Thursday, 30 October 2014

#RakyatHakimNegara: Surat Terbuka Seorang Ayah Kecewa Dengan Anwar @niknazmi @rafiziramli @MahasiswaMsia #UM




Berikut kandungan surat tersebut:

Daripada Hj Yusof
Kg Parit 1

Tarikh 28 Okt 2014

Kepada : Khas untuk Sdra Anwar Ibrahim dan keluarga

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saya sebagai ayah kepada Osman, Pelajar tahun I Jurusan Undang-undang di UM amat kesal di atas situasi di UM malam semalam. Kekesalan dan kesedihan ini disebabkan anak saya dibabitkan dengan soal peribadi saudara dan keluarga. Ia tidak langsung membabitkan keluarga terutamanya anak saya.
Saya bekerja bertungkus lumus siang malam untuk mencari wang dan nafkah bagi membiayai pelajaran anak saya, agar anak saya menjadi seorang yang terpelajar dan seterusnya merubah kehidupan keluarga petani. Osman adalah anak sulung dari lapan beradik yang turut bersekolah rendah dan menengah. Jika Osman gagal di dalam pelajarannya, ia tidak akan dapat merubah keluarga ini.

Sdra Anwar, apakah sdra menyelami betapa pahitnya menjadi bapa kepada sebuah keluarga yang miskin. Anak saya dihantar ke UM bukan untuk terlibat politik sdra tetapi untuk menjadikan keluarga ini lebih terjamin masa hadapan. Sdra pun tidak pernah memberi bantuan apatah lagi mahu melawat keluarga ini.

Saya berjanji dan bersumpah tidak akan merelakan perbuatan sdra sampai bila-bila.

Itulah isi kandungan tulisan tangan surat tersebut yang katanya ditujukan kepada ketua pembangkang negara yang baru-baru ini mengadakan ceramah  di UM.  Anwar Ibrahim bersama-sama kuncu-kuncu dan para penyokong tegarnya telah merempuh pagar  UM yang telah dikunci demi memenuhi hasratnya untuk berucap di Dataran Tunku Canselor UM. 

Dari segi lain, kami pasti Osman dan mana-mana penuntut IPT apatah lagi Universiti Malaya adalah mereka yang terpilih kerana mempunyai fikiran cerdas.

Justeru, seharusnya Osman dan mahasiswa lain yang mempunyai semangat sepertinya berfikir dalam-dalam sebelum menyertai sesuatu perjuangan yang boleh menggadai masa depan mereka dan keluarga pada masa akan datang.

Bukanlah bermakna semua perjuangan itu salah tetapi caranya jangan sampai silap.

Berfikirlah, sebelum anda memperjuangkan hak orang lain, adakah hak insan paling layak anda perjuangkan seperti ibu bapa sudah dilunaskan terlebih dahulu? 

SAMAN FITNAH: HUSAM MUSA DIPERINTAH BAYAR RM45,000



Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini bukan sahaja gagal dalam saman fitnah yang difailkan terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan dua lagi malah beliau diperintah membayar RM45,000 sebagai kos.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan tersebut berhubung saman fitnah membabitkan penerbitan satu laporan bertajuk ‘Husam Letak Jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran’ yang disiarkan pada 22 November 2009 di Mingguan Malaysia.

Pada 22 Februari 2010 Husam memfailkan saman itu dengan menamakan syarikat terbabit, wartawan Azran Fitri Rahim dan Ketua Pengarang Mingguan Malaysia sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Menerusi pernyataan tuntutan, Husam mendakwa kesemua defendan berniat jahat menulis, menyunting dan menerbitkan laporan tersebut dengan tujuan mempersenda serta memalukannya.

Beliau menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi.

Bagaimanapun menerusi pernyataan pembelaan defendan, kesemua mereka mendakwa perkataan dan kandungan laporan tersebut adalah bersifat semula jadi serta tidak berkeupayaan untuk membawa ‘maksud fitnah’ terhadap plaintif.

Tambah defendan, maklumat yang terkandung di dalam laporan itu juga adalah bermutu tinggi dan diperoleh menerusi sumber rasmi.

Sepanjang perbicaraan plaintif memanggil tiga saksi manakala defendan lima orang.

Husam diwakili peguam Dr Zulqarnain Lukman manakala kesemua defendan diwakili Mohana Kumar.

#RAKYAT HAKIM NEGARA: RAHSIA KENAPA #ANWAR & PASUKAN PEGUAMNYA TAKUT SHAFEE, PENEMUAN BAHARU?


Penemuan Baharu

Hujah TS Shafee Abdullah (gambar) menjadi faktor penting dalam penentuan nasib DS Anwar Ibrahim esok atau lusa. Adakah TS Shafee akan mengemukakan penemuan baharu? berbanding pasukan peguam DS Anwar yang dikatakan hanya mengemukakan hujah lama.

Peguam-peguam DS Anwar telah berpeluang memberi hujah terhebat mereka, ianya suatu perbicaraan yang sangat panjang, banyak perkara berulang-ulang, nampaknya tiada penemuan baharu kata pemerhati, ianya menjadi penanda aras yang sukar kepada pasukan Anwar. Ramai orang sangat terkejut dengan keputusan ketua pasukan peguam DS Anwar, Sulaiman Abdullah, menarik diri lagi.

Semasa saya bertemu TS Shafee di Mekah dua tahun lalu, beliau seorang yang sangat simple hanya berdua dengan anak lelakinya, jika saya tidak silap.

DS Anwar sangat gerun kepada TS Shafee, bukan sahaja kerana mereka seangkatan, sangat kenal-mengenali berpuluh-puluh tahun, malah tiada satu pun 'trick' DS Anwar yang tidak diketahui oleh TS Shafee. Begitulah gambarannya. TS Shafee pernah berkata, dia lebih kenal DS Anwar berbanding Tun Dr. Mahathir.

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan TS Shafee, bukan perkiraan wang intinya, tetapi apakah anda sanggup bangun subuh buta jika dipanggil, adakah anda akan terkejut jika yang mengetuk pintu rumah anda bukannya posmen TS Shafee tetapi dia sendiri, dan adakah anda sanggup menerima panggilan telefon di kala anda sedang lena diulit mimpi. Adakah anda sanggup datang ke pejabatnya pada subuh jantan sekiranya dipanggil. Guaman adalah dirinya dalam dirinya.

Sekuriti, Integiriti dan 10,000 Patah Perkataan

Saya mendengar, anda tidak akan menerima sehelai kertas pun daripada TS Shafee melalui orang ketiga, beliau akan membuatnya sendiri dari A hingga Z. Sampai ke tahap itu integriti dan sekuriti yang diamalkannya. 

Maka tiada siapa mampu mencubabelinya jauh sekali merasuahnya, jika sesiapa mencubanya pasti akan kecewa. DS Anwar tahu hal ini, kerana itu DS Anwar berusaha membatalkan TS Shafee daripada menjadi pendakwa.

