Thursday, 27 November 2014

Rakyat Malaysia Kutuk Kerajaan Zalim & Menindas Tapi Paling Gemuk Di ASEAN @NajibRazak @KKMPutrajaya @DrSubra_News



Hari ini Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramaniam telah mengumumkan kegusaran beliau apabila negara kita dinobatkan sebagai negara yang paling gemuk di Asia Tenggara dan indeks tersebut dijangka akan meningkat saban tahun!Beliau menggelarkan masalah ini sebagai satu epidemik kerana dianggarkan 45% kaum lelaki dan hampir separuh dari kaum wanita di negara ini diklasifikasikan sebagai mempunyai berat badan berlebihan ataupun obes.Ini sangat berbeza dengan kadar obes global iaitu dalam lingkungan 30%.


Bukan itu sahaja, ramai kanak-kanak di negara kita sudah bergelar obes apabila kajian mendapati peningkatan dari 10% sedekad lalu kepada 14% pada 2008, yang meninggikan lagi risiko diabetes, darah tinggi dan banyak lagi penyakit yang berpunca dari obesiti.

Ok kita lupakan sekejap berita yang kurang enak tersebut dan fikir apakah punca yang menjadikan rakyat kita gemuk dan obes?Mungkin ada yang menjawab ini berpunca dari diri sendiri tapi sedarkah kita bahawa ekonomi Malaysia yang mantap dan sentiasa membangun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan/kelaparan di kalangan rakyat sehingga timbullah masalah lain kegemukan terlampau? 


Rakyat negara ini tidak boleh jadi in-denial atau tidak mahu mengaku bahawasanya berbanding berdekad lalu, kehidupan dan pendapatan rakyat Malaysia semakin meningkat sehingga mengunjungi pusat beli belah dan menjamu makanan di restoran menjadi gaya hidup yang wajib saban hari.Kalau tidak percaya, anda boleh kunjungi pusat beli belah dan restoran sekitar KL (itupun jika anda berjaya dapat park kereta di tempat letak kereta yang sentiasa full) dan lihat sendiri peningkatan gaya hidup rakyat Malaysia sehingga ada segelintir yang tidak bijak mengawal makanan dan menjadi gemuk.

Jadi bagaimanakah kita mahu menghentikan masalah kegemukan rakyat Malaysia sebelum menular menjadi lebih serius? Menteri Kesihatan melalui kementerian beliau sudahpun melancarkan macam-macam program kesedaran dan rakyat seharusnya menggunakan inisiatif sendiri untuk menjalani kehidupan yang sihat. Janganlah sebab rawatan kos di hospital kerajaan yang sangat murah (sekitar RM1 sahaja) kita anggap masalah kegemukan ini bukan suatu yang berbahaya!


Wednesday, 26 November 2014

#PAU2014 PENDAFTARAN KEAHLIAN UMNO SECARA ONLINE @NajibRazak @KhairyKJ @mymassa



Presiden UMNO pada hari ini telah melakukan satu lagi transformasi besar terhadap parti dengan memperkenalkan pendaftaran keahlian secara online. Ini adalah satu indikator yang mampu menjenamakan kembali UMNO sebagai parti yang mesra dengan golongan muda.

Ketua Pemuda UMNO pula, Khairy Jamaluddin memberikan sokongan padu terhadap cadangan ini dan berpendapat bahawa tindakan ini dapat menjawab segala persepsi yang menyatakan bahawa parti yang berusia 68 tahun ini tidak mampu untuk berubah.

Perubahan ini akan manpu mengurangkan masa pemprosesan dan memendekkan tempoh birokrasi di dalam parti. Isu seperti kehilangan borang, salah isi borang dan lain-lain dapat diselesaikan dengan pengenalan kepada sistem online.

Kita juga melihat bahawa satu pendekatan yang mesra golongan muda sedang dilakukan di semua peringkat, bukan sahaja tertakhluk kepada keahlian tetapi juga kepada kepimpinan.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO pula, Jamawi Jaafar apabila ditemui selepas taklimat tertutup tersebut turut menyatakan bahawa cadangan pendaftaran online ini pernah dibangkitkan kira-kira tiga tahun yang lepas, namun terdapat tentangan daripada ketua bahagian yang dikatakan sebagai “old-school”.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula berkata bahawa presiden parti telahpun mencipta peluang untuk Puteri dan juga Pemuda untuk rekrut keahlian baharu di dalam parti. Peluang ini akan digunakan sepenuhnya malahan strategi untuk menggalakkan pendaftaran secara online perlu difikirkan dengan segera.

Reaksi daripada orang ramai yang kami peroleh dari Facebook dan juga Twitter, rata-rata bersetuju dengan pendekatan pendaftaran yang baharu ini. Ramai yang ingin menjadi ahli UMNO tetapi kadangkala tidak tahu cara untuk mendaftar dan ada juga keahliannya tidak dipersetujui oleh sesetengah ketua bahagian. Ramai juga yang memberikan respon bahawa mereka tidak berminat untuk mendaftar sekiranya terpaksa ke pejabat UMNO.

Kaedah pendaftaran online ini dapat menyelesaikan banyak masalah dan mampu untuk menarik lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda untuk mendaftar menjadi ahli UMNO.

@cmlimguangeng "flip-flop" Dalam Kenaikan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai


1. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Kenaikan ini dikatakan akan memberi hasil tambahan sebanyak RM 40 juta kepada kedua-dua PBT. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, antaranya adalah kerana peningkatan kos mengurus sisa pepejal oleh kedua-dua PBT.

2. Ini bercanggahan dengan laporan Buletin Mutiara pada 9 Januari 2014, yang melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengabaikan syor kerajaan Pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran di Pulau Pinang dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat negeri ini.

3. Saya berpandangan kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan oleh kerajaan negeri semalam adalah kerana ketidakcekapan pengurusan sumber oleh kerajaan negeri. Kedua-dua PBT merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang besar. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MPSP dan MPPP bagi tahun 2013, jumlah tunggakan cukai pintu yang tidak dikutip oleh MPSP berjumlah RM 21.8 juta manakala bagi MPPP adalah sebanyak RM54.5 juta.
4. Langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkat kecekapan kedua-dua PBT yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM 76.3 juta. Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?

5. Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk lagi ekoran tidak ternampak sebarang usaha yang gigih untuk menangani punca masalah tunggakan iaitu ketidakcekapan kedua-dua PBT. Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?

6. Saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri lebih serius dalam menangani kewujudan ribuan kilang-kilang haram di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Kerajaan negeri perlu melaksanakan langkah-langkah pemutihan untuk melesenkan kilang-kilang tersebut bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada MPSP dan MPPP tanpa perlu membebankan rakyat dengan kenaikan cukai.

7. Kerajaan negeri melalui PBT juga telah menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus atas alasan tidak cukup kewangan untuk menyelenggara dan mengubahsuai premis -premis berkenaan. Pada masa yang sama kedua-dua PBT mengumpul jumlah wang yang besar melalui denda dan saman parkir.

Terima kasih.

Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
25 November 2014

#PAU2014 Ucapan TPM: #UMNO Mahukan Khidmat Golongan Muda @MuhyiddinYassin @mymassa


Admin rasa ramai yang terkesima dengan ucapan dari YAB TPM kita semalam yang sangat menusuk kalbu. Sebelum ini kita jarang melihat Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu lantang bersuara demi kelangsungan bangsa dan negara. Rasanya semalam bukan hanya delegasi UMNO sahaja yang terasa, malah pembangang yang menonton turut kena tempiasnya. Syukur apabila kita tahu UMNO kini mahu menyasarkan orang-orang muda yang dilihat kian hanyut dengan agenda pembangkang. Pembangkang menjanjikan bulan dan bintang namun sehingga kini masih tidak mampu merealisasikan janji-janji biarpun memegang tampuk pemerintahan di 2 negeri yang maju dan pesat membangun.

Di samping itu jika anda perasan, pemikiran dan mentaliti anak-anak muda kita juga semakin menyedihkan apabila mereka kurang berfikir dan menyalah guna kebebasan bersuara di sosial media untuk maki, kutuk dan troll sesama sendiri. Anasir yang dibawa pembangkang ini harus diubah kerana bayangkan nasib negara ini jika golongan yang suka mengutuk dan mencaci orang ini naik sebagai pemerintah? 

