Sunday, 30 August 2015

Menjatuhkan Sesebuah Negara Dengan Revolusi Yang Ditaja Asing?



False flag..

Sejak thn 1998 sehingga hari ini. Daripada demonstrasi Reformasi, HINDRAF sehingga BERSIH.

apa retoriknya perhimpunan ni..??






Sesuatu yg harus kita ingat ialah Malaysia termaktub dgn syarat Negara Komanwel kerana Malaysia pernah dijajah oleh British. Antara klausa ialah...

"...apabila berlaku huru-hara dlm sesebuah negara di bawah Komanwel dan pihak kerajaan yg memerintah gagal mengawal keadaan sehingga berlakunya darurat merah melebihi 7 hari maka negara itu akan dikembalikan kpd pemerintahan Ratu....." <--- saya kurang pasti bab ini

Agenda utama kempen BERSIH yg dilancarkan oleh Ambiga adalah utk sabotaj ekonomi terhadap org Melayu.

Apabila Dato Seri Ismail Sabri Yaacob memberi cadangan agar Aras 3 di Bangunan MARA dijadikan Pusat Barangan Electronik dan Telefon, maka sekali lagi ianya menjadi tamparan hebat kepada peniaga Cina yg menipu.

Kerana terdesak, walaupun PRU masih ada 3 tahun lagi, maka Pembangkang dengan peniaga Cina yg menipu MESTI MENGHANCURKAN kawasan strategik peniaga Melayu di sekitar Jalan TAR.

Terdapat kebih kurang 2 Ribu org peniaga Melayu dari Chow Kit ke Jalan TAR sehingga ke Masjid India dan 90% drp peniaga ini adalah Melayu & Islam.

Maka tindakan Demo BERSIH 4.0 ini BUKAN kerana mahu menjadikan PRU itu Bersih, namun semata-mata sabotaj :

1. Kawasan Peniaga Melayu

2. Tahun Melawat Malaysia

3. Merosakkan Kuasa Beli Melayu.

Secara logiknya, jika mereka tidak percaya dengan SPR, mengapa sekian lama mereka Mengangkat Sumpah sebagai Ahli Parlimen & menerima habuan spt Gaji & Pengecualian Cukai jika PRU itu tidak benar? Kenapa Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang masih kekal diperintah kerajaan PR? Kenapa sewaktu usul kenaikan gaji ADUN dan Ahli Parlimen mereka juga bersetuju dgn usul tersebut?

Apa jadi dgn penipuan pembangkang yg mengatakan puluhan ribu warga asing mengundi?

Kenapa tidak dibuat Demo BERSIH di Petaling Street, Bukit Bintang, Low Yatt Ataupun di Little India Brickfields atau ke Batu Caves?

Bukankah Stadium Shah Alam sesuai utk Pembangkang menyuarakan hak mereka?

Ambiga & Pemimpin Pembangkang yg menganjurkan BERSIH 4.0 WAJIB ditangkap kerana cuba utk sabotaj Ekonomi Malaysia, peniaga Melayu & menimbulkan keadaan yg tidak tenteram kepada keselamatan rakyat Malaysia.

Akan tetapi apa yang kita nampak? nama saja sudah BERSIH .

Saturday, 29 August 2015

ADAKAH SP SETIA, ANAK SYARIKAT PERMODALAN NASIONAL BERHAD MENYOKONG BERSIH 4.0?



BERSIH 4.0 sama seperti BERSIH-BERSIH yang lain mendapat sokongan dari bentuk kewangan, tajaan dan sebagainya daripada banyak agensi terutama sekali rangkaian kuasa kapitalis yang sebelum ini banyak mendapat kemudahan daripada kerajaan yang kini mereka mahu gulingkan

Dan apa paling menarik perhatiannya hari ini, empat buah kenderaan 4x4 milik SP Setia, sebuah syarikat pembinaan yang banyak mendapat kontrak daripada kerajaan, berada di bawah Permodalan Nasional Berhad. PNB mempunyai pegangan sebanyak 51.1% dalam SP Setia sebelum dibida oleh Sime Darb, sebuah lagi anak syarikat di bawah PNB.



Dalam demonstrasi BERSIH 4.0, para pelapor dari lokasi memberitahu kewujudan empat buah kenderaan pacuan empat roda 4x4 milik SP Setia yang digunakan untuk kemudahan acara tersebut. Menyedari gambar keempat-empat kenderaan tersebut telah dirakam, ada pihak yang telah mencabut sticker dan membuang plat nombor pendaftaran kenderaan-kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, mereka terlupa dengan road-tax pada kenderaan tersebut yang gagal disembunyikan!

Nampaknya ada GLC yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BERSIH 4.0!

Apa tindakan selanjutnya?

Peserta #Bersih4 Bawa Penyapu Lagi!Mahu Ulang 13 Mei 1969?

Penyapu Bersih 4

JK adalah yang terawal sekali melaporkan kehadiran pendemo Cina yang membawa penyapu pada Bersih 3.0 lalu. Mereka seakan-akan tidak sensitif kepada sejarah penyapu dan kaum Cina semasa peristiwa 13 Mei 1969. Dan pada penganjuran Bersih 4 kali ini, Cina chauvinist sekali lagi bertindak lebih sudu dari kuah apabila dengan selambanya membawa penyapu secara simboliknya mahu usir orang Melayu dari negara sendiri?


