Monday, 30 November 2015

Kedudukan kerusi timbalan presiden UMNO kekal



Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015, yang bermula 8 Disember ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi timbalan presiden adalah bersebelahan kerusi presiden. "Timbalan presiden mesti duduk di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti duduk di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain," katanya. 
 
Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan UMNO berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini. Ahmad Zahid berkata, kedudukan itu mestilah dihormati oleh semua pihak kerana ia adalah hierarki dalam parti. Beliau juga menegaskan UMNO sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam UMNO. 
 
Namun, beliau melihat masalah ketidakadilan berlaku apabila keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti terhadap seseorang dalam parti, dianggap sebagai suatu penganiayaan. "Namun, yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan pendapat biarpun diraikan, akhirnya UMNO diperkukuhkan...pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya," katanya. Menurut Ahmad Zahid, apabila sesuatu keputusan itu dibuat, ia perlu dihormati dan semangat itu harus ada pada kepimpinan UMNO sama ada di peringkat nasional, negeri, bahagian atau akar umbi. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101018

Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015



Kesediaan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2015 (PAU2015) pada awal bulan depan akan membawa pengertian besar kepada perhimpunan itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata perbezaan pendapat yang wujud antara Dr Mahathir dengan pemimpin sekarang tidak harus menjejaskan kesatuan dalam parti.

"Kesatuan (UMNO) yang dibina terpasak kuat bertahun-tahun dan jangan kita hancurkan ia hanya disebabkan perselisihan pandangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini pada Ahad ketika diminta mengulas jemputan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada bekas presiden UMNO itu untuk menghadiri PAU2015.

Dr Mahathir berkata beliau bersedia ke perhimpunan tahunan itu sekiranya menerima jemputan.

Reezal Merican, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata adalah janggal sekiranya Dr Mahathir atau Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua bekas presiden parti itu, tidak dijemput ke perhimpunan yang dijadual dari 8 hingga 12 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

"Kita ada adap, akhlak dan budaya kita sendiri serta sudah menjadi tradisi dalam UMNO juga kita menghormati pemimpin yang lalu," katanya selepas menyampaikan bantuan peralatan perniagaan bernilai RM200,000 kepada 41 penerima di bawah Program 1Azam Parlimen Kepala Batas, di sini.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican, yang juga anggota Parlimen Kepala Batas, berkata tindakan DAP menubuhkan enam cawangan baharu di kawasan perkampungan Melayu di kawasan Parlimennya itu dipercayai berpunca daripada konflik dalaman parti itu.

"Walaupun perlu menerima hakikat bahawa politik bersifat rentas sempadan dan parti politik boleh menubuhkan cawangan di mana-mana, namun UMNO sentiasa berpegang teguh kepada perjuangan membela nasib rakyat di kawasan ini," katanya.

-- BERNAMA

Friday, 27 November 2015

Rakyat #PulauPinang Mahu Guan Eng Dihantar Balik Ke Melaka @cmlimguaneng #DAP



Sebut sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pasti sahaja menjadi igauan buat rakyat Pulau Pinang khususnya kaum Melayu... Iyalah, siapa yang tak tahu corak pemerintahan 'kiasu' yang digunakan beliau sebagai Ketua Menteri.

Baru-baru ini dikejutkan dengan keceluparan Guan Eng menghina 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang mengambil sikap berkecuali berhubung usul penebusan tanah di negeri itu yang dibentangkan oleh pemimpin pembangkang.


Bukan itu sahaja, Guan Eng turut menuduh 5 Adun PKR tersebut melakukan pemberontakan sekaligus mahu menyingkirkan beliau sebagai Ketua Menteri.

Perkara ini menunjukkan bukan pertama kali Guan Eng lantang mencampuri dan menghina pemimpin parti lain, sebaliknya perkara sedemikian menjadi 'makanan harian' beliau apabila sering berlaku kepada Pas sehingga hubungan kedua-dua parti itu diputuskan.