Admin minta sangat-sangat untuk UMNO yang ditransformasi ini untuk mengembleng tenaga orang muda ke jalan yang lebih afdhal kerana mereka ini hidup di zaman semuanya senang dan kehidupan yang dipenuhi kehendak. Mereka tidak nampak kezaliman penjajah dan kesusahan ketika negara berperang seperti nenek moyang kita dahulu. Andai mereka tahu akan keperitan hidup dan usaha UMNO dan parti komponen untuk memerdekakan negara, sudah tentu mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya meroyan pembangkang yang semua tidak betul.

Kepada grassroots UMNO pula, anda juga perlu berubah, UMNO tidak boleh manja atau tunggu untuk di-spoonfeed sahaja. Hati-hati ya..TPM kita sudah bagi amaran pada orang-orang UMNO: Do or be dead!! 

Di sini admin kumpulkan intipati ucapan beliau yang memang terbaik dari ladang:

Untuk menjadikan UMNO sebagai parti harapan orang muda, parti idaman, parti masa depan, TPM mencadangkan 7 langkah pembaharuan yang perlu kita laksanakan segera: 

1. UMNO perlu melahirkan pemimpin muda yang berwibawa dan menjadi peneraju pemikiran (opinion leader)di dalam masyarakat. Garap idealisme orang muda. Galakkan budaya berfikir dan bersuara dalam UMNO. Pemimpin muda yang ada idealisme, ada wibawa dan berani bersuara perlu diketengahkan untuk menjuarai isu-isu rakyat, menjadi jurucakap parti, bukan diketepikan oleh parti;

2. UMNO perlu melakukan pencarian bakat. Kita perlu menyediakan platform untuk orang muda daripada golongan profesional, intelektual, agamawan, aktivis sosial dan lain-lain yang diterima oleh masyarakat untuk bergerak aktif dalam UMNO. Paltform ini perlu diwujudkan di peringkat pusat, negeri dan bahagian.Contohnya, mereka yang berbakat boleh dilantik ke unit-unit tertentu di dalam parti dan diberi peranan untuk menyumbang kepada parti. Kita juga perlu ketengahkan mereka yang berbakat dan berkaliber untuk menjadi calon dalam pilihanraya. Mereka ini tidak semestinya berjawatan tinggi dalam parti. Pengalaman kita dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor dan Kuala Besut menunjukkan calon yang tidak berjawatan tinggi di peringkat bahagian boleh menang kerana mereka diterima oleh rakyat;

3. wujudkan modul pengkaderan dan pentarbiyahan yang tersusun untuk melahirkan lebih ramai pemimpin muda UMNO yang bijak, petah dan tangkas berhujjah serta teguh daya rohaninya. Kita perlu membentuk UMNO dengan kalangan ahlinya yang punya kekentalan semangat serta menghayati prinsipdan matlamat perjuangan parti yang sebenar. Beri mereka kekuatan untuk mengolah perjuangan UMNO yang lebih segar dalam konteks cabaran semasa. Jadikan mereka kumpulan pemikir muda di dalam UMNO.

4. semarakkan semangat kesukarelawanan melalui program-program bersama rakyat. Pecahkan tembok pemisah antara parti dan rakyat menerusi kerja-kerja sukarela. Dekati rakyat, dengar rintihan mereka, fahami masalah mereka. Tanya diri kita, berapa ramai daripada kita yang sentiasa mendekati rakyat dan disayangi oleh rakyat. Manfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat, khususnya media sosial, untuk sentiasa mendekati dan memenangi hati golongan muda; 

5. wujudkan institusi naziran di dalam UMNO untuk memantau setiap Bahagian dan Cawangan. Satu Jabatan Naziran perlu diwujudkan di dalam UMNO untuk pastikan semua pemimpin di peringkat Majlis Tertinggi, sayap, negeri, bahagian dan akar umbi buat kerja. Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan Majlis Tertinggi mengenai keberkesanan program-program yang dilaksanakan oleh parti; 

6. gerakkan revolusi mental yang baharu dalam UMNO dan bangsa Melayu seperti yang pernah digarap oleh Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman. Mungkin kita boleh namakan Revolusi Mental 2.0. Cerna idea, pemikiran dan kaedah baharu untuk menangani cabaran perubahan zaman dalam bidang ekonomi, politik, agama, hubungan kaum, teknologi dan lain-lain. Sepertimana yang diungkapkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dalam pendahuluan buku Revolusi Mental, antara sebab kemunduran bangsa Melayu ialah pemikiran yang terkebelakang yang disebabkan oleh kekurangan ilmu dan cara hidup yang lama. Justeru, UMNO perlu berani menerajui perubahan pemikiran, budaya dan sikap bangsa Melayu untuk menempa kemajuan. Pada masa yang sama, hadapi dengan bijaksana kemunculan pelbagai tantangan yang cuba menggoyahkan prinsip perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu sebagai bangsa teras di Malaysia. Yang penting, jadikan prinsip perjuangan UMNO relevan sepanjang masa;

7. Bangkitkan gerakan kesedaran nilai undi dalam kalangan masyarakat Melayu. Gerakan pendaftaran pengundi baharu mesti dibuat dengan lebih bersungguh-sungguh. Jangan buat sambil lewa. Jangan buat sekadar melepas batuk di tangga kata orang. Jangan sampai kegagalan kita menambah bilangan pengundi Melayu menyebabkan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti menjadi golongan minoriti dalam pilihanraya. Sasaran gerakan ini wajib dimulai dengan memastikan semua ahli UMNO yang layak mengundi didaftarkan sebagai pengundi.


Tuesday, 25 November 2014

#PAU2014 #KekalAktaHasutan KEKALKAN AKTA HASUTAN LAH! @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TSMusaHassan


Jika ada pilihan saya ingin sahaja menyatakan pendirian saya untuk meminta Perdana Menteri menimbangkan semula hasrat bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, walaupun dikhabarkan akan digantikan dengan akta yang lain.

Ketika dilaporkan bahawa Wanita UMNO akan menyerahkan memorandum dan mengutip sejuta tandatangan bagi memastikan akta ini dikekalkan demi keselamatan dan mengelakkan ketegangan antara kaum, maka saya kira ini adalah sumbangan bermakna sayap wanita dalam UMNO.

Sesiapa sahaja yang pernah meneliti kandungan Akta Hasutan dan mencintai keamanan, akan merasakan akta ini telah digubal dengan asas untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. 

Siapa sahaja akan menghargai kebebasan bercakap, namun keterbatasan terhadap aspek-aspek yang menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan bangsa haruslah dielakkan. 

Akta Hasutan 1948 mungkin boleh dipinda bagi memperkasakan akta ini. Misalnya elemen mengkiritik tindakan kerajaan mungkin tidak boleh ditafsir sebagai hasutan. Malah usaha untuk mengeluarkan Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian Malaysia boleh diungkapkan sebagai menghasut. Namun apa yang lebih penting, Akta Hasutan 1948 harus terus dikekalkan.

Dengan perkembangan internet dan media sosial serta globalisasi, sesuatu perundangan haruslah wujud supaya perkara-perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti boleh dipertanggungjawabkan.

Empat elemen penting di dalam perlembagaan seperti hak keistimewaan orang Melayu, bahasa kebangsaan, aspek kewarganegaraan dan kedudukan raja-raja Melayu tidak mungkin dapat dipertahankan jika Akta Hasutan 1948 dimansuhkan. 

Walaupun akan terdapat hujah oleh para peguam yang mahukan akta ini digantikan dengan akta lain yang lebih progresif, dapatkah dijamin bahawa empat elemen penting dalam perlembagaan akan dipertahankan.

Sesiapa sahaja yang berhasrat untuk akta ini dihapuskan haruslah mengambiltahu latar belakang akta ini diwujudkan. Sama ada kita suka atau tidak, akta ini adalah warisan daripada British yang pernah menjajah negara kita, namun yang lebih penting adalah akta ini diwujudkan oleh mereka yang memahami mengenai demokrasi dan kelemahannya.

Dengan mengambilkira latar belakang masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu, British telah ‘custom made’ untuk disesuaikan dengan struktur masyarakat, sosio-budaya, dan politik serta sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Tanah Melayu ketika itu.

