Tuesday, 30 September 2014

#KekalAktaHasutan 7 Soalan Untuk @saifuddinabd



1) Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan adakah keselamatan, keamanan dan keharmonian di dalam negara kita bertambah baik atau bertambah buruk?

Kenyataannya, mereka semakin biadap mencabar undang-undang, memperlekeh instrumen dan tatabernegara. Percubaan untuk merosakkan keamanan dalam negara semakin menjadi-jadi, pelbagai provokasi menghiris hati dikeluarkan, Ketua Polis Negara digelar Nazi, Polis dihina monkey, orang Melayu dipanggil babi, isntitusi Raja-Raja dicabar. Semua ini bentuk-bentuk hasut yang bakal membakar api perkauman dan keamanan dalam negara boleh hancur sekelip mata.

2) Apabila Akta Sosma menggantikan ISA, anasir-anasir subversif dan musuh-musuh dalam selimut, bukan sahaja tidak takut malah tidak berasa gerun dengan Akta Sosma itu. Begitu juga dengan nama Akta Keharmonian Nasional, tiada rasa apa-apa kegerunan di dalam hati anasir subversif untuk menghasut, berbanding Akta Hasutan didengar sahaja terasa gerun. Soalan kedua, yang mana anda akan lebih gerun mendengarnya Akta Hasutan atau Akta Keharmonian?

3) Datuk katakan semakin ramai orang mahu Akta Hasutan dihapuskan. Berapa ramai? Siapakah orang-orang itu? Datuk ada statistiknya? Jangan membuat kesimpulan umum tanpa sokongan fakta dan data! Jangan memberi gambaran yang salah kepada Perdana Menteri.

4) Datuk bercakap hal hak asasi dan kebebasan rakyat, itu adalah doktrin barat yang disebut oleh Profesor Samuel Huntington sebagai pertembungan tamadun. Sebagai sebuah negara di mana Islam menjadi agama persekutuan dan anutan majoriti sejak sebelum merdeka, kita mempunyai nilai-nilai Islam, malah Islam jauh lebih baik berbanding doktrin barat yang diketuai Amerika.

Adakah menjadi hak asasi rakyat untuk mencabar Raja-Raja dan mencabar undang-undang negara? Adakah menjadi kebebasan yang dibenarkan untuk melabel alat-alat negara dengan begitu hina dan dina?

5) Datuk menuduh penyokong mempertahan Akta Hasutan sebagai tidak substantif. Apakah yang tidak substantif? Hari ini mereka bukan sahaja memperlekeh institusi Raja-Raja yang dipertahan di dalam Akta Hasutan, malah mereka mencabarnya. Hari ini bukan sahaja mereka mempertikai dan mengungkit hak istimewa orang Melayu tetapi mereka mahu menghapuskannya dan menyamaratakannya konon atas nama keadilan. Malangnya, apabila mereka memerintah adakah hak istimewa orang-orang Melayu dihormati?

Di luar sana, ada ramai anak-anak Melayu yang masih dambakan bantuan kerajaan, kita tidak sepatutnya mempertaruh masa hadapan dan hak istimewa mereka atas nama hak asasi.

6) Saya mencabar Datuk Saifuddin Abdullah menetap selama 3 tahun di Singapura atau di negeri Pulau Pinang. Sekiranya Datuk boleh bertahan, saya akan menukar pendirian saya supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Kenapa di Singapura dan Pulau Pinang? Kerana di sana barangkali Datuk akan dapat merasai mengapa Akta Hasutan mesti dikekalkan.

Oleh kerana Datuk duduk di negeri yang ada Raja-Raja maka keamanan, keharmonian dan kebahagiaan dapat dinikmati. Sebaliknya, apabila Akta Hasutan berjaya dihapuskan dan seterusnya menjejaskan institusi Raja-Raja, adakah ada jaminan huru-hara tidak akan berlaku. Sedarilah, krisis di Selangor baru-baru ini membuktikan Sultan Selangor berjaya mengelak rakyat dan negeri Selangor diambang porak-peranda!

7) Dalam perjalanan kita menuju negara maju pada tahun 2020, negara kita memerlukan sebuah undang-undang yang tegas dan kuat. Komposisi kaum dan kepelbagaian fahaman yang berpotensi menggugat keamanan negara boleh diatasi dengan adanya suatu undang-undang yang digeruni seperti ISA dan Akta Hasutan.

Isunya, kalau anda tidak menghasut, tiada niat menghasut, tidak bertindak menghasut dan sebagainya mengapa perlu takut kepada Akta Hasutan! Akta ini hanya digunakan kepada mereka yang mempunyai niat yang buruk sahaja.

Ingatlah pesanan mendiang pakar psywar mendiang C.C. Too, katanya komunis memang sudah kalah di Malaysia tetapi fahaman komunis tidak pernah mati, malahan ianya bertukar dalam bentuk lain yang lebih kompleks.

Sekarang pun, belum pun sempat Akta Hasutan dihapuskan atau dipinda, bermacam-macam sudah perbuatan hasut-menghasut berlaku. Bayangkan jika esok Akta Hasutan ini sudah tiada, adakah ada jaminan keamanan dan keharmonian negara boleh dikekalkan?

Ayat Tun Dr. Mahathir yang popular, kamu Melayu, ‘Melayu mudah lupa’!


Friday, 26 September 2014

TAHNIAH BN, SELAMAT MENJALANKAN TUGAS HJ MAT RAZI MAT ALI. #BN #BN4N01 #PRKPengkalanKubor

Alhamdulillah calon BN Haji Mat Razi Mat Ail menang majoriti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, begitu cemerlang dan ia menunjukkan dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO dan BN diterima rakyat. Kemenangan dengan majoriti lebih besar itu juga menunjukkan usaha jentera pilihan raya BN pada PRK itu berjalan lancar dan komited; serta calon BN begitu serasi dengan pengundi setempat. Admin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Haji Mat Razi. Harap kita sama-sama meneruskan perjuangan demi kesejateraan rakyat dan negara. TAHNIAH BARISAN NASIONAL.

Thursday, 25 September 2014

Di Saat @dyanasmd @sepuraothman Cangkul Tanah (Tak Tanggal Plastik) Nak Buat Jamban,40 Orang Asli Sudahpun Dihantar Kerajaan Ke Luar Negara! @dapmalaysia


Empat puluh pelajar Orang Asli berjaya mengikuti pengajian dalam pelbagai jurusan di luar negara sejak 2010, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Hasnan Hassan.

Daripada jumlah itu, beliau berkata seramai 23 pelajar mengikuti ijazah pertama, 15 orang Sarjana dan dua lagi mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah.

"Kita harap jumlah ini akan dapat dipertingkatkan daripada tahun ke tahun. Pada 2010 kita hantar satu pelajar sahaja, empat pelajar pada 2011, tujuh pada 2012 dan masing-masing 14 pelajar pada 2013 dan 2014," katanya kepada pemberita sebelum Majlis Penghantaran Kumpulan Pelajar Orang Asli ke United Kingdom di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Hasnan berkata pada tahun ini pelajar akan berangkat ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan Indonesia secara berperingkat dan mereka mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang antaranya perubatan, sains sosial, perakaunan dan kejuruteraan.