10,000 patah perkataan yang dilontarkan oleh peguam-peguam termahal DS Anwar, tidak akan sama dengan 100 patah perkataan yang dikeluarkan oleh TS Shafie.

Kita tidak bercakap siapa salah siapa betul, itu hak peguam-peguam kedua-dua belah pihak, dan hak hakim-hakim untuk menentukan selepas selesai semua hujah masing-masing. Asasnya ialah keadilan mesti ditegakkan, sama ada kepada DS Anwar atau kepada Saiful.

Kerajaan tidak ada apa-apa kepentingan dalam isu ini, ianya kes DS Anwar dengan bekas pembantunya Saiful Bukhari.

Bagi saya bukan soal siapa kalah siapa menang, bagi saya rakyat dan negara kita mesti kekal aman, damai dan harmoni selepas selesai perbicaraan ini. Kita perlu ada muka buku yang baharu.

Tuesday, 28 October 2014

#RakyatHakimNegara Lembu2 Disuruh Rempuh Pagar #UM,Pemimpin Pakatan Berseronok Makan Di Dewan Air-Cond!


Kadang-kadang admin kasihan juga dengan zombie Anwar ini.Terutamanya yang masih muda dan merintih kononnya mereka ditindas. Kalau tak percaya, tanya sahaja macai beliau pada tahun 1998, adakah mereka masih menjadi macai Anwar ataupun sudah insaf dengan penipuan raja arsenik ini. 



Semalam di kala mahasewel dipaksa untuk merempuh pagar UM, di satu lokasi yang lebih empuk dan selesa pula kelihatan kelibat Mat Syabu dan beberapa orang pemimpin pakatan sedang berseronok menikmati makanan yang terhidang di dalam dewan yang berhawa dingin.





Mahasewel berpeluh dan berasak-asakan, pemimpin Palatan Rakyat bersuka ria melantak jamuan yang terhidang. Double standard much?

Aura #Anwar Yang Makin Pudar!Ajak Puluhan Lembu Rempuh Pagar UM,Hanya Ratusan Yang Berkumpul Di Stadium Mini 3K


Resmi lidah rasmi pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysiakini adalah untuk melaporkan jumlah yang datang ke majlis yang dianjurkan oleh Anwar dan geng beliau. Semasa Bersih 2.0 dan 3.0 mereka dengan bangganya memperbesarkan angka yang hadir, dan biasanya akan dihebohkan berapa puluh ribu yang datang tanda sokongan kepada Ketum & Co.

Berlainan dengan semalam, walaupun pintu pagar UM dirempuh dan penyokong beliau diajak untuk menunjukkan support pada Anwar sebelum sabitan kes liwat II,hanya ratusan sahaja yang hadir. Tiada lagi ribuan macai yang menangisi pemergian Anwar ke penjara, yang ada hanyalah mahasewel yang rela didoktrin dengan penipuan Anwar.



Malah kempen #RakyatHakimNegara turut gagal menarik tumpuan penyokong totok beliau. Flashmob yang dijayakan di beberapa kawasan mendapat sambutan yang sangatlah hambar lagi memalukan, hingga memaksa tuan punya idea, Rafizi Ramli untuk terbang ke Australia bagi mendapatkan simpati masyarakat antarabangsa. Tindakan beliau sebenarnya memakan diri sendiri kerana rakyat Malaysia rata-rata tidak bersetuju dengan campur tangan asing ke dalam masalah liwat individu bernama Anwar dan bekas pembantu beliau.  

Di sini timbul persoalan adakah ribuan yang hadir dalam program terdahulu merupakan macai totok PAS, yang kini sedang merajuk dengan layanan kurang ajar dari DAP dan PKR lantas mereka boikot sebarang program yang tidak melibatkan PAS?Ataupun sememangnya aura Anwar Ibrahim sudah pudar di mata rakyat. Bila dah tersepit nak kena humban dalam penjara, dia pujuk simpati rakyat dengan kempen #RakyatHakimNegara, tapi dia lupa masa kemaruk nak jadi MB Selangor dan pecat TS Khalid Ibrahim dulu,ada dia tanya pendapat rakyat?

Monday, 27 October 2014

10 Hujah Zulkifli Noordin Yang Mustahil Mampu Dijawab Oleh Seluruh Peguam dan Bloggers Pembela Anwar


Di sini teman perturunkan 10 sebab mengapa tidak wajar rakyat membela Anwar di jalanraya! Malah Mahkamah Rakyat wajib memakukan paku terakhir ke atas keranda politik Anwar Bin Ibrahim!

1. Mengapa Anwar tidak membela diri dia sendiri dalam Mahkamah. Semasa diberi peluang membela diri, Anwar memilih tidak mahu memberi keterangan bersumpah. Dalam kes tahun 1998, Anwar berani angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah. Memberi butiran apa yang dia dakwa konspirasi. Soalan Hakim dijawab, soal balas Pendakwaraya dipatahkan! Tapi kali ini, Anwar langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah! Anwar langsung tidak memberi keterangan bersumpah! Peluang terbuka luas depan Anwar untuk membela diri dia. Tapi tidak mengambil peluang tersebut!

Tapi teman faham, sebagai peguam teman tahu Anwar tersepit. Berlainan dengan kes 1998 bilamana polis kurang bukti. Setakat sebutir tilam untuk buktikan liwat. Kes liwat Saiful kali ini ada video klip CCTV Anwar berada di kondominium tersebut, ada catatan saksi nampak Anwar ditempat kejadian, ada kesan air mani dalam dubur Saiful, malah DNA Anwar dikesan dalam dubur Saiful, bukan atas tilam macam kes liwat Azizan! Dalam keadaan itu, Anwar mengambil jalan selamat dengan langsung tidak angkat sumpah dalam Mahkamah dan memberi keterangan bersumpah.

Dengan cara itu, Hakim tidak boleh tanya soalan, Pendakwaraya tidak boleh soal-balas. Anwar selamat daripada disoal-siat, Anwar selamat daripada dilondehkan di dalam kandang saksi! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

2. Mengapa Wan Azizah, Presiden PKR yang juga bini Anwar tidak datang membela Anwar dalam Mahkamah. Sedangkan nama Wan Azizah disenaraikan sebagai saksi pembelaan Anwar? Adakah Wan Azizah tidak yakin dengan "kesucian" Anwar? Bukankah Wan Azizah yang isytihar Anwar sebagai manusia anugerah tuhan? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong Anwar hendak ditembak mati sebab itu Anwar perlu lari ke Turki tidak lama selepas Saiful membuat lapuran polis mengadu diliwat Anwar? Bukankah Wan Azizah sanggup berbohong jam Omega ada pada dia untuk melindungi kegiatan pelacuran Anwar dengan China-DOLL yang didedahkan oleh Datuk Eskay kawan baik Anwar sendiri?

