Monday, 18 May 2015

#KekalTRX Mohon PM @NajibRazak Serah Urusan Tanah #TRX Pada #TabungHaji @azeezputera


Sejak dua menjak isu Tabung Haji ni meletus, kita dapat lihat betapa gembiranya kaum DAPigs dan sewaktu dengannya yang memang ternanti-nanti untuk menganggu bisnes serta ekonomi orang Melayu Islam di negara kita ni. Ini kerana apa-apa yang menganggu pertumbuhan ekonomi mereka (padahal mereka ni jadi kaya pun kerana sifat keterbukaan kerajaan!) sudah tentu harus ditentang. Tapi kalau tentang secara terang-terangan akan kantoilah niat jahat mereka. Lebih baik buat secara halus, cucuk jarum sedikit demi sedikit yang penting berjaya.

Kita pula sebagai orang Melayu Islam haruslah sedarkan kebanyaka orang kita ni yang dengki dan busuk hati. Bila kita tanya apa salah Tabung Haji beli tanah di Tun Razak Exchange yang akan mencatat keuntungan berlipat ganda kepada pendeposit, ada yang mahu tentang pula!Mengapa nak tentang?Adakah Tabung Haji menggunakan duit pendeposit? Adakah anda lihat baki simpanan dalam akaun menjadi semakin sedikit? Adakah bonus yang pendeposit dapat semakin kurang saban tahun?

Kita harus tahu nak majukan ekonomi orang Melayu ni kita haruslah bersaing dengan cara yang betul. Apabila Tabung Haji membeli satu plot tanah yang akan dibangunkan apartment 40 tingkat di Tun Razak Exchange yang bernilai RM 194 juta pada harga RM 188.5 juta, kita seharusnya menyokong usaha ini kerana dalam jangka masa 5 tahun lagi, pelaburan tersebut bakal menguntungkan pendeposit. Janganlah kita kecam pembelian tersebut dengan andaian yang tak masuk akal. 



Kalau benarlah pembelian tanah di TRX itu merugikan pendeposit di Tabung Haji, mengapakah beberapa hari lepas sebuah syarikat bertaraf empayar dari Indonesia iaitu Mulia Group dengan tergesa-gesanya membeli plot tanah di sebelah plot yang dibeli Tabung Haji dengan bayaran yang lebih mahal dari nilaian tanah? (nilaian tanah RM577 juta manakala Mulia membeli tanah tersebut pada harga RM665 juta). 

Di sini kita seharusnya merayu kepada semua rakyat untuk menggesa Tabung Haji untuk tidak menjual tanah itu dan tidak tunduk kepada serangan orang-orang yang mahu menganggu ekonomi Melayu Islam. Kita sudah patut boleh membaca segala strategi dan pelan untuk menjatuhkan orang Melayu dengan adanya teknologi media sosial dan internet. Bukannya menggunakan medium tersebut untuk menjatuhkan bangsa sendiri, walaupun sudah beratus-ratus tahun kita hidup dengan kenyataan bahawa orang Melayu ini kaya dengan perangai hasad dengkinya. 

No comments:

Post a Comment