Wednesday, 4 February 2015

#DAP Sudah Tidak Sabar Mahu #PasMa Ganti #PAS @cmlimguaneng @nikabduh @nikabdulaziz



Seorang ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak menolak kemungkinan DAP ‘menyerang’ PAS dengan matlamat mahu menolak keluar parti itu daripada Pakatan Rakyat (PR) dan diganti dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

Nasruddin Hassan Tantawi yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata layanan DAP terhadap PAS jauh berbeza dengan sikap parti itu terhadap PasMa sejak akhir-akhir itu.

“Itu salah satu spekulasi yang wujud (bahawa DAP mahu PasMa ganti PAS dalam Pakatan Rakyat)…sebab PAS diserang, namun PasMa diajak, dijemput bersama dalam majlis (bersama DAP),” kata Nasruddin kepada Antarapos.

“Tetapi apabila DAP berkawan dengan orang yang ditolak PAS dan menyerang PAS tanpa belas kasihan, maka saya lihat ada satu rancangan tertentu seperti mahu menyingkirkan PAS dari PR,” katanya.

Bulan lalu, rombongan PasMa mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agong DAP.

Pertemuan peringkat tertinggi itu dilihat sebagai cubaan DAP untuk berjinak dengan kumpulan penyokong PAS yang menolak kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku presiden parti.

Baru-baru ini Hadi ‘mempersilakan’ ahli-ahli PasMa meninggalkan parti jika merasakan tidak lagi sehaluan dengan perjuangan PAS.

PAS pada 12 Oktober lalu mengeluarkan satu larangan kepada ahli-ahli parti untuk tidak menyertai sebarang aktiviti anjuran PasMa, dan selarasa dengan peringatan Hadi sebelum ini supaya tidak berlaku kewujudan jamaah dalam jamaah, dan parti dalam parti.

Ditubuhkan 11 Ogos tahun lalu, PasMa diketuai bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi yang dilihat tidak sebulu dengan Hadi.

Pasma dituduh sebagai kumpulan yang lebih cenderung memihak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sungguhpun beberapa tindakan beliau ditentang oleh kalangan pemimpin kanan PAS, khususnya dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh semalam memberitahu parti belum melihat sebarang keperluan untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap ahli-ahli PasMa.

No comments:

Post a Comment