Dengan sikap Guan Eng yang seumpama 'yakuza' dalam gabungan parti pembangkang telah membuatkan rakyat di negara ini khususnya rakyat di Pulau Pinang termasuk daripada kaum Cina enggan menerima Guan Eng sebagai Ketua Menteri.

Justeru itu, Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam satu sidang media hari ini menggesa Guan Eng dihantar pulang ke tempat asalnya di Melaka kerana tidak mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin yang menyebelahi semua pihak.

Selain itu, Guan Eng lebih mementingkan kedudukan daripada masalah yang dihadapi rakyat. Perkara ini juga terbukti apabila permintaan Adun Penanti PKR tidak ditunaikan walaupun sudah berkali-kali meminta sehingga terpaksa menangis di dalam Dewan Negeri.

Oleh demikian, PCM menggesa Guan Eng digantikan dengan Chow Kon Yew yang merupakan Ahli Parlimen Tanjung selepas melihat corak pemerintahan 'yakuza' yang dipamerkan anak kelahiran Melaka itu bukan lagi pilihan buat warga Pulau Pinang.

"DAP sering bertindak seperti 'Taiko' yang membuli parti pakatan. DAP tidak pernah mengenang budi terhadap parti Pas. Suatu ketika dahulu Pas telah menolong dengan membenarkan penggunaan logo parti ketika PRU lepas kerana logo Roket tidak dibenarkan. Tetapi kini Pas telah dibuang.

"Menyokong Chow Kon Yeow menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bukan Guan Eng kerana Guan Eng bukan anak jati negeri ini. Selain itu Guan Eng banyak main wayang dari bekerja," dipetik dari sidang media PCM.

Wednesday, 25 November 2015

"Bangun Awal Elak Tol", @malaysiakini Bakal Disaman Rahman Dahlan @mpkotabelud


Agenda jahat Malaysiakini sekarang yang suka sangat spin berita. Inilah pengakhiran dunia bila fitnah berleluasa. Etika kewartawanan tidak lagi diambil kira asal sahaja berita menjadi cerita. Bila dah tak suka bercakap apa pun tidak diterima biarlah berperang dan telanjang di medan cyber.

Headlines, tajuk berita, by line , trending keutamaan utama, kesahihan berita dan sumber bukan perkara pertama.

Apa yang dikata hanyalah nasihat semata-mata "alternatif dan invest masa - Nak sensasi cerita Bangun Awal berita dijaja'

Berikut adalah kata-kata dari YB Menteri kepada pemberita -

"Ada jalan alternatif dari point A kepada point B. Di mana kita letakkan tol kita mempunyai jalan alternatif.di lembah kelang tanpa melalui tol.

Cumanya bila kita .tidak melalui tol, ianya akan memakan masa dan mungkin terlampau bnyk traffic jem dan traffic light. Jadi dari segi itu kita kena "invest" masa kalau.tak nak bayar tol kita kena invest masa untuk sampai ke destinasi kita.

Mungkin 15 minit lebih awal atau 20minit lebih awal kita kena bangun masuk dlm kereta dan memulakan perjalanan. So its about "trade off" Tol ini adalah sebahagian dari cara kita untuk memendekan perjalanan kita"

INILAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH RAHMAN DAHLAN, BUKANNYA BANGUN AWAL ELAK BAYAR TOL SEPERTI DIDAKWA OLEH MALAYSIAKINI. 
.........................................................................................

Dibawah ini adalah Kenyataan Media Abdul Rahman Dahlan, yang akan Menyaman Malaysiakini.

1. Dewasa ini, telah timbul fenomena di kalangan segelintir media online yang lebih cenderung meletak tajuk berita sensasi dan laporan yang diambil luar daripada konteks sebenar.

2. Fenomena ini menyebabkan banyak pihak terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk menjawab dan memperbetulkan laporan portal media online yang mengelirukan pembaca.

