Friday, 27 March 2015

Lembaga Pengampunan Lupus Petisyen Keluarga Anwar #KitaLawan #AnwarVerdict


Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan terhadap permohonan pengampunan difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perkara itu disahkan oleh peguam N Surendran ketika ditemui media di luar mahkamah, sebentar tadi.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dtolak, dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin akan ditolak dan dia perlu menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April.

Kemalangan & Kesesakan Lalu Lintas di #NKVE Bukti #Selangor Perlukan #DASH @azminali @PetraJayaMP




Lebuhraya NKVE menjadi saksi satu lagi kemalangan maut apabila 3 nyawa melayang sekaligus pagi semalam. Kereta yang dipandu seorang lelaki Cina telah melanggar sebuah Viva dan sebuah lori sampah 10 tan. Walaupun pepatah malang tidak berbau itu ada benarnya tapi kemalangan demi kemalangan serta kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh kemalangan sangat menyukarkan pengguna untuk bergerak ke destinasi yang dituju pada masa yang dirancang. Bayangkan jika sesuatu kemalangan berlaku di waktu rush hour sama ada pagi ataupun petang setelah pulang bekerja, sudah tentu banyak masa yang dibazirkan di jalan raya sehingga mengekang produktiviti.

Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor seharusnya proaktif untuk menyelesaikan masalah serta aduan rakyat. Tapi mengapakah beliau sangat selektif dalam pembinaan dan pembatalan projek-projek yang memberi manfaat kepada rakyatnya? Janganlah hanya kerana mahu ambil hati sesetengah orang, Azmin sanggup mengenepikan majoriti rakyat yang redha dengan pelantikan beliau menggantikan Khalid? Kita semua tahu akan pembatalan projek Kidex dan kini Azmin juga dalam perancangan untuk membatalkan pembinaan lebuh raya DASH juga. Bukankah lebih afdal jika kedua-dua lebuh raya ini diteruskan? Jika berlaku sebarang kemalangan seperti kemalangan di NKVE ini, pengguna boleh menggunakan laluan DASH untuk sampai ke destinasi. Akan tetapi, dengan pembatalan lebuh raya ini, pengguna akan terus menerus menghadap kesesakan demi kesesakan disebabkan oleh MB yang berfikiran singkat dan selfish untuk kepentingan politik beliau sahaja.

Sebagai rakyat Malaysia, kita semua sudah tentu mahu menuju ke arah negara yang maju dan berpendapatan tinggi, jika sesuatu perkara yang simple seperti pengurangan kesesakan jalan raya pun tidak boleh diatasi, bagaimana pula dengan perkara lain yang lebih penting? Kami mahu DASH diteruskan demi kemaslahatan kita semua. Azmin diminta untuk dengar luahan rakyat sebelum beliau diangkat sebagai Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Selangor.

Kemelut #PAS dan #DAP, Azmin Bakal Jadi MB Selangor Paling Singkat?

Mohamed Azmin Ali mungkin menjadi Menteri Besar Selangor paling singkat pentadbirannya jika benar-benar berlaku perpecahan  PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Jika perkara ini menjadi kenyataan maka Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) bakal bergoyang ekoran jumlah kerusi yang genting.

Kita akan melihat parti-parti politik yang ada di negeri Selangor kucar-kacir dan bagaimana mereka akan mencari jalan bergabung untuk membentuk kerajaan negeri berkenaan.

MENARIK – Bagaimana Pula Harta MB Selangor?

Ketika ini, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor DAP dan PAS masing-masing mempunyai 15 kerusi Ahli DUN (ADUN).

Andainya, PKR dan DAP membentuk satu kerjasama, PKR mempunyai 13 ADUN ia akan menghasilkan jumlah sebanyak 28 ADUN yang tiada majoriti untuk mengekalkan kerajaan.


Perlu diingat, PKR juga menerima sokongan dua ADUN PAS yang sedang digantung, iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Bagaimanapun, putusnya kerjasama antara DAP dan PAS ini tidak mungkin akan berlaku.

Pastinya mereka tahu, kemungkinan besar DAP akan hilang negeri Selangor yang berjiran dengan Kuala Lumpur yang kaya itu akibat pertukaran kerusi berkenaan.

