Sunday, 17 May 2015

#KekalTRX Bahagian 4 #TabungHaji Zaman Tun Mahathir Dan Kisah Di Sebalik Tanah #KLCC Milik Ananda @NajibRazak @azeezputera


Saya ingin memberitahu anda beberapa perkara dalam isu Tabung Haji Properties berkenaan tanah di TRX itu. Saya melihat terlalu banyak syak wasangka dan hati busuk di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Pihak THP sudah menilai tanah itu sejak sebelum Jho Low lagi kerana THP mahu menjadi sebahagian darpada pelabur-pelabur yang menikmati keuntungan di dalam pelaburan tanah palig berprestij itu. Pelaburan itu sudah tentulah sangat besar kerana kita mahukan keuntungan yang besar juga.

Sebenarnya, tanah itu relatifnya masih murah berbanding dengan urusniaga tanah di kawasan segitiga emas itu. Kami yakin kami akan membuat keuntungan jika tanah itu dipertahankan dan dijual pada masa yang sesuai, bukannya sekarang! Bukalah mata kamu seluas-luasnya:-

1. MRCB membeli tanah Kedutaan Jerman berdekatan TRX pada harga RM3,188 setiap kaki persegi. 

2. Tanah Kedutaan Perancis ditaksirkan pada RM3,190 setiap kaki persegi. 

3. Hotel Four Seasons di antara KLCC dan Wisma Sentral pada harga RM3,300 kaki persegi. 

4. Sebidang tanah di Jalan Conlay berdepan Bangunan Seri Melayu pada harga RM3,299 kaki persegi.

Dahulu,  Dr Mahathir beri tanah pada harga sangat murah kepada Ananda dan Ananda menjual tanah itu kepada Petronas dengan harga pasaran pula!

Bersambung...siapa sebenarnya tidak profesional, selepas ini...

Kami mahu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam! Kamu sepatutnya bersama kami ! Bukannya Mat Sabu atau Mahfuz yang bising untuk menang pilihanraya PAS bulan depan! Dan bukannya bersama Cina-Cina DAP yang sedang menganga mulut mereka untuk merampas tanah itu!

Sumber

1 comment:

Anonymous said...

Mahathir Bapa Perasuah Negara. Tapi berani menuding jari ke arah orang lain. Sebenarnya masa pemerintahannya dialah yang paling banyak melakukan rasuah dan salah guna kuasa mengalahkan pemimpin2 dari Nigeria. Sudahlah Mahathir bertaubatlah. Nasihatilah anak2 mu yang telah terpesong seperti Marina penyokong LBGTdan Mirzan yang mempunyai share (secara tidak langsung) di dalam Carlberg. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Tapi manusia masih sombong, bongkak, ego dan laparkan kuasa.

Post a Comment