Mereka menerima biasiswa kerajaan termasuk daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata beliau.

Hasnan berkata peluang melanjutkan pengajian ke luar negara perlu dihargai sebaik mungkin kerana ia adalah peluang untuk mereka memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris.

"Jika dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, dapat berkomunikasi dan mempunyai ijazah-ijazah yang lebih sesuai di pasaran, mereka akan dapat diserap bukan sahaja dalam sektor kerajaan tetapi juga swasta," katanya.

Sementara itu Siti Nur Asilah Isamuddin, 21, yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia di Anglia Ruskin University, begitu teruja dengan peluang itu dan bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

Anak kepada pasangan guru dan pensyarah itu berkata, peluang itu menjadi bukti bahawa anak Orang Asli juga boleh berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Bagi Lai Yew Chong, 25, beliau berharap dapat membantu anak-anak Orang Asli apabila tamat pengajian kelak memandangkan masih ramai yang ketinggalan dalam bidang pendidikan.

"Saya juga ingin membalas jasa ibu bapa saya kerana hanya pendidikan yang boleh mengubah kehidupan kita," kata anak tunggal yang akan mengikuti pengajian Sarjana Sains Analisis untuk Industri di King's College, London.

#MBSelangor: Pesanan Umi Hafilda Buat Azmin Ali


Jalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab kerana ALLAH dan rakyat." Itu mesej ringkas ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali kepada abangnya, Mohamed Azmin Ali yang baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. 


“Alhamdulillah, itu rezeki dia (Mohamed Azmin). Saya percaya pada qada dan qadar.




“Sebagai adik, saya bangga apabila abang dilantik menjadi menteri besar. Dia berhak mendapat hadiah itu selepas berjuang hampir 20 tahun dalam dunia politik,” katanya kepada semalam.


Menurut Ummi, apa yang dicapai Mohamed Azmin juga adalah berkat amalan ibu dan arwah bapa mereka serta seluruh keluarga yang tidak pernah putus-putus mendoakan yang terbaik untuk Timbalan Presiden PKR itu.


Menurut Ummi, tugas Mohamed Azmin kini bukan sahaja kepada rakyat, tetapi cabaran buatnya adalah untuk membersihkan segala kontroversi yang melanda PKR.


“Dia ada kredibiliti sebagai pemimpin dalam membuat sebarang keputusan. Cuma saya berharap dia tidak menjadi ‘remote control’ kepada (Ketua Umum PKR, Datuk Seri) AnwarIbrahim,” katanya.


Katanya, menjadi tanggungjawab Mohamed Azmin untuk membuktikan kepada rakyat bahawa segala keputusan yang dibuatnya selepas ini bukan arahan dari pihak tertentu.


Menurut Ummi, kerusi Menteri Besar Selangor secara tradisinya dikenali sebagai kerusi 'panas' dan beliau tidak mahu melihat Mohamed Azmin jatuh seperti bekas-bekas menteri besar sebelum ini.

Sumber

SELAMAT MENGUNDI KEPADA WARGA PENGKALAN KUBOR #PRKPengkalanKubor #BN4N01

Alhamdulillah pagi ni cuaca cerah melancarkan lagi proses pengundian bagi N01 Pengkalan Kubor. JK mengucapkan selamat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi semua wargaPengkalan Kubor.

Buat lah pilihan yang bijak dan tepat demi masa depan rakyat dan negara. Ingatlah segala jasa, usaha dan susah payah kerajaan kita memajukan negara kita dan memberikan kesenangan kepada kita selama ini.

Pilihlah pemimpin yang sememangnya mampu mentadbir negara. Jangan sesekali untuk mencuba sesuatu yang baru kerana belum tentu perubahan itu menjanjikan kebaikan.

Yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis yang diberikan oleh pihak yang kita tahu takkan mampu tunaikan.

Wednesday, 24 September 2014

HARGA RUMAH MAHAL,AGENDA HALAU #MELAYU?



KENAIKAN HARGA RUMAH KEDIAMAN

1. Masalah harga rumah adalah satu isu yang kian meruncing di dalam negara ini. Golongan muda yang berpendapatan rendah dan sederhana adalah golongan utama yang menjadi mangsa akibat terbeban dengan peningkatan harga rumah yang kian mahal mutakhir ini. Mereka bukan sahaja tidak mampu memiliki rumah kediaman setelah bekerja dan berkeluarga, malah terpaksa pula menyewa di kediaman kos rendah.

2. Isu-isu yang dimainkan oleh pemaju-pemaju di dalam industri perumahan, nyata hanya helah bagi menghalalkan tindakan mereka untuk meletakkan harga yang tinggi dalam penjualan rumah kediaman.

3. Antara alasan yang digunakan oleh para pemaju perumahan dalam merasionalisasikan tindakan mereka menaikkan harga rumah kediaman adalah:
a) Nilai harga hartanah setempat
b) Demografi setempat: peningkatan permintaan rumah kediaman di kawasan tertentu kerana penghijrahan
c) Harga kos material pengeluar (producer price index) ke atas barangan seperti zink, simen, batu bata, kaca dan lain-lain.

d) Developer Interest Bearing Scheme (DIBS): Di mana pemaju akan menanggung kos bayaran faedah kepada pihak bank sepanjang pembinaan kediaman tersebut sehingga pembeli memasuki rumah tersebut. Pembeli hanya perlu menjelaskan deposit rumah sahaja samada 5% atau 10%. Namun, kadar bayaran balik kepada bank adalah lebih tinggi.

e) Permainan spekulasi. Digembar-gemburkan kononnya di kawasan projek perumahan tersebut akan terdapat banyak projek-projek lain seperti kolej, universiti, kompleks membeli belah, lebuhraya dan macam-macam lagi temberang dan helah agar harga perumahan mereka dapat dinaikkan. Isu spekulasi inilah yang akan dikupas dengan terperinci di bahagian yang seterusnya.

4. Pada 18 Mac 2014 yang lalu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’Haji Irmohizam Ibrahim telah membahaskan isu harga rumah kediaman dengan panjang lebar sempena perbahasan titah Yang Dipertuan Agong. Di dalam ucapan beliau, banyak isu-isu tersurat dan tersirat yang didedahkan supaya ‘kartel’ yang tersembunyi selama ini dapat diketahui umum.


MASALAH HARGA RUMAH AKIBAT KARTEL

5. Masalah manipulasi dan spekulasi harga rumah yang tidak terkawal serta kos-kos tersembunyi oleh pemaju perumahan telah lama berakar umbi dalam negara ini. Semua ini ditanggung oleh pembeli akibat amalan ‘jerangkap samar’ pemain industri perumahan. Selain soal pokok mengenai jumlah rumah dan harganya yang melebihi kemampuan pembeli, pemain industri yang licik sudah merancang pelan-pelan ghaib mereka untuk terus mengembangkan amalan kos tersembunyi ini untuk meraih keuntungan. Persekitaran perumahan sekarang sangat didominasi oleh beberapa pemain-pemain utama dan hubungan mereka sangat akrab seperti kartel dan mereka sudah lama saling bekerjasama.