Memetik laporan Agenda Daily, jika benar kerjasama itu berakhir, satu sidang DUN perlu dipanggil untuk melihat siapakah yang mempunyai majoriti melalui undi percaya kepada kerajaan sekarang yang dipimpin oleh Mohamad Azmin Ali.

Berkenaan kerjasama PAS dan DAP, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata di Parlimen semalam bahawa kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP sejak 2008 secara dasarnya sudah berakhir biarpun tiada pengumuman rasmi.

Ia berikutan keputusan DAP mengumumkan tidak lagi mahu bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pendirian pimpinan PAS sudah dapat dilihat. Sekarang ini semua sudah bagi pandangan dan saya menyokong kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kelmarin.

“Tetapi bagi saya, sekiranya DAP buat keputusan secara kolektif dalam parti memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, bermakna dia memutuskan hubungan dengan PAS, itu sahaja, itulah pengakhirannya.

“Takkan Presiden lain, PAS itu lain, saya bagi contoh kalau saya keluarkan kenyataan mahu putuskan hubungan dengan semua Ahli Parlimen DAP kecuali Ahli Parlimen Raub, tidak boleh sebab dia DAP juga,” katanya.

Kita lihat sahaja drama yang dilakonkan oleh mereka dalam PR berkenaan isu negeri Selangor ini.

– PRU14.tv


Sumber : KLIK

Monday, 23 March 2015

#GST: Blogger Seks Alvin Tan Sudah Insaf Dan Kini Macai #BN? #KitaLawan @gstmalaysiainfo @n_izzah @cmlimguaneng @tonypua



Agak terkejut juga admin membaca kenyataan berkenaan GST oleh blogger seks asal Malaysia, Alvin Tan yang kini sedang menetap di Amerika Syarikat. Alvin memang terkenal dengan kebencian beliau terhadap Malaysia dan kerajaan memerintah negara ini. Seringkali mengherdik Ketua Polis dan menteri-menteri di alam maya, kenyataan beliau yang terbaharu ni ada bunyi keinsafan sedikit. Mungkin kerana beliau baru sedar yang hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Beliau sendiri mengakui kadar GST Malaysia masih di tahap rendah malah negara kita turut menghapuskan SST dan menggantikannya dengan GST. Sesetengah negara selain ada GST/VAT, mereka turut mewajibkan 'tips' kepada pengguna.

Setelah membuat kenyataan sedemikian, ramailah macai DAPigs yang menggelarkan Alvin sebagai barua BN atau dibayar BN seperti kebiasaannya. Sokong dasar kerajaan sedikit terus dilabel sebagai barua kerajaan. Sebenarnya, kenyataan Alvin ini mengesahkan lagi teori admin bahawasanya macai-macai PR ini meroyan dan merungut tentang dasar kerajaan kerana mereka belum pernah keluar Malaysia dan alami sendiri kepayahan bermastautin di negara asing yang kadang-kadang kalau sakit sedikitpun perlukan insuran! Masa tu baru sedar nikmat berada di Malaysia dengan sistem penjagaan kesihatan yang murah dan antara terbaik di dunia! 


Friday, 20 March 2015

#RBA Di Belakang Penyebaran Virus SMS #Hudud? @saifuddinabdullah @Mustapa_Mohamed



Setelah Hudud selesai dibentang dan diluluskan dalam sidang DUN tempoh hari, kita dapat melihat para kera DAP dan PKR yang terkial-kial dan terkinja-kinja marah dengan keputusan PAS dan UMNO meluluskan Hudud di peringkat negeri Kelantan. Ada yang mahu Kelantan keluar dari Malaysia malah ada yang kononnya kecewa dengan mengatakan PAS tidak boleh dipercayai lagi. Namun, yang peliknya mengapa mereka mahu menyibuk sekiranya perkara itu suatu yang dapat menjana akhlak mulia di kalangan rakyat?

Dan malam semalam ramai yang mula mendapat mesej pesanan ringkas yang kononnya memberi pencerahan tentang hudud,namun apabila pengguna klik link tersebut akan menyebabkan telefon dijangkiti virus. Keji sungguh perbuatan manusia yang marahkan pelaksanaan hudud sehingga sanggup menyusahkan orang lain. Kebiasaannya perbuatan keji sebegini adalah tidak lain tidak bukan kerja dari Red Bean Army yang sentiasa mencari jalan untuk pecah belahkan umat Islam. 

