Wednesday, 16 September 2015

Kumpulan Otai Reformis & Anti Penyatuan Melayu Sabotaj Himpunan Rakyat Bersatu?


Disebabkan kehadiran yang sungguh memberangsangkan dari rakyat Malaysia yang Melayu dan juga yang cintakan keamanan, media dari pembangkang terpaksa berhempas pulas untuk mencipta 'kontroversi' bagi menampakkan keburukan perhimpunan yang menjana kehadiran lebih dari 50,000 orang. Semua peserta yang menghadiri perhimpunan aman ini telah diberi taklimat untuk ke Padang Merbok dari semua checkpoint dan juga untuk bersurai pada jam 6.00 petang.



Maka tindakan sabotaj ini tentulah akan dispin dan diguna pakai sebaiknya oleh pihak media pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan juga Malay Mail Online. Berita tentang kehadiran berpuluh ribu orang disenyapkan oleh media mereka. Yang disensasikan hanyalah berita sabotaj geng yang diketahui ditaja oleh pembangkang untuk memburukkan perhimpunan ini.

Alhamdulilah, kebenaran sentiasa di pihak mereka yang berkata benar apabila screenshot Whatsapp memaparkan kehadiran geng PKR bersama-sama peserta perhimpunan ini. Kami pasti lebih banyak kemungkaran akan terbongkar dari pendedahan ini. Sama-sama kita tunggu.

2 comments:

Anonymous said...

Tula..sapa soh p berhimpun...kan dah terdedah pada fitnah dan penganiyaan..( jika benar)...nak tunjuk sgt ketuanan melayu...kuasaila ekonomi dlu..belajar bg pandai...yg bapak2 n mak2...didik anak2 spy ngaji pandai2...yg atuk2 n nenek2...patutnya hasilnya generasi yg boleh dibanggakan negara..nie p berhimpundapat apa??? Dapat t shirt merah pree n duit rm50 jalaaa...n makan angin kat kl...

Anonymous said...

bodoooo...la hang ni...p himpun tu satu dari cabang bagaimana kita nak lawan ekonomi mrk...buat satu jaringan dimana diwujudkan kumpulan2 kecil yg boleh dipakai dan digunakan kebolehan mrk. kita mula dr bawah...

Post a Comment