Friday, 15 May 2015

#TRXKekal #TabungHaji: Latah Orang Melayu Yang Rugikan Bangsa Sendiri @NajibRazak @azeezputera


Kalau anda semua perasan, percaturan mereka-mereka yang ingin melihat kejatuhan orang Melayu Islam di Malaysia ini semakin hari semakin menjadi. Mereka tidak perlu menggerakkan orang mereka sendiri kerana hanya dengan sedikit cuitan, kebanyakan orang Melayu akan melatah bagai ayam yang bertelur. Jika dulu mereka giat mencabar Agama, Akta dan Perlembagaan yang melindungi orang Melayu Islam, kini golongan ini mula mencabar ekonomi orang Melayu Islam pula.

Kehadiran satu blog dengan satu artikel yang mempamerkan kertas cadangan (bukan kertas perjanjian pembelian pun!) tentang cadangan pembelian tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange di tengah-tengah kawasan segitiga emas Kuala Lumpur membuat orang Melayu menggelupur bagai cacing kepanasan bila mana mereka sendiri tidak faham akan fakta-fakta sebenar berkenaan kes itu. Sudahlah tidak faham, ada yang dengan penuh kebodohannya telah berpakat mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji sebagai tanda protes! Protes-protes pun, takkanlah mereka tidak tahu dengan mengeluarkan duit dan menutup akaun mereka akan hanya membantutkan niat mereka untuk ke Tanah Suci?


Apabila fitnah mula berleluasa, Tabung Haji dikecam bukan setakat di bahagian pengurusan tertinggi sahaja, malah kesemua staff mereka dihina sehingga ada yang dimarahi kaum keluarga sendiri kerana bekerja dengan Syaitan! Lihatlah sendiri bagaimana satu fitnah kecil yang didalangi oleh mereka yang mahu melihat Melayu Islam berpecah belah telah menyebabkan perpecahan dalam umat Islam keseluruhannya? Dan sekarang, apakah fakta bahawa kini sudah ada pembeli yang berminat untuk membeli dari Tabung Haji pada harga yang lebih mahal dari yang dibeli tidak membuktikan bahawa tanah yang dibeli Tabung Haji sememangnya boleh menjamin keuntungan yang tinggi seterusnya membawa bonus dan dividen yang tinggi buat pendeposit?



Latah orang Melayu dan emosionalnya mereka sememangnya sangat menyedihkan kerana tembok penguasaan Melayu semakin hari semakin rapuh, dan yang menyebabkan kerapuhan itu tidak lain tidak bukan dari orang Melayu sendiri. Mereka berlagak Islamik dan menghukum orang lain tidak sehebat mereka, tapi kalau anda baca komen-komen di page Tabung Haji yang penuh dengan cacian dan makian, anda hanya mampu beristighfar melihat telatah orang yang bajet Islamik ini.

No comments:

Post a Comment