Wednesday, 16 September 2015

Pesanan Khas Buat Mereka Yang Bakal Hadir Untuk Perhimpunan Rakyat Bersatu



Assalammualaikum kepada semua saudara ku dan salam sejahtera kepada sahabat yang bukan Islam. Saya pohon supaya perhimpunan yang akan diadakan pada 16 September 2015 dijadikan platform untuk membuktikan bahawa Melayu masih bersuara dan bersatu tanpa mengira siapa sokong siapa atau parti mana.

Kita orang Melayu mempunyai adap dan kesabaran yang cukup tinggi maka mari gunakan kesabaran, sikap toleransi dan perpaduan Melayu untuk berhimpun secara aman dan tanpa provokasi.


Ada pihak dari dalam atau luar perhimpunan ini akan cuba memprovokasi keadaan. Saya pohon untuk semua berjaga-jaga dan pantau mereka yang cuba memprovokasi perhimpunan ini dengan menimbulkan kekecohan dan keadaan huru hara.

Jika kita nampak atau tahu siapa mereka yang cuba mencetuskan keadaan huru hara, SILA laporkan kepada pihak berkuasa atau tahan mereka untu diserahkan kepada pihak berkuasa.

Jangan lah kita membuat perkara yang boleh menjejaskan perhimpunan awam aman ini kerana ini sahaja masa kita boleh membuktikan bahawa Melayu bukan bersikap ganas, penindas kaum, samseng dan sebagainya seperti yang diheboh-hebohkan oleh pihak subversif dan anti Melayu.

Selamat Memerahkan Kuala Lumpur Semua..!!!


No comments:

Post a Comment