3. Saya sedia maklum dalam era yang dipacu kepantasan internet, masyarakat menuntut agar berita disiarkan dengan kadar segera. Situasi ini telah mendorong sesetengah (bukan semua) portal media online menjadi lebih tergesa-gesa dalam menyiarkan laporan mereka.

4. Sebagai contoh, semasa sidang media saya di Hari Perancang Bandar Sedunia di JW Marriot, 3 November lepas, saya telah menyentuh tentang bagaimana untuk menjadikan sesebuah bandar itu agar lebih bingkas (resilient) dalam menghadapi tekanan sosial dan ekonomi termasuk bencana yang mungkin menimpa bandar tersebut.

5. Saya juga bercakap tentang tekanan yang dihadapi oleh bandar-bandar seluruh dunia alaf ini, seperti pencemaran alam, pengangkutan awam, kos sara hidup, perumahan mampu milik dan tahap keselamatan makanan (food security) semasa bencana.

6. Berdasarkan huraian saya diatas, saya ditanya oleh wartawan-wartawan yang hadir tentang dua perkara, yang pertama tentang kenaikkan kadar tol lebuhraya dan yang keduanya tentang migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar.

7. Sebagai penjelasan, lazimnya saya tidak menjawab soalan-soalan yang tiada kena-mengena dengan kementerian saya, tetapi memandangkan isu kenaikkan tol dan isu migrasi penduduk dari kawasan bandar ke kampung akibat kos sara hidup yang tinggi di bandar adalah isu nasional maka saya mengambil pendekatan untuk menjawab isu tersebut.

8. Dalam jawapan saya bagi isu kenaikkan tol, saya telah menekankan bahawa di mana ada jalan bertol sudah pastilah ada jalan alternatif tanpa tol. Sekiranya kita mengambil jalan alternatif, kita mungkin akan berhadapan dengan kelewatan berpunca daripada kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, kita terpaksa melaburkan lebih banyak masa untuk sampai ke destinasi pilihan.

9. Dalam jawapan yang sama, saya juga menegaskan bahawa ini adalah satu bentuk “trade off” atau timbal balas kerana lebuhraya dan jalan bertol adalah sebahagian daripada cara kita untuk memendekkan perjalanan.

10. Tetapi malangnya, jawapan saya semasa sidang media tersebut telah disalah erti menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa saya menggesa mereka yang enggan membayar tol supaya bangun awal.

11. Ekoran daripada itu, saya telah terdedah kepada kemarahan dan caci maki orang ramai, terutamanya warga netizen.

12. Dalam jawapan saya, saya tidak pernah mencadangkan apatah lagi menggesa orang ramai supaya bangun awal untuk mengelak dari membayar tol. Saya hanya memanjangkan pendapat bahawa di mana ada laluan bertol pastilah ada jalan alternatif tanpa tol.

13. Selanjutnya saya menggambarkan sekiranya sesiapa memilih laluan tanpa tol, mungkin mereka akan berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan lampu isyarat. Oleh yang sedemikian, sekiranya kita memilih jalan alternatif tersebut kita mungkin perlu melaburkan lebih banyak masa, termasuk kemungkinan perlu bangun awal atau bangun pada masa biasa tetapi memulakan perjalanan lebih awal.

14. Manakala dalam isu kenyataan “balik kampung” yang timbul dalam sidang media yang sama, saya telah ditanya tentang soal kenaikkan kos sara hidup yang akan mendorong penduduk kota untuk pulang ke kampung.

15. Terhadap soalan tersebut, saya telah menjawab bahawa saya percaya bahawa konsep “reverse migration”dari bandar ke luar bandar boleh mengurangkan tekanan kepada sistem perbandaran. Saya telah melontarkan komentar bahawa proses migrasi dari luar bandar ke bandar yang terlampau cepat di negara kita telah menekan sistem perbandaran seperti perumahan, pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dalam sebuah bandar tersebut. Perkara-perkara ini sebenarnya adalah asas perbicangan persidangan Hari Perancang Bandar yang diraikan pada hari itu.

