Thursday, 28 May 2015

@n_izzah Burukkan #Malaysia di #Oslo #Norway @PDRMsia @KBAB51 #PKR




Nurul Izzah Kata Dia Sedang Diburu Oleh Kerajaan Malaysia, Tetapi Dia Sendiri Boleh Sampai Ke Oslo, Norway Untuk Burukkan Negara. Tanpa bimbang dan tanpa sedikit pun perasaan gusar pada sebarang peruntukan undang-undang, Nurul Izzah kembali mengulangi perbuatan lamanya iaitu memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Malah dia juga mengada-ngadakan cerita semata-mata untuk mendapatkan simpati serta sokongan buat keluarganya untuk berkuasa di Malaysia.

Dalam Forum Freedom yang diadakan di Oslo, Norway semalam, Nurul Izzah berkata, Kerajaan Malaysia sedang menjalankan operasi untuk menangkap dan memenjarakan semua reformis. Menurutnya lagi, dia dan golongan reformis adalah orang yang paling dikehendaki di Malaysia. PDRM dan pihak berkuas tidak lagi memburu dan membanteras penjenayah sebaliknya golongan yang dikatakannya sebagai memperjuangkan rakyat yang mahu ditangkap dan dihapuskan.



Mungkin disebabkan orang putih di Oslo itu tidak begitu mengenalinya, maka mudahlah Nurul Izzah menjual temberang. Katanya, kalau bukan kerana pergerakan reformasi, dia sudah pun bekerja di sektor petroleum. Namun menurutnya, dia melupakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan untuk terjun dalam bidang politik bagi berjuang menentang korupsi, kezaliman dan ketidakadilan kerajaan.

Nurul Izzah sebenarnya tidak pernah bekerja dalam mana-mana bidang kerana dia telah dididik oleh bapanya untuk meneruskan legasi keluarga Anwar Ibrahim dalam bidang politik. Dari semenjak dia belajar lagi, dia telah digelar sebagai Puteri Reformasi dan dia telah ditonjolkan sebagai ikon anak muda. Proses pembelajaran Nurul Izzah juga tidaklah secemerlang mana kerana dia menggunakan posisi bapanya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapat tempat di universiti.

Malah dalam satu klip video ditunjukkan bagaimana Nurul Izzah menggunakan kewanitaannya untuk lulus keras peperiksaan!

Agak menarik ialah apabila Nurul Izzah langsung tidak menyebut punca sebenar bapanya dipenjarakan dan dipecat daripada menikmati kehidupan sebagai ahli politik kerajaan. Malah kali kedua bapanya dipenjarakan juga, tidak disebut oleh Nurul Izzah sebagai proses perundangan, sebaliknya dia memberitahu orang putih di Oslo yang tindakan ke atas bapanya adalah tindakan menutup mulut dan rakyat Malaysia tentang ketidakadilan serta tidak demokratiknya Malaysia.

Menariknya dalam memperkatakan ketidakadilan, kezaliman dan pemburuan kerajaan ke atas kepalanya serta golongan reformis yang lain, Nurul Izzah tidak dapat menjawab, bagaimana dia boleh bergerak dari Kuala Lumpur ke Oslo yang letaknya hampir 24 jam antara Kuala Lumpur-Oslo yang membolehkan dia berucap dan memburuk-burukkan negara sendiri.

Adakah dia menggunakan laluan tikus untuk ke Norway atau dia menggunakan pesawat terbang yang sudah tentu terpaksa melalui lapangan terbang yang penuh dengan Imigresen serta dikawal oleh pihak berkuasa yang lain?

Macam mana dia boleh terlepas ke Oslo kalau dia menjadi buruan pihak berkuasa?

Laporan Polis Terhadap @rafiziramli Kerana Mengutip Wang Haram @PDRMsia @KBAB51




Rafizi Ramli sejak beberapa minggu dikesan telah mengutip wang daripada orang ramai melaui akaun National Oversight & Whistleblowers (NOW). Carian ke atas laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati, NOW bukanlah sebuah NGO sebaliknya adalah Syarikat Sendirian Berhad di bawah nombor pendaftaran 1009154-U dan di bawah nama Oversight And Whistleblowers Sdn Bhd. Rafizi Ramli mempunyai saham sebanyak 50% di dalam syarikat berkenaan.

NOW bukanlah koperasi berdaftar dan ianya pasti tidak mempunyai lesen sah untuk mengutip derma daripada orang ramai untuk apa-apa jenis dana. Di bawah peraturan Bank Negara Malaysia, transaksi mengutip derma oleh NOW akan dianggap sebagai pengambilan deposit secara haram (illegal deposit taking). Pengambilan wang ini juga menyalahi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (Anti Money Laundering Act 2001).

Selain itu, syarikat itu telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan sudah hampir 3 tahun, syarikat itu tidak pernah memfailkan apa-apa akaun yang telah diaudit dengan SSM. Ini bersalahan dengan Akta Syarikat. Suruhanjaya Malaysia dan Bank Negara Malaysia boleh mendakwa Rafizi Ramli di mahkamah.



Satu laporan polis telahpun dibuat terhadap Rafizi Ramli kerana menggubah wang haram yang salah di sisi undang-undang. Sama-sama kita saksikan bagaimana si pondan ni akan spin berita ini!

Wednesday, 20 May 2015

PENGUNDI DAH MULA COP NURUL IZZAH SEBAGAI NATO @drwanazizah @n_izzah #PKR


Memang dah jadi lumrah kepada Ahli Parlimen pembangkang yang hanya akan bercakap tanpa ada apa apa tindakan.

Seperti juga Nurul Izzah yang bercerita sana sini tentang segala bagai tapi akhirnya di kawasan sendiri pun tak terjaga dan boleh dikatakan tiada apa perubahan berlaku di kawasan Lembah Pantai hingga membuatkan rakyat mula memperkatakan bahawa beliau hanya 'NO ACTION TALK ONLY' (NATO)'.

Bukan hanya kali ni, tapi dah berkali kali rakyat di kawasan Lembah Pantai menyuarakan rasa tidak puas hati mereka apabila kebajikan mereka terabai selama ahli parlimen tersebut menjadi wakil rakyat.

Tapi kalau kita lihat dalam parlimen, berdegar degar si Nurul Izzah mengeluarkan hujah namun hujahnya hanya berkisar tentang keluarga terutama ayahnya si Anwar Ibrahim.

Apakah Nurul Izzah hanya menjadi wakil kepada keluarga 69 dan bukan wakil kepada rakyat yang mahukan nasib mereka terbela selama ni?

Kepada rakyat Lembah Pantai dan mana mana kawasan yang di wakili oleh pembangkang, ini adalah harga yang perlu dibayar dengan setiap kertas undi yang di pangkah atas parti mereka.

#Penang #DAPigs #KekalTRX #TabungHaji Kenapa Macai #PAS Tidak Berdemo Lim Guan Eng Jual 20 Ekar Tanah Batu Kawan Bernilai RM30 Juta Kepada Pelabur Asing?




Apabila syarikat milik penuh Melayu Islam, Lembaga Tabung Haji membuat urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang akan memberikan keuntungan beribu juta ringgit apabila dibangunkan kelak, maka juak-juak PAS termasuk penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri menyalak memprotes keputusan syarikat berkenaan. Ini telah mengakibatkan Lembaga Tabung Haji terpaksa menjual semula hartanah tersebut dan terpaksa berpuas hati dengan keuntungan yang minima kerana hasad dengki daripada bangsa sendiri.

Ketika orang-orang Melayu sedang bergasak sesama sendiri dalam urusan pelaburan yang menguntungkan bangsa sendiri, Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam diam-diam telah berjaya menjual tanah jajahan DAP di Pulau Pinang kepada pelabur asing. Ketua Menteri, Joseph Lim Guan Eng yang mewakili Kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual tanah Batu Kawan seluas 20 ekar dengan harga RM30 juta!

Kenapa macai-macai PAS dan penyokong-penyokong Mantan Perdana Menteri tidak mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk mengadakan siasatan rapi ke atas urusan penjualan tanah negeri ini? Kenapa syarikat Melayu hendak membeli tanah negara, macai-macai menyalak dan apabila DAP menjual tanah negara, macai-macai ini membisu seribu bahasa?

Kenapa tidak panggil Lim Guang Eng berdebat secara langsung di TV? Kenapa tidak membuat demonstrasi meminta Ketua Menteri Pulau Pinang meletakkan jawatan? Sebenarnya syarikat pelabur Singapura ini hendak membeli tanah atau hendak melabur? Kenapa tidak menggunakan kaedah Penang Development Corporation (PDC) sebelum ini di mana Kerajaan menyediakan tanah sebagai pajakan dan bukannya terus menjual kepada syarikat?

Tuesday, 19 May 2015

#KekalTRX #TabungHaji Jangan Jual Tanah #TRX @azeezputera @NajibRazak



Kenyataan dari Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin untuk tidak menjual tanah TRX sememangnya yang ditunggu-tunggu JK kerana jika dilihat pada asasnya, tanah tersebut tersangatlah bernilai, terutamanya apabila ianya dibangunkan kelak. Sepatutnya para pendeposit yang beragama Islam ini harus mendesak Tabung Haji untuk meneruskan pembinaan tanah itu dan tidak menjualnya semula.

Bila lagi kaum Melayu Islam mampu memiliki aset di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi apabila pelaburan yang dibuat itu akan menguntungkan semua pendeposit di dalam Tabung Haji seramai hampir 9 juta orang? Dulu ada yang bising pasal pembinaan KLCC,katanya projek membazir dan sebagainya. Kini, bila KLCC dah menjadi mercu tanda negara dengan nilai hartanah yang sangat tinggi, golongan yang bising dulu tu hanya mampu menjejakkan kaki ke sana sebagai pengunjung dan bukan pemilik. 

Lihat sahaja laman web Tun Razak Exchange dan lihat sendiri bagaimana pelabur luar berpusu-pusu mahu mendapatkan walau sekeping tanah di situ dan Tabung Haji sudahpun memiliki satu plot tanah, mengapa mahu jualkannya kembali? 

Melayu ini janganlah jadi pengecut dan penakut. Duit anda dalam Tabung Haji tak hilang satu sen pun, bertambah-tambah lagi ada lah. Jadi kenapa kita asyik nak tunduk pada desakan pihak yang bahalol dan berhasad dengki? Cukup-cukuplah Melayu ni dengan perangai dengkinya, bila tak dapat tanah tuduh dizalimi, bila dah dapat tanah yang akan menjana pelaburan yang sangat tinggi, tak mahu pula?

Monday, 18 May 2015

#KekalTRX Mohon PM @NajibRazak Serah Urusan Tanah #TRX Pada #TabungHaji @azeezputera


Sejak dua menjak isu Tabung Haji ni meletus, kita dapat lihat betapa gembiranya kaum DAPigs dan sewaktu dengannya yang memang ternanti-nanti untuk menganggu bisnes serta ekonomi orang Melayu Islam di negara kita ni. Ini kerana apa-apa yang menganggu pertumbuhan ekonomi mereka (padahal mereka ni jadi kaya pun kerana sifat keterbukaan kerajaan!) sudah tentu harus ditentang. Tapi kalau tentang secara terang-terangan akan kantoilah niat jahat mereka. Lebih baik buat secara halus, cucuk jarum sedikit demi sedikit yang penting berjaya.

Kita pula sebagai orang Melayu Islam haruslah sedarkan kebanyaka orang kita ni yang dengki dan busuk hati. Bila kita tanya apa salah Tabung Haji beli tanah di Tun Razak Exchange yang akan mencatat keuntungan berlipat ganda kepada pendeposit, ada yang mahu tentang pula!Mengapa nak tentang?Adakah Tabung Haji menggunakan duit pendeposit? Adakah anda lihat baki simpanan dalam akaun menjadi semakin sedikit? Adakah bonus yang pendeposit dapat semakin kurang saban tahun?

Kita harus tahu nak majukan ekonomi orang Melayu ni kita haruslah bersaing dengan cara yang betul. Apabila Tabung Haji membeli satu plot tanah yang akan dibangunkan apartment 40 tingkat di Tun Razak Exchange yang bernilai RM 194 juta pada harga RM 188.5 juta, kita seharusnya menyokong usaha ini kerana dalam jangka masa 5 tahun lagi, pelaburan tersebut bakal menguntungkan pendeposit. Janganlah kita kecam pembelian tersebut dengan andaian yang tak masuk akal. 



Kalau benarlah pembelian tanah di TRX itu merugikan pendeposit di Tabung Haji, mengapakah beberapa hari lepas sebuah syarikat bertaraf empayar dari Indonesia iaitu Mulia Group dengan tergesa-gesanya membeli plot tanah di sebelah plot yang dibeli Tabung Haji dengan bayaran yang lebih mahal dari nilaian tanah? (nilaian tanah RM577 juta manakala Mulia membeli tanah tersebut pada harga RM665 juta). 

Di sini kita seharusnya merayu kepada semua rakyat untuk menggesa Tabung Haji untuk tidak menjual tanah itu dan tidak tunduk kepada serangan orang-orang yang mahu menganggu ekonomi Melayu Islam. Kita sudah patut boleh membaca segala strategi dan pelan untuk menjatuhkan orang Melayu dengan adanya teknologi media sosial dan internet. Bukannya menggunakan medium tersebut untuk menjatuhkan bangsa sendiri, walaupun sudah beratus-ratus tahun kita hidup dengan kenyataan bahawa orang Melayu ini kaya dengan perangai hasad dengkinya. 

Sunday, 17 May 2015

#KekalTRX Bahagian 4 #TabungHaji Zaman Tun Mahathir Dan Kisah Di Sebalik Tanah #KLCC Milik Ananda @NajibRazak @azeezputera


Saya ingin memberitahu anda beberapa perkara dalam isu Tabung Haji Properties berkenaan tanah di TRX itu. Saya melihat terlalu banyak syak wasangka dan hati busuk di kalangan orang-orang Melayu sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Pihak THP sudah menilai tanah itu sejak sebelum Jho Low lagi kerana THP mahu menjadi sebahagian darpada pelabur-pelabur yang menikmati keuntungan di dalam pelaburan tanah palig berprestij itu. Pelaburan itu sudah tentulah sangat besar kerana kita mahukan keuntungan yang besar juga.

Sebenarnya, tanah itu relatifnya masih murah berbanding dengan urusniaga tanah di kawasan segitiga emas itu. Kami yakin kami akan membuat keuntungan jika tanah itu dipertahankan dan dijual pada masa yang sesuai, bukannya sekarang! Bukalah mata kamu seluas-luasnya:-

1. MRCB membeli tanah Kedutaan Jerman berdekatan TRX pada harga RM3,188 setiap kaki persegi. 

2. Tanah Kedutaan Perancis ditaksirkan pada RM3,190 setiap kaki persegi. 

3. Hotel Four Seasons di antara KLCC dan Wisma Sentral pada harga RM3,300 kaki persegi. 

4. Sebidang tanah di Jalan Conlay berdepan Bangunan Seri Melayu pada harga RM3,299 kaki persegi.

Dahulu,  Dr Mahathir beri tanah pada harga sangat murah kepada Ananda dan Ananda menjual tanah itu kepada Petronas dengan harga pasaran pula!

