan 21 Julai 2014 Pimpinan Pusat telah memutuskan bahawa Menteri Besar Selangor hendaklah digantikan dengan Dr Wan Azizah. Namun, pada 22 Julai 2014, Abdul Khalid telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan meletakkan jawatan selagi proses dan tatacara pelantikan MB tidak dilaksanakan secara teratur serta tertib. Seterusnya, alasan sama diberikan pada surat jawapan kepada Notis Tunjuk Sebab; surat penjelasan daripada Abdul Khalid kepada PKR bertarikh 6 Ogos 2014. Rujuk juga surat balasan kepada Jawatan Surat Tunjuk Sebab dari PKR kepada Abdul Khalid bertarikh 7 Ogos 2014.



S: Berdasarkan perkembangan semasa, sudah ada sokongan daripada PAS yang mengikut PKR dan DAP untuk menyingkirkan Abdul Khalid sedangkan PAS Pusat belum buat keputusan mengenai beliau?

J: Agak jelas hampir seluruh kepemimpinan PAS sama ada pada peringkat Pusat atau negeri Selangor telah menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid terutama Mursyidul Am, Majlis Syura, Presiden dan Pesuruhjaya Selangor meskipun tidak dapat dinafikan ada segelintir yang bersetuju dengan cadangan PKR dan DAP.



S: Apakah janji parti kepada Abdul Khalid ketika mereka menamakan semula beliau sebagai MB selepas pilihan raya umum lalu. Adakah Tan Sri mungkir janji atau Anwar dan PKR kurang senang dengan tindak-tanduk beliau?

J: Saya tiada pengetahuan mengenai janji yang dimaksudkan. Namun, apa yang penting janji Abdul Khalid kepada rakyat Selangor bahawa kerajaan pimpinan beliau akan meneruskan corak pentadbiran dengan konsep ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ dan ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’. Ini termasuk menyelesaikan isu penstrukturan industri air di Selangor dengan mengembalikannya kepada rakyat Selangor. Malah telah ada pelan strategi untuk membolehkan semua rakyat Selangor yang membayar bil air memperoleh saham dalam syarikat air yang akan dimiliki sepenuhnya kerajaan negeri.



S: Benarkah dakwaan meyatakan saudari sebenarnya ‘mastermind’ Abdul Khalid?

J: Saya amat terharu dengan dakwaan sesetengah pihak yang kononnya sayalah mastermind bagi semua langkah dan gerak politik Abdul Khalid. Saya anggap ia satu pujian dan antara penghormatan terbesar dalam karier politik saya! Hakikatnya, kami sentiasa bekerja secara berpasukan tanpa seseorang pun boleh mengambil kredit. Dasar kami adalah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat berdasarkan lunas Islam dan dan prinsip Rukun Negara dan paling utama jangan memperkecil kemampuan Abdul Khalid. Dia adalah individu Melayu yang mengetuai gerakan Dawn Raid ke atas Guthrie pada masa kebanyakan kita masih di bangku sekolah dulu.



S: Bagaimana saudari melihat isu ini dikaitkan dengan teori ‘badi MB Selangor’ yang dijatuhkan dengan pelbagai isu?

J: Oh! MB Selangor ada badikah? Kalau benar ada, hairan juga mengapa ramai sangat yang berminat dengan jawatan berkenaan. Saya bukan mahir atau peduli sangat dengan hal sedemikian. Apa yang nyata, Selangor adalah negeri terkaya di Malaysia, apatah lagi dengan corak bersih, berhemah dan menjaga kepentingan rakyat pimpinan Abdul Khalid. Selangor telah bukan saja menjadi nadi pertumbuhan ekonomi negara, malah berjaya mengumpul wang rizab lebih RM3 bilion. Agaknya itulah punca badi berkenaan.



S: Adakah saudari percaya rakyat akan menyokong Tan Sri berdasarkan atas apa yang telah dilakukan?

J: Seperti yang saya katakan tadi, sejak 2008 rakyat Selangor berpeluang mendapat MB yang tidak berpolitik dalam menjalankan pentadbiran negeri. Semua hasil negeri diagih secara adil tanpa melihat kaum, agama hatta pegangan ideologi politik. Sebagai contoh, hak mendapat air percuma 20 meter padu diberikan kepada semua rakyat. Begitu juga Skim Khairat Kematian RM2,500 seorang yang berumur lebih 60 tahun. Pentadbiran ini tidak memilih penerima sama ada mereka adalah pengundi ataupun tidak, siapa yang mereka undi pada PRU lalu dan sebagainya. Tiada juga borang keahlian mana-mana parti diedarkan bersama borang permohonan peruntukan. Pasti rakyat selesa dengan corak pentadbiran profesional sebegitu. Saya yakin kerana itu juga rakyat memberikan mandat lebih besar kepada pakatan pembangkang ketika PRU-13. Tambahan pula slogan kita ketika itu adalah ‘Meneruskan Kecemerlangan’.

