Friday, 27 March 2015

Kemalangan & Kesesakan Lalu Lintas di #NKVE Bukti #Selangor Perlukan #DASH @azminali @PetraJayaMP




Lebuhraya NKVE menjadi saksi satu lagi kemalangan maut apabila 3 nyawa melayang sekaligus pagi semalam. Kereta yang dipandu seorang lelaki Cina telah melanggar sebuah Viva dan sebuah lori sampah 10 tan. Walaupun pepatah malang tidak berbau itu ada benarnya tapi kemalangan demi kemalangan serta kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kemalangan sangat menyukarkan pengguna untuk bergerak ke destinasi yang dituju pada masa yang dirancang. Bayangkan jika sesuatu kemalangan berlaku di waktu rush hour sama ada pagi ataupun petang setelah pulang bekerja, sudah tentu banyak masa yang dibazirkan di jalan raya sehingga mengekang produktiviti.

Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor seharusnya proaktif untuk menyelesaikan masalah serta aduan rakyat. Tapi mengapakah beliau sangat selektif dalam pembinaan dan pembatalan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyatnya? Janganlah hanya kerana mahu ambil hati sesetengah orang, Azmin sanggup mengenepikan majoriti rakyat yang redha dengan pelantikan beliau menggantikan Khalid? Kita semua tahu akan pembatalan projek Kidex dan kini Azmin juga dalam perancangan untuk membatalkan pembinaan lebuh raya DASH juga. Bukankah lebih afdal jika kedua-dua lebuh raya ini diteruskan? Jika berlaku sebarang kemalangan seperti kemalangan di NKVE ini, pengguna boleh menggunakan laluan DASH untuk sampai ke destinasi. Akan tetapi, dengan pembatalan lebuh raya ini, pengguna akan terus menerus menghadap kesesakan demi kesesakan disebabkan oleh MB yang berfikiran singkat dan selfish untuk kepentingan politik beliau sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua sudah tentu mahu menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi, jika sesuatu perkara yang simple seperti pengurangan kesesakan jalan raya pun tidak boleh diatasi, bagaimana pula dengan perkara lain yang lebih penting? Kami mahu DASH diteruskan demi kemaslahatan kita semua. Azmin diminta untuk dengar luahan rakyat sebelum beliau diangkat sebagai Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Selangor.

No comments:

Post a Comment