Secara tidak sedar Akta Hasutan 1948 adalah langkah-langkah pencegahan yang diwujudkan British untuk menjamin kesinambungan keamanan di Tanah Melayu kerana mereka percaya sebuah negara berbilang bangsa dan agama tidak dapat mempertahankan sebuah kemerdekaan jika tiada sebuah akta yang boleh menjamin keharmonian semua penduduknya.

Saranan menghapuskan Akta Hasutan 1948 dilontarkan oleh Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada transformasi politik selepas Akta ISA berjaya digantikan dengan SOSMA yang kehilangan taring. 

Jika British sungguhpun telah lama terdedah dengan amalan demokrasi mempunyai visi yang jelas mengenai perjalanan politik di Tanah Melayu ketika itu, mereka masih merasakan memerlukan sebuah bentuk perundangan yang boleh menjamin keselamatan negara. 

Janganlah kita dalam keghairahan transformasi politik sehingga menimbulkan implikasi kepada generasi akan datang!

#PAU2014 #KekalAktaHasutan Undang-Undang Cegah Hasutan Perlu Dikekalkan @MuhyiddinYassin @TSMusaHassan



Undang-undang bagi mencegah perbuatan menghasut seperti Akta Hasutan 1948 penting untuk dikekalkan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang membuat kenyataan sehingga mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sekiranya akta itu perlu dipinda, pindaan yang dibuat mesti memperkukuhkan lagi peranan akta itu dalam melindungi perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan dan membendung perbuatan menghasut daripada berleluasa.

"Saya menyambut baik pandangan banyak pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad yang mahukan akta ini diperkemaskan lagi dengan memasukkan peruntukan mengenai agama Islam di dalamnya supaya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak mudah dipersoalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Ke-15 bertemakan Wasatiyyah Asas Perpaduan Ummah di sini, Isnin malam.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan Presiden DMDI Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Muhyiddin berkata akta itu juga perlu melindungi agama-agama lain daripada dihina atau dicemuh oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata pengalaman kerajaan mengurus hubungan kaum di Malaysia selama ini menunjukkan kewujudan peruntukan undang-undang komprehensif dalam membendung perbuatan menghasut adalah penting untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan masyarakat negara ini.

"Undang-undang seperti ini adalah satu bentuk mekanisme kawalan yang digunakan sebagai pilihan terakhir apabila terdapat pihak yang membelakangi semangat kompromi dan toleransi antara kaum, yang merupakan asas persefahaman dan perpaduan di negara kita," katanya.

Malah, katanya negara majmuk lain seperti Singapura turut mempunyai undang-undang yang sama dan mereka tidak bercadang memansuhkannya.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri berkata pandangan sesetengah pihak bahawa kewujudan undang-undang itu akan menghakis hak kebebasan bersuara, adalah tidak tepat.

"Kita seharusnya bijak dalam meletakkan garis perbezaan antara kebebasan bersuara dan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai menghasut.

"Kebebasan bersuara dalam sebuah masyarakat bertamadun seharusnya digunakan untuk mengajak rakyat supaya terus bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmonis, bukan mengeluarkan kenyataan mengguris perasaan masyarakat pelbagai kaum sehingga menyebabkan perbalahan dan perpecahan," katanya.

Muhyiddin berkata prinsip wasatiyyah yang mementingkan keadilan dan keseimbangan dalam hubungan sesama manusia merupakan formula terbaik untuk mengekalkan keharmonian dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Menurutnya penerimaan terhadap kepelbagaian hanya dapat direalisasikan sekiranya masyarakat dapat menghindari sikap yang melampau sama ada dalam amalan agama atau sentimen kaum.

"Malaysia telah mengamalkan prinsip wasatiyyah dalam mengekalkan keharmonian negara sejak sekian lama dengan kesediaan masyarakat untuk bertoleransi dan berkompromi dalam perkara-perkara yang menyentuh tentang kepentingan kaum dan agama.

"Namun, beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku di negara kita khususnya yang berkait dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama, memerlukan masyarakat di negara kita kembali menghargai dan menghayati semangat toleransi yang wujud sejak sekian lama," kata beliau.

#KekalAktaHasutan:Rata-rata Rakyat Sokong Tindakan Di Bawah Akta Hasutan @TSMusaHassan @NajibRazak @mymassa


Disebalik kritikan terhadap penahanan dan tindakan ke atas mereka yang menyebarkan kebencian, pembohongan dan fitnah di bawah Akta Hasutan 1948, rata-rata rakyat Malaysia menyokong tindakan itu.

Ini kerana rakyat sedar tentang bahaya yang dibawa oleh golongan ini. Kerajaan bukan samseng. Kami tidak sewenang-wenangnya menahan sesiapa tanpa bukti kukuh,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Itu jawapan beliau mengulas pebagai krtikan dan kecaman terhadap kerajaan kononnya akta itu digunakan terhadap pembangkang sebagai cara untuk mengekalkan pemerintahan.

Berucap di Forum Antarabangsa UMNO  bertemakan Kesalinghubungan dan Media Sosial : Memperkasakan Rakyat Untuk Membina atau Memecahbelahkan Negara, di sini hari ini Ahmad Zahid berkata Malaysia sedang diancam oleh mereka yang menggunakan internet untuk menyebarkan pembohongan, fitnah dan kebencian.
Beliau berkata, tidak seperti negara lain, Malaysia bukannya negara berasaskan satu kaum tetapi berbilang bangsa dan agama, ia memerlukan kerajaan untuk memantau aktiviti di alam internet dan perbuatan yang tidak menyenangkan.

Naib Presiden UMNO itu berkata, kerajaan perlu tegas dalam membanteras sebarang unsur yang sememangnya berbahaya kepada pembinaan negara.

Beliau berkata, setiap rakyat Malaysia perlu mematuhi undang-undang, peraturan yang mengikat mereka daripada melakukan sebarang kenyataan perkauman dan provokasi kerana kesannya tidak sanggup diterima oleh setiap orang.

“Kami telah belajar daripada rusuhan kaum 1969, dan kami juga belajar daripada beberapa insiden melibatkan golongan ekstremis agama dan masyarakat. Kesemua ini membuatkan kami mengenakan undang-undang yang ketat untuk mengelakkan rumah daripada roboh,” katanya.

Beliau berkata dalam menguatkuasakan undang-undang, kerajaan tidak dan tidak akan bersikap berat sebelah dan dalam bahasa mudah kerajaan tidak berkompromi apabila menyentuh keselamatan dan kestabilan negara.
Ahmad Zahid menegaskan, walaupun kerajaan bersetuju memansuhkan Akta Hasutan dan memperkenalkan satu akta baharu, beberapa peruntukan dalam akta itu perlu dikekalkan bagi menjadikan ia lebih tegas untuk menegah mereka yang cuba melanggarnya.

“Dalam melakukannya, kerajaan akan mengambil kira maklum balas dan cadangan daripada semua pihak dalam masyarakat, termasuk pembangkang,” katanya.

Forum itu yang dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin

Persidangan selama dua hari itu disertai kira-kira 127 perwakilan asing daripada 34 parti mewakili 22 negara dan kor diplomat dari hampir 70 negara.

#KekalAktaHasutan Tun Abdul Hamid Jadi ‘Pemanas’ Isu Melayu, Akta Hasutan di #PAU2014 @NajibRazak @mymassa @TSMusaHassan @MuhyiddinYassin


Belumpun Perhimpunan Agung UMNO 2014 bermula, isu orang Melayu dan akta hasutan sudah menjadi hangat di luar perhimpunan, apabila mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, menyifatkan penduduk asal negara ini akan menjadi seperti ‘Red Indian’ jika UMNO dan PAS tidak dapat bekerjasama.

Tun Abdul Hamid, memberi amaran jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, kedudukan orang Melayu sudah tidak mempunyai kuasa lagi sebaliknya DAP dan PKR, akan mendominasi pemerintahan Malaysia.

Walaupun PAS dan PKR juga mempunyai wakil Melayu tetapi mereka dilihat tidak akan berjaya untuk mengawal DAP daripada berkuasa, sebagai UMNO mengawal cita-cita MCA dan Gerakan dalam Barisan Nasional (BN).

