Monday, 19 January 2015

Pelajar Non-Muslim Berbaju Kurung:Bapa Kuat Politik Pedajalkan Anak! @bersih2 @Ambiga_S



Bapa kepada pelajar yang 'dilarang' memakai baju kurung akhirnya dikenalpasti sebagai salah seorang pejuang ekstremis Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) iaitu Lawrence Jayaraj.

Isu yang ditimbulkan oleh bapa pelajar berkenaan ialah anaknya dilarang memakai baju kurung, sedangkan perkara sebenar yang terjadi ialah tiada larangan berbaju kurung untuk pelbagai bangsa tetapi menurut guru disiplin berkenaan, anak perempuan Lawrence Jayaraj bukannya dihalau dari sekolah tetapi disuruh menukar pakaian memandangkan baju kurung yang dipakainya sangat jarang sehingga menampakkan baju dalam dan sebahagian buah dadanya. Pelajar-pelajar perempuan yang berbaju kurung digalakkan memakai singlet atau baju lapis dalam untuk mengelakkan daripada bahagian dalam tubuh mereka dapat dilihat.klik link dibawah..


Lawrence Jayaraj sengaja menggunakan isu ini untuk diputarbelit dan dijadikan bahan untuk mengutuk Melayu, sistem pendidikan dan sekolah Malaysia. Dia tidak bercakap benar bahkan dia juga sengaja menggunakan anak perempuannya untuk menonjolkan dirinya dalam arus politik subversif yang menghasut pertumpahan darah antara kaum.

Lawrence Jayaraj merupakan antara kaum imigran yang melibatkan diri dalam persekongkolan bukan Bumiputera di negara ini bagi mewujudkan sebuah negara sendiri dengan menjadikan Sarawak dan Sabah sebagai sasaran utama memandangkan komposisi kaum Bumiputera beragama Kristian ramai di kedua-dua negeri itu.

Dan Lawrence Jayaraj juga adalah penyokong tegar BERSIH dan SKMM. Dia juga merupakan sekongkol utama Doris Jones yang kini telah pun melarikan diri ke luar negara setelah takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di negara ini.

Selain berjuang menghapuskan perjanjian Malaysia, Lawrence juga 'handal' dalam dunia cyber memainkan peranannya sebagai pengendali portal menyerang kerajaan dan juga seorang pejuang NGO BERSIH.

Anda nilai sendiri; adakah tindakan memutarbelit situasi pelajar berbaju kurung ini patut dibiarkan? Sedangkan Lawrence terang dan nyata bertujuan menimbulkan ketegangan. Apa yang gampang, kali ini anaknya sendiri dijadikan bahan.

No comments:

Post a Comment