Dengan kehadiran 90% Cina pada Bersih kali ini, kita dapat membuat kesimpulan bahawa rakyat harus berjaga-jaga dengan kaum ini kerana bila mereka naik tocang dan diberi muka, makin melampau pula tindakan mereka, sampai nak bolot semua. Tidak cukupkah fakta bahawa kaum merekalah yang paling kaya di Malaysia?

Penyapu Bersih 3


Penyapu 13 Mei


#PERKESO Tidak Lindungi Pekerja Sertai Bersih 4


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak akan melindungi pekerja yang ditimpa kemalangan ketika menyertai perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan esok dan Ahad ini di ibu negara. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, perhimpunan tersebut telah pun diharamkan oleh pihak polis dan menjadi satu kesalahan jika ada pekerja yang didapati menyertainya secara sukarela.

“Berdasarkan undang-undang yang ditetapkan, Perkeso hanya melindungi pekerja yang terbabit dalam kemalangan ketika bekerja selain ditimpa kecelakaan dalam perjalanan pergi serta pulang ke tempat kerja masing-masing. 

“Melainkan jika mereka ditugaskan atau terperangkap dalam perhimpunan, itu kita akan lihat menerusi akta Perkeso. “Jika mereka sengaja menyertai perhimpunan haram itu, Perkeso tidak akan melindunginya walaupun berada dalam waktu bekerja,” katanya. 

Ismail dalam pada itu turut menegaskan pihak kementerian juga akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian tersebut yang didapati menyertai perhimpunan haram berkenaan.

 “Saya nasihatkan kepada semua jangan sertai perhimpunan itu…banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan,” katanya. 

Friday, 28 August 2015

Agenda Utama #Bersih4 Yang Diutus Khas Dari #Singapura? #Malaysia #Merdeka #SehatiSejiwa


Berikut pendedahan seorang lelaki di Facebook bagaimana modus operandi yang dibuat oleh Bersih 4 telah diguna pakai di Singapura berdekad yang lalu.

Saya bukan ahli kpd mana-mana parti tetapi saya adalah seorg yg mencintai keamanan di Malaysia.... masih makan nasi dgn tangan kanan.

Arwah datuk saya ber khidmat sebagai Polis Sarjan "Special Branch" balai Polis akhir dia berkhidmat ialah di Selatar, Singapore. Bernikah dgn nenek berbangsa Cina berasal dari negara China berumur 15 tahun (nama Cina; Moi Chong See nama Melayu; Hajah Puteh krn dia puteh) berkeja sebagai buroh bagunan ( brick layer) bernikah. Tiap2 penumpang tidak berbayar dari negara China akan dijual kepada taukeh secara dilelong setibanya dipelabuhan dan di tattoo ditangan menandakan hak milik taukeh. Nenek saya diselamatkan oleh datuk saya dari dijual di kelab2 malam, kuasa polis masa itu. Kelebihan nenek ialah dialek yang jarang2 digunakan oleh kaum cina. Biasalah isteri cina datuk pun pandai tertutur dalam bahasa cina termasuklah juga dialek, kerana dialek diguna dirumah dengan emak kepada nenek dan 2 adik lelaki. Bapa saya anak tunggal dibenci berterusan oleh bapa suadara cina dan emak mentua ciina termsuklah kami cucu nenek saya disebabkan kami melayu dan juga Islam. Meraka lupa tambang kepal dari nagara China di tangong oleh datuk saya. Moyang atau emak kepada nenek cina saya hilang entah kemana sebabkan dia nyayok, datuk2 cina atau 2 orang adik nenek kaya raya di Singapore dan kami dibuang terus tidak mahu mengaku bersaudara. Saya pernah bertanya kpd moyang saya, sebab dia nyayok dia jawap pertanyaan saya... kena apa moyang benci sangat dgn kami? org melayu Islam, bodoh, pemalas, bangsat, semua burok2 bagi org melayu dari padangan org cina.
Semasa arwah datuk saya hidup, pernah saya bertanya kena apa melayu hilang kuasa di Singapore? Sebelum parti PAP di tubohkan
1. Singapore mesti keluar dari Tanah Melaya
2. Mengasut orang melayu sama melayu bergaduh seperti pergaduhan antara orang melayu di Jembatan Merah, Singapore
3. Perjumpaan ketua2 berbangsa cina sedunia di Peking, China pada tahun 1951 termasuklah wakil dari Malaya Dr Tan Chee Khoon (DAP Batu Road KL nicknamed "Mr. Opposition") ( sokongan dan dana)
4. sekat anak2 melayu yg pandai2 dari memasuki University dgn cara paksa masuk National Services
5. sekat tambahan binaan Mesjid dan robohkan Mesjid2 yang lama dan tidak boleh melaungan waktu azan.
6. sekat kenaikan pangkat bagi orang melayu.
7. robohkan perkampungan orang2 melayu. dan bayak lagi.
Saya bertanya lagi macam mana datuk tahu semua ni? jawapanya sebagai seorang Special Branch Polis Singapore dan dari dialek cina yg tak ramai yg tahu dan juga kelebihan Pedana Menteri Singapore pertama Lee Kuan Yew boleh bertutur 17 bahasa dan boleh juga membaca dan melulis jawi dan membaca ayat Quran.
Perjuwangan DAP belum selesai ....
Untuk pengetahuan anda;- David Marshall (ahli politik Singapura) berketurunan Yahudi yang membantu Kewangan, Tentera dan Politik utk Perdana Menteri pertama Singapore Lee Kuan Yew yang menubuhkan Parti PAP di Singapura ... Pernah Anda terpikir apa dah terjadi pada bangsa Melayu di Singapura sekarang (pegemis dinagara sendiri) .... inilah niat DAP utk Malaysia . Keinginan DAP ialah melayu sama melayu bergaduh dan berpecah mudahlah bagi DAP ambil kuasa. Pihak DAP mengapi-apikan lagi orang melayu. Besar kemungkinan DAP dibayari oleh PAP Singapore utk menjatuhkan bangsa melayu seperti di Singapore.

