Wednesday, 20 May 2015

PENGUNDI DAH MULA COP NURUL IZZAH SEBAGAI NATO @drwanazizah @n_izzah #PKR


Memang dah jadi lumrah kepada Ahli Parlimen pembangkang yang hanya akan bercakap tanpa ada apa apa tindakan.

Seperti juga Nurul Izzah yang bercerita sana sini tentang segala bagai tapi akhirnya di kawasan sendiri pun tak terjaga dan boleh dikatakan tiada apa perubahan berlaku di kawasan Lembah Pantai hingga membuatkan rakyat mula memperkatakan bahawa beliau hanya 'NO ACTION TALK ONLY' (NATO)'.

Bukan hanya kali ni, tapi dah berkali kali rakyat di kawasan Lembah Pantai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila kebajikan mereka terabai selama ahli parlimen tersebut menjadi wakil rakyat.

Tapi kalau kita lihat dalam parlimen, berdegar degar si Nurul Izzah mengeluarkan hujah namun hujahnya hanya berkisar tentang keluarga terutama ayahnya si Anwar Ibrahim.

Apakah Nurul Izzah hanya menjadi wakil kepada keluarga 69 dan bukan wakil kepada rakyat yang mahukan nasib mereka terbela selama ni?

Kepada rakyat Lembah Pantai dan mana mana kawasan yang di wakili oleh pembangkang, ini adalah harga yang perlu dibayar dengan setiap kertas undi yang di pangkah atas parti mereka.

1 comment:

Kollen Migiu said...

bersama membina masa depan yang kabur dgn pkr hoooyaaa

Post a Comment