Monday, 2 November 2015

Tambang baharu KTM Komuter mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan struktur tambang baharu perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa hari ini, membabitkan kenaikan dari RM0.00 hingga RM7.10 bagi setiap perjalanan bagi sektor Lembah Klang iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut serta Batu Cave ke Pelabuhan Klang. Bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor selatan iaitu antara Sungai Gadut ke Tampin dan sektor utara antara Kamunting ke Gurun harganya tidak berubah. 
 
Pada masa sama, kadar tambang bagi golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga dikekalkan pada kadar potongan harga 50 peratus daripada kadar tambang tunai, serta percuma bagi kanak-kanak berusia bawah dua tahun. Presiden KTMB, Sarbini Tijan, berkata pelaksanaan kadar tambang baharu komuter berkenaan sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jemaah Menteri. 
 
Katanya, struktur tambang baharu itu memberi kelebihan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan komuter untuk jarak jauh kerana harganya lebih murah berbanding jarak dekat. Beliau berkata, ia adalah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan orang rawai dari luar Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan awam terutama komuter untuk ke tempat kerja di bandar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93686

No comments:

Post a Comment