Thursday, 19 November 2015

#Sabah #LahadDatu Apa Perasaan Kaum Keluarga Wira Negara Yang Terkorban Dalam Insiden #Tanduo?



Ini tulisan saya sebagai Rakyat Sabah yang amat marah dan kecewa melihat gambar-gambar Nurul Izzah bersama Princess Jacel Kiram yang pernah menjadi jurucakap kepada tentera Kiram semasa insiden pencerobohan di Tanduo 2013 lalu.

Saya cuma mahu Nurul Izzah sedar, apakah perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu bila melihat Nurul Izzah bergambar gembira dan berbual mesra dengan anak dalang yang membunuh suami dan bapa mereka?

Apakah perasaan anak-anak Arwah Koperal Salam Togiran yang lehernya hampir putus dikelar pengganas Kiram?

Apakah perasaan isteri Arwah Sarjan Baharin Hamid yang dicacatkan dengan otak dan mata kanannya dicungkil keluar daripada tengkorak?

Maafkan saya kerana terpaksa menyebut nama-nama arwah wira-wira yang terkorban ini. Saya memang teramat marah sehinggakan tulisan ini pun tidak mampu menzahirkan perasaan saya!

Bagaimanakah seorang rakyat Malaysia mampu tersenyum bergambar dengan anak musuh negara kita ?

Nurul Izzah, saya tidak akan sesekali memaafkan kamu. Saya yakin rakyat Sabah juga begitu. Bagi kami, kamu adalah rakan kepada musuh kami. Tapi kami tidak sampai hati menjadikan kamu musuh kami. Bagi kami, kamu hanyalah seorang pengkhianat!

Jeff Ali Tating
19 November 2015, Kota Kinabalu

No comments:

Post a Comment