Mengapa tiba-tiba dalam kes meliwat Saiful, Wan Azizah tidak menggunakan peluang membela Anwar dalam Mahkamah? Mengapa Karpal Singh tidak panggil Wan Azizah sebagai saksi memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Wan Azizah, Presiden PKR dan bini Anawr sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

3. Mengapa Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang juga anak emas Anwar tidak membela Anwar dalam Mahkamah! Dalam kes liwat 1998, Azmin Ali sanggup beri keterangan bersumpah dalam Mahkamah. Malah Azmin sanggup dikenakan pertuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu dalam Mahkamah dalam kes liwat 1998! Malahan Azmin buat kenyataan sanggup pecahkan tembok penjara demi membebaskan insan tersayang! Mengapa Azmin tidak menjadi saksi membela Anwar dalam perbicaraan meliwat Saiful? Kenapa Karpal Singh sebagai peguam Anwar tidak panggil Azmin sebagai saksi untuk membela Anwar?

Sedangkan sebagai orang yang rapat dengan Anwar, sebagai orang kanan yang kata pepatah "tidur sebantal baring sekatil" dengan Anwar, sudah tentu Azmin patut tahu pelbagai perkara tentang Anwar termasuk karakter Anwar. Kenapa tidak pergi ke Mahkamah dan yakinkan Mahkamah mengenai karekter & akhlak Anwar! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang kanan Anwar saperti Azmin sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

4. Mengapa Anwar menggunakan khidmat Karpal Singh untuk membela dia dalam kes liwat di Mahkamah ini? Sedangkan pada 22 Okt 1997, Karpal Singh yang mendedahkan dalam Parlimen dia ada bukti Anwar seorang peliwat! Dalam ucapan di Federal Hotel selepas itu, Karpal Singh menyatakan dia ada bukti dan dokumen Anwar kaki liwat! Ucapan dan pendedahan Karpal itu menyebabkan ada pemimpin PAS memanggil Anwar dengan gelarana "Sheikh Anwar Al-Juburi"! Bukan itu sahaja, Karpal Singh sebenarnya adalah peguam mangsa liwat kes 1998 Azizan Abu Bakar & pendedah kes itu iaitu Umi Hafilda!

Mengapa tiba-tiba Anwar mengambil Karpal Singh menjadi peguam dia bagi kes liwat Saiful tahun 2008? Mana pergi Raja Aziz Addruse, Haji Sulaiman Abdullah, Pawancheek Marican, Zainur Zakaria dan lain-lain? Adakah kerana itu ada cadangan di Mahkamah kes liwat Anwar dengan Saiful ialah atas dasar suka sama suka, bukan dipaksa? Kot mane pun, liwat tetap berlaku, walaupun suka sama suka? Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri mengambil Karpal Singh yang menuduh dia meliwat tahun 1997 untuk menjadi loyer dia bagi kes 2008 mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

5. Mengapa Anwar tidak membela diri dia dalam mahkamah dengan membuktikan alibi dia, kononnya dia tidak ada ditempat kejadian meliwat Saiful itu? Kenapa saksi alibi tidak dipanggil memberi keterangan? Kenapa Haji Hasanudin, tuan punya kondominium yang juga kawan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Mokhtar, pengawal peribadi Anwar yang juga adik ipar dia tidak dipanggil? Kenapa Mohd. Sani, pemandu Anwar yang sudah berbelas tahun berkhidmat dengan Anwar tidak dipanggil? Kenapa Wan Azizah isteri Anwar sendiri tidak dipanggil? Sedangkan mereka semua adalah saksi yang disenaraikan sebagai saksi alibi? Mengapa mereka tidak datang memberi keterangan membela Anwar dalam Mahkamah, sedangkan mereka ini semua rapat dengan Anwar?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau orang-orang yang rapat dengan Anwar sendiri tidak membela diri Anwar dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

6. Mengapa Anwar dan Karpal Singh tidak panggil Rahimi, pegawai khas Anwar sendiri membela Anwar dalam Mahkamah! Sedangkan Rahimi yang memperkenalkan Saiful kepada Anwar dan membawa Saiful bekerja sebagai pembantu pejabat Anwar. Rahimi dikatakan telah membuat Surat Akuan Sumpah kononnya mengaitkan Dato' Sri Najib dengan kes liwat Saiful. Malahan Surat Akuan Sumpah Rahimi itu diperakui oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju! Malang bagi Anwar, apabila Rahimi pegawai khas dia sendiri bertukar haluan dan membuat laporan polis yang dia disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk cuba mengaitkan Dato' Sri Najib. Malah YB Wee Choo Keong sendiri mengesahkan perkara itu!

Tidak cukup dengan itu, YB Wee Choo Keong memilih keluar daripada PKR, dan kini menjadi Ahli Parlimen Bebas! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau pegawai khas Anwar sendiri, bukan sahaja tidak membela Anwar dalam Mahkamah, malah membuat repot polis dipaksa buat Surat Akuan Sumpah Palsu, dan YB Wee Choo Keong yang mengesahkan Surat Akuan Sumpah palsu itu pun sampai keluar parti, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

7. Mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dia dengan memberikan sampel darah untuk menafikan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Kes kali ini berbeza dengan kes liwat Azizan tahun 1998, kerana tahun itu DNA Anwar ditemui atas tilam bertompok yang berusia lebih 6 tahun! Kali ini DNA air mani Anwar ditemui dalam dubur Saiful yang berusia 2 hari. Saiful diliwat 26 Jun 2008, dan membuat repot polis dan diperiksa doktor pada 28 Jun 2008! Tidak sampai 48 jam! Dan DNA airmani Anwar ini disahkan oleh ramai saksi: pakar forensik, perubatan, doktor dan lain-lain! Tak saperti kes tahun 1998 bila ianya hanya disahkan oleh seorang ahli kimia Lim Kong Boon!

Kalau benar dakwaan pembelaan Anwar bukan airmani dia didalam dubur Saiful, mengapa Anwar tidak berani memberikan sampel darah dia untuk diperiksa sebagai perbandingan DNA! Bukankah kalau ujian darah itu membuktikan DNA air mani di dalam dubur Saiful itu bukan DNA Anwar, itu adalah pembelaan yang bukan sahaja hebat, malah boleh membebaskan Anwar serta merta. Silap-silap Kerajaan pun boleh tumbang!

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang mengemukakan sampel darah DNA dia untuk membela diri sendiri dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

8. Anwar mendakwa kononnya pertuduhan dia meliwat staf dia Saiful adalah konspirasi Dato' Sri Najib. Konon ceritanya Saiful berjumpa dengan YAB PM! Malah Anwar sampai nak sapina YAB PM untuk memberi keterangan. Yang peliknya dia sendiri tak mau beri keterangan bersumpah untuk membela diri. Tau-tau dia nak paksa YAB PM beri keterangan untuk pembelaan dia! Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak mahu memberi keterangan bersumpah membela diri dia dalam Mahkamah, sebaliknya memaksa YAB PM pulak memberi keterangan untuk pembelaan dia; mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

9. Kalau alasan Anwar membela diri dengan memanggil YAB sebagai saksi kononnya kerana Saiful berjumpa dengan YAB Dato' Sri Najib, mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Senator Ezam Mohd Nor yang juga ditemui Saiful! Malahan YB Senator Ezam telah membuat kenyataan terbuka menyatakan Saiful ada datang bertemu dengan dia. Dan Ezam menyatakan dia bersedia dipanggil sebagai saksi untuk pembelaan kes Anwar! Persoalannya, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang itu untuk pembelaannya! Mengapa YB Senator Ezam, antara orang yang paling rapat dengan Anwar langsung tidak dipanggil sebagai saksi?

Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak menggunakan peluang memanggil YB Senator Ezam sebagai saksi untuk membela diri dia dalam Mahkamah, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

10. Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan Mahkamah Rakyat menentukan kesalahan dia! Persoalannya, kenapa Anwar tidak serahkan pembelaan dirinya kepada Mahkamah ALLAH! Iaitu dengan bersumpah laknat! Sebagaimana yang dibuat oleh Saiful sendiri. Saiful telah bersumpah dengan menyatakan "bahawa saya Saiful telah diliwat oleh Anwar Ibrahim yang memasukkan zakarnya kedalam dubur saya, jika palsu dakwaan saya maka laknat ALLAH atas diri dan keluarga saya"!

Begitu berani Saiful menyerahkan pembelaan dia kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dan ramai pengikut taksub Anwar berharap Saiful akan dilaknat. Malah ada yang bawa cerita konon Saiful dah kena sopak, kena angin ahmar, mulut berbuih, lumpuh seluruh badan dan macam-macam lagi. Tau-tau keluar gambar-gambar Saiful berdahi hitam sedang bertawaf di Masjidil Haram. Muncul gambar Saiful berdoa diatas Jabal Nur di Gua Hira' mengadap Ka'bah!

Pengikut taqsub Anwar semuanya terkedu bisu dan terkentut! Sebaliknya Anwar masih dengan keingkaran dan keengganan dia untuk membela diri dengan bersumpah laknat! Apa yang Anwar takut sangat? Tak percaya kepada ALLAH? Atau takut laknat ALLAH diturunkan? Jadi rakyat kena gunakan otak, kalau Anwar sendiri tidak berani membela diri dia dihadapan Mahkamah ALLAH dengan bersumpah laknat saperti Saiful, mengapa pula rakyat mahu diperlembukan untuk membela Anwar di jalanan!

Inilah sepuluh perkara yang perlu direnungkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia semua dan seluruh dunia! Sebelum mike semua membuat kesilapan untuk membela Anwar di Mahkamah jalanraya, tanya diri mike dulu, mengapa Anwar tidak menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk membela diri dia sendiri dalam Mahkamah? Mengapa Anwar tidak mahu menyerahkan pembelaan dia kehadapan Mahkamah ALLAH?

Malah teman cabar pengikut taqsub Anwarinas, sila adakan solat hajat perdana secara besar-besaran. Panggil lah Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi Awang menjadi imam. Mintalah doa hajat kepada ALLAH, tunjukkan, dan buktikan siapakah pembohong sebenarnya, Anwar atau Saiful! Kalau Saiful bohong, berdoalah kepada ALLAH supaya turunkan laknat kepada Saiful serta merta!

Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia telah meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada ALLAH supaya melaknat Anwar, dan menurunkan bala kepada para pengikut Anwarinas yang masih taqsub dengan Anwar! Berani yop? Teman cabar mike semua yop! Pokok pangkalnya, kalau Anwar, bini dan kawan-kawan dia sendiri tidak membela Anwar dalam Mahkamah, mengapa mike semua rela dan redho diperlembu dan dikaldaikan untuk membela Anwar Ibrahim di Mahkamah jalanan!

Sambutan #RakyatHakimNegara Hambar,#Anwar Cuak,Perguna Rakyat Dan Keluarga Untuk Tagih Simpati



Menjelang hari pendengaran rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat keduanya, pelbagai program yang boleh mencetuskan kebangkitan rakyat dianjurkan bermula malam Isnin.

Program yang dirangka itu sehari sebelum mahkamah membuat ketetapan nasib Anwar pada prosiding dua hari, bermula Selasa.

Difahamkan Ketua Pembangkang itu bakal menghadiri sekurang-kurangnya empat program utama membabitkan kumpulan tertentu dengan kehadiran dijangka dalam jumlah yang besar di sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Seawal pukul 7 malam, Anwar bersama anggota keluarganya termasuk kenalan rapat serta penyokong setianya akan menunaikan solat Maghrib dan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut.

Kemudiannya sekitar pukul 8.30 malam, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual akan menghadiri ‘Pidato Umum’ anjuran persatuan mahasiswa di Dataran DTC, Universiti Malaya (UM).

Bagaimanapun difahamkan pengurusan UM sudah mengeluarkan arahan larangan menyertai program berkenaan kepada pelajarnya kerana penganjurannya dibuat tanpa kebenaran pihak pusat pengajian tinggi itu.

Selain itu, menerusi hebahan media yang dihantar Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil, Anwar yang juga Ketua Umum PKR turut dijadual menghadiri program makan malam bagi meraih dana bersama Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik, MBPJ pada pukul 9.30 malam.

Sebagai acara kemuncak, Anwar bakal mengakhiri programnya di Stadium Mini 3K, MPSJ di Subang Jaya dalam Himpunan Solidariti untuknya kira-kira pukul 11 malam.

Anwar sebelum ini disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu selepas mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sekiranya beliau gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai ahli Parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang ahli Parlimen boleh dibatalkan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.

#Throwback #RakyatHakimNegara #Liwat: Arwah Karpal Tidak Jawab Bagaimana Air Mani #Anwar Berada Dalam Dubur Saiful



Menjawab perkara pokok rayuan sodomi II, iaitu berkaitan bagaimana air mani Anwar berada 4cm dalam dubur mangsa (Mohd Saiful Azlan Bukhari) seperti mana hujah Tan Sri Shafee Abdulah tidak dijawab oleh peguam bela Anwar- Karpal Singh. Juga Karpal Singh tidak menjawab hujah Shafee kerberadaan Anwar pada lokasi di mana berlaku sodomi.

Karpal hanya berputar-putar mengenai sampel air mani yang dikatakan hanya diambil selepas 56-58 jam kejadian. Karpal silent bahawa air mani dalam dubur boleh bertahan selama itu tanpa rosak.

Karpal dalam hujahnya hanya mempersoalkan kredibilti pengawai penyiasat sodomi II Insp Jude Pereria, sedangkan sampel air mani dilakukan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, dan tabung sampel ditandatangi oleh doktor dan mangsa.

Karpal juga tidak menjawab persoalan Tan Sri Shafee, bahawa pakar yang diupah Anwar Dr David Wells, juga tidak menyatakan tabung diusik, melainkan plastik tempat tabung itu disimpan. Tabung yang mengandungi air mani mangsa adalah tertutup rapat.

