Friday, 28 August 2015

#Bersih4 Tambah Tuntutan Untuk Bebaskan Anwar & Ambil Alih Kerajaan #BN?



Parti pembangkang telah bersiap-sedia untuk mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negara selepas berjaya melumpuhkan kerajaan Malaysia pada 29 dan 30 Ogos ini melalui demonstasi jalanan Bersih 4.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam satu kenyataan bersama berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh parti-parti pembangkang terbabit dalam satu mesyuarat di Parlimen pada 26 Ogos lalu.

“Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR dan GHB mengadakan mesyuarat dan memutuskan bersedia berbincang mengenai cadangan-cadangan dari Ahli-ahli Parlimen BN untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baharu.

“Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Teo Kok Seong daripada DAP; Rafizi Ramli, Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S.Manikavasagam (PKR) dan Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta Ramli serta Khalid Samad (GHB).

Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Anwar untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara. Di manakah letaknya non-partisan NGO bernama Bersih jika mereka menyokong tindakan dan perilaku dari parti-parti politik seperti DAP dan PKR?

No comments:

Post a Comment