Bersambung...siapa sebenarnya tidak profesional, selepas ini...

Kami mahu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam! Kamu sepatutnya bersama kami ! Bukannya Mat Sabu atau Mahfuz yang bising untuk menang pilihanraya PAS bulan depan! Dan bukannya bersama Cina-Cina DAP yang sedang menganga mulut mereka untuk merampas tanah itu!

Sumber

#KekalTRX Bahagian 3: #TabungHaji Diserang Di Segenap Sudut Walau Tidak Bersalah.Siapa Penyerangnya? @azeezputera @NajibRazak



SERANGAN TERSUSUN DAN TERANCANG TERHADAP KERAJAAN MELALUI 4 FASA. IA BERKAITAN STRATEGI..PERSOALANNYA SIAPA YANG MENYERANG?

Mendapat pendedahan dalam bidang strategi berpolitik membenarkan saya untuk berfikir dalam konteks permasalahan dan kecamukan yang berlaku dalam negara mutakhir ini. Strategi memainkan peranan penting dalam merancang sesuatu terutama dalam soal pemerintahan dan kepartian.

UMNO sebagai majoriti kepada parti pemerintah BN berdepan satu serangan yang cukup hebat dan terancang dari pihak yang perlu kita kaji dan meneliti siapakah mereka dan apakah tujuan mereka.Terlebih dahulu saya suka untuk menegaskan bahawa tulisan ini jauh sekali untuk membicarakan soal rasis atau perkauman.Ini merupakan tulisan untuk kita sesama Melayu Islam agar mengetahui adakah benar kita masih selamat di bumi sendiri , di tanah merdeka ini dan di bumi ibu pertiwi ini...

Dalam kamus strategi, 4 fasa yang perlu berlaku untuk meruntuhkan satu-satu empayar yang kini sedang berlaku di Malaysia.

FASA 1  "SEGMENTIZING THE MALAYS"
Saya yakin ianya telah dan sedang berlaku di Malaysia dengan memecahbelahkan Melayu. Di mana Melayu berpecah.?

a ) Melayu berpecah dengan haluan kepartian.
b ) Sentimen kenegerian
c ) Qasta dan kedudukan Melayu Kaya dan Orang Bawahan

Secara ringkas, kita mengakui melayu berpecah dari kerana haluan kepartian antara PAS, UMNO dan PKR.Sentimen kenegerian makin kuat dimainkan.Qasta dan kedudukan mengambil tempat dalam rencah memecahbelahkan orang melayu bila orang bawahan melayu tidak lagi merasa bangga melihat kejayaan orang melayu dan tidak lagi melihat kejayaan orang melayu kaya ini sebagai satu kebanggaan dan rahmat selain melihat dengan perasaan benci dan hasad dengki.Sebaliknya juga berlaku bilamana "orang kaya Melayu" tidak lagi merasa sikap kebertanggungjawaban kepada bangsa sendiri dan melihat orang bawahan dengan pandangan sinis.

2. FASA 2 " CREATING HATRED TOWARDS PERSONALITY & PARTY" 
Yang jelas berlaku dalam UMNO sekarang bilamana terwujudnya kebencian terhadap pemimpin dan sesama sendiri dengan menzahirkannya secara terbuka.Antara yang jelas untuk kita lebih faham ialah:

a) Kebencian kepada pemimpin ( hilang tawadduq)
b) Kebencian sesama sendiri dari hasil perbedaan pendapat dan kerana berbeza warloard dari hasil pertembungan pemilihan dalaman parti.
c) Hilang keyakinan kepada parti dan hilang keyakinan untuk terus memperjuangkan parti.Lebih mengerikan bilamana ia menjadi agen pengkhianat dari dalam parti mereka sendiri(adakah wujud golongan ini?)

3. FASA 3 " KIPNAPING THOUGHT OF UMNO MEMBERS" 
bilamana :-

a )"Orang UMNO" seolah2 sudah bersuara seperti pembangkang.
b ) Menggunakan dan menguasai media sosial UMNO untuk mempromosikan serangan dan fitnah terhadap UMNO sendiri tanpa ahli UMNO sedar bahawa mereka merupakan barisan serangan yang telah di tawan oleh pihak2 tertentu untuk membinasakan UMNO seakan dipukau atau kerana kejahilan dan keangkuhan mereka sendiri atas alasan kononnya alasan menegur parti kerana sayangkan parti sebelum ianya parah dan rebah walhal mereka ini sebenarnya sedang mengkritikalkan parti mereka sendiri..

4. FASA 4 "PUBLIC ANXIETY" 
bilamana kerisauan, kegusaran dan rasa cemas rakyat terhadap satu institusi yang mewakili kekuatan majoriti Islam Melayu khususnya dalam institusi kewangan dan "rezab melayu" melalui beberapa cara :-

a) Mencetuskan rasa ragu dan sangsi pencarum atau penyimpan akan kredibiliti dan kemampuan institusi tersebut dengan tujuan melumpuhkan ekonomi Islam Melayu.
b) Mempromosikan dan menggembar-gemburkan akan kesilapan dari sesetengah keputusan yang kurang cermat oleh pemimpin.
c) Fasa 4 ini akan lebih senang dan tuntas di selesaikan bilamana fasa 2 & fasa 3 tadi berfungsi dengan baiknya.