6. Kartel dalam industri perumahan samada secara langsung atau tidak langsung telah mewujudkan pasaran spekulasi harga rumah tanpa memikirkan kesannya kepada pembeli yang kebanyakannya merupakan rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana. 

Semua company mesti pakat woo, baru atak untongg.. (gambar hiasan)

KARTEL PEMAJU & EJEN

7. Terdapat konsep yang mengelirukan pembeli di mana pemaju mengiklankan bahawa projek perumahan mereka sudah 80% atau 90% yang terjual. Pembeli seterusnya berpusu-pusu untuk membeli baki unit atau lot yang masih dijual. Pada waktu inilah pemaju berkomplot dengan ejen, samada ejen bersyarikat atau ejen bebas, untuk memainkan peranan, kerana pembeli yang berebut baki rumah untuk dijual itu ramai. Seterusnya ejen ini akan mengatakan bahawa ada rumah yang sudah ditempah tetapi mahu dijual oleh pemiliknya. Dan di masa itulah, mereka akan mengatakan harga sudah berubah (!). Contohnya, rumah RM100,000 akan menjadi RM130,000 atau lebih. Ejen akan meyakinkan pembeli bahawa pinjaman boleh dinaikkan kerana nilai rumah sekarang sudah meningkat berbanding ketika waktu pelancaran.

Agen, Pemaju, Bankers, Peguam, yee sang sama-sama, yam seng sama-sama.
Melayu kena ketuk. (Gambar Hiasan)

8. Pembeli yang terlepas peluang kerana kononnya pemaju memaklumkan baki rumah yang ada sudah habis ditempah, akhirnya berpaling kepada ejen perumahan. Taktik paling licik digunakan ejen ialah dengan mengatakan bank menawarkan pinjaman yang tinggi, jadi kononnya pembeli tidak akan terbeban dengan bayaran muka. Terdapat banyak kes di mana ejen berjaya menetapkan harga 20% lebih tinggi. Ejen boleh membantu meringankan beban pembeli dengan menaikkan lagi 20% nilai rumah ketika membantu pembeli membuat permohonan pinjaman bank.

9. Akhirnya ramai pembeli akan setuju. Mana tidaknya, mereka tidak perlu membuat bayaran muka dan boleh memiliki rumah. Kos margin nilai rumah dalam permohonan pinjaman hanya wujud atas kertas tetapi pembeli tidak sedar mereka sudah menyerahkan 30% duit mereka kepada pemaju.

10. Di sinilah para pembeli akan selalu terlepas pandang, apabila dokumen perjanjian jual beli diproses, penama pertama rumah tersebut adalah nama mereka. Ini bermakna penama yang kononnya sudah membuat tempahan sebenarnya tidak ada pun. Entah wujud entah tidak. Jelas bahawa tidak wujud sebarang tempahan. Inilah permainan spekulasi pemaju dan agen jualan dalam memanipulasi pembeli. Lantas ini adalah kemelut utama negara berkaitan dengan isu perumahan. Hasrat baik dan murni kerajaan banyak yang akan hilang sebab kejadian manipulasi sebegini.


KARTEL BANK, PEMAJU & PANEL PEGUAM

11. Pihak bank juga mempunyai peranannya di sini. Jumlah pencairan pinjaman lebih banyak namun tiada risiko tinggi kerana nilai rumah kediaman sentiasa meningkat. Tambahan pula, ramai pemohonnya adalah orang muda yang berpendapatan sederhana serta stabil untuk menanggung hutang. Contohnya RM130,000 bagi sebuah rumah untuk tempoh bayaran 20 hingga ke 25 tahun. Ini juga dapat digelar sebagai kartel tiga serangkai di antara pemaju, agen dan juga bank. Pemaju dan agen adalah pihak yang sama. Bank pula dalam kes ini adalah rakan kongsi yang kurang prihatin terhadap pembeli.. Selain itu terdapat juga kos tersembunyi yang lain. Harga rumah yang dijelaskan tadi adalah permainan di peringkat pertama. Peringkat kedua membabitkan hak dan kepentingan pembeli dalam soal perundangan.

12. Hal ini diburukkan lagi apabila sudah menjadi amalan biasa sekarang untuk para pemaju dan bank melantik panel guaman mereka sendiri. Maknanya pembeli tidak ada pilihan. Pembeli sudah ditunjukkan mana satu peguam yang mesti mereka berurusan. Apabila pemaju memilih syarikat guaman untuk mengendalikan projek penjualan rumah, bermaksud syarikat guaman tersebut telah mendapat projek kerana semua urus niaga perundangan antara pemaju dan pembeli akan diuruskan oleh peguam yang terpilih. Setiap perjanjian mempunyai kos dan pendapatan. Jadi ini adalah satu perniagaan kepada syarikat guaman.

13. Di sinilah bermula plot kepentingan, hubungan syarikat guaman dan pemaju. Plot yang dimaksudkan adalah plot menyembunyikan kos-kos di luar harga rumah. Contohnya jika dengan pembeli bumiputera, pemaju akan menawarkan diskaun 5% dan pemaju akan menyebut diskaun khas 5% lagi akan diberikan. Namun pada masa promosi agen akan menyebut diskaun 100% sekali gus. Tanpa memecahkan konsep diskaun ini kepada dua bahagian pun. Maka apabila pembeli datang untuk mengambil kunci rumah, pemaju akan mengeluarkan satu senarai bayaran/caj yang perlu dijelaskan sebelum mereka dapat mengambil kunci dan izin menduduki. Pembeli seterusnya terkejut disebabkan wujud caj bayaran tunggakan bayaran muka. Secara tiba-tiba pembeli akan bertanya, “Bukankah 10% diskaun dan mendapat pinjaman penuh?” Pada waktu ini pemaju akan menjelaskan bahawa diskaun tersebut bukan 100% sekali gus atau lump sum tetapi ditolak 5% kuota bumiputera dan dari baki itu ditolak lagi diskaun 5% dan akan wujud margin.

14. Contohnya jika harga rumah RM130,000, tunggakan sekitar RM200,000 akan wujud. Jumlah caj tersembunyi akan makin tinggi jika harga rumah kediaman tersebut semakin tinggi. Sebuah projek tiga blok pangsapuri 15 tingkat, maknanya terdapat sekitar 450 buah rumah dan kos tersembunyi ini akan menjadi satu pendapatan saat akhir ketika pembeli tidak mampu lagi untuk membantah atau menolak kerana perlu menduduki rumah. Ini belum lagi caj penyelenggaraan yang tidak disebut dalam perjanjian. Pembeli hanya akan diberitahu pada waktu mengambil kunci dan surat izin menduduki. Pemaju biasanya akan mengenakan kadar bayaran untuk dua bulan. Beban pembeli akan menjadi semakin rumit apabila wujud pula caj pemasangan elektrik dan air sebelum mereka mengambil kunci.

