Saturday, 29 August 2015

ADAKAH SP SETIA, ANAK SYARIKAT PERMODALAN NASIONAL BERHAD MENYOKONG BERSIH 4.0?



BERSIH 4.0 sama seperti BERSIH-BERSIH yang lain mendapat sokongan dari bentuk kewangan, tajaan dan sebagainya daripada banyak agensi terutama sekali rangkaian kuasa kapitalis yang sebelum ini banyak mendapat kemudahan daripada kerajaan yang kini mereka mahu gulingkan

Dan apa paling menarik perhatiannya hari ini, empat buah kenderaan 4x4 milik SP Setia, sebuah syarikat pembinaan yang banyak mendapat kontrak daripada kerajaan, berada di bawah Permodalan Nasional Berhad. PNB mempunyai pegangan sebanyak 51.1% dalam SP Setia sebelum dibida oleh Sime Darb, sebuah lagi anak syarikat di bawah PNB.



Dalam demonstrasi BERSIH 4.0, para pelapor dari lokasi memberitahu kewujudan empat buah kenderaan pacuan empat roda 4x4 milik SP Setia yang digunakan untuk kemudahan acara tersebut. Menyedari gambar keempat-empat kenderaan tersebut telah dirakam, ada pihak yang telah mencabut sticker dan membuang plat nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, mereka terlupa dengan road-tax pada kenderaan tersebut yang gagal disembunyikan!

Nampaknya ada GLC yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BERSIH 4.0!

Apa tindakan selanjutnya?

1 comment:

Anonymous said...

Mestilah mereka ikut pemberi dedak. Jenis sama-sama patuk dedak tentulah sokong menyokong.

Post a Comment