Hujah Karpal senyap berkaitan dengan kehadiran air mani Anwar dalam dubur mangsa. Dengan hujah itu, secara tersirat peguam Anwar itu percaya bahawa memang berlaku sodomi. Kalau, tidak semestinya beliau bermati-matian mempertikai kehadiran air mani dalam dubur mangsa

Sunday, 26 October 2014

Senarai Nama Kabinet #Jokowi Dibocorkan Ke Umum


Berikut merupakan senarai kabinet Jokowi yang telah sampai ke pengetahuan umum. Jokowi dijangka akan mengumumkan senarai kabinet beliau selewat-lewatnya pada pukul 4.00 (Waktu Indonesia Barat).

1. Setiausaha Negara dijabat oleh Pratikno
2. Setiausaha Kabinet Andi Widjajanto
3. Menteri Badan Perencanaan & Pembangunan Nasional Andrinof Chaniago
4. Kemaritiman Indroyono Soesilo.
5. Politik Hukum dan Keamanan Tedjo Edy Purdjianto.
6. Menteri Perekonomian Sofyan Djalil.
7. Menteri Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Puan Maharani.
8. Menteri Perhubungan Ignatius Jonan
9. Menteri Kelautan dan Perikanan Susi Pudjiastuti
10. Menteri Pariwisatan Arief Yahya
11. Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Sudirman Said
12. Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo
13. Menteri Luar Negeri Retno Lestari Priansari Marsudi (Wamenlu AM Fachir)
14. Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu
15. Kementerian Hukum & Hak Asasi Manusia Yasonna H Laoly.
16. Kementerian Komunikasi dan Informatika Maruar Sirait
17. Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Yuddy Chrisnandi
18. Menteri Kewangan Bambang Brodjonegoro (Wamenkeu mardiasmo)
19. Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini M Soemarno
10. Menteri Koperasi dan UKM Aagn Puspayoga
21. Menteri Perindustrian Saleh Husien
22. Menteri Perdagangan Rahmat Gobel
23. Menteri Pertanian Amran Sulaiman
24. Menteri Ketenangan Kerjaan Hanif Dhakiri
25. Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono
26. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Siti Nurbaja
27. Menteri Agraria dan Tata Ruang Ferry Musyidan Baldan
28. Menteri Agama Lukman Hakim Saifudin
29. Menteri Kesihatan Nila F Moeloek
30. Menteri Sosial Khofifah Indar Parawansa
31. Menteri Wanita Yohanan Yambise
32. Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Dasar Anies Baswedan.
33. Menristek dan Pendidikan Tinggi Nasir
34. Kementerian Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi
35. Menteri Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Marwan Jafar

Friday, 24 October 2014

JK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1436H

Salam Maal Hijrah 1436H. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

JK mengucapkan Selamat menyambut Ma'al Hijrah 1436H kepada seluruh umat muslimin dan muslimat. Tema tahun ini "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Semoga kedatangan tahun baru memberi lebih banyak rahmat dan syafaat kepada kita semua. Amin.


PADAH MENYOKONG, MEREKRUT DAN BERI LATIHAN KEPADA KUMPULAN PENGGANAS (#IS)

Inilah padahnya kalau cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, Negara Islam (IS). Ada otak tak nak fikir!! Dah buat tak nak mengaku plak. Tiga orang telah didakwa atas tuduhan cuba memberi sokongan, merekrut dan memberi latihan ala ketenteraan kepada rakyat negara ini sebagai persiapan ke Syria untuk manfaat kumpulan pengganas.

Mereka yang ditahan ialah Mohd. Syafrein yang berasal dari Kuantan, Pahang merupakan seorang arkitek; Mohd. Rosmadi dari Kota Bharu, Kelantan (peniaga kedai runcit) manakala Mohamad Yusoffe dari Arau, Perlis merupakan bekas juruteknik kilang gula.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November ini untuk sebutan bagi membolehkan pihak pendakwaan memohon kebenaran memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan.

Jika disabit kesalahan, Mereka boleh dipenjara maksimum tidak melebihi setengah daripada tempoh yang paling lama diperuntukkan oleh Seksyen 130J iaitu penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan harta mereka juga boleh dirampas jika telah diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Tuesday, 21 October 2014

JK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI

JK mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh dunia. 

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka.

Atlet Ternama Negara Positif Dadah? #Sukan #Incheon2014



Setelah timbul beberapa atlet negara ini, yang di dapati positif dadah di Sukan Asia, Incheon, Korea Selatan baru-baru ini, arena sukan negara bakal digemparkan dengan satu lagi laporan skandal dadah.

Menurut sumber, jaguh sukan badminton negara dari Pulau Pinang itu dilaporkan telah didapati positif dadah dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan beliau berkemungkinan bakal berdepan dengan hukuman gantung selama dua tahun.

Pengumuman rasmi dijangka akan dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pukul 4.00 petang ini.

Pengumuman tersebut dijangka akan memberi aib terbesar sukan negara kerana pemain ini sering memenangi kejuaraan antarabangsa.

Kementerian sebelum ini melaporkan sedang menjalankan siasatan terhadap rawatan yang diterima oleh atlet negara yang gagal ujian doping.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini bagaimanapun enggan mendedahkan nama atlet sehingga pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa atlet itu positif dadah.

“Kami telah mendapatkan nasihat pakar dan berbincang dengan pakar-pakar dadah untuk melihat apa yang boleh dilakukan sebagai langkah seterusnya. Kami masih mengumpul bukti,” katanya.

Khairy Isnin lalu ketika diminta mengulas laporan dalam StarSport berhubung atlet negara yang telah gagal dalam ujian secara rawak yang dijalankan dalam kejohanan utama.

Menteri itu berkata pertama kali beliau tahu mengenai perkara itu adalah pada 2 Oktober lalu apabila sebuah persekutuan antarabangsa memaklumkan kepada persatuan di sini mengenai atlet yang gagal ujian dadah.

Khairy berkata bahan yang diharamkan yang terdapat di dalam Sampel A yang diambil biasanya digunakan untuk pemulihan seseorang atlet.

Setelah dimaklumkan, beliau segera membentuk ‘team ad hoc’ untuk menyiasat perkara itu.

Pasukan itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Aziz.

“Pasukan itu meneliti butiran bahan yang telah diharamkan. Kami mahu tahu apakah dos yang digunakan untuk atlet atau bagaimana ia diberikan,” kata Khairy.

“Kami juga melihat kronologi peristiwa yang berlaku sehingga ujian dadah dijalankan.

“Kami mengadakan mesyuarat dalaman dengan atlet. Kami ingin mengetahui apa yang telah ditetapkan oleh ISN dan apa yang telah dia ambil daripada doktor di ISN.

“Apabila kami menerima keputusan sampel A, kami diberitahu bahawa kami boleh meminta supaya sampel B diuji pada 17 Oktober… dan kami melakukannya.

“Kami akan menghantar wakil untuk hadir ketika sampel B dibuka,” katanya.

Khairy, bagaimanapun berkata persekutuan antarabangsa masih tidak memberi respons kepada persatuan nasional tentang bila tarikh sampel B akan diuji.

Beliau menjelaskan bahawa jika sampel B ternyata negatif, atlet itu adalah bersih dadah.

