Friday, 15 May 2015

#TRXKekal #TabungHaji @NajibRazak @azeezputera Kronologi Kes Tabung Haji Yang Akan Buat Orang Melayu Rasa Mereka Bodoh!



Fakta Tabung Haji

Konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan kontrak simpanan yang dibuat di antara pemilik (pendeposit) barang (wang) di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Sebagaimana yang telah termeterai di dalam aqad di antara pendeposit dan TH, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menguruskan wang mereka bagi apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Syariah. Sebagai kesan daripada kebenaran yang diberikan, TH akan menjamin nilai pokok wang yang diletakkan di bawah jagaannya. Maksudnya, nilai simpanan akan kekal pada nilai yang anda simpan, tidak akan berlaku pengurangan simpanan kerana simpanan Tabung Haji anda turut dilindungi PIDM. 

Tabung Haji mempunyai panel khas bagi memastikan setiap pelaburan yang dilaksanakan mematuhi Syariah dan setiap transaksi yang dibuat halal lagi berlandaskan konsep Islam.

Kronologi Kes Pembelian Tanah Tabung Haji

5 Mei 2015 - Blog The Benchmark telah menerbitkan artikel tentang pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempamerkan kertas cadangan pembelian tanah di satu plot B.10.15-RT untuk pembinaan bangunan apartment setinggi 40 tingkat. Penilaian tanah yang telah dibuat mengunjurkan nilai sebanyak RM194 juta. Sebuah lagi plot tanah bersebelahan untuk pembinaan kompleks beli belah telah turut dinilai pada harga RM578 juta. Jika cadangan dipersetujui, jumlah pembelian tanah akan menjadi RM772 juta. 

Fakta pertama :Tabung Haji hanya membeli 1 plot tanah B.10.15-RT (untuk pembinaan apartment 40 tingkat) pada harga RM188.5 juta. 

6 Mei 2015 - Pengerusi Tabung Haji Datuk Azeez Rahim telah menafikan pembelian tanah pada harga RM772 juta. Tabung Haji hanya membeli plot tanah berharga RM188.5 juta yang dinilai pada RM194 juta. 

7 Mei 2015 - Tabung Haji memfailkan laporan polis berhubung sebarang maklumat dokumen kertas cadangan pembelian tanah di TRX di sebuah blog The Benchmark.

8 Mei 2015 - PAS Selangor menghasut pendeposit untuk menutup akaun dan mengeluarkan wang dari Tabung Haji sebagai tanda protes. Protes tidak mendapat sambutan,lebih-lebih lagi setelah PAS Pusat menasihati pengikutnya untuk mengeluarkan wang mereka.

9 Mei 2015 - Setelah ditimbang dan bagi mengelakkan dari fitnah berleluasa (ada juga staff Tabung Haji yang dikecam keluarga sendiri kerana "bersekongkol dengan 'syaitan'"), Tabung Haji menimbang untuk menjual semula plot tanah yang dibeli. Difahamkan Tabung Haji telah didatangi 3 entiti yang berminat untuk membeli plot tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi dari yang dibeli Tabung Haji.

14 Mei 2015 - Plot bersebelahan yang dibeli Tabung Haji, yang bernilai RM578 juta setelah dinilai, telah dibeli oleh Mulia Group dari Indonesia pada harga RM665 juta, nilai yang jauh lebih tinggi pada jangka masa yang singkat.

Kesimpulan

Masih ramai lagi orang Melayu Islam yang senang diperbodohkan oleh mereka yang berkepentingan untuk menjatuhkan dan melumpuhkan ekonomi serta peradaban Melayu Islam di negara ini. Kita dapat lihat bagaimana golongan ini tidak perlu menggerakkan orang mereka kerana Melayu Islam sendiri berpecah belah dan bersangka buruk. Kes Tabung Haji ini dapat memperlihatkan dengan lebih jelas bagaimana Tabung Haji kerugian untuk meningkatkan pelaburan mereka dalam bidang hartanah. Plot tanah yang dibeli Tabung Haji dijangkakan akan mempunyai nilai yang 4 kali ganda lebih tinggi dalam masa 5 tahun yang akan datang. Lihat sahaja hartanah di KLCC dan juga Putrajaya yang dahulunya pernah dipertikaikan dan kini mereka yang mempertikaikan pembinaan KLCC dan Putrajaya hanya mampu menggigit lidah dan hidup penuh ke'malu'an. 

1 comment:

Anonymous said...

Tanah dah hilang,duit dapat balik dgn keuntungan.syukur.kpd pengurusan TH,bersabarlah.buat aja tugas yg beri faedah.

Post a Comment