Sumber

#Bersih4 Tambah Tuntutan Untuk Bebaskan Anwar & Ambil Alih Kerajaan #BN?



Parti pembangkang telah bersiap-sedia untuk mengadakan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negara selepas berjaya melumpuhkan kerajaan Malaysia pada 29 dan 30 Ogos ini melalui demonstasi jalanan Bersih 4.

Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam satu kenyataan bersama berkata, perkara itu diputuskan secara bersama oleh parti-parti pembangkang terbabit dalam satu mesyuarat di Parlimen pada 26 Ogos lalu.

“Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR dan GHB mengadakan mesyuarat dan memutuskan bersedia berbincang mengenai cadangan-cadangan dari Ahli-ahli Parlimen BN untuk membentuk suatu majoriti baru untuk menggantikan kerajaan dengan pembaharuan politik sebagai agenda utama kerajaan baharu.

“Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua tahanan politik yang lain harus menjadi tugas pertama majoriti baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Teo Kok Seong daripada DAP; Rafizi Ramli, Johari Abdul, Wong Chen, Sim Tze Tzin dan S.Manikavasagam (PKR) dan Kamaruddin Jaafar, Dr. Hatta Ramli serta Khalid Samad (GHB).

Perhimpunan Bersih yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini dilihat ramai pihak sebagai usaha terdesak pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan kebebasakan hak asasi secara melampau untuk melumpuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran.

Bersih 4 juga dipercayai memperjuangkan agenda ahli keluarga Anwar untuk membebaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada penjara. Di manakah letaknya non-partisan NGO bernama Bersih jika mereka menyokong tindakan dan perilaku dari parti-parti politik seperti DAP dan PKR?

Thursday, 27 August 2015

It’s Official: #PAS To Stay Out Of #Bersih4 rallies #Merdeka #SehatiSejiwa #Malaysia






PETALING JAYA: PAS has officially declared that it would not mobilise its members for the Bersih 4 rallies, confirming an earlier statement made by party president Abdul Hadi Awang.

The party’s website, Harakah Daily, reported today that Secretary-General Takiyuddin Hassan had released an official statement to the effect.

Takiyuddin said PAS needed to commit its resources to preparations for a “major” programme, billed as People’s Congress, scheduled for September 12, and an assembly planned for October 17 with an expected attendance of 60,000 members.

He said the September 12 event, which would involve political parties, NGOs and the general public, was aimed at dealing with current issues and finding solutions for them.

He also said PAS felt that the dates for the Bersih rallies – August 29 and 30 – were “not suitable,” considering that the nation would be celebrating National Day on August 31.

However, he said PAS would send official representatives to the rallies to show its support for Bersih’s fight for transparent and fair elections.

He added that PAS was with Bersih in its struggle for a “just democracy” and was opposed to any attempt to curtail freedom of speech and the right of citizens to assemble peacefully.

#Bersih4 Menggunakan Wanita Sebagai Simbol Seks & Tarikan Untuk Sertai Perarakan Haram? #Merdeka #SehatiSejiwa #Malaysia


Kami menerima banyak pesanan dari Whatsapp yang memaparkan imej wanita-wanita Cina seksi sambil memakai baju t-shirt Bersih 4 yang disentengkan dan dilipat sehingga menunjukkan susuk tubuh dan perut. Adakah penganjur Bersih terlampau terdesak sehingga menjatuhkan maruah wanita, lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai majoriti rakyat yang beragama Islam?



Kiriman terbaharu menunjukkan seorang wanita Cina bersama-sama seorang photographer yang sedang tekun memberi tunjuk ajar cara yang betul untuk posing dengan cara ghairah. Jelas terbukti matlamat Bersih sudah jauh menyimpang dari kebenaran.



Sudahlah Bersih 3 menipu rakyat tentang 40 ribu pengundi Bangla, penipuan dalam pemilihan PKR dan CEC DAP, kini mereka mempromosi seks sebagai tarikan untuk bersama-sama menyertai mereka dalam perarakan sia-sia ini. 


Mungkin ini sebabnya PAS dipinggirkan dan tidak diajak untuk bersama-sama dengan bekas pasangan mereka DAP dan PKR. Ada pertunjukkan badan siapa paling seksi rupanya. 


BERSIHKAH HATI PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH4.0 ? #SehatiSejiwa #Malaysia #IniMalaysiaKita #Bersih4


Apakah niat dan motif sebenar penganjuran BERSIH 4.0 dan bersihkah hati penganjur BERSIH 4.0? Sebagai seorang rakyat biasa dan mempunyai kenalan yang bertugas untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara, terdetik di hati saya untuk menulis di ruangan ini bagi membuka mata semua pihak untuk menyelami niat sebenar penganjuran BERSIH 4.0. 