15. Sebenarnya perkara ini sudah lama berleluasa. Peguam sedar akan hal ini kerana terdapat ramai pembeli yang mengadu. Tetapi seperti biasa peguam akan memberitahu bahawa mereka hanya akan menguruskan soal jual beli sahaja. Seperti isu diskaun 10%, pembeli akan memberitahu bahawa agen sudah berjanji 10% dan tidak perlu sebarang bayaran muka tetapi pemaju pula akan menyatakan yang agen silap atau agen patut bertanggungjawab. Pada waktu itulah pembeli akan sedar yang semua adalah pemain dalam kartel ini yang akan menuding jari ke sana sini sehinggalah pembeli penat dan pasrah.

16. Sikap bank dan peguamnya secara tidak langsung terbabit dengan pemaju seolah-olah membantu sesama sendiri. Dalam perjanjian jual beli antara peminjam dengan bank akan disebut jumlah pinjaman, kadar faedah serta tempoh bayaran. Jadi semua fakta ini akan tertera dalam dokumen perjanjian.

17. Sama seperti perjanjian dengan pemaju, peminjam harus mendapatkan khidmat guaman panel yang akan dilantik oleh bank. Sekali lagi wujud kepentingan panel peguam di sini kerana mereka ingin mempamerkan prestasi sebagai panel yang ‘cemerlang’. Ini bagi menjamin kelansungan perniagaan mereka dengan pemaju atau bank, sebagai panel.

18. Setelah meluluskan pinjaman dan apabila projek perumahan yang sudah 90% siap, seperti yang dipromosikan pemaju sebagai jualan laris tadi. Bank akan memaklumkan kepada peminjam bahawa pinjaman 90% sudah dibuat kepada pemaju. Pada waktu itulah timbul keanehannya kenapa tidak lulus 100% jika benar sudah yakin dengan keupayaan peminjam dan pemaju. Rupanya ada strategi tersembunyi. Inilah kartel yang dimaksudkan. Industri ini sudah dibina berdasarkan permainan antara pemaju, agen, syarikat guaman dan juga bank. 

Tauke-tauke akan guna macam-macam cara untuk bagi propaganda agar persepsi harga rumah mahal adalah satu kewajaran. (Gambar Hiasan)

SPEKULASI GST OLEH PARA PEMAJU

19. Seperti yang diketahui umum, cukai GST ataupun Goods and Services Tax akan dilaksanakan 1 April 2015 di mana sistem cukai berantai di setiap peringkat daripada pengeluar kepada pengedar kepada peruncit hingga pengguna akan dikenakan dengan nilai standard sebanyak 6%.

20. Persamaan antara GST dan Cukai Jualan pada masa sekarang adalah tiada cukai dikenakan atau akan dikenakan terhadap pengguna dalam pembelian rumah/hartanah kediaman. Dalam skim GST, hartanah kediaman berada dalam kategori GST Berkadar Pengecualian (0%).

21. Tetapi GST akan dikenakan terhadap pengguna sekirannya dia membeli hartanah komersil kerana hartanah tersebut merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar “Standard” (6%).

22. Walaubagaimanapun, dalam proses pembuatan/pembinaan produk akhir ini (peringkat input), kadar cukai untuk input dan bahan-bahan adalah berbeza antara GST dan Cukai Jualan Cukai Jualan vs GST ke atas Hartanah Kediaman.

23. Berdasarkan Akta Cukai Jualan 1972, bahan binaan asas seperti batu bata, simen dan jubin lantai adalah merupakan Barangan Jadual Pertama, di mana semua barangan dalam kategori ini tidak akan dikenakan sebarang cukai jualan. Sementara itu, bahan binaan yang lain merupakan Barangan Jadual Kedua, di mana semua barangan dalam kategori ini hanya akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.

24. Dalam perlaksanaan GST yang baru ini, semua bahan binaan dan perkhidmatan (Cth: kontraktor, jurutera) akan dikenakan GST dengan kadar yang standard iaitu 6%. Ini sudah tentu akan meningkatkan kos pengeluaran pemaju.

25. Kos cukai tambahan ini akan dipindahkan kepada pengguna akhir (GST Berkadar “Standard”), atau dituntut semula daripada kerajaan (GST Berkadar Sifar). Namun, dalam kes ini (GST Berkadar Pengecualian), kos cukai tambahan ini akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang sebelum pengguna akhir iaitu Pemaju itu sendiri.

26. Pemaju tidak mempunyai “mangsa” seterusnya dalam rantaian bekalan. Ini nampaknya merupakan berita baik untuk pembeli rumah kerana mereka tidak perlu membayar GST apabila membeli rumah atau hartanah kediaman.

27. Walau bagaimanpun, ia adalah tidak sukar untuk dibayangkan bahawa pemaju akan cuba untuk merangkumi kos cukai tambahan ini ke dalam harga jualannya secara tersirat dan tersembunyi.

28. Inilah perkara yang seharusnya diaambil serius oleh pihak kerajaan dalam memastikan harga rumah kediaman tidak dinaikkan dengan sewenang-wenangnya oleh para pemaju perumahan dengan beralasan GST. Semuanya akan dituding jari kepada GST walaupun mereka sendiri tetap membuat untung dengan margin yang amat tinggi.

GST digunakan sebagai alat propaganda untuk menaikkan lagi harga rumah kediaman supaya untong lebih banyak diperolehi

*Anggaran harga rumah kediaman selepas GST oleh para speculator dan media



BIL 
NEGERI 
HARGA 2012 
HARGA 2013 
KENAIKAN %

Selangor 
RM 338, 508 
RM 405, 895 
19.91%

Kuala Lumpur 
RM 489, 052 
RM 673, 249 
37.66%

Pulau Pinang 
RM 304, 858 
RM 400, 738 
31.45%

*Kadar kenaikan Harga Rumah di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang bagi tahun 2012 dan 2013.

KESEDARAN ORANG AWAM

29. Perkara ini mesti didedahkan supaya keadaan kos tersembunyi ini dapat dileraikan supaya ia tidak berlarutan lagi dan tidak digunakan pula untuk memanipulasikan pula dana subsidi perumahan oleh kerajaan.

30. Pembeli biasanya orang awam yang kurang faham soal undang-undang, malah tidak terbaca pun dokumen perjanjian yang panjang lebar, tebal serta penuh terma-terma yang tidak pernah mereka dengar.

31. Bank meluluskan pinjaman di mana apabila pihak bank meluluskan 90% dan pemaju pula memaklumkan rumah boleh diduduki tiga bulan lagi, maka barulah pembeli tahu bahawa wujud sejenis bayaran faedah antara tempoh bank meluluskan bayaran 90% hingga tempoh baki 10% lagi diluluskan oleh bank apabila surat layak menduduki diperoleh. Inilah konspirasinya.

32. Dalam tempoh bayaran 90% bayaran dibuat caj faedah dikenakan kepada peminjam dan bayaran caj ini tidak ditolak sebagai bayaran pinjaman. Bayaran ini dikira caj untuk 90% urusan pinjaman awal. Bukankah lebih telus dan adil jika pihak bank meluluskan pinjaman 100% dan terus memulakan potongan pinjaman berdasarkan jumlah yang tertera dalam perjanjian.

33. Namun situasinya hari ini lansung tidak memihak kepada pembeli. Biasanya setelah bayaran 90% dibuat, pemaju tidak akan beri pun kunci dalam tempoh tiga bulan seperti janji lisannya. Lebih parah, terdapat kes hinggakan setahun dari tarikh pembelian, pemaju tetap memaklumkan ada masalah sijil layak menduduki. Kononnya ada saja masalah dengan pekerja kontrak, bahan binaan berkualiti tiba-tiba tiada dalam pasaran, dan pelbagai lagi dalihan serta alasan yang menyusahkan pembeli.

Ini jela yang Melayu mampu duduk menyewa. nasibla.

TOHMAHAN TERHADAP KERAJAAN

34. Kesemua ini jelas amat membebankan pembeli. Pembeli selaku peminjam akan merasa kecewa. Jawapan yang diberi oleh syarikat guaman juga amat menghampakan dan tidak akan dapat menyelesaikan masalah mereka. Akibatnya, bibit-bibit kemarahan rakyat kepada kerajaan mula timbul. Kerajaan pula sebaliknya yang dipersalahkan dan dianggap kapitalis. Undang-undang sedia ada berkenaan hal ini dianggap tidak memihak kepada rakyat. Pihak berkuasa tempatan dilabel dengan persepsi mahukan rasuah bagi meluluskan sijil layak menduduki, serta banyak lagi tohmahan dilemparkan kepada pihak berkuasa khususnya kerajaan. Malah kerajaan BN yang memerintah pun dikatakan kependekan kepada ‘Barang Naik’.

35. Ketika ini, semua institusi yang berurusan dengan rakyat dianggap sebagai instrumen kerajaan kerana rakyat menganggap lesen pemaju dan bank adalah di bawah kawalan dan seliaan pihak kerajaan. Dan malang apabila rakyat merasakan bahawa undang-undang sedia ada adalah bukan untuk kepentingan rakyat lagi, malah beranggapan yang semua ini berlaku dengan izin kerajaan.

36. Sedangkan, apa yang berlaku sebenarnya adalah dasar kerajaan yang bermatlamat supaya industri perumahan dapat berkembang pesat dengan kelonggaran sedia ada. Selaras dengan hasrat kerajaan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Namun, pihak-pihak yang terbabit di dalam ‘kartel’ tadilah sebenarnya yang telah mengambil kesempatan memanipulasi dan menyalah gunakan segenap kelompongan yang ada dalam proses pembelian rumah.

37. Justeru, kerajaan mesti menyelesaikan segala masalah dan menutup kelompongan perundangan yang ada dengan segera agar perangai buruk kartel sektor perumahan ini dapat dibanteras dan tidak terus berlarutan. Apatah lagi ketika semua pemain utama ini sedang meneropong lombong emas yang akan muncul dalam bentuk subsidi kerajaan sebanyak RM300 juta di dalam pasaran mereka sedikit masa lagi.

38. Pihak kerajaan mesti mengawal sepenuhnya projek MyHomedan memastikan semua pemaju yang berminat, mengikut format skim PR1MA dan tidak mengikut format mereka secara bebas. Kerajaan mesti mengisytiharkan perang terhadap kartel ini, sama seperti kartel dadah dan juga orang tengah dalam pasaran makanan kerana jelas mereka itulah yang menjadi penyangak kepada rakyat Malaysia.

39. Kerajaan harus tegas dan tidak harus membiarkan pemaju, agen, peguam dan bank menakluki projek ini sehingga projek yang berniat baik demi kebaikan rakyat ini pun turut menjadi mangsa pasaran spekulasi dan hasrat murni kerajaan akan terkubur begitu sahaja.


USAHA-USAHA KERAJAAN

40. Program MyHome yang dilancarkan 1 April 2014 lalu menawarkan subsidi maksimum RM30,000 bagi membeli rumah kos rendah kepada individu berpendapatan RM3,000 ke bawah. Ia mensasarkan pembinaan 10,000 unit rumah bagi tahun 2014 dengan kos RM300 juta diperuntukkan bagi menjayakan program ini. Program ini juga bukti Kerajaan Malaysia mendengar masalah rakyat.

41. Program MyHome dan peruntukan RM300 juta yang berdasarkan kerangka Bajet 2014 yang dibentangkan September 2013 lalu sangat fokus kepada kepentingan rakyat terutama dalam isu memiliki rumah.

42. Walau bagaimanapun, dengan masalah kartel ini, dibimbangi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat tidak akan tercapai, manakala yang meraih untung adalah pemaju.

43. Persoalannya adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan suatu akta yang betul-betul dapat menangani isu serta persepsi kenaikan harga hartanah kediaman, terutamanya menjelang perlaksanaan GST nanti?

44. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 misalnya jelas akan menghalang sebarang kenaikan harga barang dengan sewenang-wenangnya dan tidak munasabah. Adakah akta seperti ini juga perlu diadakan supaya dapat mengekang kenaikan harga rumah kediaman?

45. Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan kemampuan jalur transportasi antara bandar/negeri mestilah diperluaskan lagi supaya sistem pengangkutan ini dapat mengurangkan kebergantungan rakyat untuk menetap di ibukota jika sedang bekerja di ibukota. Maka, permintaan terhadap hartanah kediaman di bandar-bandar utama dapat dikurangkan dan harga perumahan juga akan dapat dikurangkan selari dengan permintaan yang menurun (MRT, LRT, ETS, KOMUTER dll).

46. Pembukaan bandar satelit yang lengkap dengan sistem pengangkutan dan jalur jalanraya yang baik juga mesti dipergiatkan lagi.

47. Kawasan Bukit Beruntung misalnya, yang seluas 1,275.92 hektar dan salah satu kawasan yang mempunyai banyak rumah kediaman tidak berpenghuni. Malah di sekitar Hulu Selangor sahaja masih terdapat begitu banyak rumah kediaman kosong yang melibatkan kawasan di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Lembah Beringin, Batang Kali, Serendah, Rasa, Kerling, Hulu Bernam dan Sungai Choh.

48. Sekiranya kerajaan dapat membina sistem pengangkutan seperti LRT/KOMUTER ke kawasan-kawasan ini sudah pasti jumlah penduduk di kawasan tersebut akan meningkat semula. Ia akan mengalihkan permintaan perumahan di kawasan bandar, ke kawasan luar bandar seperti Hulu Selangor ini. Ia juga mampu mengekalkan kemenangan BN di Hulu Selangor.

Bina lebih banyak landasan dan stesen MRT, LRT, Komuter, ERL, ETS, supaya jaringan pengangkutan awam bertambah cergas, membolehkan orang tinggal jauh dari tempat kerja. 

KESIMPULAN

49. Kerajaan mesti memastikan harga hartanah kediaman berada dalam kawalan di bawah undang-undang yang lebih holistic bagi menghalang gejala kartel harga rumah ini dari terus berleluasa.

50. Rumah kediaman sebagai salah satu hak asasi bagi manusia supaya dapat berlindung dari hujan dan panas ini mestilah dijaga nilainya supaya harga di pasaran sentiasa munasabah untuk rakyat membelinya.