“Percayalah orang Melayu akan menjadi Red Indian ditanah air sendiri dan daripada kaca mata saya, sekarang ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum di Malaysia.

“Sekarang kita sedang berpecah dan digunakan. PAS dan UMNO mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR,” kata Tun Abdul Hamid pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur Isnin. Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Tun Abdul Hamid, juga bersetuju supaya Akta Hasutan 1948 dikekalkan, tetapi pindaan perlu dibuat supaya kerajaan tidak dilindungi akta zaman penjajah itu.

Katanya, klausa dalam Akta Hasutan yang menjadikan satu kesalahan sekiranya rakyat Malaysia “mencetuskan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan ketidakpuashatian” terhadap kerajaan tidak demokratik.

“Kalau kerajaan hendak membuat pindaan yang mungkin boleh mendapat sokongan, ia perlu mempertimbangkan kesalahan menghasut terhadap kerajaan itu. Buat masa ini, melakukan hasutan terhadap kerajaan pun salah. Tetapi, ini tidak selaras dengan demokrasi,” katanya

Klausa itu akan membuatkan berkempen semasa pilihan raya pun boleh menjadi satu kesalahan, sambil menambah, sebab itulah hingga kini tiada siapa yang didakwa mengikut akta itu bagi perbuatan tersebut.

“Kenapa kita perlu kekalkannya? Ia membuatkan kerajaan kelihatan bersikap autokratik. Kita tak menggunakannya pun, lebih baiklah buang saja. Malah, (dengan membuang klausa itu) ia akan memberi imej yang baik kepada kerajaan,” kata Tun Abdul Hamid.

Tetapi beliau memberi amaran terhadap cubaan memansuhkan keseluruhan akta itu, kerana katanya ia akan membuka jalan kepada rakyat Malaysia menghina dan mempertikai kedudukan orang Melayu, Raja-raja Melayu, Islam dan bahasa Melayu.

Tun Abdul Hamid mencadangkan akta itu dipinda bagi melindungi Orang Asli, Islam sebagai agama persekutuan dan tanah rizab Melayu. Beliau mencadangkan kerajaan melihat kepada negara jiran Singapura bagi mendapatkan inspirasi, di tengah-tengah kritikan dunia terhadap akta zaman lapuk itu.

“Singapura masih ada akta hasutannya sendiri. Singapura tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melakukan hasutan, tetapi tiada siapa mengkritik mereka,” katanya.

Sebelum ini banyak NGO Melayu dan Islam menggesa kerajaan supaya mengekalkan akta hasutan bagi memastiksn keharmonian kaum terus berkembang dalam negara.

Pertubuhan seperti Perkasa, Isma, Muafakat dan banyak lagi akan tetap bersama kerajaan dalam isu orang Melayu, agama Islam, raja-raja Melayu dan akta hasutan, kerana ia selaras dengan kehendak Perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa mencapai kemerdekaan.

NGO berkenaan bertegas supaya kerajaan tidak tunduk terhadap desakan sesetengah pihak yang mahukan akta berkenaan dihapuskan, kerana mereka (pihak berkenaan) mempunyai agenda politik tertentu untuk menguasai pemerintahan negara ini.

Isma, dalam kenyataan sebelum ini menyebut bahawa golongan yang tidak sukakan kepada akta hasutan hanya segelintir, tetapi mereka berjaya mengawal media sosial seolah-olah majority rakyat mahukan perubahan berkenaan.


Isma juga berkata, kesilapan kerajaan menghapuskan ISA, ternyata membawa banyak masalah terutama kepada ‘gengster politik’ yang mengambil kesempatan dengan membuat kekecuhan walaupun menyedari ia bertentangan undang-undang.

Tuesday, 18 November 2014

AHLI PARLIMEN PONDAN @rafiziramli PENGECUT GAGAL FACE TO FACE AHMAD MASLAN SEMALAM DI #PARLIMEN @GelagatParlimen


Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli lantang bersuara di Dewan Rakyat dalam membongkar isu 1MDB sehingga sanggup bertemu dan bertentang mata terhadap Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Ahmad Maslan.

Malah, beliau berjanji akan memberikan dokumen yang didakwanya sebagai bukti terhadap penyalahgunaan wang 1MDB seperti mana yang didakwanya kepada Speaker Dewan Rakyat.

Itu apa yang berlaku minggu lepas di Dewan Rakyat, tetapi tidak pada hari semalam yang mana ramai ahli BNBBC dan Datuk Ahmad Maslan menunggu kehadiran Rafizi Ramli bersama bukti dokumen yang diuar-uarkan minggu lepas.

Sehari suntuk pemimpin BNBBC menunggu kelibat Rafizi Ramli di Dewan Rakyat, tetapi batang hidung Naib Presiden PKR itu tetap juga tidak kelihatan seolah-olah takut.

Akibatnya Ahmad Maslan terpaksa buat sidang media sendirian bagi menerangkan situasi sebenar berhubung 1MDB bagi merungkai dakwaan Rafizi Ramli sebagai palsu dan bohong.

Ketidakhadiran Rafizi Ramli ke Dewan Rakyat juga mengundang rasa kecewa dan marah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mana ketika itu beliau ingin membuat ruling usul Rafizi yang mahukan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

“Saya difahamkan Ahli Parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis lepas masih belum sampai kepada saya. Dokumen dari Kementerian Kewangan saya sudah terima,” katanya seperti yang dilapor BNBBC.

Minggu lalu, Pandikar Amin berkata, beliau berjanji akan membuat keputusan atau ruling terhadap usul Rafizi terhadap Ahmad Maslan yang didakwa mengelirukan Dewan apabila memberi jawapan berhubung isu 1MDB di Parlimen.

Sebelum ini beliau juga meminta Rafizi dan Ahmad Maslan untuk mengemukakan dokumen masing-masing untuk dijadikan rujukan sebelum membenarkan usul berkenaan dibahaskan.

Sementara itu Ahmad Maslan memberitahu pihaknya telah menyediakan dokumen serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan bagi berdepan usul itu jika diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat.

Dengan situasi terbaru ini jelas menunjukkan gaya yang ditunjukkan Rafizi Ramli itu sama seperti yang digunapakai Anwar Ibrahim dalam beberapa kesnya sebelum ini. 

Modus operandinya yang menyalahkan kerajaan dan bukti terbaik ialah bagaimana pembohongan Anwar Ibrahim yang mengatakan ada Ahli Parlimen BN akan melompat parti sekaligus membolehkannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.


#Justice4Saiful : Anwar Cari #Islam Bila Tersepit @tunfaisal @papagomo


Dalam keadaan tersepit kerana berhadapan dengan kemungkinan dipenjara sekali lagi atas jenayah liwat, Anwar Ibrahim menggunakan tokoh-tokoh Islam antarabangsa untuk menyelamatkannya.

Baru-baru ini beliau mengajak setiausaha agung Persatuan Ulama Se Dunia, Dr Mahyudin Ali Al Qaradaghi untuk berkunjung ke kediamannya di Bukit Segambut serta bertemu dengan pemimpin-pemimpin PKR.

Tindakan Anwar untuk rapat dengan pra ulama dalam dan luar negara hanya berlaku jika beliau menghadapi keadaan hidup mati samada dari segi politik mahupun peribadi.

Dalam kes liwat II ia adalah kedua-duanya sekali kerana jika dipenjara selama lima tahun sebagaimana hukum yang telah dijatuhkan oleh mahkamah maka berakhirlah kehidupan politik beliau termasuk kebebasan peribadi.

Pada peringkat awal perbicaraan kes liwat tersebut Anwar mengheret presiden persatuan itu, Dr Yusuf Qardhawi untuk mengeluarkan kenyataan yang menyokong teori karut bahawa kes tersebut adalah fitnah dan konspirasi pihak kerajaan.

Agama akan menjadi senjata sulit Anwar apabila usaha lain seperti menarik sokongan kuasa asing dan badan-badan bukan kerajaan luar negara seperti Human Rights Watch dan sebagainya sudah habis dieksploitasi.

Pada beliau agaa merupakan senjata paling ampuh untuk mempengaruhi pemikiran penyokongnya dan juga masyarakat Islam antarabangsa.