Secara peribadi, saya berpandangan kehadiran gerakan sivil di negara ini adalah perlu bagi memastikan wujudnya sistem semak dan imbang  dan berupaya menyemarak dan mematangkan lagi sistem demokrasi di negara ini.  Kehadiran NGO BERSIH pada awalnya yang berjuang untuk menegakkan lima perkara iaitu pilihan raya adil dan bersih, kerajaan yang telus dan berintegriti, hak untuk berdemonstrasi, memperkukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan  prihatin terhadap ekonomi negara adalah sesuatu yang dirasakan relevan dengan persekitaran dunia sekarang.

 Melalui tuntutan itu, kerajaan melalui pelbagai agensi dilihat sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil serta komited untuk memenuhi tuntutan itu. Penubuhan beberapa suruhanjaya seperti SPAD dan RCI, pemansuhan undang-undang lapuk seperti ISA dan lain-lain lagi adalah antara beberapa tindakan drastik yang dibuat oleh kerajaan untuk memenuhi tuntutan NGO BERSIH yang berjuang menuntut keadilan dan ketelusan  kata mereka. 

Namun, di celah-celah penambahbaikan ini, didapati NGO BERSIH melalui beberapa siri perhimpunan mereka terutamanya dalam Perhimpunan BERSIH 3.0 tahun 2012 dikesan telah bersikap keras dan melampaui jangkaan semua pihak yang cintakan keamanan, kedamaian dan keadilan. 

Dalam perhimpunan itu, rakyat secara umumnya menjadi saksi akan kerakusan segelintir peserta-peserta BERSIH 3.0 merosakkan kemudahan awam, menyerang kenderaan polis dan bertindak di luar batasan perhimpunan amam yang diwar-warkan oleh penganjur BERSIH sebelum itu. Kini BERSIH 4.0 dijangka kembali semula dengan kehadiran puluhan ribu penyokong mereka di Bandaraya Kuala Lumpur mulai 29 hingga 30 Ogos 2015. Persoalan utama yang bermain di benak fikiran ini, apakah motif utama mereka?. Adakah mereka mempunyai niat lain di belakang tabir?

Mencemarkan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kita
Penganjuran BERSIH 4.0 pada 29 hingga tengah malam 30 Ogos 2015 dilihat amat tidak sesuai kerana pada tarikh ini pelbagai pihak dari pelbagai lapisan masyarakat, umur dan bangsa dari sektor awam, swasta, sekolah dan sebagainya sedang sibuk menyiapkan diri bagi sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2015. 

Seperti yang diketahui umum, pada setiap kali sambutan Hari Kemerdekaan, upacara perbarisan hormat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan  pimpinan tertinggi negara akan diadakan. 

Begitu juga dengan upacara persembahan selingan, pameran dan lain-lain aktiviti yang dirancang memerlukan persiapan dan latihan beberapa hari sebelum hari sebenar. Justeru, tindakan penganjuran BERSIH 4.0 mengadakan perhimpunan pada tarikh yang dirancang dilihat akan menjejaskan persiapan semua pihak dari aspek pergerakan, tumpuan dan fokus peserta-peserta yang terlibat pada hari raptai menjelang sambutan Hari Kebangsaan Negara pada 31 Ogos 2015.

#Bersih4 Crosses The Line Between Politics & Religion? #Malaysia #Islam #Hindu #Christian #Buddhist



After two years of fighting between the Indian government and Sikh separatists, Indian army troops fought their way into the Golden Temple compound in Amritsar where the separatists had taken refuge. The Temple was their safe haven. While Indian officials hailed the operation as a success and said it “broke the back” of the Sikh separatist movement, it was clearly an abuse of a place of worship.

If indeed Maria Chin Abdullah did state that participants could take refuge in churches, then what BERSIH is attempting is reminiscent of what has just been described minus the weapons and killings and it is wrong.

BERSIH’s fight has thus far been commendable but to seek refuge in churches is, in my opinion, wrong and an immature, shallow, irrational and a cowardly way of thinking and acting, simply because a place of worship serves only one purpose … to worship.

It also gives the impression that Maria Chin Abdullah and BERSIH have conceded defeat even before the battle has begun. Yes you have no choice but to disperse when the weapons launched against you seem overwhelming but you don’t need to run into the nearest church to seek refuge.

And why only churches? How about mosques, monasteries and temples? Surely it can’t be about removing your footwear!

There could be other insidious reasons that I could mention as to why protesters were informed about taking refuge in churches but that would be mere conjecture. I do not wish to hurl wild accusations.

It would do us all a lot of good if Maria Chin Abdullah clarifies if she actually stated that churches could be used as refugee camps and that the participants will be safe in their premises.

This, unfortunately reminds me of the separatists who thought they were safe in the premise of a Temple but were so very wrong.

The thing is if you choose to take part in a peaceful rally, you have to be ready to be bombarded with tear gas canisters, water cannons laced with chemicals and arrests. It’s not a good experience but it’s a small price to pay for a big and noble cause. It’s part of the package when you hold a peaceful assembly in this country.

Satheesan Raghavan

#Bersih4 Haunted With 40K #Bangla Lie,Failed #DAP CEC Excel Sheet & #PKR's Kerusi Terbang Mayhem?



Dear Maria Chin Abdullah,

From what I understand Bersih is a coalition of non-governmental organisations (NGOs) that seeks to reform the current electoral system in Malaysia to ensure free, clean and fair elections. This is the backbone of Bersih, right?

However I am a little puzzled to the objective of the upcoming Bersih 4.0 rally scheduled between Aug 29-30, 2015 that is being held across three cities to demand the resignation of Prime Minister Najib Abdul Razak as well as to urge an end to corruption scandals in the country. It is completely different from the initial objective of your organisation. Perhaps Bersih amended their objective, as they say ‘ikut arus pergolakan politik semasa’.