Jika mereka di sebalik penyebaran virus ini,maka benarlah kata ADUN Kok Lanas bahawa dengan kelulusan rang undang-undang hudud di Kelantan, kita umat Islam akan berdepan dengan ramai musuh dan harus bersedia untuk menyebarkan keindahan Islam kepada mereka.




Wednesday, 11 March 2015

Babi Lebih Penting Dari Air Buat Rakyat #Selangor Dan Lembah Klang! @azminali @teresakok @tonypua



Keputusan terbaru yang dibuat oleh Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, benar-benar menghairankan. Apatah lagi dengan meletakkan kepentingan pada yang bukan di tempatnya, Azmin Ali kelihatan seperti menari di atas lantai yang rongak.

Hanya kerana tidak faham terma-terma dan kegagalan melihat pajakan 45 tahun oleh Kerajaan Malaysia ke atas tanah yang terbabit dalam projek air Selangor, Azmin Ali memberitahu para penyokongnya, rundingan dengan Kerajaan Malaysia berhubung projek air itu dibatalkan dan tiada lagi rundingan akan dilakukan.

Setakat ini Kerajaan PKR Selangor tidak melakukan penambahbaikan untuk memastikan bekalan air terawat kepada rakyat Selangor kecuali membeli entiti air yang sepatutnya berharga RM280 juta menjadi RM2.8 Bilion!

Apa pun PROJEK LADANG BABI MODEN yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat akan diteruskan.

Tahniahlah kepada rakyat Selangor yang mahu UBAH! dan INI KALILAH!

Belum pernah lagi mana-mana penduduk dunia dari mana-mana ketamadunan yang MINUM BABI kecuali di Selangor bagi mengubah kebiasaan iaitu MINUM AIR.

Hanya di Selangor!

Tuesday, 10 March 2015

@n_izzah @tianchua @drwanazizah #AnwarVerdict #KitaLawan Pemimpin #PR Gelabah,Sedaya Upaya Kaitkan UMNO/BN Dalam Petisyen White House


Lawak melihat gelagat pemimpin pembangkang yang cuba mengaitkan UMNO/BN dalam kes petisyen bebaskan Anwar Ibrahim kepada White House yang telah dibatalkan oleh admin laman web White House sendiri. Dari Tian Chua sehinggalah kepada Ahli Parlimen DAP semuanya sepantas kilat menyalahkan kerajaan persekutuan, kononnya Najib telah mengarahkan supaya petisyen tersebut dibuang malah ada yang menuduh UMNO/BN telah mengupah penggodam untuk menggodam dan membuang petisyen tersebut.



Inilah resmi pembangkang, semuanya salah UMNO/BN, tak pernah-pernah salah diri sendiri. Apa yang cuba mereka sembunyikan adalah fakta bahawasanya admin laman web tersebut berhak untuk membuang mana-mana petisyen yang didapati melanggar peraturan seperti penipuan alamat IP yang mana banyak tandatangan menggunakan alamat IP yang sama yang seterusnya membuktikan bahawa perbuatan mencukupkan tandatangan ini dilakukan oleh individu yang sama. Dipercayai semalam satu lagi petisyen yang meminta White House untuk tidak mencampuri urusan Malaysia mendapat lebih banyak tandatangan membuatkan Pakatan Rakyat panik dan terus mengarahkan Red Bean Army untuk menggunakan akaun sama dan tandatangan berulangkali sehingga dikesan admin laman web tersebut.





Ini bukan kali pertama UMNO/BN menjadi punching bag dan sering dipersalahkan jika PR dilanda musibah. Sebelum ini, UMNO/BN difitnah menjadi dalang Anwar Ibrahim gagal untuk memasuki Jepun sehingga mereka melancarkan gerakan memboikot produk Jepun (namun ironinya kebanyakan yang memboikot memakai kereta buatan Jepun).


#Air #Langat2 #Selangor @azminali Kelirukan Rakyat Berhubung Pembatalan Perjanjian Air @mpkotamarudu



YB Datuk Seri Panglima (DSP) Dr Maximus Johnity Ongkili (MP Kota Marudu), Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengeaskan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa komited melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor.

Namun penjelasan ini tidak dapat diterima oleh Azmin Ali (MP Gombak), Menteri Besar Sleangor dan menuding Kerajaan Persekutuan mempunyai niat tersembunyi disebalik perjanjian yang telah dimeterai tahun lepas.