Namun usaha menunggang Islam juga nampaknya kurang berhasil bagi Anwar sebab rata-rata umat Islam di negara ini dan juga luar negara sudah masak dengan taktik dan strategi beliau.

Ketika tokoh seperti Dr Yusuf Qardhawi tidak diperlukan untuk menyelamatkan tengkoknya, Anwar lebih suka 'cium mulut' dengan pemuka-pemuka Islam liberalis yang mendokong malah menyokong kebebasan dan agenda LBGT, pluralisme dan isme-isme lain yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Umpamanya jika ke Indonesia beliau lebih suka menghabiskan masa bersekongkol dengan tokoh-tokoh liberalis daripada mengunjungi pemimpian organisasi seperti Muhammadiyah dan sebagainya.

Inilah sikap hipokrit Anwar yang sepatutnya disedari oleh umat Islam di negara ini yng bertopengkan Islam tetapi mempunyai agenda terselindung menentang agama.

Mungkin ramai masih ingat kenyataan beliau kepada sebuah akhbar di London yang menyokong kewujudan dan keselamatan Israel sebagai sebuah negara.

Bagaimanapun ketika Gaza diserang teruk oleh tentera Zionis tidak kedengaran pula suara lantang Anwar mengutuk dan mengecam tindakan tersebut.

Umat Islam harus berhati-hati dengan permainan Amwar mengguna agama untuk tujuan peribadinya apatah lagi jika di belakang beliau adalah kuasa seperti gerakan LBGT, Zionisme, tokoh Yahudi antarabangsa dan sebagainya.

Anwar sebenarnya adalah perkakas badan-badan antarabangsa yang dibiayai oleh Zionis.

Keterikatan beliau pada masa dahulu dan kini dengan badan antarabangsa yang jelas didokong oleh pelobi-pelobi Zionis Yahudi adalah bukti Anwar sememangnya agen mereka.

Kini dalam usaha untuk menyelamatkan diri daripada dipenjara Anwar sekali lagi memainkan kad agama.

Malangnya hanya Dr Yusuf Qardhawi dan persatuannya yang diterajuinya sahaja nampaknya memberi sokongan ' gila babi' kepada beliau selain puak-puak liberalis di Indonesia.

Selain itu tidak ada pertubuhan atau badan Islam antarabangsa yang bersuara atau mengeluarkan kenyataan untuk menyokongnya.

Keadaan ini menunjukkan bahawa strategi beliau untuk kononnya menggembeling gelombang Islam berdiri teguh di belakangnya tidak mendatangkan kejayaan.

Akhirnya Anwar akan mendapati dirinya terkonteng-konteng keseorangan berjuang untuk dirinya kerana semua pihak yang dahulu menyokongnya sudah tahu tembelang beliau selama ini.

Selepas PPS Diharamkan, Muncul Pula PPPM Menyerupai @PDRMsia @KBAB51





Anggota MPV dari Balai Polis Damansara telah menahan sebuah kereta saloon putih pada jam 4:16 sehingga 4:23 petang tadi ketika sedang membuat rondaan di pekan Seksyen 17, di Jalan 17/44 Petaling Jaya. Kereta Wira Saloon berwarna putih itu menyerupai MPV polis. 

Anggota polis tersebut kemudiannya memeriksa dua orang lelaki Cina di dalam kereta 'peronda' tersebut. Semakan kad pengenalan dan kenderaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut dan kereta berkenaan bukanlah anggota serta kenderaan polis, sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPM Ibu Pejabat Damansara Utama.

Nampaknya selepas apa yang berlaku kepada PPS, 'sindiket' dan 'konco' telah mengubah sedikit modus operandi mereka tetapi masih mengekalkan kedegilan serta cubaan mereka untuk mengancam keselamatan negara dengan cara menyamar atau cuba menyerupai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Terdapat undang-undang yang tidak membenarkan penyerupaan pangkat atau seragam pasukan polis. Namun nampaknya, keinginan untuk mewujudkan negara 'Cina' mengatasi segala-galanya apabila golongan yang enggan sama sekali menyertai PDRM, mahu mewujudkan sebuah polis khas Cina yang mempunyai kuasa PDRM.






Menariknya, mereka kali ini bijak berselindung di sebalik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atas nama Pasukan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPM). Sedangkan matlamat mereka cukup mudah, sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng untuk melindungi kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Apa pula tindakan pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini?


Sumber

ADIK MB SELANGOR, AZWAN ALI DIKECAM KERANA BERHIJAB @azminali @AzwanNur



Pengguna laman sosial pada ketika ni gempar dengan pemakaian Azwan Ali yang memakai hijab seolah menyerupai fesyen artis tempatan terkenal iaitu Yuna.

Foto itu dipercayai dimuat naik menerusi Instagram rasmi Azwan Ali dan mendapat kencaman serta kritikan hebat oleh peminat.

Tinjaun mendapati, punca Azwan Ali berpakaian perempuan mungkin disebabkan keputusan Makhamah Rayuan yang membenarkan lelaki muslim berpakaian wanita dinegara ini.

Terdahulu, Makhamah Rayuan memutuskan bahawa lelaki transgender islam kini boleh berpakaian wanita atas dasar kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan.



Mahkamah Rayuan, dalam satu keputusan penting sebelum ini mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan kerana ia mendiskriminasi lelaki Islam yang menghidapi keadaan dikenali masalah identiti gender (GID) dari segi perubatan.

Beliau berkata keinginan untuk berpakaian seperti wanita dan diiktiraf sebagai seorang wanita dikenal pasti sebagai sebahagian masalah dari segi perubatan dan tiada rawatan farmakologi atau terapi psikologi yang telah dibuktikan secara saintifik bagi mengatasi masalah seperti itu.

Hakim Hishamudin berkata penghidap GID akan terus hidup dalam keadaan tidak pasti, sengsara dan rasa malu sekiranya Seksyen 66 masih dikuatkuasakan, dan menurutnya ketetapan itu telah mewujudkan keadaan tidak selamat dan terdedah kepada penghinaan dalam kehidupan lelaki Islam yang menghidap GID.

“Undang-undang sedia ada menghukum golongan transeksual yang mempamerkan gender mereka, mencemarkan maruah dan nilai individu yang menghidap GID dalam masyarakat kita. Seksyen 66 secara langusng menjejaskan hak mereka untuk hidup secara bermaruah seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sekiranya nilai mereka sebagai anggota masyarakat diketepikan,” katanya.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 Enakmen Negeri Sembilan, yang menghukum lelaki Islam berpakaian atau berkelakuan seperti wanita di tempat awam, tidak memberi pengecualian kepada penghidap GID tetapi meminggirkan mereka (penghidap GID) dan secara tidak adil membolehkan mereka diambil tindakan undang-undang.

Situasi adalah berbeza bagi lelaki Islam yang menghidap GID berbanding dengan lelaki Islam normal, katanya dan menurutnya berikutan perbezaan itu, mereka tidak wajar dilayani sama seperti lelaki Islam normal.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan, sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang tidak sah.

Mahkamah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman difailkan ketiga-tiga lelaki Islam itu bagi diisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan.

Mereka mendakwa Seksyen 66 tidak terpakai terhadap mereka yang merupakan penghidap GID dan mereka telah menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan mereka menghidap masalah itu iaitu mereka mempunyai kecenderungan untuk berpakaian seperti wanita kerana mereka berpendapat naluri dan identiti mereka sebenarnya adalah wanita.

Hakim Hishamudin berkata Seksyen 66 menafikan hak penghidap GID terhadap kebebasan bergerak kerana mereka tidak boleh keluar daripada rumah mereka dan bergerak bebas di Negeri Sembilan tanpa terdedah kepada risiko ditahan dan dihukum mengikut seksyen itu.

Beliau berkata seksyen itu juga menjejaskan hak penghidap GID terhadap kebebasan bersuara kerana mereka dilarang memakai pakaian dan jenis pakaian pilihan mereka.

Hakim Hishamudin berkata penghakiman Mahkamah Tinggi bahawa golongan transeksual yang memakai pakaian wanita terdorong untuk manjalin hubungan homoseksual, yang menjadi punca HIV, adalah tidak disokong dan dibuktikan dan hanya berdasarkan pandangan peribadi dan prejudis.

