Friday, 6 February 2015

#PBT:Gelaran Profesor Kangkung Cermin Ketidakmatangan @LimKitSiang



Tindakan Penasihat DAP Lim Kit Siang melabel dua ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai ‘profesor kangkung’ bukan hanya merendahkan integriti mereka, tetapi turut mencerminkan ketidakmatangan ahli politik veteran itu terhadap hak dan kebebasan ahli akademik untuk memberi pandangan mengenai sesuatu isu.

Pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa UUM Md Shukri Shuib berkata bersandarkan penyelidikan dan kajian yang dilakukan, ahli akademik mempunyai hak demokratik untuk memberi komentar dan ulasan mengenai isu-isu semasa termasuklah isu DAP yang mendesak supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan semula di Pulau Pinang.

“Sebagai ahli akademik, yang juga penjawat awam, kita turut memberi komentar dan pandangan terhadap isu-isu semasa termasuk yang melibatkan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Adakah beliau (Lim) takut dengan teguran ahli akademik dan bimbang pengaruh kami akan memberi kesan terhadap parti beliau?

“Jika beliau sewenang-wenangnya menggelar kami sebagai ‘profesor kangkung’ yang bertujuan memburuk-burukkan imej institusi pengajian tinggi (IPT) dan ahli akademik, beliau juga boleh digelar sebagai ahli politik nyanyuk, suka berleter, tidak demokratik serta membosankan kerana sering mengetengahkan politik lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya kepada Bernama.

ERTI DEMOKRASI

Md Shukri merujuk tindakan veteran DAP itu yang baru-baru ini menggelar beliau serta Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed sebagai ‘profesor kangkung’, ekoran hujah kedua-dua ahli akademik berkenaan berhubung isu pilihan raya PBT.

Dalam laporan Bernama yang bertajuk ‘Pilihan Raya PBT Bertentangan Perlembagaan, Cubaan Wujud Autonomi-Penganalisis’ baru-baru ini, kedua-dua penganalisis politik itu berpendapat perjuangan DAP mahu melaksanakan pilihan raya PBT bukan sahaja suatu cubaan untuk mewujudkan autonomi di Pulau Pinang bahkan mencabar keputusan mahkamah, sekali gus menentang Perlembagaan Negara.

Lim dalam tulisannya di laman blog miliknya pada 1 Feb menyebut: “With UMNO’s Kangkong Professors running riot with their illiterate interpretation of national developments, Malaysia’s university ranking can only plunge further south without hope of restoring our former world-class university status”.

Mengulas lanjut hal itu, Md Shukri berpendapat adalah sesuatu yang memalukan apabila ahli politik berpengalaman dan berusia seperti Lim, 74, tidak mengamalkan nilai murni dan bersikap rasional dalam tindakan beliau.

“Lim tidak menghayati erti demokrasi kerana tidak dapat menerima komentar yang bertentangan dengan nafsu politiknya. Di samping itu, beliau juga dilihat suka melabel mana-mana individu yang tidak sehaluan dengan beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

“Beliau bukanlah pemimpin yang sesuai untuk rakyat Malaysia kerana mengajar masyarakat merendah-rendahkan orang lain,” katanya.

KEPUTUSAN MAHKAMAH

Pada masa sama, Md Shukri berpendapat DAP harus mempertimbangkan supaya jawatan penasihat parti itu digantikan dengan individu yang lebih dinamik seperti Senator Dr Ariffin S.M Omar, dari Pulau Pinang yang juga bekas profesor di institut pengajian tinggi awam sebelum ini.

Dalam tulisan di blognya, Lim turut mencabar Md Shukri dan Ahmad Martadha untuk menjelaskan pandangan mereka berhubung janji Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan setelah konfrontasi dengan Indonesia berakhir.

Selain itu, beliau menyebut mengenai cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja Athi Nahappan (RCI Athi Nahappan), yang ditubuhkan pada 1965, bahawa pilihan raya kerajaan tempatan harus dilaksanakan pada masa akan datang serta mempersoalkan adakah ahli akademik UUM itu akan menyatakan bahawa laporan RCI Athi Nahappan itu juga sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas perkara itu, Ahmad Martadha berkata Lim langsung tidak menyentuh tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan bahawa enakmen pilihan raya kerajaan tempatan yang diluluskan oleh kerajaan Pulau Pinang pada 2012 adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan mahkamah adalah berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang menggariskan dengan jelas larangan kepada kerajaan tempatan untuk mengadakan pilihan raya mereka sendiri. Justeru, dakwaan Lim adalah tidak berasas kerana komentar saya adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Laporan Athi Nahappan 1968 secara langsung tidak terpakai apabila Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 digubal. Justeru, tidak berbangkit isu pandangan pemimpin terdahulu atau laporan Athi Nahappan kerana peruntukan Seksyen 15, Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah sah dan wajib dipatuhi oleh semua PBT,” katanya.

POLEMIK

Isu pilihan raya PBT menjadi polemik hangat apabila DAP berterusan ingin melaksanakan cadangan itu di Pulau Pinang selepas ia dimansuhkan kerajaan pusat pada 1976.

Bagaimanapun, ia ditentang pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya, PAS, yang mendakwa pelaksanaan pilihan raya PBT itu akan mencetuskan insiden rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menerusi panel dianggotai lima hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara memutuskan kerajaan negeri tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.

Keputusan mahkamah itu turut menyebut Enakmen Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Prai 2012) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2012 bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang diluluskan Parlimen.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata DAP menggunakan elemen politik dan cuba memesongkan pandangan masyarakat daripada isu sebenarnya bahawa kononnya mereka cuba memberi kuasa demokrasi kepada rakyat melalui pilihan raya PBT.

“Tiada peruntukan untuk menjalankan pilihan raya itu, malahan Suruhanjaya Pilihan Raya juga tidak layak dan tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikannya. Apa sahaja tindakan mana-mana pihak berkuasa mestilah tidak melebihi kuasa yang diberikan atau berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam konteks ini, pilihan raya yang dibenarkan melalui punca kuasa terbesar di Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) ialah pilihan raya untuk parlimen iaitu memilih penggubal undang-undang di peringkat parlimen dan juga peringkat dewan undangan negeri,” katanya.

1 comment:

IBU HAYATI said...

Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

Post a Comment