Jika positif, maka persekutuan antarabangsa akan memaklumkan hasilnya kepada persatuan kebangsaan.

Badan dunia itu juga akan membentuk sebuah jawatankuasa disiplin untuk meneliti kes itu.

Khairy berkata dalam menangani kes ini, beliau berpandukan kepada dua prinsip iaitu komitmennya terhadap Anti-Doping dan tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan para atlet.

“Komitmen Malaysia ialah untuk mematuhi kod dadah dan mengamalkan toleransi sifar mengenai kawalan penggunaan dadah,” katanya.

“Pada masa yang sama, saya harus melindungi hak-hak atlet kita. Seperti kes-kes lain, kita akan menangani perkara ini secara halus dan berhati-hati.”

Ini adalah kes doping kedua di Malaysia dalam tempoh sebulan.

Atlet Wushu Tai Cheau Xuen telah dilucutkan pingat emas di Sukan Asia di Incheon bulan lalu setelah positif perangsang sibutramine.

Jasa Tun Sambanthan Dikenang @kalaivanar @PKamalanathan @NajibRazak #Deepavali #Malaysia



Selepas tiga dekad pemergian tokoh negarawan ini, jasa-jasabeliau diangkat melalui satu pementasan teater. Apakah pandangan isteri, Toh Puan Umasundari dan anak mendiang, Deva Kunjari?

HUBUNGAN rapat antara Sambanthandan Tunku Abdul 
Rahman dapat dilihat dari segi makanan kegemaran
Perdana Menteri pertama negara yang terdiri daripada 
masakan IndiaSelatan seperti nasi daun pisang, makanan 
berempah dan lain-lain.

PERKONGSIAN hidup Toh Puan Umasundari Sambanthan, 79, dengan Tun V. T. Sambanthan berlangsung hanya selama 23 tahun.

Ini kerana pada usia 59 tahun dan 11 bulan, Sambanthan menghembuskannafas terakhir pada 18 Mei 1979. Sudah hampir tiga dekad berlalu,segala kenangan manis dan pengorbanan yang dilakukan oleh suaminyamasih terpahat dalam hati Uma bagaikan baru semalam waktu berlalu.

Di hati wanita yang berjiwa kental ini, Sambanthan adalah seoranginsan yang sukar dicari ganti. Begitupun, Uma yakin sumbanganSambanthan kepada rakyat jelata, masih kurang diketahui kalangan wargamuda.

"Ramai golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yangturut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakantanah air. Malah beliau membawa banyak pembaharuan dalam parti pimpinan(MIC), selain mengubah nasib masyarakat India di kawasan ladang"

"Beliau bukan sahaja berjuang untuk kaum India. Ini kerana beliausentiasa mengutamakan kesejahteraan negara secara menyeluruh. Negaraini seakan-akan keluarganya sendiri," ujar Uma yang menyatakan walaupunjurang perbezaan umur antara mereka berdua agak luas iaitu 10 tahun,namun Sambanthan sentiasa 'memimpinnya'.

"Biasanya suami akan memaksa isteri untuk mengikut cara merekatetapi beliau sebaliknya. Sambanthan memberi ruang kepada saya untukmeluahkan perasaan dan berkongsi pendapat. Saya secara perlahan-lahanmempelajari prinsip dan pegangan hidupnya sebelum kami bergerak secaraberkumpulan."


SAMBANTHAN

Uma yang mempunyai latar belakang dalam bidang kimia dari Universiti Madras, India, mengakui menghadapi masalah menemani suami ke mesyuarat dan bersemuka dengan orang awam yang berpusu-pusu mengunjunginya. Daripada seorang pegawai kimia yang terperuk di makmal (pernah berkhidmat sebagai guru di Singapura), Uma perlahan-lahan berasa selesa menerima pelawat di rumah.

"Dengan ketiadaan suami yang seringkali sibuk di Kabinet, sayamendengar keluhan mereka dan cuba membantu meleraikan masalah. Tetapisebelum itu semua, saya akan memasak dan pastikan mereka balik denganperut yang kenyang," kata Uma dengan penuh semangat. Beliau jugamenggalakkan pembabitan wanita di peringkat tinggi.

Sambanthan dilahirkan di Sungai Siput, Perak pada tahun 1919 danmempunyai tiga orang adik-beradik iaitu V.M Sundram, V. Krishnan dan V.Saraswathy. Sambanthan mendapat pendidikan formal di Sekolah Tinggi Clifford, Kuala Kangsar, Perak sebelum melanjutkan pelajaran dalambidang ekonomi di Universiti Annamalai, India.

Semasa berada di luar negara, Sambanthan telah menunjukkan minatyang mendalam terhadap bidang politik. Beliau mengikuti secara dekatperkembangan Pergerakan India Kebangsaan yang ketika itu berjuang untukmembebaskan negara India daripada jajahan British. Tidak hairanlah jugaapabila beliau menyertai sayap pemuda Kongres Kebangsaan India dinegara itu.

Sekembali ke tanah air dan selepas kematian bapanya pada tahun 1942,Sambanthan mengambil alih tugas pengurusan perniagaan keluarganya dalambidang penerokaan ladang getah. Peluang ini digunakan dengan sebaikmungkin untuk menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan penduduksetempat. Kemudahan sekolah dan keperluan lain disediakan bagimeningkatkan tahap hidup masyarakat yang masih ketinggalan.

Sekolah Tamil Mahatma Gandhi yang dibuka secara rasmi pada tahun1954 di Sungai Siput, memperkasakan usahanya membantu meningkatkan mutupendidikan kanak-kanak estet. Melihat ketulusan hati dan keikhlasanyang ditunjukkannya, dengan serta-merta Sambanthan dilantik sebagaiLembaga Kaunselor Jabatan Pendidikan Negeri Perak.


SAMBANTHAN berjuang untuk kesejahteraan negara secara menyeluruh.

Pada tahun yang sama juga, beliau dipilih sebagai majlis perundangan(ahli Parlimen) di kawasan Kinta Utara yang kemudiannya ditukar kepadakerusi Sungai Siput pada tahun 1959. Sebelum Sambanthan dilantiksebagai Presiden parti MIC atau Kongres India Malaysia pada 1955, MICrata-ratanya mendapat sokongan daripada kumpulan elit India.

Sebaliknya, majoriti daripada penduduk India di Tanah Melayu ketikaitu ialah kelas bawahan yang tidak menyertai parti memandangkan nasibdan masa depan mereka tidak dipedulikan.
Namun, selepas beberapa pusingan perbincangan dan perundingan,akhirnya Sambanthan dilantik sebagai presiden parti yang ke-5 daritahun 1955 hingga 1973. Pelantikannya juga menarik lebih ramaipenyertaan.

"Tunku dan Sambanthan mempunyai hubungan yang rapat sejak awal lagi.Malah, kedua-duanya berusaha untuk mewujudkan sebuah negara berbilangbangsa yang harmoni," jelas Uma yang masih tidak melupakan hari yangpaling bersejarah dalam hidupnya iaitu pengisytiharan kemerdekaannegara pada 31 Ogos 1957.