Beliau berkata alasan hakim Mahkamah Tinggi itu adalah amat tidak adil kepada perayu dan lelaki Islam lain yang menghidap GID, dan menurutnya kes itu tidak ada kaitan langsung dengan homoseksual dan kes itu semata-mata tentang lelaki Islam yang menghidap GID.

Katanya mahkamah juga tidak bersetuju dengan hujahan Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Iskandar Ali Dewa yang berkata ketiga-tiga perayu menghidap masalah mental.

“Ini tidak masuk akal dan satu penghinaan untuk mencadangkan bahawa perayu-perayu dan transgender yang lain adalah individu yang menghidap masalah mental,” katanya.

Hakim Hishamudin berkata hujahan Aston Paiva, peguam yang mewakili ketiga-tiga perayu adalah tepat apabila menyatakan kewujudan Perlembagaan Persekutuan membolehkan golongan minoriti mendapat pembelaan dan tidak menjadi mangsa diktator golongan majoriti.

Monday, 17 November 2014

#OnlyInPenang : Jagdeep Gagap Jawap Soal Rumah Rakyat Di #Penang @cmlimguaneng



Umum tahu DAP paling tidak suka sekali ada lah mengeluarkan wang dari tabung kerajaan negeri untuk perumahan.

Sebab utama ada lah jika wang dikeluarkan untuk perumahan, maka tentu sekali ia mesti utamakan perumahan mampu milik dan juga rumah kos rendah.

Siapa pula akan berkejar dan berlumba untuk mendapat kan rumah jenis ini?

Tentu sekali 2 jenis kaum, ia itu Melayu dan India.

Itu sebab DAP tidak menyukai projek ini. Lain lah jika ia membabitkan rumah Hih end dan juga rumah banglo. DAP tahu kaum yang menyokong DAP sahaja akan memiliki nya.

Dalam satu FB (seperti di bawah)


Jagdeep Singh di cuci dan di salai hidup hidup kerana tidak mampu menjawap persoalan perumahan rakyat.

Dalam FB milik Lim Sian See, Jagdeep diperbodohkan dan di jadikan bahan lawak sebaik sahaja menberi jawapan yang di kira “lame” dan mengelirukan setakat mahu menjawap tanpa ada kesungguhan memberitahu.


Ini mungkin kerana memang tidak boleh lindung lagi bangkai gajah ,milik DAP.

Dicabar untuk memberi bukti selama 6 tahun apa kerajaan DAP pujaan orang Melayu DAP , PKR, Syiah PASMA serta PAS sudah buat untuk perumahan kos mampu , namun hanya mampu jawap sedang “fine tune” dalam PDC.

Akibat jawapan itu Lim berseloroh , adakah jika KETUM fine tune punggung nya baru PDC mampu menyelaraskan pembangunan perumahan murah dengan kadar segera?

Ini kerana projek yang menelan belanja berbillion ri nggit untuk membina terowong yang entah siapa rakyat yang mahukan sudah pun habis di buat, malah wang konsultant sebanyak RM300 juta untuk feasibility study sudah pun habis di serah kan entah kepada siapa kata Lim.

Malah Lim mengejek Jagdeep dengan kenyataan tambahan bahawa sudah lah tidak mahu laksana kan projek rumah mampu milik, DAP juga turut menghalang dan mengnyahkan hasrat 1MDB serta PERDA untuk membangun kan rumah sedemikian untuk rakyat.

Kini bukan rahsia lagi , DAP memang tidak berminat untuk membuat apa sahaja jika penerima manafaat bukan dari kalangan mereka.

Pelik juga Jagdeep dan DAP ada lah raja kepada guaman dan maharaja saman menyaman menguna kan undang undang tidak saman Lim, mungkin agak nya khuatir terlondeh dan risau dari sedikit sahaja rakyat sedar kejijikan DAP, lalu menyeret Lim ke Mahkamah akan jadi pengetahuan Mega kepada rakyat yang jahil yang memuja DAP.

Untuk pengetahuan umum PAP Singapura ada lah idola DAP, dan meng”singapura”kan Penang ada lah hasrat DAP untuk sekian lama.



Friday, 14 November 2014

Hishammudin Rais Suruh Fahmi Berambus Dari Malaysia Jika Tak Suka! @fahmizainol_ @IshamRais @tunfaisal


Antara syaitan terbesar yang dilahirkan pada tahun 1974 dalam apa yang dipanggil gelombang kebangkitan mahasiswa pro-sosialisme dan komunisme, adalah Hishamuddin Rais. Berasal dari sebuah kampung yang terpencil suatu ketika dahulu di Jemapoh, Negeri Sembilan, dan berjaya memasuki antara institusi pengajian awam paling prestij di Malaysia pada waktu itu, Hishamuddin Rais sebenarnya hanyalah merupakan mahasiswa yang berjaya mendapat tempat kerana kuota dan dasar kerajaan Malaysia yang memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar Melayu, khususnya dari perkampungan seperti Jemapoh untuk melanjutkan pelajaran.

Dasar tersebut dibuat agar orang Melayu bertambah bagus dan lebih bermutu. Malangnya, kalau telur tembelang yang diambil dan dieram, hasilnya adalah telur tembelang. Hishamuddin Rais tidak menjadi manusia atau membantu masyarakat sebagaimana sepatutnya, malahan dia menjadi salah seorang parasit yang cuba menghancurkan negara ini apabila dia melihat Sosialisme aliran Marxisme lebih hebat berbanding aliran pemikiran Melayu yang sudah beribu-ribu tahun bertamadun di wilayah Nusantara.

Bagi membuktikan dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab dan hanya pandai bercakap, Hishamuddin Rais melarikan diri dan sanggup dipenjarakan di beberapa buah negara kerana masalah dokumen perjalanan. Namun akhirnya setelah tersadai di Brixton, England selama hampir 20 tahun, Hishamuddin Rais terpaksa menggunakan keluarganya terutama sekali kakak dan ibunya merayu bagi pihaknya kepada Perdana Menteri Malaysia pada pertengahan 1990-an untuk membenarkan dia pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hishamuddin Rais balik ke Malaysia ketika Anwar Ibrahim memangku tugas dan jawatan Perdana Menteri Malaysia selama dua bulan apabila Tun Dr. Mahathir bercuti dalam proses pemindahan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

'Nasihat' yang diberikan oleh Hishamuddin Rais kepada para pelajar Malaysia yang diharap menjadi sebahagian daripada golongan keciciran sepertinya ialah, jikalau tidak berpuas hati dengan apa yang ada di Malaysia, segera larikan diri ke luar negara.

Hebat benar nasihatnya. Malangnya Hishamuddin Rais sendiri terlupa dia sendiri menangis-nangis, meraung-raung dan merintih-rintih untuk pulang ke Malaysia dengan pelbagai alasan simpati yang diberikannya ketika di Brixton pada tahun 1995 dahulu.

Kenapa agaknya dia tidak terus tinggal di Britain? Mengapa selepas pulang, dia terus bertapak ke negara ini? Kalau dahulu, dia boleh melarikan diri tanpa sebarang dokumen perjalanan dan sanggup dipenjarakan semata-mata kerana bencikan Malaysia, mengapa pula sekarang ini dia [boleh terus berada di Malaysia yang serba tidak elok di mata dan fikirannya?

Pergi sajalah berambus keluar dari Malaysia!

Ada tidak menambah, tidak ada, Malaysia bertambah aman dan damai, malah lebih ramai generasi muda akan terselamat!

Thursday, 13 November 2014

#UMNO #Selangor Sila Jawab!!! @nohomar


Dengar khabar, UMNO Selangor re-treat di Kuala Terengganu. Kalau tak salah, ini re-treat kali ketiga dalam tahun ini sahaja. Namun, walau sudah sampai santak hujung tahun 2014, masih tidak ada perubahan besar kecuali pelbagai cerita yang kurang enak tentang UMNO Selangor.

Cerita tentang konvensyen UMNO Selangor baru sahaja bermula. Panjang ceritanya. Banyak masalahnya. Tetapi yang paling menarik ialah tajaan RM900 ribu yang dibelanjakan adalah RM300 ribu manakala bakinya, RM600 ribu, lesap tidak berasap dan bertanda.

