Tuesday, 24 February 2015

#DASH: @azminali Menteri Besar Sepenggal Jika Batal #DASH?


Laju betul Azmin Ali buat kerja pembatalan pembinaan lebuhraya KIDEX berbanding kelembapan beliau dalam isu Datum Jelatek. Kini kecoh pula di akhbar berkenaan rayuan sebahagian penduduk yang tidak mahukan lebuhraya DASH pula. Adakah Azmin Ali ingat semua penduduk Selangor membantah pembinaan kedua-dua lebuhraya tersebut? Mengapa Azmin Ali sangat mementingkan kumpulan anti-DASH dan anti-KIDEX yang bilangannya tidaklah sebanyak mereka yang menyokong pembinaan lebuhraya yang akan memudahkan pergerakan penduduk di kawasan terbabit?

Negara kita memang diketahui mempunyai jaringan lebuhraya yang sangat berkualiti lagi canggih. Kesemua lebuhraya yang telah siap dan dalam pembinaan mendatangkan kemudahan buat penduduk untuk bergerak sampai ke destinasi. Maka apabila terdapat proposal untuk pembinaan lebuhraya, ianya sudah semestinya dibincangkan terlebih dahulu dan sudah tentu ada demand dari penduduk. Kalau tiada demand, maka tiada sebab untuk pembinaan lebuhraya diadakan. 

Jadi mengapa Azmin mendengar isi hati kumpulan anti lebuhraya yang pentingkan diri sendiri ini daripada penduduk yang benar-benar memerlukan pembinaan lebuhraya tersebut? Adakah kerana beliau ingin jaga hati dan pancing undi? Jika ya jawapannya, Azmin juga harus tahu bahawa penduduk yang mahukan pembinaan highway tersebut turut akan mengundi malah bilangan mereka lebih ramai dan sudah tentu kedudukan Azmin dalam bahaya. Apatah lagi apabila godfather beliau telah disumbat dalam penjara, siapa yang akan backup golden boy ini? Azmin ingat beliau tiada musuh? Ketahuilah Azmin bahawa perangai freeloading beliau yang tidak pernah bersusah payah masuk ISA kerana mempertahankan Anwar Ibrahim seperti penyokong Anwar yang lain,dapat menjadi Menteri Besar atas ehsan PAS sebenarnya mengundang ramai musuh yang hanya menghitung hari untuk menjatuhkan karier politik beliau. Jika lebuhraya DASH turut dibatalkan Azmin,ramai yang positif kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar hanya untuk sepenggal sahaja.

No comments:

Post a Comment