Monday, 1 June 2015

@limkitsiang SERU DEWAN RAKYAT PERLU 1/3 WAKIL #SABAH DAN #SARAWAK, TAPI WAKIL PARLIMEN #DAP, KENAPA 90% CINA?



Lim Kit Siang berusaha keras untuk membantu DAP Sarawak merampas Sarawak daripada pentadbiran Bumiputera. Kononnya bijak, dia cuba buat serampang dua mata. Satu untuk Pilihanraya Negeri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dan satu lagi untuk PRU-14 yang pasti akan lebih sengit berbanding PRU-13 di mana PAS jikalau terus berada di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang, akan menghilangkan kuasa DAP ke atas parti berjenama Islam itu.

Individu yang tidak pernah mengaku bertanggungjawab untuk TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969 itu mengungkit kononnya jumlah kerusi Parlimen sekarang untuk Sabah dan Sarawak tidak menghormati semangat Perjanjian Malaysia. Sepatutnya kata Guan Eng, Sabah dan Sarawak mempunyai 74 kerusi Parlimen di Parlimen Malaysia iaitu satu pertiga daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Sabah dan Sarawak sekarang ini memiliki 57 kerusi Parlimen sahaja.

Bagi yang BUTA PERUT dan SINGKAT AKAL, tohmahan dan hasutan yang dibuat oleh Lim Kit Siang itu, pasti akan diterima bulat-bulat. Malah Lim Kit Siang sendiri akan diangkat sebagai PEJUANG MALAYSIA yang tulen!

Suruhanjaya Pilihanraya sedang melakukan PERSEMPADANAN SEMULA di Sarawak. Malangnya, persempadanan semula yang melibatkan 11 kerusi DUN baru - belum pun kerusi Parlimen baru - telah ditentang keras oleh DAP dan PKR. Malahan DAP dan PKR bersegera membawa kes persempadanan semula itu ke mahkamah yang kemudiannya dimenangi oleh mereka.

SPR bagaimanapun menyatakan akan membuat rayuan di peringkat lebih tinggi iaitu Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi keputusan yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan Pakatan menghalang persempadanan semula di beberapa DUN baharu di Sarawak.

Kenapa agaknya Lim Kit Siang tidak menyebut langsung tidak perkara ini? Tentang tentangan mereka bagi persempadanan semula, sekaligus menambahkan kerusi DUN dan Parlimen Sarawak serta Sarawak yang sedang dijalankan oleh SPR? Mengapa pertambahan kerusi-kerusi DUN dan Parlimen baharu segera ditanggapi oleh DAP-PKR sebagai cara untuk memenangkan Barisan Nasional dan UMNO, padahal Lim Kit Siang sendiri mahukan pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak di Parlimen Malaysia?

Cakap berbolak-balik! Menipu sepanjang masa! Dan belitnya, kalah pemborong yang akan terus menipu untuk mendapatkan bekalan mentah pada harga yang sangat rendah tetapi menjualnya pada harga yang sangat tinggi sambil memberi alasan, kerajaan punya angkara menyebabkan harga barangan meningkat!!!

Lim Kit Siang mempersoalkan jumlah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat... kenapa tak persoalkan, BERAPA BANYAK KERUSI UNTUK BUMIPUTERA SABAH SARAWAK dalam DAP? Mengapa wakil-wakilnya semua CINA? Kenapa dalam satu keadaan, DAP dengan penuh bangga menyatakan mereka tidak rasis tetapi dalam mempraktikkannya, jelas sekali DAP adalah BAPA SEGALA RASIS?

Di Sarawak dan Sabah, berapa DUN dan Parlimen yang dikuasai oleh DAP diduduki oleh Bumiputera sedangkan DAP mendabik dada kononnya mereka pelbagai bangsa dan agama? Adakah pelbagai bangsa dan agama itu bermaksud, suku-suku dalam Cina dan agama-agama yang dianuti oleh suku-suku Cina dalam DAP?

1 comment:

IBU PUSPITA said...


Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment