Monday, 11 January 2016

Parti #AMANAH & #DAP Mengajar Rakyat Untuk Menipu Orang #Melayu?



Belum PRU lagi seorang pemimpin parti AMANAH yang diasaskan oleh para parasit-parasit dalam PAS sudah berkokok mahu menipu orang Melayu dengan merayu  kepada parti chauvinist DAP untuk meletakkan calon bertanding kerusi DUN di Johor perlu menggunakan logo PKR atau AMANAH. Menurut beliau, parti UMNO telah mendoktrin orang Melayu bahawa DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam jadi tidak bolehlah letak orang Melayu sebagai calon DAP jika mahu menang.

Selama ini Pakatan Harapan telah melaungkan mereka tidak pernah diskriminasi kaum,merekalah paling telus,paling tidak perkauman,paling adil dan bertanggungjawab, tapi pada persidangan mereka, mereka sendiri yang mengkantoikan betapa rasis dan chauvinisnya parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana masih membicarakan tentang perkauman.

Berhentilah menjadi retorik kerana rakyat semua sedar akan perangai perkauman yang cuba disembunyikan oleh DAP yang kini dilihat aktif menerajui Pakatan Harapan. Di sini kita nak tanya, apakah ada lagi cadangan perkauman untuk menipu Melayu? Nak minta calon bangsa Cina guna nama Melayu di kawasan Melayu? Apa mereka ingat rakyat tidak ingat akan perangai bapa PAP yang masuk kampung Melayu pakai songkok hanya untuk raih undi? Lepas tu dibiar dan dihanyutkan bangsa Melayu terkontang kanting di bumi sendiri.

No comments:

Post a Comment