Monday, 28 September 2015

Lawatan Petaling Street:DAP Batu Api Menghasut Duta China ke Malaysia?



Kedutaan China di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berhubung 'campurtangan' dan 'kata dua' Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang, yang membuat lawatan ke Petaling Street. Kenyataannya kemudiannya telah diputarbelit oleh puak DAP bagi menggambarkan yang China mahu melakukan campurtangan dan seterusnya mengancam Malaysia sekiranya ada usaha-usaha mengancam 'rakyat China' yang tinggal di Malaysia.


'Rakyat China' yang tinggal di Malaysia dengan Rakyat Malaysia berbangsa Cina adalah dua entiti yang berbeza sama sekali.

Bagaimanapun, Ronnie Liu dalam kenyataan pendeknya, secara tidak langsung cuba memberikan gambaran bahawa rakyat Malaysia berketurunan Cina adalah 'rakyat China yang tinggal di Malaysia. Sekaligus tertakluk di bawah tindakan yang bakal diambil oleh Negara China ke atas Malaysia.

Gambaran kononnya China akan campurtangan urusan dan halehwal Malaysia, sebenarnya mengundang lebih banyak persepsi dan tanggapan negatif kepada masyarakat Cina di Malaysia sendiri, terutama dalam keadaan masakini pasca BERSIH 4.0 dan Himpunan Baju Merah.

Apa sebenarnya yang dikehendaki oleh Ronnie Liu yang merupakan ketua Otai Reformasi yang kononnya menyediakan 2000 orang pejuang barisan hadapan untuk menghalang Himpunan Baju Merah daripada memasuki Petaling Street pada 16 September lalu?

Dengan sistem propaganda DAP yang cekap dan berkesan, terutama yang menggunakan Bahasa Cina, sudah pasti, kenyataan pendek dan metafora yang dikarang oleh Ronnie Liu akan diterjemahkan dalam bentuk yang berbeza sama sekali.

Maka, akan timbullah selepas ini prejudis bahawa orang Cina di Malaysia masih lagi beranggapan mereka adalah RAKYAT CHINA yang menetap di Malaysia, walaupun ramai Cina Malaysia yang bermasalah di luar negara, terutama yang menjadi tebusan di Selatan Filipina, diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia, bukannya oleh pasukan keselamatan China. Begitu juga dengan orang Cina Malaysia yang telah mengoyak pasport serta kad pengenalan Malaysia mereka untuk memperolehi kerakyatan United Kingdom, Kerajaan Malaysia jugalah yang akhirnya membenarkan untuk mereka kembali hidup di negara ini sebagai pemastautin tetap dengan tempoh masa beberapa tahun sebelum membolehkan mereka kembali memohon kembali status kewarganegaraan.

Tidak pula DAP mahu menggesa Kerajaan Negara China mengambil mereka sebagai rakyat walaupun yang cuba menjadi juara dalam isu ini adalah si manusia berwajah Rottweiler, Ng Wei Aik.

Apakah Ronnie Liu mahu orang-orang Cina di negara ini percaya bahawa Negara China adalah tanah tumpah darah mereka, lantas menyambut baik campurtangan China ke atas Malaysia?

Atau sebenarnya Ronnie Liu tidak pernah menganggap mereka sebagai warganegara tetapi sekadar rakyat China yang tinggal di Malaysia?

Sumber

No comments:

Post a Comment