Friday, 13 May 2016

#HBN2016 #TheFutureIsNow UPM Jadi Lokasi Pilihan Hari Belia Negara 2016






Tahun ini Universiti Putra Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2016. Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pilihan kerana lokasi yang strategik bagi orang ramai mudah untuk datang kerana berdekatan dengan lebuh raya dan juga kemudahan tempat kereta yang luas dan selesa.




Aktiviti-aktiviti yang berlangsung bermula pada Jumaat 13 Mei 2016 dan akan berakhir pada Ahad 15 Mei 2016. Terdapat beberapa lokasi di dalam kawasan UPM ini menjadi pilihan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti belia. Antara yang berlangsung pada hari ini ialah Pertandingan Nasyid Belia jam 3.00 petang. Terdapat dua belas kumpulan yang bertanding dalam pertandingan nasyid tersebut. Malam ini akan diadakan Majlis Malam Belia Berselawat 3.0 yang akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.





Kementerian Belia dan Sukan berharap sambutan Hari Belia Negara 2016 pada kali ini akan mendapat sambutan yang hebat seperti tahun-tahun sebelum ini walaupun diadakan di UPM.

No comments:

Post a Comment