I am sure you would have heard the saying ‘Be the change you want to see in the world’, right? Perhaps Bersih should start to adhere to this connotation first. I suggest for a start you should ‘cleanse’ Rafizi Ramli from his perpetual lies especially with regard to phantom voters and blackouts during an election.

I am sure you remember how Rafizi claimed there were many phantom voters during the last general election and blackouts that happened in polling stations. He even produced a photograph that was eventually proven to be a fake one.

Post-general election, your own Citizen Monitoring Group, Pemantau said it did not find irregularities such as power failures and foreign voters in the 87 parliamentary seats it observed. Pemantau added that upon checking with colleagues in other polling stations, no such blackout incident actually occurred.

Even DAP’s election strategist OngKian Ming concurred with Pemantau’s findings. After that, suddenly all allegations ended and Rafizi was unable to substantiate his claims with any real evidence. Come next election, Rafizi will start playing the phantom voters-blackout sandiwara again. Maybe the Bersih committee should place Rafizi in the middle of the street and give him a ‘mandi bunga’ to wash away the ‘lying ghost’ in him. Please do not forget to clean up after that.

Speaking about cleaning up, I was rather disappointed that Bersih did not gather a group of hundred thousands of Malaysians to help post-Kelantan floods. I don’t remember seeing any such large Bersih group cleaning up when the poor people needed help. Please do not tell me you all sent aid in the form of food and water. There was an abundance of that. Physically present people were lacking.

Why not sit at home and rally?

If sitting at home in the air-condition and giving cash to purchase essentials was the only thing you think was needed, why not sit at home and rally also, perhaps through Skype or something? I am sure you could have amended your objectives to help when the flood problem arose right? Or was that not noble enough to enable you to get international publicity?

I am sure your esteemed committee is aware of the worst-hit dengue outbreak in the country this year, right? I suggest during the gathering end of August you encourage fellow protestors to bring along brooms, shovels and other cleaning utensils as well. With a large number of people cleaning the drains, roads and removing source of stagnant water would definitely do more benefit to the country than screaming over a micro- or megaphone.

You are definitely aware that dengue cannot be eradicated by medications or fogging, right? The only way to curb this disease is by destroying breeding sites of the dengue mosquito. Perhaps Bersih can get the ball rolling come Aug 29-30. It definitely fits in with the name of your organisation.

From the previous Bersih rallies, it is a no-brainer that the leaders from the opposition strongly second your initiatives. Please be unbiased and rally against the continuous destruction of villages in Penang, too.

Although Bersih appears to only cater for the above average income group, kindly do have consideration to champion the rights of the poor as well. Historical villages in Penang are being destroyed and the underprivileged ones have no shelter to resort to. Kindly urge Lim Guan Eng to be a little more sympathetic towards the non-Chinese in Penang especially with regard to their homes.

Lastly, after two days of creating mess, the honours are always on the organiser to ensure the streets are clean. Please do not forget to clean up the rubbish your protesters litter. We saw how filthy the streets were after your previous rallies. Please do not expect the Majlis Perbandaran who happen to be people of the lower-income bracket to clean up for you. It simply shows your disregard to cleanliness and it is going against the name of your own organisation.

I am sure Bersih would not want to be known as a group that causes Kekotoran to the city especially one day before our country celebrates Independence.

So far, your previous three episodes of soap-opera rally have yielded no outcomes to the very reason you gather. Your fourth will be no different as well. Instead of causing a mess in town, please focus your energy in more positive things that would actually make a difference.

If you think you can emulate the 2005 Orange Revolution in Ukraine or 2011 Arab Spring in Egypt, let me tell you that two days of glory hunting ain’t going to achieve anything. The Hong Kongers did it every day for months before a change was brought about. Malaysians are too comfortable with their lifestyle to cause any unrest. Nevertheless, good luck in trying.

Wish you a very good day.

Thank You.

Bob Ramli

Monday, 24 August 2015

Lagi Kampung orang Melayu di #PulauPinang akan di jahanamkan oleh Kerajaan #DAP @cmlimguaneng


Bayangkanlah jika ini berlaku di negeri BN yang memerintah, rasanya ramai di kalangan PRaun melalak macam anjing bukit. Tetapi hakikat iannya berlaku di negeri DAP yang mereka sokong, maka senyap sepilah mereka semua.



Macai PRaun yang berbangsa Melayu sanggup melihat bangsanya di halau oleh rejim Lim Guan Eng. Mereka suka agaknya..maklumlah Lim Guan Eng adalah segala2nya bagi mereka




BERIKUT SENARAI DAKWAAN KAMPUNG-KAMPUNG MELAYU YANG AKAN DAN SUDAH LENYAP DI PULAU PINANG :

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala 
3. Kg Pokok Assam,Jelutong 
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal 
6. Kg Batu Uban 
7. Kg Tanjung Tokong 
8. Kg Bagan Dalam 
9. Kg Permatang Tepi Laut 
10.Batu Maung 
11.Kg Pulau Jelutong 
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap 
13. Kg Teluk Kumbar 
14.Kg Dalca 
15.Kg Sungai Nibong Kechil 
16.Kg Tengah Jelutong 
17.Kg Terang Balik Pulau 
18.Kg Genting,Balik Pulau 
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau 
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh 
21.Teluk Air Tawar 
22.Kg Gagah, Bagan 
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar 
24.Kg Selut Sg Pinang 
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