Ada banyak pertanyaan yang sedang ditanya oleh ahli-ahli UMNO Selangor sendiri.

Sekarang mari pula kita lihat PRESTASI UMNO Selangor di bawah Noh Omar yang sangat 'mengkagumkan' dan amat 'mengujakan'.



Kita ambil dahulu bab pendaftaran pengundi baru. Pemimpin UMNO yang bertanggungjawab dalam Jabatan Pilihanraya Negeri Selangor dan Daftar Pemilih adalah Kamaruddin Johari, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja.

Bagaimana agaknya perjalanan UMNO Bahagian Kota Raja?

Bagaimana pula dengan Bahagian Tanjong Karang?

5 bulan, Tanjung Karang hanya mampu mendaftarkan pengundi baru seramai 308 orang.

Rajin dan kuat kerja sungguh orang-orang besar UMNO Selangor, kan? 




Dari bulan Mei sehingga Oktober 2014, jumlah bilangan pendaftaran pengundi baru yang dibuat oleh UMNO Selangor selepas mencampurkan daripada semua Bahagian di seluruh Selangor hanyalah 2,500 orang!

Hanya 2,500 orang!

Sedangkan dalam tempoh yang sama, berbelas-belas ribu orang telah didaftarkan oleh DAP, PAS dan PKR di seluruh Selangor.

Paling menarik sekali ialah, di Bahagian orang yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Selangor dan Daftar Pemilih,hanya 21 orang yang berjaya didaftarkan sebagai pengundi baru. Secara puratanya, UMNO Kota Raja hanya mampu mendaftarkan pengundi baru seramai 4 orang sebulan.


Sungguh hebat! Sungguh berkesan dan sungguh bijaksana!

Jangan pedulikan tentang 'cerita mulut' RM900,000 yang RM600,000 hilang lesap tidak dapat dikesan. Itu sekadar cerita mulut dan tidak ada bukti mahupun fakta yang lebih genius. Tetapi melihat kepada jadual pendaftaran pengundi baru yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO Selangor diketuai oleh Noh Omar, membuatkan UMNO Selangor sama tarafnya dengan sebuah parti yang tidak mempunyai pejabat dan hanya beroperasi di bangsal bawah pokok. 

Nampaknya, keseluruhan UMNO Selangor tidak bergerak, kaku dan tidak wujud. Yang wujud hanyalah individu yang menjadikan UMNO sebagai kawah duit ringgit untuk mereka mengekalkan gaya hidup mewah.

UMNO Selangor sepatutnya dibubarkan!

Wednesday, 12 November 2014

Akhirnya Pakatan Rakyat Akui Susah Laksanakan Pendidikan Percuma @fahmizainol_ @adamadli @niknazmi @sepuraothman #unisel




Akhirnya Pakatan Rakyat mengakui bukan senang untuk menyediakan pendidikan percuma seperti yang dilaung-laungkan beberapa pemimpin mereka sebelum ini.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan bukan mudah untuk Pakatan melaksanakan skim pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan mereka di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Ujarnya banyak kekangan yang dihadapi dari Pakatan termasuklah segi pendapatan keseluruhan Selangor yang didakwanya masih rendah.


"Hendak beri pendidikan percuma secara menyeluruh, ia di luar bidang kuasa kita. Sebabnya jika dilihat hasil pendapatan negara kita sekitar RM200 bilion. Manakala hasil Selangor sekitar RM2 bilion.

"Memandangkan ini bidang kuasa kerajaan pusat, maka kerajaan negeri tidak mampu beri pendidikan percuma kepada Unisel berdasarkan implikasi kewangan. Apa yang kita boleh lakukan adalah kaji struktur yuran dan perbanyakkan tabung biasiswa," ujarnya.

Nik Nazmi berkata demikian di dalam satu program 'Universiti atau Penjara? Diskusi Kebebasan Media' yang bertempat di Bangunan Informasi Strategik dan Kajian Pembangunan (SIRD) di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau berkata demikian apabila seorang peserta program itu bertanyakan komitmen kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk menjadikan Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai 'role model' terhadap skim pendidikan percuma sebelum dilaksanakan di peringkat persekutuan.

Nampaknya tuduhan Pakatan pembangkang selama ini kononnya kerajaan Barisan Nasional zalim, menindas dan menipu rakyat apabila enggan memberikan pendidikan percuma akhirnya terkena pada batang hidung mereka sendiri.

Sudah terang lagi bersuluh penyokong Pakatan Rakyat tertipu lagi dengan janji manis mereka.

Sudah terlalu lama isu ini diperguna pembangkang untuk menaikkan suhu kemerahan rakyat pada kerajaan BN.



Agaknya Nik Nazmi lupa, Selangor adalah negeri terkaya di negara ini. Jumlah pelaburan yang diterimanya seringkali diuar-uarkan sebagai tertinggi. Malah, rizab terkumpul di Selangor mencecah bilion ringgit.

Mana mungkin Selangor tidak ada dana yang mencukupi untuk memberikan pendidikan percuma menerusi satu-satunya institusi pengajian tinggi mereka, Universiti Industri Selangor (Unisel).

Friday, 7 November 2014

Isu Rumah Kos Rendah ‘Panaskan’ Dun Pulau Pinang @cmlimguaneng @DAPMalaysia #Penang



Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid meminta kerajaan negeri memperincikan jumlah rumah kos rendah yang dibina sepanjang pakatan rakyat mentadbir negeri ini.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinan DAP itu dilihat gagal menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

"Cuba beritahu saya berapa buah rumah kos rendah yang telah dibina oleh kerajaan negeri sekarang dan di mana. Tolong beri perincian. Sekatat ini tiada, kosong," katanya pada sesi soal jawab Sidang Dun di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan Kerajaan Persekutuan yang mempunyai perancangan untuk membina rumah mampu milik bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Pulau Pinang, walaupun BN tidak memerintah negeri itu.

Membidas kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Jagdeep Singh Deo bahawa Kerajaan Persekutuan sama sekali gagal membekalkan rumah kos rendah dan rumah mampu milik kepada rakyat, Jahara (BN-Teluk Air Tawar) berkata, PR1MA pasti akan menunaikan janji yang dibuat bagi membina rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang.

Jahara yang mencelah ketika Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri itu menjawab soalan Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berhubung isu perumahah, berkata: "Kami di sini boleh beri jaminan bahawa PR1MA akan menunaikan janji yang telah dibuat".

Jagdeep Singh ketika menjawab soalan berhubung isu perumahan itu turut mencabar BN membuktikan PR1MA akan dibina di Pulau Pinang kerana mendakwa negeri di bawah pimpinan DAP itu sering dianaktirikan.

Pada Disember 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk memberi dua hadiah besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula untuk memerintah negeri ini.

Jahara turut membangkitkan isu kebenaran merancang projek rumah kos rendah yang tidak melibatkan penempatan semula setinggan antara kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. 

"Saya rasa elok kalau ia tidak diselesaikan di media kerana ia tidak membawa kepada satu kesudahan yang baik. Datuk Zainal Abidin Osman (Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang) telah beritahu bersedia untuk berjumpa Jagdeep.

"Persoalannya, adakah YB Jagdeep bersedia untuk mempertimbangkan secara positif agensi yang ingin membina rumah mampu milik dan kos rendah di negeri ini.

Jadi, di sini adakah kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama supaya projek dapat diteruskan," katanya. 

Thursday, 6 November 2014

#RakyatHakimNegara: Kenali Auta Portal MalaysiaKini @malaysiakini @tunfaisal @papagomo



Media arus perdana sering dituduh sebagai medium berat sebelah, propaganda Kerajaan tetapi bagaimana pula dengan media yang melakukan propaganda bagi pihak pembangkang?

MalaysiaKini contohnya sering menerbitkan penulisan-penulisan berunsur berat sebelah. Mengambil contoh Kes Rayuan Liwat II Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Shafee Abdullah dilantik sebagai pendakwaraya dikatakan ‘peguam Umno’. Dimana bukti yang dikatakan beliau adalah ‘peguam Umno’ tidak dijelaskan dengan terperinci dan ini mempunyai niat jahat untuk menimbulkan persepsi negatif.