16. Seantero dunia, rata-rata kerajaan menyokong konsep reverse migration atau sekurang-kurangnya berusaha untuk melambatkan proses migrasi bandar untuk mengurangkan tekananseperti pencemaran alam, kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam, kos sara hidup dan pengganguran dalam bandar.

17. Saya juga menegaskan bahawa kehidupan di kampung bukan lagi seperti dulu, hampir semua kampung-kampung di negara ini sudah lama menikmati kemudahan asas yang lengkap.

18. Malangnya, Malaysiakini memilih untuk memuatnaik sebuah video Voxpop yang menanyakan pendapat orang ramai berhubung kenyataan saya yang telah diedit tentang “reverse migration” tanpa memberi konteks sebenar jawapan saya.Kenya tahan tidak lengkap ini memberi gambaran seolah-olah saya tidak sensitif dan memperlekehkan warga kota sehinggakan ianya menjadi satu bahan jenaka dalam media sosial untuk menghina saya.

19. Hakikatnya, dalam sidang media itu, bukan sahaja saya menyeru agar mereka yang ingin berhijrah kembali ke kampung untuk bercucuk tanam, saya juga telah menyeru penduduk yang tinggal di bandar untuk mengamalkan konsep kebun komuniti (community gardening). Idea community gardening bukan baru malahan sudah dipelopori di seluruh dunia. Ia juga adalah salah satu teras utama yang akan menaikkan daya tahan (sustainability) kehidupan di kota.

20. Malaysiakini juga dengan sengaja tidak melaporkan gesaan saya agar pemaju perumahan di bandar dapat menyediakan satu kawasan di beranda dalam unit-unit pangsapuri supaya warga kota dapat mengamalkan konsep menanam sayur-sayuran seperti cili.

21. Ekoran dari video Voxpop itu, saya sekali lagi telah menjadi mangsa tohmahan orang ramai yang tidak mendapat maklumat lengkap dari Malaysiakini.

22. Walaupun media online sangat dekat di hati saya, tapi apa yang dilakukan oleh Malaysiakini sudah melampaui batas kewarasan etika kewartawanan dan merosakkan reputasi saya.

23. Saya bersetuju bahawa,media, termasuk portal berita online, adalah satu institusi check and balance. Mereka bertanggungjawab untuk melaporkan berita secara telus. Mereka boleh mengkritik, namun kritikan mereka haruslah bersifat konstruktif demi kebaikan bersama.

24. Sidang media hari ini bertujuan untuk memperbetulkan sebarang salah faham berkenaan dengan kenyataan media saya dan membersih nama baik saya.

25. Maka dengan itu, saya telah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini. Biarlah tindakan saya ini menjadi satu peringatan bahawa media online perlu bersifat lebih profesional, tidak mengkompromi fakta dan tidak bertujuan menghina. Sesungguhnya saya percaya media online mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai salah satu daripada ejen pemangkin yang penting dalam mendokong evolusi negara bangsa.

26. Akhir sekali, walaupun tindakan undang-undang ini adalah terhadap Malaysiakini, saya juga mengekalkan hak saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal-portal berita online lain yang telah mencemarkan reputasi saya.

Dato' Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan
November 25, 2015

Thursday, 19 November 2015

#Sabah #LahadDatu Apa Perasaan Kaum Keluarga Wira Negara Yang Terkorban Dalam Insiden #Tanduo?



Ini tulisan saya sebagai Rakyat Sabah yang amat marah dan kecewa melihat gambar-gambar Nurul Izzah bersama Princess Jacel Kiram yang pernah menjadi jurucakap kepada tentera Kiram semasa insiden pencerobohan di Tanduo 2013 lalu.

Saya cuma mahu Nurul Izzah sedar, apakah perasaan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu bila melihat Nurul Izzah bergambar gembira dan berbual mesra dengan anak dalang yang membunuh suami dan bapa mereka?