#Ringgit #Malaysia Dah Tak Laku? Baca & Hadam Ini, Bukan Share Info Salah Dari #FB Page Macai




Ringgit Tak Laku

Sejak Ringgit jatuh mendadak kebelakangan ini ramai yang menyatakan kerisauan mereka terhadap keadaan ekonomi negara. Minggu lepas saya ada tweet flow chart yang menunjukkan siapa yang akan terkesan dengan kejatuhan Ringgit dan siapa yang tidak akan terkesan: 
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan flow chart di atas tetapi apabila diajukan soalan bagaimana tukaran matawang Ringgit jatuh memberi kesan kepada mereka (selain daripada yang dinyatakan di atas) mereka tidak boleh memberi jawapan yang jelas. Saya faham kerisauan ini mungkin akibat daripada imbauan memori krisis kewangan Asia 1997-1998 yang menyaksikan ekonomi Malaysia mengalami kemelesetan yang agak teruk di mana banyak yang dibuang kerja, syarikat-syarikat muflis dan sebagainya. 


Tetapi berapa ramai daripada anda yang tahu punca banyak pekerja diberhentikan, perniagaan bungkus bukan disebabkan oleh Ringgit jatuh? Ia terjadi disebabkan polisi kerajaan dan Bank Negara yang mengamalkan dasar fiskal dan dasar monetari yang ketat. Kerajaan memotong perbelanjaan secara drastik, Bank Negara meningkatkan kadar faedah untuk mempertahankan Ringgit daripada terus jatuh (mereka gagal) yang mana secara tidak langsung menghukum perniagaan yang mempunyai pinjaman dengan bank kerana mereka terpaksa membayar semula pinjaman pada kadar faedah yang tinggi seterusnya terpaksa memberhentikan pekerja. Bukan sahaja perniagaan malah individu yang mempunyai pinjaman perumahan terpaksa menanggung beban kenaikan ansuran pinjaman yang meningkat secara mendadak akibat daripada dasar monetari Bank Negara yang ketat. 


Oleh sebab itu lah saya tidak menyokong apabila ramai yang mahu kerajaan dan Bank Negara campur tangan menangani kejatuhan Ringgit kerana sejarah membuktikan apabila mereka campur tangan dengan mengamalkan dasar fiskal dan polisi yang ketat, ia akan memburukkan lagi keadaan dan memberi kesan kepada ekonomi sebenar. Ringgit akan 'pulih' semula apabila harga minyak mentah naik dan keadaan pasaran yang tidak menentu akibat kadar faedah USA yang bakal dinaikkan menjadi lebih stabil. 


Terbaru ada yang mengatakan Ringgit sudah lagi tidak laku di luar negara akibat daripada kejatuhan matawang Ringgit: 

Nampaknya ramai yang tidak sedar bahawa sejak 1998 iaitu selepas kerajaan Malaysia mengamalkan polisi kawalan modal (capital controls) Ringgit bukan lagi menjadi matawang antarabangsa (internationalized) di mana Ringgit tidak lagi dibenarkan didagang di luar negara (offshore trading). Oleh sebab yang demikian Ringgit tidak lagi laku di peringkat antarabangsa bukan sahaja baru-baru ini tapi sejak 1998 kerana tender matawang Ringgit di luar dianggap tidak sah dan susah untuk ditukarkan di luar Malaysia.


Hanya bank-bank dan syarikat kewangan tertentu yang mempunyai fasiliti perdagangan ataucurrencies swap sahaja yang tiada masalah untuk menukar Ringgit kepada matawang asing di luar negara. Contohnya antara Malaysia dan China iaitu Bank Negara dan People's Bank of China yang mempunyai perjanjian dua hala currency swap antara Ringgit dan Yuan untuk mempromosi perdagangan dan pelaburan antara dua negara.


Bagaimana pula untuk mereka yang tidak dapat menukar Ringgit Malaysia di luar negara? Jika anda sudah biasa ke luar negara, anda sendiri patut tahu anda sepatutnya menukar Ringgit kepada matawang asing di dalam Malaysia sebelum anda berlepas ke luar negara. Ringgit tiada masalah untuk ditukarkan di dalam Malaysia (onshore) selagi stok matawang asing ada. 


Jadi bagaimana pula mereka yang terkesan terutamanya di negara timur tengah. Sepertimana dinyatakan di flow chart di atas jika anda merancang untuk ke luar negara terutamanya ke USA dan juga negara yang 'menggunakan' USD ATAU negara yang menambat matawang mereka kepada USD anda akan terkesan dengan penurunan nilai Ringgit berbanding USD. 

Hampir semua negara timur tengah termasuk Saudi, UAE, Mesir, Kuwait, Qatar, Oman, Bahrain, Jordan dan lain-lain menambat matawang mereka kepada USD. Jadi apabila Ringgit menurun berbanding USD, Ringgit juga akan turun berbanding Saudi Riyal, UAE Dirham, Kuwaiti Dinar, Omani Riyal, Bahraini Dinar, Jordanian Dinnar dan lain-lain. Ini termasuklah mereka yang ingin mengerjakan umrah, ya pakej umrah anda akan jadi lebih mahal kerana anda ke Saudi Arabia yang menambat matawang mereka kepada US Dollar.