Antara tuduhan Azmin mengatakan:-
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian ini cuba mengambil tanah syarikat konsensi-konsensi air yang terlibat dalam pembekalan perkhidmatan air di negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan melanggari perjanjian utama.

JAWAPAN DR MAXIMUS;-

Perjanjian MoU walaupun telah ditandatangani di antara Persekutuan dan kerajaan Negeri Selangor namun Cps Perjanjian Utama belum dipenuhi oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan beberapa isu antaranya:-

Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bagi pihak PAAB membantu menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion untuk menampung pengambil alihan syarikat-syarikat konsensi antaranya Syarikat Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd (PNSB) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd (ABBAS);
Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsensi kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambil alihan liabiliti syarikat konsesnsi oleh PAAB berjumlah RM7.65 bilion; dan Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan Lesen Individu Kemudahan dikeluarkan kepada air Selangor mengikut kehendak Akta 665.

Tempoh menyelesaikan masalah ini telah diberi sehingga 11 November 2014 tetapi Kerajaan Negeri Selangor masih gagal menyelesaikan masalah tersebut dan tempoh lanjutan diberikan lagi sehingga 9 Mac 2015. Kegagalan memenuhi tempoh tersebut, Kerajaan Persekutuan menawarkan satu tempoh lanjutan “Cut Off Date” dalam menangani isu demi kesejahteraan rakyat Selangor.

Hari ini (10 Mac 2015) Menteri Besar Selangor, Azmin Ali di luar sidang Parlimen telah mengumumkan kepada media bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berhasrat meneruskan Perjanjian Utama. Tindakan jelas bercanggah dengan MoU dan HoA dan ini adalah bukti bahawa Kerajaan Selangor yang melanggari Perjanjian Utama yang termeterai sebelum ini dan bikini Kerajaan Persekutuan.

Monday, 9 March 2015

#KitaLawan Kebiadapan Peserta Perhimpunan Terhadap Yang Dipertuan Agong



Demi memastikan perjuangan mereka berjaya, ada segelintir peserta sanggup menjaja dengan mengheret institusi Beraja Negara kekancah politik jalanan sebegini.

Tindakan peserta perhimpunan dengan mendesak Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong dengan mengarak gambar baginda semata-mata mahu meraih simpati adalah amat biadab. Tidak sepatutnya adegan sebegini wujud.

Suatu ketika dahulu mereka yang paling biadab dalam menentang apa yang diputuskan Paduka Sultan Selangor dalam kes Tan Sri Khalid Ibrahim-Azmin Ali dalam konflik kepimpinan Menteri Besar tahun lepas. Kini mereka cuba mengheret Istana dalam mendesak pengampunan di Raja untuk 'Raja Liwat" Malaysia. Suatu tindakan yang jelas biadab dan perlu tindakan pantas Polis di Raja Malaysia untuk mendakwa mereka yang terlibat.







Friday, 6 March 2015

#AnwarVerdict #KitaLawan #KitaKawan #PKR Dah Gila Macam Ketua Umumnya,Mahu Saman Penjara Pula! @niknazmi @adamadli



PKR hari ini menyatakan kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jabatan Penjara Malaysia kerana tidak membenarkan Ketua Umum parti mereka Anwar Ibrahim hadir ke persidangan Dewan Rakyat minggu depan.

“Yang pertama kita akan terus berurusan dengan Speaker… saya akan cuba dapatkan beliau.

“Yang kedua saya akan bincang dengan teman-teman dan mungkin selepas ini akan ke mahkamah dan mungkin akan bawa Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar ke mahkamah.

“Anda halang seorang Ahli Parlimen ke Parlimen ketika dia masih lagi Ahli Parlimen… ini sesuatu yang serius,” kata Ketua Whip Ahli Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya pada Khamis.

Bagaimanapun katanya tindakan mahkamah itu akan dibincangkan terlebih dahulu bersama kepimpinan PKR dan juga peguam mereka, N Surendran dan Latheefa Koya termasuk pihak dari Pakatan Rakyat.

Semalam, Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menerima salinan surat Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang menolak permohonan Anwar untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini.

Menurut sumber, permohonan Anwar kerana beliau kini tertakluk akta, peraturan dan prosedur Penjara Malaysia.