Apakah perasaan anak-anak Arwah Koperal Salam Togiran yang lehernya hampir putus dikelar pengganas Kiram?

Apakah perasaan isteri Arwah Sarjan Baharin Hamid yang dicacatkan dengan otak dan mata kanannya dicungkil keluar daripada tengkorak?

Maafkan saya kerana terpaksa menyebut nama-nama arwah wira-wira yang terkorban ini. Saya memang teramat marah sehinggakan tulisan ini pun tidak mampu menzahirkan perasaan saya!

Bagaimanakah seorang rakyat Malaysia mampu tersenyum bergambar dengan anak musuh negara kita ?

Nurul Izzah, saya tidak akan sesekali memaafkan kamu. Saya yakin rakyat Sabah juga begitu. Bagi kami, kamu adalah rakan kepada musuh kami. Tapi kami tidak sampai hati menjadikan kamu musuh kami. Bagi kami, kamu hanyalah seorang pengkhianat!

Jeff Ali Tating
19 November 2015, Kota Kinabalu

#IKEA #Cheras Diserbu Bukti Rakyat #Malaysia Hipokrit?

Admin rasa pengguna  FB dan Twitter by now semua dah lihat gambar viral pembukaan IKEA Cheras yang diserbu oleh jutaan rakyat Malaysia; malah ada yang beratur sedari semalam untuk masuk shopping di pusat perabot omputih itu. Admin belanja lagi gambar-gambar untuk tatapan semua:




Akhir sekali, persoalan yang ingin diajukan kepada mereka yang menyerbu IKEA Cheras hari ini:

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kau dustakan?"

Allah bagi nikmat keamanan dan kestabilan ekonomi serta negara tapi apa yang rakyat kita buat? Meroyan saban hari dalam Facebook dan Twitter tentang 'kesusahan' mereka. Bila tanya apa kesusahan tu?

"Tak dapat beli iPhone 6 plus bang!"

"Tak dapat surf Internet la bang, WiFi lembap sangatttttt"

"Tak dapat nak beli body kit baru untuk Honda saya la bang"

Hmmmm.....

Maka kita tanyalah mereka lagi sekali:

 "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kau dustakan?"

Wednesday, 18 November 2015

PAS Bukan Lagi Rakan DAP- Lim Guan Eng


KEPALA BATAS: PAS Kepala Batas malam tadi mengumumkan pendirian untuk menarik diri daripada memegang jawatan dalam Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), berkuat kuasa serta-merta. Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali, berkata keputusan itu dibuat kerana PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri. Beliau berkata, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat PAS Bahagian Kepala Batas pada September lalu. "Tindakan ini dibuat selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan PAS bukan lagi rakan dalam kepimpinan kerajaan negeri tanpa terlebih dulu mengadakan perbincangan dengan komponen pakatan serta terus mengumumkan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan. "PAS tidak sewajarnya dilihat masih melukut di tepi gantang. Mana mungkin JKKK dalam DUN yang PAS bertanding boleh berkhidmat di bawah penyelarasan ADUN DAP yang memantau dan menyelaras segala urusan JKKK serta dalam masa sama meminta pemimpin PAS Kawasan menolak kepimpinan ulama," katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Beliau berkata, tindakan ini juga dibuat demi menjaga maslahah ahli daripada terus dituduh dengan pelbagai tohmahan kerana bekerja di bawah pimpinan kerajaan negeri yang berterusan menunjukkan sikap negatif terhadap kepimpinan tertinggi PAS. "Keputusan ini juga dibuat demi menjaga wehdah jemaah supaya ahli PAS tidak lagi disogok dengan pelbagai cubaan yang memungkinkan perpindahan ahli kepada parti lain," katanya. Sebelum ini, PAS Kawasan Kepala Batas diberi mandat mengepalai dan menganggotai 10 JKKK di kawasan Parlimen itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97923?m=1

Monday, 16 November 2015

Pemimpin G20 Akui Islam Diseleweng Demi Kepentingan IS - Najib



ANTALYA, (Turki) - Rata-rata kalangan pemimpin Kumpulan 20 (G20) berpendapat bahawa Islam bukan menjadi masalah dan harus memisahkan tindakan radikalisme dengan ajaran Islam yang sebenar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Maknanya, yang menjadi masalah itu bukan Islam, tetapi bagaimana Islam diselewengkan untuk kepentingan kumpulan IS.

