Sunday, 17 May 2015

#KekalTRX Bahagian 2:Tabung Haji Mangsa Keadaan! @azeezputera @NajibRazak


Tanah di TRX itu milik 1MDB. Ianya memang tanah yang bernilai tinggi. Banyak pihak dalam dan luar negara berebut-rebut mahu membelinya.

Jika tanah itu dimajukan oleh Tabung Haji Properties pun sudah tentu boleh. Why not? Cabang bisnes Tabung Haji itu (THP) mampu melakukannya! Kita boleh bayangkan keuntungan yang akan diterima oleh Tabung Haji Properties dan seterusnya dinikmati oleh pendeposit TH secara berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Persoalannya, kenapa rakyat marah? Pertama, rakyat marah kerana Prinsip tanah kerajaan dijual oleh 1MDB dengan harga yang mahal. 

Ramai orang tidak tahu, asalnya tanah itu nak buat Pusat perniagaan untuk Bumiputera. Perdana Menteri bersetuju cadangan asal itu, untuk membantu Bumiputera menikmati juga perniagaan di tanah bernilai tinggi itu. 

Perdana Menteri memang sangat menghormati dan memberi kepercayaan kepada pasukan kerjanya. Tetapi awas, jika berlaku'wrong doing', Perdana Menteri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Sebab itu kena tunggu laporan Ketua Akauntan Negara supaya berlaku adil kepada semua pihak juga. 

Kedua, jika diperhati semula pandangan rakyat, tak ramai yang mempersoalkan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Cuma dari segi prinsip conflict of interest sahaja yang dipersoalkan. Kerana mereka ada dalam dua-dua board TH dan 1MDB. Itu rakyat persoalkan. 

Ini pengajaran kepada semua pihak supaya jangan pandang ringan isu conflict of interest dalam apa-apa urusan melibatkan kerajaan-rakyat. Barangkali anda mempunyai niat yang baik tetapi conflict of interest menjadikan anda kelihatan tidak baik!

Kalau orang main saham seperti inside trader, bukan soal keputusan mereka mahu melabur atas tanah TRX. Apa yang berlaku sebenarnya, akibat tahu mereka tidak ada pilihan, maka semua membalun Board TH dan THP. Hakikatnya mereka marah kepada 1MDB kerana menjual mahal benda yang mereka dapat murah dengan harga yang mahal. Soal 1MDB mahu dapat untung, itu isu 1MDB, isunya TH jadi mangsa keadaan. 

Kesimpulannya, TH sebenarnya menjadi mangsa keadaan! Rakyat masih percayakan Tabung Haji, sebab itu sehingga sekarang tidak ada laporan polis wang pendeposit TH hilang atau berkurangan! 

Malah bertambah ada ..

No comments:

Post a Comment