Sebelum ini, kenyataan daripada pihak Penjara Malaysia menyatakan layanan serta kemudahan terhadap semua banduan termasuk Anwar adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan penjara dan prosedur penjara.

“Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan.

“Sebarang layanan istimewa daripada kakitangan penjara akan diambil tindakan,” kata Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim dalam satu kenyataan.

#1MDB ANCAMAN BESAR BUAT #DAP? @NajibRazak @tonypua @cmlimguaneng @rafiziramli



"Jika kamu mendustakan sesuatu dan tidak berhenti bercakap mendustakannya,kemungkinan besar penipuan itu akan dipercayai" - Adolf Hitler.

Sudah menjadi resmi DAP/PKR untuk memburukkan kerajaan dan mana-mana organisasi kerajaan namun sesuatu yang pelik adalah bilamana mereka tidak henti-henti menyerang 1MDB sehinggakan lidah mesra kerajaan seperti The Star turut termakan umpan dan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa, kononnya mengulas berita daripada "sumber-sumber yang boleh dipercayai".

Bagi yang tidak tahu menahu, ada sebab mengapa pembangkang beriya-iya mahu menjahanamkan 1MDB dan ianya tiada kaitan langsung dengan kadar matawang negara,hutang negara mahupun rasuah.Sebenarnya,punca terbesar kemarahan DAP/PKR adalah potensi 1MDB untuk menjatuhkan maruah DAP khususnya di lubuk mereka di Pulau Pinang. 1MDB kini dalam perangkaan untuk membangunkan satu kawasan di Pulau Pinang dengan projek yang tidak pernah dilaksanakan oleh DAP: 10000 RUMAH MAMPU MILIK. 


"Tanah yang akan dibangunkan oleh 1MDB di Pulau Pinang terletak di tengah-tengah bandar Air Itam, yang mana nilai hartanahnya dijangka akan meningkat saban tahun dan berpotensi besar untuk menarik pelaburan yang besar. Luas tanah yang akan dimajukan boleh menempatkan 10000 rumah mampu milik dan kawasan selebihnya akan digunakan untuk membangunkan unit perniagaan dan pelaburan."

"Sebagai salah sebuah entiti milik kerajaan, keuntungan bukanlah objektif utama 1MDB apabila mengendalikan projek, akan tetapi keputusan untuk membangunkan projek ini adalah bersandarkan kepada memberi impak kepada pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. Di Pulau Pinang khasnya, kadar hartanah yang sangat mahal dan tinggi telah menutup peluang bagi kebanyakan rakyat negeri itu untuk memiliki rumah mahupun perniagaan. Maka, adalah diharapkan dengan pembangunan kawasan yang mana rakyat dapat menikmati kemudahan memiliki rumah yang pada harga mampu milik, ianya akan menjadi mangkin untuk pembangunan perniagaan dan pelaburan pula." [Sumber: Laman Web 1MDB]



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah tentu akan risau membaca objektif 1MDB yang mulia dan mendahulukan rakyat. Ini kerana mana-mana kejayaan kerajaan persekutuan atau rancangan kerajaan persekutuan yang akan memenangkan rakyat ibarat racun buat DAP yang sebenarnya gagal berbuat sedemikian. Projek 1MDB khasnya, ibarat pisau tajam yang menusuk DAP sehingga menimbulkan kerisauan dan ketakutan di kalangan mereka.

Rakyat harus sedar bahawa royanan DAP berkenaan 1MDB ini tidak lebih sekadar drama mereka untuk memburukkan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat. Sama seperti mereka meroyan sewaktu Anwar dipenjara atas kesalahan meliwat,yang mana mereka kata Anwar 'tahanan politik' atau apabila mereka menyebar fitnah bahawa Sirul Azhar itu pembunuh upahan Perdana Menteri. Banyak lagi fitnah yang mereka bawa yang sampai ke sudah tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Majoriti rakyat berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut informasi berkenaan 1MDB manakala macai pakatan lebih berminat untuk menjahanamkan 1MDB dan kerajaan tanpa usul periksa. Itulah perbezaan antara majorit rakyat dan zombie pakatan.

