Thursday, 22 January 2015

#Bersih2.0 Khianat Negara Dengan Dedah Persepadanan Semula Sarawak Kepada 20 Diplomat Asing @PDRMsia @KBAB51



Tindakan NGO Bersih menghasut 20 diplomat asing untuk turut masuk campur membantah isu persempadanan semula kawasan DUN Sarawak diibaratkan sebagai pengkhianatan kepada negara.

SPR telah menyediakan ruang serta garis bantuan ataupun prosedur bantahan untuk persempadanan semula tersebut berdasarkan undang-undang SPR yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia; bukan perlembagaan negara asing.

Namun apa yang dilakukan oleh NGO Bersih yang diketuai oleh Marina Chin Abdullah membantah dengan menghasut campurtangan 20 diplomat asing adalah satu tindakan yang melampau dan ianya satu usaha untuk memperlekeh perlembagaan Malaysia. Apa tujuan pengkhianatan ini dilakukan oleh Pengerusinya, Marina Chin Abdullah? Apakah disebabkan mereka mendapat dana dari negara asing atau mereka tiada semangat patriotik kepada negara?

Diplomat dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Rusia, Britain, Australia dan Singapura yang berkelayakan dipilih untuk bertugas memudahkan urusan antara negara masing-masing di Malaysia dan mengekalkan hubungan baik antara negara. Sudah pasti, jika kerajaan Malaysia mempertikai penglibatan diplomat tersebut, ianya akan menimbulkan ketegangan antara negara.

NGO Bersih sekarang ternyata sedang berusaha mengeruhkan hubungan antara negara dan menggunakan 20 diplomat asing ini untuk di'kambing hitam'kan.

Adakah 20 Diplomat asing ini yang secara terang jelas tidak layak campur tangan dalam apa-apa urusan dalam Malaysia akan berjaya diperbodohkan NGO Bersih?

Atau satu tindakan tegas perlu diambil terhadap NGO Bersih oleh pihak berwajib Malaysia? Jika NGO ini boleh sewenangnya memperbodohkan diplomat negara asing di Malaysia, adalah tidak salah jika NGO Bersih ini juga menerima tindakan sewajarnya dari badan antarabangsa atas kesalahan menyalahguna kuasa.

Jika NGO-NGO yang berjuang menghapuskan perjanjian Malaysia dengan melibatkan kuasa asing sebelum ini berjaya dimansuhkan, mengapa NGO Bersih yang jelas berniat menggugat perlembagaan negara tidak turut diambil tindakan?

No comments:

Post a Comment