"Mereka (pemimpin G20) menggunakan perkataan 'perverted' (memutarbalikkan), Islam telah diputarbalikkan oleh IS," kata Najib.

Najib berkata sememangnya tidak dapat dielakkan sekiranya kejadian di Paris dikaitkan dengan puak militan Islam kerana kejadian serupa pernah berlaku di Paris sebelum ini, malah juga di Ankara, Turki.

Oleh itu, kebimbangan orang ramai terhadap Islam dapat dilihat, kata Najib pada sidang akhbar di sini selepas menghadiri sesi makan malam pemimpin G20 sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Najib berada di sini, bagi lawatan kerja tiga hari sempena Sidang Kemuncak G20 ke-10 dan mengambil bahagian dalam acara tersebut dengan kapasitinya sebagai Pengerusi ASEAN.

Pada sidang akhbar berkenaan, Perdana Menteri turut diminta mengulas mengenai pandangan beberapa pihak di Eropah bahawa militan IS mungkin menyusup dalam kalangan pelarian Syria di sana dan bagaimana tindakan Malaysia terhadap cadangan untuk membawa masuk pelarian Syria ke negara ini.

Najib berkata penapisan terhadap pelarian Syria ini boleh dilakukan oleh agensi keselamatan negara.

"Kita akan buat penapisan melalui agensi berkenaan untuk pastikan mereka tidak ada rekod di negara asal atau Interpol yang buat kita sangsi tentang pendirian mereka ataupun kita merasai mereka boleh jadi seorang radikal sekiranya kita terima mereka nanti," katanya.

Menurutnya, langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mengambil mereka yang sudah berada dan bekerja di Malaysia tetapi saudara mara mereka masih berada di luar sana.

-- BERNAMA

Friday, 6 November 2015

Wakil #DAP Guna Alasan 'Melawak' Mahu Tukar Nama Tanah Rizab Melayu Kepada Nama Cina #racism #DAPigs


Adun Sekinchan, Ng Suee Lim sekarang cakap beliau hanya melawak apabila telah meminta Kerajaan Negeri Selangor menukarkan status tanah yang diduduki oleh orang Cina di Bagan Nakhoda Omar daripada Tanah Rizab Melayu dan warta tersebut dihapuskan.

Alasannya, Tanah Rizab Melayu di Bagan Nakhoda Omar itu telah diduduki oleh orang Cina dan jumlah mereka pula adalah 100%!!!

Tidak cukup dengan itu, nama Bagan Nakhoda Omar pula diminta agar ditukarkan menjadi Bagan Nakhoda Chong.

Punyalah kurang ajar!

Kalau Tony Pua berselindung dengan jawatan dalam PAC bagi menyembunyikan sifat penakutnya, Ng Suee Lim pula mengeluarkan kenyataan yang sangat RASIS dan CHAUVINIST itu di Persidangan DUN!

Sebenarnya kejadian sebegini bukanlah perkara baru. Taiping telah ditukarkan dari Klian Pauh kepada nama Cina iaitu Taiping. Pulau Pangkor yang asalnya bernama Pulau Dinding, ditukarkan namanya dengan alasan penghulu Cina di pulau tersebut bernama Ee Pang Kor dan hasilnya Pulau Dinding sekarang ini dikenali sebagai Pulau Pangkor, malah puak mereka mendakwa pula, Pulau Pangkor telah dibuka oleh Cina bernama Pang Kor.

