Monday, 5 January 2015

#Pray4PantaiTimur @nikabdulaziz @HjHusamMusa Sahihkah Surat Tawaran Pembalakan Oleh Yayasan Islam Kelantan Ini?


Seorang hamba Allah telah inbox admin sepucuk surat bertarikh 25 Februari 2014 berkenaan tawaran membalak dari Yayasan Islam Kelantan. Bukan calang-calang tawaran ni sebab beribu-ribu ekar disediakan bagi syarikat balak yang sudi dan tawaran tersebut sah sehingga tahun 2017. 

Persoalan admin, sejauh manakah authenticity surat tersebut? Kerana baru-baru ini kita dikejutkan dengan banjir lumpur terburuk dalam sejarah negeri Kelantan. Ya negeri-negeri berjiran dengan Kelantan turut banjir namun Kelantan mencatat kejutan dengan tenggelamnya bandar di kawasan tinggi yang sebelum ini tidak pernah banjir. Selain itu, paling menggemparkan sekali adalah kehadiran berpuluh-puluh kayu balak dan lumpur di jalanraya dan juga kediaman rakyat!Pemimpin kerajaan negeri bila kita interview ada yang cakap ini adalah ujian dari Allah SWT untuk membersihkan Kelantan sebelum hudud dilaksanakan,ada juga yang menuduh Tenaga Nasional Berhad kerana pembinaan Empangan Kenyir 2 yang mana telah dinafikan secara saintifik lagi statistik oleh pihak TNB.Tidak seorangpun pemimpin negeri yang mengakui aktiviti pembalakan sebagai punca utama banjir kali ini.

Kemudian telah tersebar pula imej-imej dari google earth yang menunjukkan perubahan ketara dan penggondolan hutan di negeri Kelantan yang disambut dengan penuh kemarahan oleh rakyat negeri itu. Pemimpin mereka seperti biasa masih membisu dan tiada yang mahu mengaku. Maka admin minta sangat-sangatlah Yayasan Islam Kelantan untuk menafikan surat ini kerana jika surat ini dibuktikan sebagai sahih,maka tidak salahlah kerajaan negeri dipertanggungjawabkan untuk banjir besar yang penuh berlumpur yang meranapkan rumah-rumah rakyat negeri itu hanya kerana tamak haloba dengan keuntungan pembalakan tidak terkawal.

No comments:

Post a Comment