Fakta 1MDB:

1) Menjawab fitnah dan tuduhan zombie, syarikat 1MDB tidak pernah gagal untuk membayar semula pinjaman mereka. Pinjaman jambatan sebanyak RM2 billion telahpun diselesaikan. Dan tidak, Ananda Krishnan tidak terlibat langsung dalam membeli syarikat tersebut,beliau hanya menjadi penjamin yang yakin Perjanjian Pembelian Kuasa (PPA) akan dilanjutkan tempohnya supaya beliau dapat meminta harga pembelian yang lebih tinggi. 

2) Pelaburan dan wang di dalam usahasama bersama PetroSaudi telah berjaya dikembalikan bersama-sama keuntungan USD488 juta, maka dengan ini fitnah ketirisan wang sebanyak USD700 juta yang kononnya disalurkan kepada Jho Low hanyalah penipuan semata-mata.

3) Jika pembangkang menyatakan kadar faedah 5.75% p.a. untuk bon Islamik 1MDB terlalu tinggi, maka mereka haruslah memuji 1MDB kerana berjaya mengaut faedah sebanyak 8.75% p.a. untuk nota pinjaman di Cayman. Selain itu, mereka tidak boleh membandingkan bon 30 tahun 1MDB kepada Petronas pada kadar faedah 3.6% dengan bon 3 tahun bernilai USD100 juta. Lebih-lebih lagi, 1MDB sepatutnya diucap tahniah kerana menjadi entiti pertama yang menjadi pelopor kepada bon Islamik selama 30 tahun tersebut.

4) Setelah semua fitnah berkaitan 1MDB berjaya disangkal, Goldman Sachs turut menerangkan pihak mereka tidak pernah membayar atau diminta untuk membayar apa-apa komisyen kepada pihak ketiga.

5) Sebab mengapa 1MDB tidak boleh membalas dan menjawab pertanyaan orang ramai adalah kerana mereka tertakluk di bawah Akta BAFIA dan maklumat sulit. Ini sekaligus membawa makna 1MDB bukanlah berniat untuk menyembunyikan apa-apa. Rakyat hanya perlu menunggu pengesahan maklumat setelah akaun dan transaksi kewangan 1MDB siap diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara barulah mereka boleh mengakses maklumat yang ingin dicari. Jika benar terdapat sebarang perkara yang mencurigakan dalam transaksi 1MDB, bukankah Ketua Audit Negara individu yang boleh mengesan keraguan tersebut dan bukan Tony Pua mahupun Rafizi?

6) Pembangkang dengan sengajanya membuat andaian bahawa juruaudit bertauliah dan semua parti yang berkenaan telah menipu. Namun, jika difikirkan, adalah sukar untuk semua pihak yang terlibat berkonspirasi di sebalik 1MDB kerana semua syarikat audit yang mengaudit 1MDB adalah bertauliah dan telus, dari KPMG, Delloite, Goldman Sachs, PetroSaudi, Bank-bank tempatan, badan berkanun Cayman Island sehinggalah Bank Negara! Bagaiman semua pihak ini menipu sedangkan semuanya mempunyai kedudukan dan integriti yang harus dijaga?

7) Tiada apa boleh dihairankan jika sesebuah syarikat itu mempunyai hutang asalkan kadar hutang tidak melebihi aset dan dalam kes 1MDB aset adalah melebih hutang (RM44.67 bilion kepada RM37 bilion). Penyenaraian dalam bursa dijangka akan mengurangkan lagi kadar hutang dan sudah tentu pembangkang yang bermulut longkang akan membeli saham IPO 1MDB suatu hari nanti.


Kepada media pembangkang yang sering melontarkan fitnah:

Menuduh 1MDB memalsukan fakta tentang kedudukan kewangan syarikat adalah seperti menyatakan Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful Bahari walaupun sudah terbukti sperma Anwar dijumpai 4cm dalam dubur Saiful beserta bukti-bukti lain yang mengkantoikan Anwar.




Thursday, 5 March 2015

#AnwarVerdict #KitaLawan #KitaKawan PKR Guna Duit Rakyat #Selangor Biayai Perhimpunan Haram?


Selangor negeri paling kaya dalam Malaysia, itu dah kita ketahui. Kekayaan hasil usaha dan penat lelah pemimpin BN sebelum ini ibarat rahmat turun ke riba oleh Pakatan Rakyat sebaik berjaya berkuasa di Selangor.