Kesimpulannya siapakah mereka ini yang menggunakan formula strategi sebegini rupa sehingga menimbulkan segala permasalahan sebesar ini dalam sejarah Malaysia. Pemimpin saling berserangan. Warloard mula menonjolkan kekuatan sendiri. 

Institusi  kekuatan Islam Melayu di fitnah.FELDA( berlaku di PRK Rompin) hilang keyakinan  peneroka yang mendapat rezeki berzaman dan berkurun beberapa generasi.Lembaga Tabung Haji(TH) sudah hilang kredibiliti dengan jolokan menggunakan duit bakal jemaah haji untuk (bailout) satu syarikat milik kerajaan 1MDB.

Ini semua merupakan rentetan perjalan perlaksanaan satu strategi menghancurkan kuasa Islam Melayu di Malaysia. Ianya dilakukan bukan setahun dan ianya dirancang dengan teliti dan tuntas dengan jangkamasa tertentu. Siapa mereka?

Adakah pihak ini merupakan salah satu parti pembangkang dalam Malaysia?

Adakah mereka ini merupakan sebuah kaum yang sememangnya tidak akan berdiam diri bila melihat kekuatan Islam Melayu yang cuba diruntuhkan tetapi masih gagal?

Adakah mereka ini merupakan sebuah agama yang sememangnya telah bermusuh dengan Islam selama berkurun?

Justeru itu saya dengan rendah diri untuk mengajak rakan dan sahabat untuk terus istiqamah dan tawadduq dalam mempertahankan Islam Melayu yang masih berkuasa tatkala ini untuk terus menjadi asas dan teras kepada sebuah kejayaan negara.Ahli UMNO seharusnya meningkatkan jati diri untuk mempertahankan parti.Dalam ketika kita diserang seharusnya kita meminimumkan apa jua perbezaan antara kita ahli parti.Warloard harus menjadi pendamai kepada sengketa kedudukan.Satukan niat.Satukan cita2 untuk terus menjadi ahli yang memberikan kekuatan kepada parti yang kian layu.Gadaikan amarah.Gadaikan ego buat sementara waktu.Persetankan kepentingan peribadi...

Hj Hadi dan TG Haron Din masih mempertahankan Perdana Menteri kerana mereka faham, mereka look the tree, not the wood. 

UNTUK KITA SAMA-SAMA MENEPIS SEGALA DAKYAH DAN FITNAH YANG AKAN MENGHANCURKAN AGAMA DAN BANGSA KITA...

ALLAHUAKBAR!!!!

WASSALAM...


(Artikel sumbangan).

#KekalTRX Bahagian 2:Tabung Haji Mangsa Keadaan! @azeezputera @NajibRazak


Tanah di TRX itu milik 1MDB. Ianya memang tanah yang bernilai tinggi. Banyak pihak dalam dan luar negara berebut-rebut mahu membelinya.

Jika tanah itu dimajukan oleh Tabung Haji Properties pun sudah tentu boleh. Why not? Cabang bisnes Tabung Haji itu (THP) mampu melakukannya! Kita boleh bayangkan keuntungan yang akan diterima oleh Tabung Haji Properties dan seterusnya dinikmati oleh pendeposit TH secara berterusan sehingga bertahun-tahun lamanya.

Persoalannya, kenapa rakyat marah? Pertama, rakyat marah kerana Prinsip tanah kerajaan dijual oleh 1MDB dengan harga yang mahal. 

Ramai orang tidak tahu, asalnya tanah itu nak buat Pusat perniagaan untuk Bumiputera. Perdana Menteri bersetuju cadangan asal itu, untuk membantu Bumiputera menikmati juga perniagaan di tanah bernilai tinggi itu. 

Perdana Menteri memang sangat menghormati dan memberi kepercayaan kepada pasukan kerjanya. Tetapi awas, jika berlaku'wrong doing', Perdana Menteri tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang. Sebab itu kena tunggu laporan Ketua Akauntan Negara supaya berlaku adil kepada semua pihak juga. 

Kedua, jika diperhati semula pandangan rakyat, tak ramai yang mempersoalkan CEO dan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji. Cuma dari segi prinsip conflict of interest sahaja yang dipersoalkan. Kerana mereka ada dalam dua-dua board TH dan 1MDB. Itu rakyat persoalkan. 

Ini pengajaran kepada semua pihak supaya jangan pandang ringan isu conflict of interest dalam apa-apa urusan melibatkan kerajaan-rakyat. Barangkali anda mempunyai niat yang baik tetapi conflict of interest menjadikan anda kelihatan tidak baik!

Kalau orang main saham seperti inside trader, bukan soal keputusan mereka mahu melabur atas tanah TRX. Apa yang berlaku sebenarnya, akibat tahu mereka tidak ada pilihan, maka semua membalun Board TH dan THP. Hakikatnya mereka marah kepada 1MDB kerana menjual mahal benda yang mereka dapat murah dengan harga yang mahal. Soal 1MDB mahu dapat untung, itu isu 1MDB, isunya TH jadi mangsa keadaan. 

