Friday, 17 July 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Alhamdulillah Selesai sudah kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan selama sebulan pada tahun ini. Syukur kepada Allah S.W.T kerana kita berpeluang menyambut hari kemenangan bagi umat Islam hari ini 1 Syawal 1436H bersamaan 17 JULAI 2015. Di kesempatan ini JejariKami ingin memohon ampun dan maaf kepada seluruh umat Islam di samping ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. 

Dalam keghairahan untuk menyambut lebaran esok hari, janganlah kita lupa dan alpa kepada golongan yang kurang berkemampuan. Berayalah secara berserdehana dan tidak berlebih-lebihan. Kepada yang mahu pulang ke kampong halaman pada mala mini atau yang dalam perjalanan, pandulah kereta secara berhati-hati dan berhemah. Jangan lah memandu mengikut hati dan perasaan. Semoga semuanya selamat sampai.

Kepada yang bersengketa sesama sendiri, sama-samalah kita saling bermaafan antara satu sama lain. Dan kepada yang telah lama tidak pulang ke kampong halaman, inilah masanya untuk anda semua pulang ke kampung bersama-sama meraikan hari bahagia bersama keluarga tersayang terutamanya kedua ibu bapa.

Tak lupa juga sama-samalah kita mendoakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik. 



Salam Lebaran dari,
JejariKami

No comments:

Post a Comment