Monday, 5 October 2015

MyVoc Tempuh 5000KM Untuk Curah Bakti Di Bumi Kemboja



Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) dalam perjalanan ke Kemboja bagi melaksanakan program Ziarah Qurban 2015 dari 20 September hingga 30 September 2015 sempena sambutan Hari AidilAdha Khamis sebelum sambutan Aidiladha baru-baru ini.

Myvoc dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia Sukan dan Kelab kereta 4×4 telah bergerak ke Kemboja pada 20 September yang lalu dimana ia telah dilepaskan oleh Timbalan Presiden MBM Saudara Zaidi Aziz di Tanjung Malim.

Berbekalkan kekuatan 27 Orang dan 7 buah kenderaan pacuan empat roda, Konvoi Myvoc dijangka tiba di lokasi Qurban di Kemboja pada hari yang sama setelah menempuh perjalanan yang agak jauh dan memenatkan.

Difahamkan perlbagai dugaan dan cabaran terpaksa dilalui Konvoi ini yang jaraknya sekitar 5000KM, dimana ada kenderaan yang mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah disusun selain daripada Ibadah Qorban.Peserta konvoi juga dijangka akan menjalankan aktiviti perkongsian bahasa dan budaya antara dua buah negara ini sebaik sahaja mereka tiba.

Sementara itu, ketika perlepasan konvoi MyVoc di Tanjung Malim, Timbalan Presiden MBM, Saudara Zaidi Aziz berharap para peserta menjaga nama baik negara kerana Program ini bukanlah kali pertama tetapi ia telah masuk tahun ketiga.

“Alhamdulillah program ini telah memasuki tahun ke 3,pelbagai aktiviti sudah disusun dimana ianya bukan sahaja program Qurban semata-semata tetapi juga program seperti perkongsian sosio budaya dan bahasa masyarakat disana.

Saya juga berharap peserta konvoi Ziarah Qurban 2015 dapat mematuhi arahan dari ketua yang dilantik dan apa yang penting sikap saling bekerjasama antara satu sama lain amatlah dituntut dalam program sebegini”, Zaidi Aziz .

Yang pasti, peserta yang menyertai konvoi ini bakal mendapat pengalaman yang amat bermakna dan begitu berharga. Pasti banyak perkara suka dan duka yang akan mereka perolehi sepanjang 10 hari konvoi ini berjalan.

Semoga peserta yang terlibat dipermudahkan segala urusan dan selamat pulang ke Tanah Air.

Sumber: KLIK SINI

No comments:

Post a Comment