Kesimpulannya, TH sebenarnya menjadi mangsa keadaan! Rakyat masih percayakan Tabung Haji, sebab itu sehingga sekarang tidak ada laporan polis wang pendeposit TH hilang atau berkurangan! 

Malah bertambah ada ..

#KekalTRX #TabungHaji: Dengki Khianat Melayu Akan Sebabkan Tun Razak Exchange Dikuasai Orang Bukan Melayu


Sepatutnya, kita harus menganggap peruntukan tanah di TRX, TUDM Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk 1MDB sebagai satu bentuk "nasionalisasi" daripada hartanah utama yang bernilai tinggi di dalam dunia. 

Anda patut sedar, ia dilakukan untuk melindungi aset-aset utama daripada jatuh ke tangan rakyat Singapura, China, Arab, Jepun, Korea dan Cina tempatan kerana mereka mempunyai wang dan links serta connection yang besar dalam bisnes global.

Lihat sahaja bagaimana YTL mengubah Jalan Bukit Bintang dari daerah lampu merah kotor ke dalam pelancongan yang sibuk dan kawasan membeli-belah utama. Bolehkah agaknya pada masa itu, orang Melayu mengubah tanah Sekolah Perempuan Bukit Bintang kepada Pavilion? 

Lot 10 pada asalnya dimiliki oleh Datuk Sulaiman Manan (Mayang Sari) di mana Taiping Consolidated dan YTL telah mengambil alih. Harta itu walaupun dalam tangan orang Melayu tetapi tidak kekal lama. Kerana Dr Mahathir yang membenarkan ianya djual kepada bukan Melayu kerana Dr Mahathir percaya orang Melayu tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat Lot 10 yang akan menguntungkan.

Itu dahulu, ya orang Cina sahaja boleh kerana mereka punya wang. Hari ini, TH Properties (THP) dan banyak lagi GLC mampu membina bandar-bandar baharu dan shopping complexs mega. 

Contoh yang lain, Menara Angkasa Raya sebelah KLCC dimiliki asalnya oleh orang Melayu. Ia tidak sepatutnya dijual kepada Sunrise. Terdapat banyak tanah bernilai tinggi dianugerah kepada orang Melayu, tetapi akhirnya terpaksa dijual kepada orang Cina kerana kelemahan kewangan ketika itu.

Jadi sekarang, apabila Kerajaan menganugerahi TH untuk membangunkan TRX menjadi daerah kewangan khususnya untuk kemajan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia, malangnya ada orang Melayu yang busuk hati! Mat Sabu yang bukan ahli ekonomi pun anda terpedaya dengan gorengan mentah dia! 


Orang-orang Cina sangat bijak, mereka berdiam diri kerana mereka hanya perlu menunggu TH Proeperties dimalukan dan kalah kepada fitnah pembangkang, kemudiannya mereka kan cepat-cepat membelinya.

Apa pun, kita akui akan kelemahan mengurus isu ini oleh pihak TH. Sepatutnya mereka tidak perlu kelam-kabut dengan desakan rakyat, sepatutnya mereka berterus-terang dan mendedahkan faedahnya.

Begitulah keadaan yang menyedihkan hal ehwal orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. Mereka menggalakkan kebencian di kalangan mereka sendiri dan bukannya menyokong program yang hanya boleh memastikan kuasa ekonomi Melayu dan Islam dalam persekitaran global yang kompetitif.


Sumber

Saturday, 16 May 2015

#TabungHaji #KekalTRX Analogi Yang Lebih Mudah Buat Macai Pakatan @azeezputera @NajibRazak



Saya ada satu cerita. Saya dah beli tanah dari seorang Pakcik pada 3 tahun lepas. Saya tak pernah pula tanya berapa harga tanah yang pakcik tu beli dulu. Yang saya tahu dia jual kat saya harga RM 188 juta. Sebab tu lah market price nya. Saya beli sendiri tak pakai orang tengah pun.

Saya ada juga check dengan penilai harga tanah yang pakcik tu nak jual dan memang sah itu harganya. Masa nak beli, pakcik tu kata dia nak saya bayar tunai. Boleh bayar 10% dulu nanti dah settle semunya saya kena bayar baki 90%. Saya periksa akaun saya memang cukup kalau nak bayar cash. Tak perlu buat loan nanti kena bayar faedah.

Bagus tanah tu, kawasan strategic . saya ingat nanti nak majukan buat kawasan perumahan supaya dapat keuntungan. Tak lama pun, saya jangka dalam 3 tahun sahaja sementara nak siap projek saya dapat modal balik. Ikut keadaan semasa, dan analisis risiko, takde lagi berlaku kejatuhan harga atau kerugian

Selesai sahaja pembelian tiba-tiba ada sekumpulan manusia datang pada saya marah-marah kepada saya mempersoalkan kenapa saya beli tanah itu. Saya pun hairan sebab mereka tidak tinggal disitu dan mereka bukan pemilik tanah tersebut. Saya beli tanah itu dengan sah mengikut undang-undang. Kumpulan ini amat memarahi saya sehingga saya difitnah dan dihina dengan pelbagai cara.