Cuba baca semula pelajar di Mesir tersebut tulis: 
"Mmg dari dulu kalau nak tukar duit memang ke USD"
Sebelum Ringgit menyusut lagi memang kena tukar kepada USD kerana rakyat Mesir sendiri jarang sekali menggunakan Egyptian Pound. Mereka menggunakan USD di dalam urusan harian mereka, lagipun Egyptian Pound ditambat kepada USD dan jika anda pernah ke Mesir mungkin anda akan tahu perkara ini. Tidak dinafikan yuran universiti pelajar di Mesir akan naik, akibat penurunan Ringgit, terutamanya mereka yang pergi atas tajaan sendiri atau ibu bapa, mereka pasti akan terkesan bukan sahaja kerana kenaikan yuran malah kenaikan kos sara hidup di sana. 


Hakikatnya akibat daripada penyusutan Ringgit ada yang akan menerima manfaat daripadanya dan ada yang akan terbeban daripadanya dan ada kebanyakan daripada rakyat Malaysia tidak akan terkesan sebenarnya mengapa? Kerana 80% isi rumah di Malaysia berpendapatan (bukan gaji, pendapatan) di bawah RM5,600 sebulan yang mana kebanyakan mereka jarang ke luar negara, menghantar anak-anak ke universiti tempatan dan tidak membeli-belah di luar negara. 


Jika ada yang selalu membeli secara online, selalu bukan jarang-jarang, ataupun kerap ke luar negara maka besar kemungkinan anda tidak tergolong di kalangan kumpulan 80% ke bawah dan anda berada di golongan 20% teratas di Malaysia.



Ramai juga bertanya bagaimana dengan barang yang diimport? Bukankah barangan yang diimport seperti makanan akan naik jika ringgit menyusut berbanding USD? Anda perlu tahu Malaysia tidak mengimport semua barangan dari USA. Kita juga mengimport dari negara lain yang mana matawang negara tersebut juga jatuh. 

Contohnya barangan tenusu Malaysia mengimport sebahagian besar barangan tenusu dari New Zealand yang mana New Zealand Dollar juga telah menyusut berbanding USD dan tidak berubah berbanding Ringgit. Secara am nya harga barangan tenusu di Malaysia tidak patut jatuh walaupun perdagangan antara negara di dalam dunia kebiasaaanya menggunakan USD, pengeksport dari negara berkenaan akan menurunkan harga untuk menyesuaikan dengan keadaan matawang yang menyusut. 


Bagaimana pula dengan harga beras, jagung, gandum dan makanan-makanan yang lain? Jika anda peka dengan keadaan pasaran untuk komoditi tersebut, harga mereka pun jatuh sejak kebelakangan ini. Contohnya harga beras siam yang juga jatuh sejak setahun yang lepas: 



Harga beras dari Thailand juga menurun walaupun Ringgit jatuh berbanding US Dollar dan Thai Baht. Jadi sepatutnya harga beras import tidak berubah, jika ianya naik anda tidak patut menyalahkan Ringgit yang menyusut tetapi salahkan perniagaan yang memonopoli perdagangan beras di Malaysia. Siapa yang memonopoli perdagangan beras di Malaysia? Anda boleh Google sendiri.


Harga-harga makanan lain seperti gandum, jagung, minyak soya semuanya jatuh sejak setahun yang lepas. Jadi harga bahan makanan ini apabila diimport ia sepatutnya tidak naik harga sama seperti beras di atas. Banyak faktor lain menyebabkan harga makanan naik seperti faktor permintaan, faktor bekalan dan juga kemungkinan besar peniaga mengambil keuntungan berlebihan dengan menggunakan alasan Ringgit yang menyusut.


Jika anda membeli barangan tempatan yang tiada input daripada import dan ia dijual pada harga yang tidak masuk akal, anda boleh memboikot sahaja atau melaporkan kepada pihak yang berkuasa. Barangan tempatan tidak sepatutnya naik akibat penyusutan Ringgit. Jadilah pengguna yang bijak dengan mengundi dengan dompet anda. 


Sebab itu jugalah saya mengatakan majoriti rakyat Malaysia tidak terkesan dengan penyusutan Ringgit berbanding US Dollar kerana kebanyakan 'marhaen' hanya akan membeli barangan tempatan melainkan mereka tiada pilihan yang lain. Jika anda terlebih risau tentang kejatuhan matawang Ringgit cuba anda bertenang sejenak dan fikir semula bagaimanakan perkara ini akan mempengaruhi atau memberi kesan terhadap kehidupan anda. 


Jika anda jarang atau tidak membeli-belah barang dari luar negara (USA, UK, Singapura dll), tidak ada perancangan bercuti ke negara yang matawangnya meningkat atau tidak ada anak di negara yang matawangnya meningkat anda berkemungkinan besar tidak akan terkesan dengan fenomena penyusutan Ringgit ini. Jika anda terkesan, kemungkinan besar anda sudah pun tergolong dalam kumpulan 20% teratas di Malaysia.


Saya bukan mempertahan kerajaan (saya anti kerajaan UMNO) apabila membicarakan soal Ringgit jatuh, tetapi saya mempertahankan fakta dan dasar ekonomi (fiskal dan monetari) yang tidak akan menyebabkan pekerja di Malaysia kehilangan kerja. Oleh itu saya tidak mahu kerajaan campur tangan untuk mempertahankan Ringgit kecuali campur tangan untuk meringankan beban rakyat dan perniagaan melalui polisi fiskal yang menyokong pertambahan pendapatan tanpa perlu mengetatkan dasar monetari seperti menaikkan kadar faedah.