Malangnya, portal MalaysiaKini samada secara sengaja atau tidak, seolah syaitan bisu tidak pula mempersoalkan apabila bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mewakili Dato’ Seri Anwar Ibrahim sedangkan Majlis Peguam sendiri telah membuat resolusi pada15 Mac 2014 menerima usul bahawa hakim bersara dari mahkamah yang lebih tinggi perlu dilarang atau dihalang dari segi undang-undang untuk bertindak sebagai peguam di mahkamah.

Walaupun ianya tidak menyalahi undang-undang, persoalannya apa guna wujudnya resolusi tetapi tidak menghormatinya sepertimana yang telah dipersetujui? Isu ini sengaja tidak dikupas oleh MalaysiaKini. Adakakah kerana Ram Gopal adalah bapa saudara kepada S. Ambiga? S.Ambiga pula merupakan bekas Presiden Majlis Peguam yang mempunyai hubungan rapat dengan pembangkang? Mempersoalkan Majlis Peguam bermakna mempertikaikan pembangkang kerana tindakannya yang sering menentang Kerajaan. Mungkin kerana status MalaysiaKini sebagai portal pro pembangkang, maka isu ini sengaja ditutup? ‘Conflict Of Interest’?

#RakyatHakimNegara :Penyokong Ketum Buat Sarkas Di Luar Istana Kehakiman @zunarkartunis @lawyersforliberty @tunfaisal @kalaivanar


Seperti barisan binatang di dalam sarkas, begitulah perangai penyokong Ketum sementara menanti keputusan rayuan liwat beliau. Sejak hari pertama lagi, mereka membawa gendang, alat pembesar suara dan sempat membuka gerai haram menjual bermacam-macam jenis makanan dan minuman. 



Pada hari ketujuh yang dipercayai hari pengumuman keputusan liwat ini, penyokong Ketum yang sekitar 100-150 orang mula full force dengan menganjurkan cabutan bertuah beserta hadiah dan pertandingan kuiz juga. Setahu admin, tak pernahlah mana-mana rakyat satu dunia yang berbuat sebegini untuk di mahkamah. Ini jelas menunjukkan tahap IQ dan EQ penyokong Ketum. Iyalah kan, kalau diorg boleh percaya fitnah 40 ribu pengundi hantu Bangladesh yang tidak masuk akal tu, takkanlah kejadian liwat Anwar ni mereka tak mahu percaya kan? 



Sedih betul admin jika Malaysia masih ada rakyat yang berminda kelas ketiga seperti penyokong totok Ketum. 

Wednesday, 5 November 2014

DAP, PKR: TOLONG JAGA TEPI KAIN SENDIRI #DAP #PKR #anwaribrahim #kalimahAllah #limguaneng #karpalsingh


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memberi penerangan jelas berkaitan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam di Malaysia. Penjelasan yang tuntas dan mendalam menerangkan faktor utama golongan bukan Islam tidak dibernarkan menggunakan kalimah Allah. Pada satu masa, isu ini menimbulkan persepsi dan keadaan yang tidak sihat diantara orang Islam dan bukan Islam Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Perkara ini semakin kompleks dan rumit apabila dua komponen parti pembangkang iaitu DAP dan PKR campur tangan dalam isu ini sebagai kononnya menunjukkan sokongan kepada masyarakat beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. Secara terang dan jelas, rakyat Sabah dan Sarawak yang bukan beragama Islam sebenarnya tidak memerlukan sokongan bagi melindungi kepentingan mereka namun hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa terpelihara. Ketiga-tiga kenyataan di bawah jelas merujuk kepada perkara tersebut:

“Pertamanya, di bawah sepuluh solusi Kerajaan Persekutuan, penduduk bukan Islam di Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menggunakan nama “Allah”. Keduanya, Sabah dan Sarawak mempunyai 18/20 persetujuan ketika menyertai penubuhan Malaysia. NAMUN BEGITU, PADA POIN 1 PERSETUJUAN TERSEBUT ADA MENYEBUT SECARA JELAS SEKIRANYA TIDAK ADA SEBARANG BANTAHAN UNTUK ISLAM DIANGKAT SEBAGAI AGAMA RASMI MALAYSIA, TIDAK ADA AGAMA RASMI LAIN AKAN BERADA DI BORNEO UTARA, DAN SEBARANG PENETAPAN BERKAITAN DENGAN ISLAM DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYA TIDAK AKAN DIAPLIKASIKAN DI BORNEO UTARA. Ketiganya, terdapat perintah mahkamah di Malaysia yang telah dikuatkuasakan bahawa orang bukan Islam di Malaysia (terutamanya di semenanjung Malaysia) tidak boleh menggunakan nama "Allah."

Walaubagaimanapun pernyataan diatas boleh disanggah SEKIRANYA DAP dan PKR sanggup bersetuju dan melaksanakan terma-terma seperti berikut:

a)   Memohon parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS untuk bersetuju dengan menulis bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan "Allah" di semenanjung Malaysia. Ini kerana PAS bertegas dengan pendirian mereka bahawa agama lain seharusnya menghormati kedudukan agama Islam yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh PAS selepas Majlis Syura diadakan berkenaan isu ini. Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-muktamad-1.124545

b)    DAP dan PKR menggunakan kelebihan majoriti dua per tiga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor untuk menghapuskan undang-undang negeri yang melarang penggunaan nama "Allah" di kedua-dua negeri tersebut. Undang-undang tersebut ialah Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 dan Penang Islamic Religious Administration Enactment 2004 di mana pihak Mufti Pulau Pinang mengeluarkan keputusan melarang bukan Islam menggunakan lebih kurang 40 perkataan iaitu "SOLAT", "Surau", "Masjid", "Allah", "Firman Allah", "Ulama", "Hadith", "Ibadah", "Kaabah", "Qadhi'", "Illahi", "Wahyu", "Mubaligh", "Syariah", "Qiblat", "Haji", "Mufti", "Rasul", "Iman", "Dakwah", "Wali", "Fatwa", "Imam", "Nabi", "Sheikh", "Khutbah", "Tabligh", "Akhirat", "Azan", "Al Quran", "As Sunnah", "Auliya'", "Karamah", "Syahadah", "Baitullah", "Musolla", "Zakat Fitrah", "Hajjah", "Taqwa" and "Soleh" di dalam penulisan mereka dan diterbitkan pada 2010 State Gazette dan mula dikuatkuasakan pada 29 April 2010. Sumber: http://www2.nst.com.my/nation/general/penang-mufti-outlaws-40-words-to-non-muslims-1.459685

Seperti kebiasaannya, Lim Guan Eng mengambil langkah berdiam diri dalam berhadapan kenyataan yang terkena batang hidung sendiri ini. Bahkan mendiang Karpal Singh turut menyuarakan pendapat serupa kepada beliau untuk melaksanakan perkara tersebut. Kemudiannya, Anwar Ibrahim mengalihkan perhatian masyarakat dengan memberi kenyataan bahawa enakmen tersebut termasuklah penggunaan kalimah "Allah" bukanlah satu masalah.

Namun begitu, sekiranya Mahkamah Persekutuan bertindak menarik balik pengharaman tersebut, undang-undang negeri termaktub tetap melarang penggunaan tersebut terutamanya di negeri-negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Perlu diingatkan agar DAP dan PKR untuk menjaga ketiga-tiga negeri yang ditadbirnya sebelum menjaga tepi kain negeri lain.

Tuesday, 4 November 2014

#RakyatHakimNegara Gempar!Penemuan Peluru & Azimat Kebal Berdekatan Istana Kehakiman? @PDRMsia @KBAB51 #Justice4Saiful


Semalam blog mymassa telah menyiarkan posting berkenaan objek seakan-akan tangkal berdekatan Istana Kehakiman. Objek berupa kain berwarna kuning itu ditanam tidak dalam dan boleh dilihat dengan mata kasar. 




Pada hari ini kawasan sekitar Istana Kehakiman gempar pula dengan penemuan peluru di jalan raya. Pihak polis telah pun mengambil tindakan sewajarnya dan admin minta siasatan dijalankan supaya tiada nyawa yang melayang kerana kita pun tahu perangai macai2 Anwar yang emo. Keselamatan rakyat tidak harus dikompromi dan kedaulatan negara juga harus dimartabatkan.