Ketika berusia 27 tahun, Uma masih lagi teringatkan dirinyamengenakan sehelai sari berwarna putih dengan calitan warna merah padapenghujung kain. Sari ini juga begitu bermakna kerana ia adalah hadiahpemberian suaminya pada hari pertunangan.


RAMAI golongan remaja tidak tahu tentang tokoh negarawan ini yang turut bersama-sama Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memerdekakan tanah air.



"Saat itu cukup simbolik;satu permulaan kepada kebebasan daripada rejim kolonial, kebebasan berfikir dan kebebasan untuk memimpin negarakita sendiri," ujarnya yang berdiri di belakang Perdana Menteri TunkuAbdul Rahman bersama suami.

Uma dan suaminya juga tidak banyak bercakap kerana diselubungi rasa sebak melihat bendera Union Jack diturunkan dan bendera PersekutuanTanah Melayu dikibar.

Atas dasar kepercayaan dan kebolehan, Tunku Abdul Rahman memberi portfolio penting kepada Sambanthan untuk menyandang jawatan pentingdalam Kabinet.

Antaranya ialah Menteri Buruh (1955-1957), Menteri Kesihatan (1957-1959) dan Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekomunikasi (1959-1971) dan akhirnya Menteri Perpaduan Kebangsaan (1972-1974).

Sambanthan juga menguatkan tahap ekonomi parti dengan menjual sebahagian daripada estet bapanya seluas 2.4 kilometer persegi disamping menyediakan perkhidmatan kewangan.

TOH PUAN UMASUNDARI menunjukkan 
gambar kenangan suaminya

Salah satu sumbangan beliau yang terbesar ialah penubuhan Persatuan Koperasi Kewangan dan Tanah Kebangsaan (NLFCS) yang diasaskan bersamadengan K.R Somasundram pada tahun 1960. Menerusi NLFCS, buruh-buruhIndia di ladang getah diminta menyumbang sekurang-kurangnya RM10 untuk kebaikan masa depan. Estet pertama yang dibeli ialah di Bukit Sidim,Kedah.

Semasa Sambanthan meninggal dunia, NLFCS memiliki 18 buah estetdengan keluasan 120 kilometer persegi dan 85,000 ahli. Hari ini,koperasi itu mempunyai 19 estet dengan keluasan 142 kilometer persegi dan melabur dalam sektor perladangan kelapa sawit, hartanah danperbankan. NLFCS juga adalah koperasi yang terbesar di Asia Tenggara.

Monday, 20 October 2014

#PalatanRakyat Dan #PartiKelentongRakyat Tersungkur Lagi!



Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keadilan.

Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat.

Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said, berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa FELDA, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang.

Tips Sebelum Membeli Rumah Pertama Anda!



Rumahku syurgaku. Ungkapan ini jelas menunjukkan betapa pentingnya rumah dalam kehidupan individu juga bagi yang sudah berkeluarga. Kenaikan kos sara hidup serta harga rumah mencetuskan pelbagai kesulitan khusus bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Rencana lima bahagian ini mengupas isu rumah daripada pelbagai sudut. Bahagian ketiga ini mengupas beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu merancang membeli rumah.

Kuala Lumpur – Adam Mukhlis, 34, sudah serik. Buat masa ini beliau tidak mahu lagi memikirkan untuk membeli rumah meskipun terpaksa menumpang di rumah mentua.

Lima tahun lepas, Adam membeli sebuah pangsapuri berharga RM140,000 di Kajang. Beliau masih bujang ketika itu. Tempoh bayaran balik pinjaman bank 20 tahun dan dalam masa sebulan beliau perlu membayar RM900.

Keadaan kewangan yang tidak menentu menyebabkan bayaran pinjaman bank tertunggak dan akhirnya rumah itu dilelong.

“Jangan beli rumah sewaktu awal bekerja kerana kita tak tahu sama ada kita boleh bertahan dengan pekerjaan itu.

“Sekarang pun tak kira bujang atau sudah berkeluarga, kehidupan semakin mencabar. Ramai ingat tinggal di bandar hidup senang, duit banyak tapi sebenarnya besar periuk besarlah keraknya”, pesan Adam khusus untuk golongan muda.

PERLU URUS KEWANGAN

Mungkin ramai yang senasib Adam tetapi golongan muda berpendapatan sederhana atau rendah masih boleh memiliki rumah sendiri.

Apa yang perlu ialah tidak terlalu memilih rumah yang mahu dimiliki dan disiplin baik dalam pengurusan kewangan peribadi.

Ini pandangan Rohaniah Noor, perunding hartanah, Rina Properties ketika diwawancara Bernama.

“Golongan muda ini ramai yang graduan, berpendapatan bulanan purata RM1,500 hingga RM3,000.

“Dengan pendapatan itu, tidak ada masalah untuk golongan itu membeli rumah. Yang penting bijak mengurus kewangan dan menyimpan wang”, katanya.

Menurut Rohaniah, daripada pemerhatian beliau, kebanyakan masalah yang dihadapi golongan muda atau yang baru berkeluarga ialah set minda mereka.

“Mereka terlalu cepat mahu merasa gaya hidup mewah. Mereka mahu beli gajet terkini, kerap makan di restoran makanan segera atau restoran mewah dan berbelanja tanpa ada bajet yang khusus.

“Akhirnya wang tak cukup untuk menabung setiap bulan. Kalau tak ada wang simpanan, sukar untuk mereka mempunyai wang deposit untuk membeli rumah”, katanya.

Golongan muda juga cenderung membeli kereta terlebih dahulu yang bayaran ansurannya mungkin mencecah sehingga 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan.

“Ini belum ditambah hutang kad kredit. Komitmen kewangan yang tinggi ini menyebabkan mereka nanti sukar mendapatkan pinjaman perumahan”, tambah Rohaniah.

BELI YANG MAMPU

Menurut Rohaniah, meskipun harga rumah baru agak tinggi tetapi masih terdapat rumah yang berharga rendah dan mampu milik dalam pasaran.

“Ada banyak rumah berharga bawah RM120,000 dalam pasaran subsale atau pasaran kedua juga lelong tetapi ramai yang tak nampak. Mereka hanya lihat rumah baru sahaja.

“Jika kita hanya mampu beli rumah flet, itu pun rumah. Saya dulu pun bermula dengan membeli sebuah rumah flet di Kajang dan sehingga kini saya masih mendiami rumah itu”, kata Rohaniah.

Bagi golongan berpendapatan sederhana atau rendah, mereka berhak membeli rumah kos rendah, apartment kos rendah atau rumah mampu milik yang ditawarkan kerajaan.

Beliau bagaimanapun berharap pihak kerajaan lebih agresif dalam menyediakan rumah mampu milik untuk keperluan rakyat.

Kerajaan, tambah beliau, tidak boleh bergantung harap kepada pemaju swasta kerana matlamat pihak itu adalah untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan kerajaan pula mahu menjaga kebajikan rakyat.