Semoga apa yang dikongsikan oleh saya bermanfaat dan saya harap ini kali terakhir saya menulis tentang Ringgit dan penyusutannya. 


p.s: Greece bankrap bukan kerana matawang mereka menyusut, tetapi kerana mereka tiada kedaulatan monetari. 


Sumber Rujukan:



#Merdeka #SehatiSejiwa #Bersih4 @cmlimguaneng:#DAP Gila Kuasa Di Pulau Pinang,Bayangkan Jika Perintah Seluruh #Malaysia?

.


Makin lama makin melampau puak-puak DAPigs ni. Terutamanya di Pulau Pinang di bawah pentadbiran tokong Lim Guan Eng. Puak chauvinist ini sedar bahawa ideologi mereka akan mudah tersebar di peringkat sekolah (itulah sebab utama mengapa mereka asyik melawan kewujudan Sekolah Wawasan). Gambar bendera Malaysia dalam keadaan terbalik ini diambil di sebuah sekolah di Pulau Pinang jelas menunjukkan betapa kurang ajarnya puak chauvinist jika diberi peluang memerintah.

Selain bendera terbalik,semua orang sudah sedia maklum keengganan DAP untuk menggunakan tema kebangsaan, sebaliknya berdegil menggunakan tema "Bersih" sempena perhimpunan haram Bersih 4.0. Selepas terkantoi, barulah mereka nak coverline dan menukar tema kepada "Bersih,Cekap dan Amanah". Hasil daripada itu, Angkatan Tentera Malaysia yang bernaung di bawah Yang Dipertua Agong memutuskan untuk boikot perarakan pada tahun ini di Pulau Pinang.

Puak DAP ini memang patut diajar tentang hormat dan perlembagaan. Ironik sungguh bagaimana parti politik yang chauvinist dan rasis tapi enggan mengaku rasis yang pernah kantoi salah kira dalam pemilihan parti boleh menganjurkan Bersih yang kononnya mahukan pilihanraya yang bersih. Itu bershit namanya.



Thursday, 20 August 2015

@cmlimguaneng #DAPigs Salahkan @PetraJayaMP @JKRMalaysia Atas Kesesakan Yang Disebabkan Kerajaan Negeri?



Arahan Jalan Tutup Dari Lim Guan Eng, Akibat Kemarahan Rakyat Beliau Menyalahkan Pegawai Kerajaan “Kambing Hitam” Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas Bayan Lepas-Batu Maung isnin lalu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat menyelamatkan diri dari menyelesaikan masalah.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata kesesakan yang menyebabkan kenderaan tersangkut selama tiga jam ialah satu krisis yang gagal ditangani oleh JKR/UEM.

Jalan tersebut ditutup sabtu lalu untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya Bayan Lepas Expressway (BLE) namun menyebabkan kesesakan teruk pada hari isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.

Perangai Lim Guan Eng yang suka menyalahkan pihak lain atas sebarang kelemahan dalam pentadbiran Pulau Pinang sangat memalukan. Sebagai Ketua Menteri, Lim sepatutnya mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya.

Mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM tapi kemudiannya menyalahkan JKR dan UEM atas kesesakan ini adalah merupakan perbuatan biadap dan tidak bermoral. Ini kerana keputusan penutupan jalan ini sepenuhnya dibuat oleh oleh Kerajaan Negeri.

Apa perasaan para pegawai JKR dan UEM dalam sidang akhbar tersebut sedangkan ia keputusan kerajaan Negeri? Tiada jalan di Pulau Pinang boleh ditutup tanpa kebenaran atau arahan kerajaan negeri.

Lim tidak boleh menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penutupan keseluruhan jalan tersebut walaupun JKR dan UEM mengemukakan dua pilihan kepada beliau, iaitu (i) penutupan sebahagian jalan atau (ii) tutup sepenuhnya. Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menutup sepenuhnya dan ia mengakibatkan kesesakan luar biasa ini.

Lebih mengecewakan Lim langsung tidak memberi peluang kaedah ini berjalan beberapa hari sebelum melihat apakah ia boleh diuruskan atau tidak.

Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menjadi pengimbang antara agensi pelaksana dengan rakyat. Sebaliknya beliau pada hari pertama lagi sudah menjadi batu api kepada rakyat dengan menyalahkan JKR dan UEM sepenuhnya.

Adalah lumrah berlaku kesesakan akibat pembangunan. Jika sesiapa tinggal di Kuala Lumpur berhampiran laluan pembinaan MRT dan LRT pasti tahu seksanya. Kadangkala terperangkap sehinga dua – tiga jam dalam kesesakan jalan raya waktu pagi. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sudah tentu kita tidak mahu rakyat terperangkap berjam-jam lamanya. Namun ia hari pertama penutupan jalan dan kaedah penyuraian trafik yang baharu. Lim sepatutnya mendapat laporan terlebih dahulu dan mendengar cadangan pihak pelaksana sebelum membuat sebarang keputusan.

Namun sama seperti mengarahkan penutupan sepenuhnya biar pun ada cadangan alternatif, beliau sudah membuat keputusan penutupan tersebut gagal dan mengarahkan pembukaan semula jalan tersebut.

Lim harus sedar bahawa beliau kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya pemimpin pembangkang “ala koboi” yang tidak punya apa-apa tanggungjawab pentadbiran.

Membakar sentimen pengguna jalan raya dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan JKR dan UEM serta mengarahkan jalan dibuka esok melalui akaun Twitter bukan gaya Ketua Menteri yang bertanggungjawab.

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus belajar bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, bukannya menyalahkan pihak lain.