Saya pun bertanya kepada mereka sebab mereka memarahi saya ekoran tindakan saya membeli tanah tersebut dan mereka pun memberi hujah mereka sendiri sebagai justifikasi kenapa saya tidak patut beli tanah tersebut. Hujah mereka adalah

- tuan tanah dulu tu jual dengan harga yang mahal sebab masa zaman merdeka dulu harga tanah tu murah saja

- tuan tanah tu dulu ada bela saka dulu

- tuan tanah dulu tu pernah beli kereta mewah

- tuan tanah tu dulu pernah lempang bini dia

- tuan tanah tu pernah kawin 3 lepas tu tambah lagi Satu

- tuan tanah tu pakai iphone 6 padahal ramai yang pakai android

SOALAN SAYA. SALAHKAH SAYA MEMBELI TANAH TERSEBUT?


Friday, 15 May 2015

#TRXKekal #TabungHaji @NajibRazak @azeezputera Kronologi Kes Tabung Haji Yang Akan Buat Orang Melayu Rasa Mereka Bodoh!



Fakta Tabung Haji

Konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan kontrak simpanan yang dibuat di antara pemilik (pendeposit) barang (wang) di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Sebagaimana yang telah termeterai di dalam aqad di antara pendeposit dan TH, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menguruskan wang mereka bagi apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Syariah. Sebagai kesan daripada kebenaran yang diberikan, TH akan menjamin nilai pokok wang yang diletakkan di bawah jagaannya. Maksudnya, nilai simpanan akan kekal pada nilai yang anda simpan, tidak akan berlaku pengurangan simpanan kerana simpanan Tabung Haji anda turut dilindungi PIDM. 

Tabung Haji mempunyai panel khas bagi memastikan setiap pelaburan yang dilaksanakan mematuhi Syariah dan setiap transaksi yang dibuat halal lagi berlandaskan konsep Islam.

Kronologi Kes Pembelian Tanah Tabung Haji

5 Mei 2015 - Blog The Benchmark telah menerbitkan artikel tentang pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempamerkan kertas cadangan pembelian tanah di satu plot B.10.15-RT untuk pembinaan bangunan apartment setinggi 40 tingkat. Penilaian tanah yang telah dibuat mengunjurkan nilai sebanyak RM194 juta. Sebuah lagi plot tanah bersebelahan untuk pembinaan kompleks beli belah telah turut dinilai pada harga RM578 juta. Jika cadangan dipersetujui, jumlah pembelian tanah akan menjadi RM772 juta. 

Fakta pertama :Tabung Haji hanya membeli 1 plot tanah B.10.15-RT (untuk pembinaan apartment 40 tingkat) pada harga RM188.5 juta. 

6 Mei 2015 - Pengerusi Tabung Haji Datuk Azeez Rahim telah menafikan pembelian tanah pada harga RM772 juta. Tabung Haji hanya membeli plot tanah berharga RM188.5 juta yang dinilai pada RM194 juta. 

7 Mei 2015 - Tabung Haji memfailkan laporan polis berhubung sebarang maklumat dokumen kertas cadangan pembelian tanah di TRX di sebuah blog The Benchmark.

8 Mei 2015 - PAS Selangor menghasut pendeposit untuk menutup akaun dan mengeluarkan wang dari Tabung Haji sebagai tanda protes. Protes tidak mendapat sambutan,lebih-lebih lagi setelah PAS Pusat menasihati pengikutnya untuk mengeluarkan wang mereka.

9 Mei 2015 - Setelah ditimbang dan bagi mengelakkan dari fitnah berleluasa (ada juga staff Tabung Haji yang dikecam keluarga sendiri kerana "bersekongkol dengan 'syaitan'"), Tabung Haji menimbang untuk menjual semula plot tanah yang dibeli. Difahamkan Tabung Haji telah didatangi 3 entiti yang berminat untuk membeli plot tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi dari yang dibeli Tabung Haji.

14 Mei 2015 - Plot bersebelahan yang dibeli Tabung Haji, yang bernilai RM578 juta setelah dinilai, telah dibeli oleh Mulia Group dari Indonesia pada harga RM665 juta, nilai yang jauh lebih tinggi pada jangka masa yang singkat.

Kesimpulan

Masih ramai lagi orang Melayu Islam yang senang diperbodohkan oleh mereka yang berkepentingan untuk menjatuhkan dan melumpuhkan ekonomi serta peradaban Melayu Islam di negara ini. Kita dapat lihat bagaimana golongan ini tidak perlu menggerakkan orang mereka kerana Melayu Islam sendiri berpecah belah dan bersangka buruk. Kes Tabung Haji ini dapat memperlihatkan dengan lebih jelas bagaimana Tabung Haji kerugian untuk meningkatkan pelaburan mereka dalam bidang hartanah. Plot tanah yang dibeli Tabung Haji dijangkakan akan mempunyai nilai yang 4 kali ganda lebih tinggi dalam masa 5 tahun yang akan datang. Lihat sahaja hartanah di KLCC dan juga Putrajaya yang dahulunya pernah dipertikaikan dan kini mereka yang mempertikaikan pembinaan KLCC dan Putrajaya hanya mampu menggigit lidah dan hidup penuh ke'malu'an. 

