Thursday, 22 January 2015

Perutusan Khas Pelarasan Bajet 2015 PM @NajibRazak: Ahli Parlimen Pondan @rafiziramli Meroyan Lagi


Admin pun tak tahu apa masalah Ahli Parlimen nan sekor ni. Bila minyak beharga RM2 lebih, beliau meroyan suruh minyak turun supaya harga barang turun. Kini disebabkan harga minyak mentah yang telah jatuh (bukan sebab Rafizi pun), maka harga RON95 pun turun kepada RM1.93, Rafizi sekali lagi cakap minyak patut turun pada RM1.60. Ada sahaja yang beliau tidak puas hati. Bila tidak puas hati tu ada baiknya beliau bagi cadangan yang bernas untuk sama-sama kita tangani krisis harga minyak mentah jatuh ni daripada sibuk buat press conference yang tidak mendatangkan faedah!

Terbaharu, Rafizi sudah kecoh-kecoh bertanya kenapa PM bentang pelarasan Bajet 2015 dalam sidang khas dan bukan dalam Parlimen. Beliau mahukan PM ke Parlimen dan minta pandangan ahli parlimen untuk pelarasan bajet ini. Sama ada Rafizi bodoh atau buat-buat bodoh, pelarasan bajet kali ini tidak perlukan kelulusan Parlimen pun, kerana ianya melibatkan pengurangan pada perbelanjaan dan bukanlah pelarasan yang ingin menambah peruntukan untuk perbelanjaan!

Menurut portal Merdeka Online, jika pelarasan ini bertujuan untuk menurunkan perbelanjaan, perkara tersebut tidak memerlukan kelulusan Parlimen. Lagi satu, lebih baik PM DS Najib Razak kita berkhidmat dan memberi penerangan dalam sidang khas daripada membentangkannya di Parlimen kerana bajet negara adalah untuk rakyat dan bukan untuk tatapan ahli Parlimen. Tambahan pula, dengan perangai hazab Rafizi Ramli dan ahli parlimen pembangkang yang lain, agak-agak akan berkesankah jika pelarasan dibuat di Parlimen bilamana kita semua sedia maklum geng pembangkang ini kerjanya asal bangkang sahaja tanpa usul periksa?

Lagi satu, admin rasa perangai meroyan tak tentu pasal ini nampak gayanya perangai yang turun temurun dalam parti PKR ni. Ingat lagi perihal Fuziah Salleh semasa banjir tahun 2013? Beliau meroyan di Parlimen beberapa hari selepas banjir walhal adalah lebih baik jika beliau turun bersama-sama agensi MKN dan pasukan perkhidmatan awam kita (PDRM, Bomba, JPAM, ATM) untuk membantu mangsa banjir daripada tak tentu pasal buat bising di Parlimen. Resmi pembangkang ni memang suka bangkang dari longkang kan? Buat rugi duit rakyat sahaja bayar gaji mereka!

No comments:

Post a Comment