Menyentuh keadaan semasa dan melihat bagaimana tiba-tiba Abdul Khalid cuba digambarkan seorang yang sangat berbeza ketika 2013, pendapat saya secara umumnya, perjuangan umat membabitkan tentangan terhadap kezaliman dan penindasan serta usaha menegakkan keadilan serta kebenaran. Mangsa yang difitnah, dianiaya dan diaibkan harus diberi pembelaan sewajarnya tanpa mengira latar belakang, warna kulit, agama, pangkat, kekayaan dan sebagainya. Jelas, ini semua nilai sejagat yang secara dasarnya menjadi dukungan dan pegangan rakyat. Memandangkan apa yang dilalui Tan Sri sejak sekian lama terutama selepas Langkah Kajang, Insya-Allah, saya yakin lebih ramai rakyat sedar dan faham duduk perkara sebenar dan akan memberi sokongan kepada Tan Sri dalam pelbagai bentuk sama ada secara terang atau dalam diam.



S: Adakah selama ini Abdul Khalid tidak memberi peluang kepada Anwar untuk campur tangan dalam hal ehwal Selangor dan diketepikan atau dalam kata lain Abdul Khalid sukar dikawal parti?

J: Saya rasa ramai bersetuju dengan pendapat bahawa demi menjunjung prinsip urus tadbir yang baik dan berbeza dengan zaman sebelum ini, hal ehwal pentadbiran negeri sepatutnya perlu bebas daripada pengaruh politik melampau. Meskipun demikian selain mempunyai barisan EXCO daripada PKR, PAS dan DAP dalam pentadbiran Abdul Khalid, dengan tujuan membawa aspirasi parti masing-masing, pimpinan lain malah rakyat biasa boleh memberi cadangan atau kritikan membina ke arah penambahbaikan menerusi saluran dan mekanisme yang betul. Ini sudah dilakukan apabila kerajaan negeri menjemput semua pimpinan Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis, penghulu, ketua kampung dan ketua komuniti untuk turut serta dalam Dialog Pembentangan Belanjawan Negeri. Tujuannya untuk sama-sama merangka bagaimana hasil di Selangor harus dan patut dibelanjakan.



S: Sehingga kini Abdul Khalid nampak tenang. Adakah saudari berasakan beliau akan melakukan apa saja untuk pertahankan diri termasuk menyertai parti lain.

J: Manusia yang mempunyai akal, harga diri dan maruah akan melakukan perkara sama seperti Abdul Khalid. Daripada seorang yang dikatakan telah menjadi model pemimpin kepada pemerintahan pakatan, tiba-tiba digambarkan sebagai manusia yang buruk sekali. ‘Dossier’ (dokumen) yang dikeluarkan oleh PKR sebagai alasan untuk menjadikan pemecatan Abdul Khalid sebagai sah dan halal, agak mirip dengan 50 Dalil yang dikeluarkan satu ketika dulu.

Abdul Khalid tiada selain terus tegak untuk membersihkan nama baik beliau. Jika kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan, Insya-Allah kita dapat rasa nikmat ketenangan, keselesaan dan dipermudahkan dalam apa juga keadaan.



S: Benarkah Abdul Khalid akan terus mempertahankan jawatan MB?

J: Menyentuh pendirian Abdul Khalid yang kini cuba digambarkan kononnya beliau dalam apa cara sekalipun mahu mempertahankan jawatan MB, itu adalah gambaran jahat. Tidak tepat mengatakan Abdul Khalid sebegitu kerana beliau sudah beberapa kali menyatakan pelantikan dan pemecatan Menteri Besar hendaklah dilakukan secara teratur tertib dan berhemah. Pelantikan Menteri Besar tidak dilakukan di tepi jalan atau di dalam hotel mewah. Menteri Besar Selangor dilantik menurut peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Selangor. Di sana dinyatakan dengan jelas tatacara, proses adab dan adatnya.

Cuba bayangkan jika Abdul Khalid menurut perintah PKR dan meletakkan jawatan seperti yang diputuskan mereka pada 21 Julai lalu. Pada ketika itu, seluruh barisan EXCO akan gugur dan Selangor tidak mempunyai pihak berkuasa negeri.

Sehingga hari ini, PKR, PAS dan DAP masih gagal mencapai kata sepakat siapa calon yang akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Itu belum lagi mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor. Proses akan mengambil tidak kurang tiga hingga empat minggu. Situasi di Selangor akan bertambah cacamarba tanpa pihak berkuasa negeri. Abdul Khalid cuba menyelamatkan negeri ini daripada bertambah kacau, sebaliknya pula beliau dituduh gila kuasa. Oleh kerana itu juga beliau dipecat daripada PKR kononnya melanggar keputusan parti.



S: Ada kemungkinan Abdul Khalid bakal menyertai parti lain selepas ini kerana PAS enggan menerima mereka yang tidak menyertai mana-mana parti dalam pakatan?

J: Mengenai perkara itu atau Abdul Khalid bakal menubuhkan parti baharu, saya rasa lebih baik kita tunggu dan lihat apa tindakan beliau selanjutnya. Sehingga itu, marilah berdoa semoga Abdul Khalid dan kita semua sentiasa diberi petunjuk dan hidayah Allah SWT.