Friday, 30 January 2015

#MH370 @MAS @NajibRazak Usai Pakar Rotan & Ustazah Jadian,Kini Pakar Aviation Muncul Kembali!


Jika ada skala untuk kadar meroyan tanpa usul periksa pengguna Facebook, sudah tentu rakyat kita akan menduduki tangga teratas. Tanpa mengesahkan sesuatu informasi atau berita, keyboard warriors ini dengan pantas dan tangkas menaip komentar-komentar 'bajet bagus' yang kebiasaannya mengutuk dan menghina individu atau isu itu. Paling digemari mereka sudah tentulah teori-teori konspirasi yang melibatkan kuasa besar dan kuasa asing.

Baru seminggu lepas, keyboard warriors ini membuat bising berkenaan isu rotan dan sebelum itu isu KPOP,semalam setelah Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin mengisytiharkan pesawat malang MH370 sebagai satu nahas, mulalah pakar-pakar rotan dan ustaz,ustazah jadian ini menukar kepakaran mereka kepada ilmu penerbangan dan aviation!





Admin kongsikan beberapa screenshot yang menggelikan hati lagi tidak masuk akal, betapa menunjukkan tahap mentaliti dan kematangan rakyat Malaysia ini. Risau juga tengok tahap kepandaian mereka, kerana kebanyakan pengguna FB dan media sosial ini adalah golongan muda yang akan kemudi negara. Macam mana nak jadi pemimpin kalau asyik meroyan dan bertindak membabi buta tanpa mengesahkan sesuatu khabar angin atau berita?Silalah guna hak berfikir sebelum bertindak.









No comments:

Post a Comment