Thursday, 25 June 2015

@tm_insider #CLAIRE BROWN & #SARAWAKREPORT TERKEJUT DENGAN PENANGKAPAN JUSTO? #1MDB @NajibRazak



Beberapa keraguan ditimbulkan bagi membuktikan Xavier Justo adalah 'KAMBING HITAM" yang sebenarnya adalah PEMBERI MAKLUMAT.

Namun, beberapa perkara juga perlu diambil perhatian, terutama selepas Claire Brown, editor The Sarawak Report, sangat kelam-kabut dengan surat terbukanya untuk membela Xavier Justo.

(1) Sarawak Report berkata mereka mempunyai 3 JUTA E-MEL dari PetroSaudi?

Betul atau tidak? 3 juta? Sebesar manakah PetroSaudi dan berapa ramaikah kakitangannya? Bukankah The Sarawak Report sendiri yang menyatakan PetroSaudi hanyalah sebuah syarikat cengkerang yang tiada apa-apa di dalamnya dan tidak dioperasikan, bahkan tdak dimiliki oleh keluarga diraja Saud?

- Daripada 3 juta e-mel ini, berapa banyakkah yang telah disiarkan? Hanya sebahagian kecil. Apa yang berlaku pada baki e-mel tersebut?

- Mengapa tidak disiarkan lebih banyak e-mel bagi membolehkan pembaca memahaminya?

(2) PetroSaudi International menerusi laman sesawang rasmi mereka telah mengesahkan penahanan Justo dan memohon maaf kepada Malaysia.

- Dengan keadaan itu, The Edge yang kerap menuduh bahawa PetroSaudi Syechelles dan 1MDB-PetroSaudi hanyalah syarikat-syarikat 'kosong' yang didaftarkan di Seychelles dan BVI tidak mempunyai kaitan langsung dengan PetroSaudi di Riyadh, adalah PEMBOHONG BESAR. Justeru The Edge seharsnya memohon maaf.

(3) The Sarawak Report menuduh Polis Thailand korupsi dan menipu.

- Tiada sebarang pembaharuan di sini. Sarawak Report akan menggelarkan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka sebagai perasuah. Bagaimanapun, Thailand bukannya berada di Sarawak atau sebaliknya.

(4) Sarawak Report menyalurkan maklumat kepada Pihak Berkuasa Switzerland dan meminta mereka untuk menyiasat PetroSaudi kerana penyelewengan.

- Ketika pendakwaraya memberikan respons yang mereka menyatakan bukti-bukti yang diberikan tidak mencukupi untuk memulakan enkuiri lantas daripada ribuan e-mel yang tidak diterima sebagai bukti, sekarang sudah ada tiga juta e-mel yang memperincikan jenayah di mana PetroSaudi International adalah pelakunya?

- Maksudnya, beberapa ribu e-mel dahulu tidak mencukupi sebagai bukti untuk polis Switzerland memulakan siasatan dan secara tiba-tiba The Sarawak Report ada 3 juta e-mel pula?

(5) The Sarawak Report memberitahu, 'hanya dalam tempoh beberapa hari lepas, Menteri Kewangan Kedua Malaysia secara terbuka memberitahu New York Times, antara lain, Good Star adalah anak syarikat PetroSaudi.' Perkara tersebut disahkan oleh PetroSaudi.

- Niat jahat The Sarawak Report terserlah dalam kenyataan ini. Adakah dengan memindahkan operasi kepada anak syarikat yang dimiliki 100% oleh PetroSaudi dianggap sebagai menyelewengkan wang?

(6) Ini yang paling menarik dan sedang dikembangluaskan serta disebarkan oleh media pro-Pakatan. Eksekutif tersebut telah dibayar RM15 juta untuk meninggalkan syarikat dan menafikan pemerasanugut ke atas syarikat tersebut bagi mendapatkan RM10 juta.

- Menarik! Dibayar RM15 juta untuk meninggalkan syarikat kerana dia 'berkelakuan bertentangan dengan undang-undang dan peraturan syarikat'?

- Pada kebiasaannya, kakitangan yang 'berkelakuan bertentangan dengan peraturan dan undang-undang syarikat' akan dipecat, malahan didakwa, bukannya dibayar jutaan ringgit untuk meninggalkansyarikat.

- Menafikan perbuatan memerasugut? Betul ke? Jadi, mengapa pula PetroSaudi membuat laporan polis di London dan Saudi serta mendapatkan bantuan Interpol untuk memburu individu ini sehinggalah ke Thailand sebelum dapat memberkasnya?

Nampak sangat dunia Claire Brown (dan puak pentohmah/penfitnah dan The Edge) sedang runtuh menimpa mereka sendiri apabila bukti mula muncul untuk menunjukkan mereka sebenarnya adalah penipu dan pembohong besar!

1 comment:

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE


Post a Comment