Ditanya sama ada pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) akan memberi kesan kepada harga rumah, Rohaniah berkata setakat ini pemaju menjangkakan harga hartanah baru akan meningkat.

“Bagi kadar sewaan pula, sekiraya sewaan hartanah dikenakan CBP, caj itu akan berpindah kepada penyewa melalui kenaikan kadar sewa. Apa pun, kita perlu tunggu perkembangan selepas April 2015″, katanya.

PINJAMAN BANK

Dalam soal memperoleh pinjaman bank, mungkin ada bakal pembeli hartanah khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah yang terpaksa berfikir panjang sebelum mengambil sebarang pinjaman memandangkan bayaran bulanan yang tinggi.

Ini berikutan tindakan Bank Negara Malaysia baru-baru ini menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Kenaikan ini sekali gus membawa kepada kenaikan kadar berian pinjaman asas (BLR-Base Lending Rate) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR-Base Financing Rate).

Ahli perbankan peribadi RHB, Zarina Yusoff memberitahu Bernama kenaikan itu secara tidak langsung menyebabkan jumlah bayaran bulanan serta tempoh bayaran balik pinjaman meningkat.

“Contohnya, mereka yang mempunyai pinjaman sedia ada seperti perumahan, kenderaan, peribadi dan sewa beli barangan keperluan perumahan dijangka berdepan dengan kadar pinjaman lebih tinggi akibat kenaikan itu.

“Mereka yang mengambil pakej pinjaman yang terikat dengan BLR dan BFR tidak mempunyai pilihan selain melihat kenaikan bayaran bulanan pinjaman mereka”, katanya.

Menurut Zarina, bagi yang tidak mampu menanggung kenaikan itu, mereka mungkin terpaksa menunggu kadar OPR diturunkan atau menanti apa-apa pakej baharu pinjaman yang lebih murah.

Beliau memberitahu Bernama, syarat pinjaman perumahan pada masa kini adalah ketat dan bergantung kepada kelayakan seseorang.

Ia bagi mengelakkan berlakunya masalah kelewatan pembayaran atau penipuan.

Zarina menasihati bakal pembeli supaya mengenal pasti dahulu kemampuan dari segi bayaran balik pinjaman, pendapatan bulanan serta komitmen yang perlu dilunaskan berdasarkan harga rumah yang ingin dibeli.

“Setiap bank mengenakan prosedur, pakej dan kadar faedah yang berbeza. Semakin tinggi harga rumah yang dibeli, semakin murah kadar faedah yang ditawarkan.

“Pembeli mempunyai pilihan iaitu Pinjaman Islamik dan Konvensional. Setiap pakej mempunyai kelebihan dan kekurangan. Pembeli harus bijak memilih setelah mengambil kira pelbagai faktor”, tambahnya.

PELABURAN TERMAHAL

Bagi yang merancang hendak membeli rumah, mereka juga perlu faham selok-belok pembelian rumah termasuk hak sebagai pembeli memandangkan ia ‘pelaburan termahal’ dalam kehidupan seseorang.

Peguam, Khairul Anuar Shaharudin yang berkecimpung selama 15 tahun dalam bidang hartanah memberitahu Bernama, gagal berbuat demikian mungkin mengakibatkan pembeli menanggung kerugian teruk.

Implikasi yang ditanggung mungkin terlalu besar sehingga mengganggu kesihatan, diisytihar muflis dan bergaduh suami isteri yang boleh membawa kepada perceraian.

“Ramai pembeli fikir akan dapat terus kunci rumah selepas menandatangani Perjanjian Jual Beli.

“Ini biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang membeli rumah atas orang ‘subsale’ yang mana pinjaman pemilik sebelum ini belum dilangsaikan sepenuhnya”, kata Khairul Anuar.

Beliau turut mengingatkan bakal pembeli rumah supaya mengambil tahu kos yang perlu dibayar dalam berurusan dengan peguam supaya tidak timbul rungutan “peguam menipu atau peguam cekik darah”.

Jelasnya, kos bayaran guaman untuk sebarang transaksi hartanah ditentukan Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan perlu dipatuhi oleh semua peguam yang terlibat dalam proses itu.

Bayaran bermula satu peratus untuk RM150,000 terawal dan menurun kepada 0.7 peratus dan seterusnya sehingga 0.4 peratus untuk rumah berharga RM7.5 juta.

MESTI RAJIN BERTANYA

Bakal pembeli rumah juga mesti bersikap agresif dengan bertanya pelbagai soalan kepada peguam daripada hanya menurunkan tandatangan sahaja.

“Jangan segan atau teragak-agak untuk bertanya. Tidak kisahlah saman ada ia berkaitan atau tidak. Contoh, apa itu pegangan pajak (leasehold) dan pegangan kekal (freehold). Sekiranya pegangan pajak, apa akan berlaku kepada rumah itu selepas 99 tahun.

“Rumah yang hendak dibeli itu harta terbesar anda terutama jika anda akan hidup di situ”, kata Khairul Anuar yang juga penulis buku “40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia”.

Antara maklumat yang perlu diketahui bakal pembeli termasuk apa yang boleh dituntut sekiranya pemaju gagal menyiapkan rumah seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Jual Beli dan kualiti rumah yang boleh dipertikaikan.

Jelasnya, tempoh masa untuk bangunan atas tanah disiapkan ditetapkan iaitu dua tahun sementara bangunan strata atau bertingkat pula, tiga tahun.

“Mengenai soal kualiti, seseorang itu mempunyai masa selama 24 bulan daripada tahap milikan kosong untuk mencari dan membuat aduan terhadap sebarang kecacatan yang dijumpai”, katanya.


Sunday, 19 October 2014

Subjek Yang Diajar #DAP Kepada Dyana Sofea @dyanasmd @zairilkj @sepuraothman


Rupa-rupanya DAP ini berjaya jugalah mentarbiah seorang Melayu Islam menjadi somebody. Subjek yang diajar bukan sahaja subjek menjatuhkan bangsa Melayunya sendiri, akan tetapi DAP juga mengajar orang Melayu kita akan budaya kucupan dan budaya seks. 

Hari ini laman sosial meletup dengan gambar-gambar panas oleh MP Melayu celup di Pulau Pinang iaitu Zairil Khir Johari bersama srikandi Melayu DAP iaitu Dyana Sofea. Kalau nak ada gambar mesra tu tak apa sebab itu memang budaya mereka. Yang kurang syoknya sebab Zairil ni dah pun kahwin dan beranak pinak, manakala Dyana ialah seorang Melayu Islam yang belum kahwin lagi!


Sekarang ternyatalah Palatan Rakyat ni dianggotai oleh mereka yang tidak bermoral. Video seks dengan chinadoll, dengan perempuan simpanan dan terkini skandal dengan laki orang semua ada di kalangan mereka. Bukan sahaja itu, kaki mabuk minum todi pun mereka juga! Apalah nak jadi kat Malaysia jika mereka yang pegang!