Wednesday, 14 January 2015

#Pray4PantaiTimur Mangsa Banjir Puji Khemah Canggih di Gua Musang @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Mustapa_Mohamed

Semalam seramai 98 buah keluarga mangsa banjir dari Gua Musang yang kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka rosak atau dihanyutkan air telah mula berpindah dari pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 ke khemah transit sementara yang telah disediakan di kawasan lapang Bandar Utama.

Mereka semua dipercayai akan tinggal di dalam khemah transit ini selama tiga bulan sementara menunggu rumah panjang yang disediakan siap sepenuhnya.Kawasan khemah transit itu dibina telah dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti elektrik, air, bilik mandi dan juga tandas.

Kelihatan khemah ini nampaknya lebih selesa berbanding dengan pusat pemindahan banjir yang sebelum ini kerana sebelum ini semua mangsa dilihat terpaksa bercampur, dengan pembinaan khemah ini mereka dilihat boleh mendapat "privasi" sendiri tambahan hal berkaitan dengan aurat.

Anggota Dewan Undangan Negeri Galas, Ab Aziz Yusof berkata sebelum ini mereka iaitu lebih 500 orang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 di sini.

"Mereka ditempatkan di khemah berkenaan sejak Ahad lepas untuk tempoh tiga bulan sebelum pembinaan rumah panjang siap," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir terbabit di sini, Selasa.

Ab Aziz berkata mereka yang ditempatkan di khemah berkenaan nampaknya gembira berikutan setiap khemah yang dipasang adalah berkualiti tinggi dan selesa.

Beliau berkata pelbagai kemudahan disediakan di kawasan berkenaan termasuk bekalan elektrik, air, bilik mandi dan tandas.Ab Aziz berkata 200 orang daripada 40 lagi keluarga mangsa banjir ditempatkan di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani di sini.

Sementara itu, seorang mangsa banjir, Siti Hamidah Mamat, 63, dari Kampung Tiong berkata beliau sekeluarga mula ditempatkan di khemah itu pada Ahad lepas.

Beliau berkata tinggal di khemah itu sejak dua malam lalu amat selesa berbanding di pusat pemindahan di sekolah berkenaan.

Katanya tinggal di khemah lengkap dengan kemudahan asas termasuk elektrik, air dan bilik mandi tanpa perlu berebut-rebut untuk menggunakannya berikutan penyediaan itu mengikut blok dan diasingkan lelaki dengan perempuan.

"Syukur kepada Tuhan kerana mendapat pembelaan daripada kerajaan menyediakan tempat tinggal baharu walaupun secara berkhemah, sementara mendapat penempatan lain selepas ini.

"Khemah ini adalah yang pertama saya tengok kerana ada menyediakan bilik tidur dan kelengkapan bantal, tilam dan selimut tanpa bersusah payah berbelanja membelinya," katanya.

1 comment:

IBU HAYATI said...

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Post a Comment