Saturday, 16 May 2015

#TabungHaji #KekalTRX Analogi Yang Lebih Mudah Buat Macai Pakatan @azeezputera @NajibRazak



Saya ada satu cerita. Saya dah beli tanah dari seorang Pakcik pada 3 tahun lepas. Saya tak pernah pula tanya berapa harga tanah yang pakcik tu beli dulu. Yang saya tahu dia jual kat saya harga RM 188 juta. Sebab tu lah market price nya. Saya beli sendiri tak pakai orang tengah pun.

Saya ada juga check dengan penilai harga tanah yang pakcik tu nak jual dan memang sah itu harganya. Masa nak beli, pakcik tu kata dia nak saya bayar tunai. Boleh bayar 10% dulu nanti dah settle semunya saya kena bayar baki 90%. Saya periksa akaun saya memang cukup kalau nak bayar cash. Tak perlu buat loan nanti kena bayar faedah.

Bagus tanah tu, kawasan strategic . saya ingat nanti nak majukan buat kawasan perumahan supaya dapat keuntungan. Tak lama pun, saya jangka dalam 3 tahun sahaja sementara nak siap projek saya dapat modal balik. Ikut keadaan semasa, dan analisis risiko, takde lagi berlaku kejatuhan harga atau kerugian

Selesai sahaja pembelian tiba-tiba ada sekumpulan manusia datang pada saya marah-marah kepada saya mempersoalkan kenapa saya beli tanah itu. Saya pun hairan sebab mereka tidak tinggal disitu dan mereka bukan pemilik tanah tersebut. Saya beli tanah itu dengan sah mengikut undang-undang. Kumpulan ini amat memarahi saya sehingga saya difitnah dan dihina dengan pelbagai cara.

Saya pun bertanya kepada mereka sebab mereka memarahi saya ekoran tindakan saya membeli tanah tersebut dan mereka pun memberi hujah mereka sendiri sebagai justifikasi kenapa saya tidak patut beli tanah tersebut. Hujah mereka adalah

- tuan tanah dulu tu jual dengan harga yang mahal sebab masa zaman merdeka dulu harga tanah tu murah saja

- tuan tanah tu dulu ada bela saka dulu

- tuan tanah dulu tu pernah beli kereta mewah

- tuan tanah tu dulu pernah lempang bini dia

- tuan tanah tu pernah kawin 3 lepas tu tambah lagi Satu

- tuan tanah tu pakai iphone 6 padahal ramai yang pakai android

SOALAN SAYA. SALAHKAH SAYA MEMBELI TANAH TERSEBUT?


No comments:

Post a Comment