51. Sistem transportasi dan pengangkutan yang lebih efisyen amat diperlukan supaya kewujudan bandar-bandar satelit yang menempatkan banyak kawasan perumahan dapat dikembangkan. Tekanan harga hartanah kediaman di kawasan bandar akan dapat dikendurkan jika permintaan rumah kediaman dapat ditingkatkan di kawasan yang sedikit jauh dari bandar.

Melayu makan ubi kayu?


Tuesday, 23 September 2014

#PRKPengkalanKubor: 2 Sepanduk BN Dikoyak & Dicarik Di Bunohan!







Terkini 2 sepanduk BN telah ditoreh dipercayai menggunakan pisau di Kg Bunohan . Kejadian ini 
berlaku sekitar pukul 2.00 Pagi . Mengikut cerita orang kampung yang meronda di kawasan ini semasa kejadian berlaku mereka ternampak 1 kereta telah berhenti di depan Poster ini di pasang dan keluar seorang pemuda menoreh sepanduk dengan menggunakan pisau dan lari masuk dalam kereta menuju ke tempat lain. Orang kampung mengejar kereta tersebut , namun kereta tersebut berhenti di hadapan Rumah Pas Kubang Kerian dan turun masuk ke Rumah tersebut.


Pihak Polis telah membawa suspek ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk siasatan lanjut.


#Selangor: Khalid Ibrahim Tamatkan Tugas Menteri Besar,Pecat Anwar Punaisihat Ekonomi Selangor


Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Friday, 19 September 2014

#JAKIM BURU LELAKI CACAH KALIMAH ALLAH PADA BADAN


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang mencacah kalimah suci Islam di badannya seperti yang tersebar luas di Facebook.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan individu tersebut.

“Kita telah menerima laporan dan telah meminta pegawai pejabat agama untuk memeriksa perkara tersebut. Buat masa ini kita belum tahu siapa individu tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Salam Mesra Salam FM’ di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gambar seorang lelaki berumur lingkungan 30-an dengan tatu pada badannya seperti di dahi, leher dan tangan yang tertera kalimah ‘Bismillah’, ‘ALLAH’ dan lain-lain lagi.



“Perbuatan lelaki itu adalah haram dan mencemarkan kesucian kalimah tersebut, walaupun kalimah itu merupakan sesuatu yang mulia.

“Perbuatan itu tidak kena tempat. Jika mahu menyanjung al-Quran, boleh dibuat dengan cara lain seperti menghafaz 30 juzuk al-Quran,” kata Othman sambil meminta individu terbabit agar bertaubat.

Mengenai Salam FM, beliau berkata Jakim bersedia melanjutkan tempoh siarannya dari tengah malam hingga 8 pagi jika dibenarkan.

“Jakim bersedia, memandangkan Kompleks Islam di Presint 3 (Putrajaya) hampir siap tahun depan dengan kemudahan antaranya studio baharu,” katanya.

Salam FM kini menumpang slot saluran Asyik FM yang berfrekuensi 91.1 fm sejak lima tahun lepas.

#MuktamarPAS: Perwakilan mendoakan #MatSabu Selama 25 Minit Dikecam



Muktamar PAS kecoh lagi dan kali ini apabila salah seorang perwakilan bertindak mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Timbalan Presidennya sendiri Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dalam doa oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin sepanjang 25 minit itu, beliau memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Manakala dua ADUN yang dimaksudkannya itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Ini kerana dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka yang dilihat melanggar keputusan majlis ulama.

Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.

Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Suasana di Muktamar kemudiannya gamat seketika apabila salah seorang ahli PasMa meluru naik pentas merampas mikrofon dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Beliau juga meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu dibolehkan dalam persidangan.

Thursday, 18 September 2014

MB #Selangor Baharu Dilantik Selasa, 23 September Ini



Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor akan berlangsung pada 23 September (Selasa) ini jam 10 pagi bertempat di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.

Wakil Istana, Encik Arfiq Farid telah mengesahkan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, nama Menteri Besar dan dari parti mana, masih belum diketahui.

#KrisisSelangor :Anwar Ibrahim Buat Sultan Selangor Murka Lagi? @anwaribrahim @rafiziramli @drwanazizah






Kerana pulut,santan binasa,kerana mulut,badan binasa. Kerana kebiadapan dan keangkuhannya, akhirnya Ketum telah kena sound dengan Istana Selangor. Petikan surat ini menceritakan segala-galanya tentang manusia bodoh bernama Anwar Ibrahim.  Apa beliau ingat apabila beliau duduk di Istana Segambut, pangkat beliau sedarjat dengan DYMM Selangor ke?




Wednesday, 17 September 2014

HINA LAGU NEGARAKU, MP DAP MOHON MAAF SECARA TERBUKA





Ekoran kritikan dan kecaman yang diterima daripada pelbagai lapisan masyarakat kerana mempertikaikan lagu Negaraku di mainkan di pawagam anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Melalui laman Facebooknya Chieng Jen mengakui telah mengunakan bahasa yang tidak sesuai ketika mengeluarkan komen mengenai isu tersebut.

“Walaupun saya merasakan keputusan memainkan lagu Negaraku di tempat hiburan seperti panggung wayang tidak sesuai, namun (saya mengaku) telah menggunakan ayat yang tidak sesuai.

“Saya dengan ini menarik balik posting dan memohon maaf kerana telah mengeluarkan komen tersebut” ujarnya.

Ching Jen turut menjelaskan beliau dan keluarganya turut berdiri ketika lagu kebangsaan itu dimainkan dan tidak berhasrat untuk merendahkan maruah lagu Negraaku.

Status tersebut telah dipadamkan dari laman Facebooknya.



Beliau sebelum mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal.

Monday, 15 September 2014

#PRKPengkalanKubor :Hadi Awang Nyaris Disambar Petir?




Tumpat – Ada yang mendakwa ia hanya sekadar kebetulan, namun ada juga yang mengatakan ia merupakan amaran tuhan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berhati-hati ketika memberikan ucapan sepanjang kempen pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Hadi ketika berceramah semalam berkata perjuangan Nabi Ibrahim sama seperti rakyat Kelantan yang menurutnya ditindas oleh kerajaan pusat yang zalim dan kejam.

Beliau berkata sudah pasti Allah mempunyai perancangan yang tersendiri apabila memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya, Nabi Ismail di sebuah kawasan gurun yang kering kontang.

“Mengapa Allah tidak memerintahkan Nabi Ibrahim meninggalkan keluarganya di China, sedangkan ekonomi negara itu sedang meningkat naik, mengapa bukan di Amerika yang merupakan negara terkuat? soalnya ketika menyampaikan ceramah pilihnaraya di Unit Peti Undi (UPU) Kampung Genting malam semalam?

Menurutnya walaupun kerajaan negeri Kelantan miskin dan tidak mempunyai sumber ekonomi yang kuat, ia masih mampu ditadbir dengan baik oleh pimpinan PAS yang terdiri daripada ulama dan ahli agama.

Namun ketika beliau berkata perjuangan tersebut sama dengan rakyat Kelantan yang hidup dalam serba kekurangan petir dan guruh secara tiba-tiba berdentum dengan kuat sehingga memeranjatkan beliau dan hadirin yang hadir.

Berikut adalah rakaman ketika kejadian tersebut:







SIAPA @Ambiga_S YANG NAK PERSOALKAN PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA?