#TRXKekal #TabungHaji: Latah Orang Melayu Yang Rugikan Bangsa Sendiri @NajibRazak @azeezputera


Kalau anda semua perasan, percaturan mereka-mereka yang ingin melihat kejatuhan orang Melayu Islam di Malaysia ini semakin hari semakin menjadi. Mereka tidak perlu menggerakkan orang mereka sendiri kerana hanya dengan sedikit cuitan, kebanyakan orang Melayu akan melatah bagai ayam yang bertelur. Jika dulu mereka giat mencabar Agama, Akta dan Perlembagaan yang melindungi orang Melayu Islam, kini golongan ini mula mencabar ekonomi orang Melayu Islam pula.

Kehadiran satu blog dengan satu artikel yang mempamerkan kertas cadangan (bukan kertas perjanjian pembelian pun!) tentang cadangan pembelian tanah oleh Tabung Haji di Tun Razak Exchange di tengah-tengah kawasan segitiga emas Kuala Lumpur membuat orang Melayu menggelupur bagai cacing kepanasan bila mana mereka sendiri tidak faham akan fakta-fakta sebenar berkenaan kes itu. Sudahlah tidak faham, ada yang dengan penuh kebodohannya telah berpakat mengeluarkan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji sebagai tanda protes! Protes-protes pun, takkanlah mereka tidak tahu dengan mengeluarkan duit dan menutup akaun mereka akan hanya membantutkan niat mereka untuk ke Tanah Suci?


Apabila fitnah mula berleluasa, Tabung Haji dikecam bukan setakat di bahagian pengurusan tertinggi sahaja, malah kesemua staff mereka dihina sehingga ada yang dimarahi kaum keluarga sendiri kerana bekerja dengan Syaitan! Lihatlah sendiri bagaimana satu fitnah kecil yang didalangi oleh mereka yang mahu melihat Melayu Islam berpecah belah telah menyebabkan perpecahan dalam umat Islam keseluruhannya? Dan sekarang, apakah fakta bahawa kini sudah ada pembeli yang berminat untuk membeli dari Tabung Haji pada harga yang lebih mahal dari yang dibeli tidak membuktikan bahawa tanah yang dibeli Tabung Haji sememangnya boleh menjamin keuntungan yang tinggi seterusnya membawa bonus dan dividen yang tinggi buat pendeposit?



Latah orang Melayu dan emosionalnya mereka sememangnya sangat menyedihkan kerana tembok penguasaan Melayu semakin hari semakin rapuh, dan yang menyebabkan kerapuhan itu tidak lain tidak bukan dari orang Melayu sendiri. Mereka berlagak Islamik dan menghukum orang lain tidak sehebat mereka, tapi kalau anda baca komen-komen di page Tabung Haji yang penuh dengan cacian dan makian, anda hanya mampu beristighfar melihat telatah orang yang bajet Islamik ini.

Friday, 1 May 2015

Orang cuti, luang masa dengan keluarga, zombie datang 'menyepah' di jalanan #kitalawan #kitacuti #bantahgst #kitalawangst #batalgst #kitakawan

Hari cuti adalah hari untuk kita meluangkan masa bersama keluarga dan orang tersayang, jangan berpeleseran tidak tentu hala. 

Tapi ada juga para komrad zombie yang masih tidak menghargai waktu terluang yang ada. Nak juga turun ke jalanan seperti ini.

Bukan setakat zombie berpeleseran, kaum peniaga haram juga ambil kesempatan. Sekarang siapa yang kena tipu? Haa kau fikir lah sendiri chorrr






Gambar diambil dari Merdeka-Online.com

OH AKU KELIRU! #KitaLawan #kitacuti #BantahGST #KitalawanGST #BatalGST #kitacuti

HAHAHA! APAKAH YANG SUDAH TERJADI KEPADA PEN'DEMO' SEKALIAN??? ZOMBIE MEMANG MACAM NI. DIA MAIN IKUTTTT JEEEE! 

OH KELIRU! AKU KELIRU! KELIRUUUU! 


Saban hari zombie carimu
Semalaman zombie mengenangmu
Marah, resah, gelisahku
Menjadi satu

(Ku) tahu kau di dataran merdeka
Tapi zombie tak tahu jalan
Jangan kau cepat berjalan
Kan aku dah sesat jalan... oho...

( korus )
Salah jalan... jangan salahkan ku
Kau ke depan... kau lupakan aku
Mana satu... kujadi keliru
Aku makin keliru

Dikau selalu saja begini
Aku zombie tidak mengerti

Namun ku masih percaya
Zombie Zombie harus bersama

( ulang 1 & korus )

Ingin jumpa... tak ingin berjumpa
Ingin bercinta... tak ingin bercinta
Dan pintaku... beri jawapanmu
Ku tak ingin keliru
Adaptasi lagu Keliru penyanyi Malaysia... ehem pandai-pandailah korang cari lagunya ye...



OH AKU KELIRU!