Tapi nampaknya Pakatan Rakyat dah menggunakan duit rakyat ini untuk pelbagai aktiviti yang tidak mendatangkan faedah, kebanyakkannya untuk memperkasa dan memperkayakan PKR dan DAP melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan mereka. Yayasan Selangor sebagai contoh, yang punya begitu banyak wang tunai sebelum Mac 2008, mengalami kewangan defisit (belanja lebih dari dapat).

Dalam masa yang sama orang PKR makin mewah, baju berlambangkan PKR semakin pelbagai corak, sebelum ni T-Shirt biasa yang dicetak banyak-banyak sebab murah. Delegasi PKR yang menghadiri Kongress Nasional, tidur di Hotel bertaraf 4 ke 5 bintang, semuanya atas perbelanjaan menggunakan duit rakyat Selangor.

Terbaru, pecah lubang bahawa Kerajaan Selangor akan menaja perhimpunan Kita Lawan membela peliwat di dalam penjara Sungai Buloh!

Apa rasionalnya duit rakyat dibelanjakan untuk menaja perhimpunan haram. Kalau diberi pilihan, untuk acara menyerahkan memorandum kepada YDPA, rakyat Selangor rasanya lebih suka 2 ke 3 orang saja yang pergi hantar, murah pun murah.

Rakyat Selangor perlu tanya kerajaan mereka, kenapa duit rakyat digunakan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah? Bukankah lebih bermenafaat wang itu diibelanjakan untuk kepentingan rakyat yang lebih mendesak, kenapa digunakan untuk melaksanakan aktiviti haram dan membawa aktivitis masuk haluan kiri ke negara ini?

PKR sibuk ukur mana membazir dan tidaknya perbelanjaan kerajaan Barisan Nasional, tapi mereka sendiri terang-terang guna duit rakyat untuk taja aktiviti haram yang melanggar undang-undang dan kegiatan politik kepartian, tak apa pulak?

Macam mana nak kata Pakatan Rakyat akan mempunyai sistem pentadbiran yang lebih baik daripada Barisan Nasional kalau belum berkuasa pun depa dah salah guna dana awam yang begitu teruk sekali?

Monday, 2 March 2015

#RON95: Rafizi Ramli Kaki Fitnah Meroyan Minyak Naik Harga? @ahmadmaslan @rafiziramli @khairykj



Kalau baca di Facebook sekarang, kita akan seronok membaca maki hamun dan sumpah seranah para penyokong dan pecacai Pakatan Rakyat ke atas Kerajaan Barisan Nasional.

Sebabnya, bermula pada tengah malam ini, harga RON95 dan diesel akan dinaikkan sebanyak RM0.25 bagi setiap liter.

Sebelum ini, tiga kali Kerajaan sudah menurunkan harga bahan api berdasarkan harga minyak mentah dunia. Ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia kebelakangan ini selain kejatuhan Ringgit, menyebabkan Kerajaan perlu menyelaraskan semula harga bahan api di Malaysia.

Kita kembali mendengar tentang HARGA BARANG NAIK, segala-galanya naik dan BETAPA HARAMJADAHNYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL!

Tetapi semasa harga minyak diturunkan ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun iaitu pada kadar RM1.70 seliter, puak-puak yang sama, tidak pula merungut dan meminta agar para peniaga menurunkan harga barangan. Bahkan desakan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan sesuai dengan penurunan harga minyak, telah menyebabkan mereka mempopularkan istilah RASIS. Desakan dan tuntutan menurunkan harga barang telah ditukarkan menjadi RASIS dan masing-masing mengutuk serta mengecam pihak yang meminta agar para peniaga menurunkan harga barang dan perkhidmatan sebagai RASIS.

Kini harga bahan api dinaikkan semula. Rafizi Ramli yang begitu berang kerana penurunan harga minyak telah menyebabkan taukeh-taukeh pam minyak mengalami kerugian, sudah tentu berasa lega dengan kenaikan ini. Apakah kali ini dia akan menyokong kenaikan atau pun dia juga sama seperti para penyokong Pakatan Rakyat yang serba tidak kena?

Jangan dihairankan sangat kerana puak-puak ini bukannya bijak sangat kecuali mereka hanya pandai merungut dan mengutuk!

Kenaikan harga minyak mereka bisingkan tetapi kenaikan segala macam cukai di Pulau Pinang dan Selangor, haram tak secuit membuka mulut mereka!