Penaung Negaraku, S. Ambiga marah dengan tindakan kerajaan yang mendakwa ramai pemimpin pembangkang ditangkap termasuk ahli Majlis Peguam dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Disebabkan itu, S. Ambiga mempersoalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi jika peguam juga tidak dibenarkan menyatakan pendapat mereka dengan bebas. 

Ini merujuk kepada tindakan kerajaan yang mendakwa peguam Edmund Bon dengan menggunakan Akta Hasutan.

S.Ambiga mendakwa demokrasi apakah yang Putrajaya laung dan katakan jika peguam tidak boleh memberi pendapat mereka?

Adakah dengan berkata "Bukan Islam tidak perlu patuh kepada titah Diraja atau fatwa, kata Edmund Bon", ini hanya pendapat? Kepada Ambiga yang bengap, ini bukan pendapat. Ini adalah satu kenyataan cuba menghasut kaum bukan Islam di Malaysia ini tidak taat kepada Raja.. Malaysia adalah negara berpelambagaan kena patuh pada Raja dan taat pada Raja tidak kira yang Islam ataupun bukan kerana kita rakyat Malaysia ada Raja yang perlu dihormati. 

Secara terang dan jelas kenyataan Edmund Bon ini termasuk di bawah kesalahan kesalahan Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.. ternyata kenyataan jahat menghina Institusi Raja Raja Melayu dan menghasut. 

Memang patutlah Edmund Bon di tangkap di bawah Akta Hasutan. Apa yang Ambiga bising-bising? Tidak suka berambus saja dari negara ini, balik india sana.

Friday, 12 September 2014

Pembocoran Soalan UPSR Mula Di Politikan Pemimpin-Pemimpin Pakatan Rakyat! @n_izzah @KemPendidikan @PDRMsia



Tidak dinafikan ibu bapa calon-calon juga turut kecewa kerana mereka sendiri mengetahui sejauh mana usaha dan tenaga yang telah anak-anak mereka lakukan sebelum menduduki peperiksaan.

Namun, yang menarik kesungguhhan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan akhbar dan membuat tuduhan Kementerian Pelajaran tidak bersedia dengan isu kebocoran ini.

Beliau mendakwa kerajaan tidak menjalankan operasi menguruskan peperiksaan UPSR dengan baik adalah tuduhan melulu tanpa menggunakan pemikiran yang rasional. Ini adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana Kementerian telah pun mempunyai prosedur apabial berlaku kebocoran seperti ini.

Sebab itu kita lihat Kementerian tidak cemas atau mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu hendak buat apa. Sebaliknya dengan pantas diumumkan tindakan-tindakan yang akan dibuat termasuk menentapkan tarikh peperiksaan semula bagi kertas-kertas tersebut.

Cadangan Nurul Izzah mengenai kertas soalan simpanan juga sangat melucukan kerana Lembaga Peperiksaan sememangnya telah mempunyai kertas soalan alternatif bagi semua kertas peperiksaaan. Jika tidak, mana mungkin peperiksaan semula dapat dibuat pada 30 September ini. Proses membuat soalan peperiksaan perlu melalui banyak peringkat bukannya seperti membuat kenyataan akhbar.

Kepada Nurul Izzah, usahlah politikkan isu pendidikan apatah lagi isu kebocoran kertas soalan peperikaan UPSR ini. Kebenarannya, kerajaan sentiasa peka dan merangka setiap perancangan dengan baik untuk kejayaan anak bangsa di negara ini. Cumanya, ia telah dirosakkan oleh pihak-pihak yang langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.

Dengan kesungguhan Nurul Izzah mahu menjadikan isu kebocoran ini sebagai agenda beliau, kita tertanya-tanya apakah kebocoran soalan UPSR ini merupakan agenda pihak tertentu mengalihkan tekanan dan perhatian umum kepada krisis kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor?

Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak menolak kemungkinan ini merupakan satusabotaj terhadap kerajaan.

Jika ditangkap pembocor kertas soalan ini, kerajaan perlu menyiasat apakah latar belakang ideologi politiknya. Apakah tindakan ini bermotifkan wang dan juga kepentingan politik musuh kerajaan Persekutuan.

DALANG KES UPSR BOCOR DIKENAL PASTI – IDRIS JUSOH @KemPendidikan @MuhyiddinYassin @NajibRazak



Tiada pembatalan untuk mana-mana kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lain setakat ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata pembatalan itu hanya membabitkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Sains 018, 028 dan 038.

Tarikh baharu peperiksaan bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah pada 30 September ini bersekali dengan Sains 018, 028 dan 038.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai isu soalan UPSR bocor di Bangunan Lembaga Peperiksaan Malaysia, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah mengenal pasti beberapa individu yang dikatakan bertanggungjawab dalam kes kebocoran kerjas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada sidang media hari ini berkata, pihak berkuasa juga berjaya mengenal pasti beberapa ‘hotspots’ (titik panas) di mana kebocoran berlaku.

“Saya dimaklumkan pasukan penyiasat berjaya mengenal pasti beberapa individu dipercayai bertanggungjawab atas kejadian kebocoran kertas soalan UPSR.

“Individu yang tidak memegang amanah ini mengkhianati rahsia negara untuk kepentingan diri dan peribadi. Hukuman yang paling keras mesti diambil ke atas mereka,” katanya.



Berikut adalah penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung kes kertas soalan UPSR yang bocor:

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN
SCIENCE & BAHASA INGGERIS
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor.

2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014.

3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas Bahasa Inggeris yang diduduki di SJKC dan SJKT.

4. Sehubungan dengan ini, pihak LP memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

5. Pihak LP menyedari bahawa tindakan selepas keputusan di atas perlu dilaksanakan secepat mungkin. Tarikh 30 September 2014 adalah tarikh yang paling sesuai bagi membolehkan pihak LP melaksanakannya kerana isu logistic (percetakan dan pengedaran) dan teknikal, termasuk keselamatan soalan dan integriti. Proses ini melibatkan seramai 473,175 calon, 51,438 petugas, 8,299 pusat, dan 382 bilik kebal di seluruh Negara.

6. Dengan perkembangan terbaharu ini, KPM akan membuat siasatan dalaman atas semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan. KPM memandang serius insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi. KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa (PDRM, SKMM) untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan, termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah. KPM berharap tindakan tegas dan semaksimum mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut.

7. KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintegriti yang dilakukan oleh pengkhianat ini. Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini.

8. Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan Science 018, 028 dan 038 sepertimana yang disebut di atas, TIADA PEMBATALAN untuk mana-mana kertas peperiksaan UPSR yang lain setakat ini.

9. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan penyebaran beritu palsu, pihak LP menyeru pihak awam untuk melayari laman web LP www.moe.gov.my/lp untuk maklumat rasmi dan terkini berhubung perkara ini. Pihak awam juga boleh hubungi HOTLINE UPSR 2014 LP di talian 03-88893601 @ 3551 @ 3809 @ 3520 @ 3030.

