Wednesday, 7 October 2015

Sukarelawan Belia (MyVOC) Serbu Hospital SNZ Raikan 400 Pesakit Wanita Dan Kanak-kanak



Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MyVOC) mengadakan program khas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, semalam, bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Negeri Terengganu, Asfalinda Anuar berkata, program Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC itu diadakan bagi meraikan seramai 400 pesakit wanita termasuk kanak-kanak.

Menurutnya, antara pengisian program berkenaan ialah Ziarah Kasih #sehatisejiwa dengan melawat pesakit wanita dan warga emas disamping menyerahkan sumbangan, kit penjagaan diri dan tuala.

“ Seramai 30 anggota gerakan sukarelawan termasuk lapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta beliawanis terlibat dalam program ini dan turut melakukan aktiviti bersama kanak-kanak dalam meraikan kanak-kanak #mudaceria.

“kita mahu raikan wanita sempena Hari Wanita. Kita raikan kegemilangan wanita dan kebetulan, MyVOC dilancarkan baru-baru ini di Putrajaya, jadi kita bawa MyVOC ke Terengganu untuk raikan wanita,” katanya.

Program yang turut dihadiri Pengerusi Majlis Belia Terengganu, Zaidi Muda itu turut bertujuan menceriakan ibu yang mungkin mengalami tekanan menjaga anak sakit, wanita dan warga emas yang terlantar di hospital.

“Kita melawat wad kanak-kanak untuk meraikan ibu yang mungkin kepenatan dalam menjaga anak-anak atau mungkin berasa tertekan dengan keadaan anak masing-masing.

“Ini pendekatan kita ambil selain memberi sumbangan seperti barangan keperluan mandi, termasuk tuala,” katanya.



Sumber: KLIK SINI

No comments:

Post a Comment