Ng Suee Lim tidak lagi berselindung dengan sikap chauvinistnya. Beranggapan, Melayu di Sekinchan adalah golongan yang lemah kerana terlalu bertolak ansur, Ng Suee Lim memandang mudah dan mahu sejarah tempat tersebut ditukar dan ditipu.

Tanah Rizab Melayu sekaligus menjadikan Cina-Cina yang diwakili oleh Ng Suee Lim untuk perampasan tanah secara biadap dan kurang ajar itu, merupakan penduduk yang telah menduduki tanah rizab Melayu itu secara haram.

Mengapa pula mereka tidak dihalau dari tanah tersebut sedangkan pada masa yang sama, sudah pasti mereka yang tinggal di Bagan Nakhoda Omar itu tidak akan membenarkan sama sekali mana-mana Melayu tinggal di Tanah Rizab Melayu yang telah mereka cerobohi dan duduki secar haram itu!

Thursday, 5 November 2015

Kerajaan Komited Sediakan Kemudahan Kesihatan Yang Berkualiti




Kerajaan Barisan Nasional komited untuk menyediakan perubatan dan rawatan berkualiti pada kadar yang rendah untuk rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar setiap tahun sebagai bantuan perubatan dan kos pembelian mesin hemodialisis di hospital-hospital kerajaan. 
 
Dalam catatan terbaru di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, dalam bajet tahunan yang dibentangkan beberapa tahun ini, kerajaan memastikan bahawa kebajikan pesakit terjamin terutamanya mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kerosakan buah pinggang. Dalam tinjauan pelaksanaan bajet negara di Hospital Shah Alam semalam, beliau mengambil kesempatan untuk melawat Unit Hemodialisis di hospital itu yang dapat memanfaatkan 78 pesakit buah pinggang setiap minggu dengan 20 buah mesin hemodialisis yang baharu.-TV3

Wednesday, 4 November 2015

Tony Pua Menyerah Kalah



KUALA LUMPUR 4 Nov. - DAP memutuskan bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tidak akan berdebat dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berhubung isu syarikat strategik pelaburan negara itu.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng sebaliknya berkata, tempat Tony akan diambil alih oleh salah seorang Ahli Parlimen dalam pakatan pembangkang sebagai menghormati arahan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Keputusan ini diambil kerana tidak mahu menjejaskan kedudukan Tony dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan prosiding siasatan 1MDB.

“Pengganti Tony akan dibincangkan dalam mesyuarat sekretariat Pakatan Harapan petang ini. Kita harap debat ini dapat diteruskan pada Jumaat ini seperti yang telah dijadualkan,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. -UTUSAN ONLINE

Perodua lancar model baru Alza, Myvi



Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan varian model baharu Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 liter dengan menawarkan nilai yang lebih besar dari segi rupa dan fungsi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Aminar Rashid Salleh, varian baru, Alza S dan Myvi Premium XS 1.3 liter, adalah hasil daripada usaha yang berterusan untuk meningkatkan penawaran produk selaras dengan pilihan pengguna.

"Varian terbaru ini akan melengkapkan model Alza dan Myvi sedia ada manakala harga yang ditawarkan diharap dapat menarik pelanggan untuk menjadi sebahagian daripada 2.5 juta pelanggan sedia ada.

"Dengan pengenalan dua varian baru ini, kami menjangkakan jumlah jualan bulanan kami untuk Alza dan Myvi mencecah 3,400 unit dan 7,500 unit masing-masing," kata Aminar.

Perodua Alza S, yang menggantikan varian Alza standard didatangkan dengan skirting depan, belakang dan sisi , spoiler belakang, combi belakang dengan kanta jelas dan lampu kabus di bahagian luar.

Di samping itu, bahagian dalamnya dilengkapi dengan stereng kulit termasuk suis audio, sistem audio dengan USB & Bluetooth dan panel meter dengan pencahayaan putih.

"Walaupun Alza S telah menambah ciri-ciri, (OTR) harga atas jalan masih sama seperti varian standard Alza," kata Aminar.

Sementara itu, bagi Myvi Premium XS 1.3 liter, Perodua memperkenalkan imej sporty dengan skirtings GearUp di bahagian depan, sisi dan belakang, serta projektor lampu depan dengan lampu panduan.

"Ini akan memberikan pelanggan Myvi lebih pilihan jika mahukan yang lebih sporty pada harga yang berpatutan," kata Aminar.

Harga yang ditawarkan bagi Alza adalah RM52,332 untuk transmisi manual dan RM55,332 untuk transmisi automatik, manakala Myvi Premium XS 1.3 liter berharga RM48,862.16 dan hanya boleh didapati dalam transmisi automatik.-SINAR HARIAN

Monday, 2 November 2015

Tambang baharu KTM Komuter mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mengumumkan struktur tambang baharu perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa hari ini, membabitkan kenaikan dari RM0.00 hingga RM7.10 bagi setiap perjalanan bagi sektor Lembah Klang iaitu dari Tanjung Malim ke Sungai Gadut serta Batu Cave ke Pelabuhan Klang. Bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor selatan iaitu antara Sungai Gadut ke Tampin dan sektor utara antara Kamunting ke Gurun harganya tidak berubah. 
 
Pada masa sama, kadar tambang bagi golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) juga dikekalkan pada kadar potongan harga 50 peratus daripada kadar tambang tunai, serta percuma bagi kanak-kanak berusia bawah dua tahun. Presiden KTMB, Sarbini Tijan, berkata pelaksanaan kadar tambang baharu komuter berkenaan sudah mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jemaah Menteri. 
 
Katanya, struktur tambang baharu itu memberi kelebihan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan komuter untuk jarak jauh kerana harganya lebih murah berbanding jarak dekat. Beliau berkata, ia adalah satu inisiatif kerajaan bagi menggalakkan orang rawai dari luar Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan awam terutama komuter untuk ke tempat kerja di bandar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/93686

Sukarelawan JPAM sedia hadapi banjir

KUALA LUMPUR - Sebanyak 200 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Lumpur bersiap sedia untuk dikerah bagi membantu operasi banjir di tiga buah negeri di Pantai Timur, akhir tahun ini.

Pengarah JPAM Kuala Lumpur, Lt Kol (Pertahanan Awam), Mohd Zubir Mohd Juzad berkata, sukarelawan berkenaan akan berkumpul di pusat kawalan operasi daerah dalam tempoh tiga jam selepas menerima panggilan daripada pusat itu.

"Sukarelawan yang dipanggil akan melapor diri di tiga pusat kawalan operasi daerah di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Cheras, Jalan Padang Tembak dan Dang Wangi sebelum bergerak ke kawasan terjejas banjir," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika meninjau latihan pengendalian bot yang dijalankan oleh Pejabat Daerah JPAM Dang Wangi di Tasik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Sungai Besi, di sini.

Sebanyak 40 anggota sukarelawan berserta pegawai daripada pejabat daerah berkenaan terlibat dalam latihan itu seiring dengan usaha JPAM untuk memantapkan kemahiran anggotanya dalam menghadapi musim tengkujuh kelak.

Mohd Zubir menjelaskan semua anggota sukarelawan yang terlibat dalam menggalas operasi di kawasan terjejas akibat musim tengkujuh bakal dilindungi insurans di bawah Tabung Amanah Perwira Negara.

Dalam pada itu, katanya cuti pegawai JPAM Kuala Lumpur akan dibekukan sekiranya keadaan banjir berada pada tahap kritikal.

Katanya selain latihan yang dijalankan, persiapan menghadapi musim tengkujuh turut diadakan dari semasa ke semasa antara lain perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan serta agensi terlibat yang menjurus kepada aspek pengurusan bencana alam. - Bernama