Sunday, 18 January 2015

#MejarZaidi Ditawar Jawatan Oleh Timb Ketua Menteri #Penang: Dah Agak Dah! @cmlimguaneng @airforcenextgen



Akhirnya, terbongkarlah penipuan seorang penjawat awam yang kuat menyokong Pakatan Rakyat tetapi cuba menjadikan alasan, kononnya dia Islam dan sebagai seorang Islam, maka dia tidak akan menyebelahi pembohongan dan penipuan.

Ramai penjawat awam yang sebenarnya sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat dan mereka mempunyai seribu satu macam alasan untuk diberikan apabila terdesak.


Mejar Zaidi ketika ditanya, memberitahu dia tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Sebaliknya dia hanya mahu memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Maka bersoraklah sekalian penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat dengan jawapan yang diberikan oleh Mejar Zaidi dengan melabelkannya sebagai WIRA NEGARA.

Mereka turut menyerang Mahkamah Tentera kerana kononnya telah membuat keputusan berat sebelah yang dipengaruhi oleh kerajaan, UMNO dan Najib Abdul Razak. Bahkan orang yang mereka gelarkan sebagai PAKAR PERLEMBAGAAN yang sebenarnya tidak dapat membezakan antara Perlembagaan dan Rang Undang-Undang, Aziz Bari, turut menyatakan Mahkamah Tentera membuat kesalahan kerana telah memecat Mejar Zaidi.

Namun sesuatu yang sangat ketara ialah, mereka langsung tidak berani menyentuh tentang undang-undang TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA 1972 yang menyebabkan Mejar Zaidi boleh dibuang kerja. Apatah lagi Mejar Zaidi sendiri pun tidak membela diri manakala peguamnya yang dipilih dari PAS, Hanipa Maidin, melarikan diri dan menghilang tanpa dapat dikesan.

Puak-puak Pakatan sedang seronok memainkan isu, Mejar Zaidi dibuang kerja kerana dakwat kekal tetapi dalam perbicaraannya pada Isnin lepas, dakwat kekal tidak menjadi subjek perbicaraan, sebaliknya yang dijadikan hujah adalah perbuatan Mejar Zaidi melanggar peraturan tentera.

Dipecat dari TUDM, Zaidi dikhabarkan telah ditawarkan pekerjaan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang. Malahan dikatakan juga, Zaidi yang angkuh menyatakan, dia memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan bersama-sama Pakatan Rakyat.

Kita nak tengok jugalah, di mana Islam yang dijunjung oleh Mejar Zaidi memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai pelbagai skandal kewangan, ketidakjujuran terutama sekali yang membabitkan tanah-tanah, perkampungan Melayu dan sebagainya yang langsung tidak dijawab tetapi ditai-chi dengan menggunakan pelbagai alasan dan isu lain oleh kepimpinan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kita tengok nanti, adakah Mejar Zaidi akan berani menongkah arus memandangkan sekarang dia adalah orang awam dan tidak lagi tertakluk dengan Peraturan serta Undang-Undang Tentera. Apakah dia akan berani bersuara dan bebas dipergunakan seperti pada PRU-13 lalu dengan pembohongan secara bebas dilakukan oleh pecacai dan para pemimpin DAP khususnya.

No comments:

Post a Comment