10. KPM akan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas bagi meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP), pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam. Ahli-ahlinya akan terdiri daripada pakar pelbagai bidang antaranya teknologi maklumat, keselamatan, dan logistic

11. Kementerian Pendidikan Malaysia ingin meminta maaf kepada mereka yang mengalami sebarang kesulitan akibat insiden ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia
12 September 2014

Mesyuarat Sulit #PAS Bocor, Bukti PasMa Dominasi Ulama! @nikabdulaziz


Mesyuarat sulit gerakan jentera PRK Pengkalan Kubor yang diadakan di Sinaran Resort, Jubakar Pantai, Tumpat sah diketuai oleh PasMa.

Menurut sumber dalaman PAS, mereka amat tidak berpuashati bila melihat mesyuarat itu dipengerusikan oleh Dr Hatta Ramli, ahli parlimen Kuala Krai yang merupakan orang kuat PasMa.



Sewajarnya, Nik Amar atau Nik Abduh yang diberikan kepercayaan dan peluang untuk menjadi Ketua Pengarah Pilihanraya di Pengkalan Kubor. Imam 2 salah sebuah masjid di Kampung Genting yang sepatutnya menjadi calon PAS turut diketepikan kerana mahu memberi laluan kepada calon kontraktor pilihan PasMa.

Malah lebih jelas lagi bila Nik Aziz sendiri tidak dijemput untuk turut sama menyumbang cadangan dan pendapat dalam mesyuarat tersebut. Kesemuanya telah diputuskan oleh kumpulan anwarinas dan PasMa.

#KrisisSelangor #PAS Sedang Nazak?Pakatan Rakyat Retak?

video

Dulu kata UMNO pengkhianat rakyat, Islam plastiklah bagai, PAS lebih sanggup tidur sebantal dengan DAP daripada hidup bersama dengan kepimpinan UMNO. 

Dendam punya dendam, akhirnya Allah Azzawajalla balikkan dendam itu pada diri mereka juga. PAS kini dihentam teruk fanatik politik, bukan saja oleh DAP dan PKR, malahan dari kelompok ahli parti mereka sendiri.

Bila dah kena serang depan belakang, luar dan dalam, buat Press Conference minta simpati kata dikhianati. Tapi jangan percaya bulat-bulat. PAS ini spesis parti u-turn then merry go round... hari ini cakap lain, besok cakap lain.. 

Sebelum pilihanraya 2008 dulu, Pakatan Rakyat tidak wujud. UMNO pernah cuba pujuk PAS untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan Selangor dengan PAS sebagai Menteri Besarnya. 

Malangnya PAS ketika itu sombong. Ada beberapa pemimpin PAS yang gelap mata dengan perundingan serta persetujuan awal dibuat dengan beberapa orang pemimpin utama DAP, walaupun merugikan PAS yang sepatutnya memegang jawatan Menteri Besar Selangor bersama UMNO.

Untuk pengetahuan, dalam kebanyakan demonstrasi yang dianjurkan oleh DAP dan PKR sebelum ini, PAS yang paling banyak menyumbangkan ahli. Yang meriah turun padang sampai berguling-guling di atas bitumen pun golongan mereka juga. 

Tanpa ahli-ahli PAS untuk berdemonstrasi di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, demonstrasi takkan menjadi, contohnya Demonstrasi Black 505 yang konon-kononnya untuk membantah kejadian terputus bekalan elektrik sebagai kononnya bukti penipuan BN dalam PRU-13. Sebaliknya PKR dapat malu besar oleh bilangan ahli peserta yang hambar..

Jadi PAS yakin, mereka tiada masalah untuk ketepikan Pakatan Rakyat. Tapi pada masa sama, sumbangan PKR/DAP diperlukan untuk mengekang kuasa UMNO daripada mengambil alih sokongan rakyat. Ibarat menarik rambut dalam tepung.. rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Jika PAS mahu ambil alih kepimpinan kerajaan negeri Selangor, inilah masanya. Cukup-cukuplah dengan sandiwara yang dilakonkan selama ini. 

Siapa yang tak gelap mata bila tahu rizab yang dimiliki Selangor sekarang RM2.712 Bilion, jumlah tertinggi dicatatkan dalam sejarah negeri itu. Dengan duit sejumlah itu, 3 kali kempen pilihanraya pun tak habis... 

Sudah tentu PAS tak perlu pada Pakatan Rakyat. Biarlah Pakatan Rakyat pula yang akan berlutut pada mereka kelak.

Thursday, 11 September 2014

Kertas #UPSR Bocor:Ada Agenda Untuk Sabotaj Kerajaan? @KemPendidikan @PDRMsia @NajibRazak @MuhyiddinYassin


Semalam Malaysia digemparkan dengan isu kebocoran soalan kertas Sains UPSR sehingga memaksa 472,853 pelajar seluruh negara untuk menduduki peperiksaan tersebut pada 30 September 2014. Dikhabarkan, kertas peperiksaan Matematik dan Bahasa Inggeris turut bocor dan disebarkan dalam media sosial. Dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencari dalang yang telah membocorkan kertas tersebut, kita tertanya-tanya motif sebenar individu yang telah melanggar Akta Rahsia Rasmi negara.

Admin sangat musykil dengan agenda tukang bocor ini kerana modus operandi yang digunakan seolah-olah mahu sabotaj dan mencetuskan ketidakyakinan terhadap sistem dan kualiti pendidikan negara. Bayangkan, mereka dengan sengaja memuatnaik imej-imej kertas soalan di FB secara umum dan menghebahkan kepada orang ramai seolah-olah senang sangat untuk mengakses dokumen-dokumen sulit di KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kalau penyangak ini buat secara senyap-senyap, dan hanya berkongsi secara sulit dengan beberapa orang, logiklah juga kerana sudah tentu penyangak itu dibayar untuk memberikan beberapa orang itu kelebihan dalam menjawab.

Perkara sabotaj ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana jika kita lihat sebelum ini, banyak badan perkhidmatan awam dan juga agensi yang berkaitan dengan kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga badan kehakiman yang telah disabotaj sama ada oleh individu yang bekerja dalam agensi tersebut maupun mereka yang sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti kerajaan memerintah. Kalau ada yang sengaja mahu sabotaj sistem pendidikan kita setelah mereka gagal untuk membuktikan sistem pendidikan kita teruk melalui ceramah politik, penyebaran soalan bocor kertas peperiksaan awam mungkin alternatifnya. Tapi harus diingat, jikalau sistem pendidikan nasional teruk, masakan pelajar-pelajar yang belajar di Malaysia mendapat tawaran biasiswa dan tawaran untuk belajar di luar negara kan? 

Nasihat admin pada dalang ataupun lebih sesuai dipanggil pengkhianat tu,sudah-sudahlah dengan agenda menjatuhkan kerajaan. Tindakan bodoh ini hanya merugikan diri sendiri dan juga hampir setengah juta pelajar yang sudah penat menelaah untuk menduduki UPSR. Itu belum dikira dosa dengan Allah kerana tidak amanah dalam menjalankan tugas. Buat PDRM, kami pohon siasatan yang rapi supaya mereka ini ditangkap dan disabitkan dengan hukuman yang setimpal kerana menyusahkan orang ramai.