Thursday, 15 October 2015

#PosTohoi #JAKOA @sitikasim & DAP Sibuk Meroyan Di Media Sosial,Sanggupkah Ikut SAR Telan Air Mayat?


Dise­ngat serangga berbisa, dijangkiti penyakit kencing tikus, berdepan ribut dan cuaca ekstrem, kenderaan terperangkap dalam lumpur serta bot rosak dan karam terlanggar batu.

Itu antara cabaran lazim perlu dihadapi hampir setiap hari oleh anggota pasukan Op TH7 atau operasi mencari dan menyelamat tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak 23 Ogos lalu.

Bagi Kostabel Muhd. Nor Ashraf Muhd. Nasir, 25, pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakannya ialah tertelan air mayat ketika cuba mengangkat badan mangsa pertama yang ditemukan, Sasa Sobrie, 8.

Menceritakan semula pengalamannya, dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berkata, selepas mendapat maklumat penemuan mayat Sasa, dia dan beberapa lagi anggota penyelamat bergegas ke lokasi.

Ketika tiba di lokasi kira-kira pukul 7 petang katanya, mereka ternampak mayat Sasa terapung di atas permukaan Sungai Perias dan tersangkut di dahan pokok.

“Ketika itu keadaan agak gelap dan kami hanya dibantu cahaya lampu suluh. Rakan sepasukan saya, Koperal Nicholas Langit@Alex merupakan individu pertama yang turun ke dalam air dan bere­nang ke arah mayat.

“Walaupun air dalam dan arus deras saya nekad menyusul di belakang Nicholas dan ketika kami mahu mengalihkan mayat, saya tertelan air sebanyak dua kali namun saya gagahkan diri demi tugas,” katanya.

Mengakui agak trauma kerana tertelan air tersebut, pemuda berasal dari Pendang, Kedah, bagaimanapun mengakui hatinya puas dapat berbakti membantu membawa pulang mayat kanak-kanak malang itu.

Sementara itu. Nicholas, 30, pula memberitahu, ketika mengangkat mayat Sasa, pe­rasaannya bercampur-baur antara sedih, kecewa dan berdebar-­debar sehingga tangannya menggeletar.

Anak jati Kota Belud, Sabah itu berkata, dia kecewa dan sedih ke­rana Sasa gagal ditemukan dalam keadaan selamat.

“Melihat mayat Sasa, hati saya berasa sayu, memang sebak memikirkan nasib anak kecil ini. Saya tidak dapat bayangkan jika perkara sama berlaku kepada adik-adik saya,” katanya yang mula digenangi air mata.


Sumber

1 comment:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment