Wednesday, 27 January 2016

SYARIKAT YANG SOKONG #DAP CUBA MASUK TENDER #SARAWAK? @cmlimguaneng @tonypua


Penyokong kuat DAP, Sunway Group sudah berani membida projek Lebuhraya Borneo Utara di Sarawak. Hebat penyokong parti 'cauvinist' Cina ini.


Mereka tidak malu-malu untuk secara terang-terangan menyokong perjuangan parti DAP tetapi pada masa yang sama mereka masih mengharapkan kontrak dan projek daripada Kerajaan Pusat. Muka tebal dan tidak tahu malu.

Masih mahukan projek Kerajaan tetapi terang-terang sokong musuh BN. Harap sangat mereka tidka dapat. Jika tidak mana tahu mereka juga 'menderma' kepada DAP untuk dana politik.

Tidak mustahil mereka memang mahukan LGE jadi PM dan terus menyokong sebab mereka nak banyak lagi projek. Hati-hati banyak musang sekarang ini. Apapun lawan DAP dan konco-konconya leboh baik daripada lawan sesama sendiri.








Saturday, 23 January 2016

#SokongTPPA #TPPA #TPPAForMalaysia #Bersih dan #PSM Kantoi Bagi Apa Tu Pada Pendemo? @mariachin @partisosialis @arul_psm @bersih2

(RM20 diedarkan kepada pendemo yang ada dalam namelist)

Biarlah gambar berbicara. Satu Malaysia dah tahu perhimpunan Bantah TPPA yang baru berakhir sebentar tadi gagal sekali kerana kita dapat lihat dua kem berbeza yang berhimpun, tiada solidariti langsung.

(Bersih kena pakai baju hitam)


Kalau PAS pakai warna hijau, yang pakai warna hitam ini diberitakan sebagai group dari Bersih dan juga Pakatan Harapan yang sedang begaduh besar dengan orang PAS. Namun, yang tak sedapnya, geng gagak hitam ni secara terang-benderang menghulurkan wang kepada pendemo!

Selama ini geng gagak hitam inilah yang perjuangkan ketelusan, amanah dan anti-rasuah, tapi apa cerita ni bagi sesuatu pada pendemo?

Harap Maria Chin dan Arul boleh jawab sikit?



Wednesday, 13 January 2016

@unimalaya @adamadli @fahmizainol_ USUS BOCOR:DULU MAHU HAPUSKAN #PTPTN, SEKARANG PTPTN PULAK TAK CUKUP!



Antara yang paling kuat menyalak disebabkan hasutan dilakukan oleh PKR terutama sekali membabitkan Rafizi Ramli ialah, penghapusan PTPTN, sehinggakan ada yang sanggup berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS bergabung untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan PTPTN walaupun pengajian mereka sangat bergantung kepada PTPTN, bukannya bergantung kepada keputusan dan kecemerlangan akademik mereka.

PTPTN telah memberikan keistimewaan yang besar iaitu menukarkan status pinjaman kepada biasiswa sekiranya setiap pelajar memperolehi keputusan CGPA 4.0 atau Ijazah Kelas Pertama.

Alasan yang diberikan oleh puak-puak penentang PTPTN itu adalah, sepatutnya negara ini menyediakan pembelajaran pada peringkat tinggi secara percuma - sesuatu yang tidak dilakukan dan diamalkan oleh mana-mana negara di dunia ini melainkan negara yang mengenakan kadar cukai dan pungutan cukai yang sangat tinggi dan tegas kepada rakyatnya.

Itu dahulu. Sekarang sudah berubah. Isu PTPTN dihapuskan tidak lagi dibangkitkan, tetapi disebabkan isu pelajar universiti kebuluran, maka rungutan terbaru ialah, PTPTN tak cukup untuk mereka!

Daripada menghapuskan, sekarang para pelajar yang telah dipermudahkan oleh polisi kerajaan yang mereka benci untuk mereka meneruskan pengajian di peringkat tertinggi, menuntut pula agar PTPTN dinaikkan kadarnya. Sedangkan pada masa yang sama, masih ada sebilangan besar yang telah mendapat pinjaman pendidikan tersebut, enggan pula membayar hutang dan mengadu kepada media bagaimana gaji mereka hanya tinggal beberapa belas ringgit sahaja kerana potongan paksaan oleh PTPTN.

Konsep biasiswa seperti yang dinyatakan dalam peruntukan adalah pembiayaan pengajian bagi pelajar-pelajar yang layak, bukan kepada semua pelajar yang mahu meneruskan pengajian. Layak bermaksud, menepati segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan, bukannya pelajar buangan yang diterima oleh mana-mana kolej IPTS atau IPTA kerana kuota bukannya merit.

Justeru, ketidakmampuan menukarkan PTPTN masing-masing menjadikannya sebagai biasiswa seharusnya menyedarkan mereka bahawa mereka perlu mencari jalan lain. PTPTN itu sendiri adalah pinjaman untuk membiayai pengajian yang merangkumi yuran serta pembelian bahan bantu belajar, bukannya untuk makan minum atau berseronok-seronok dengan GAYA HIDUP.

Pelajar-pelajar generasi awal, tidak mempunyai kemudahan PTPTN, tetapi masing-masing tetap hidup sehingga ke hari ini. Tiada sebarang masalah walaupun kebanyakannya juga ikat perut kerana keluarga masing-masing pada waktu itu bukannya mudah memperolehi wang seperti sekarang.

Kalau pelajar-pelajar zaman dahulu boleh mencari pendapatan sampingan, kreatif untuk tidak menyusahkan ibu bapa dan keluarga, malahan bersyukur kerana yuran pengajian bukan lagi satu masalah besar, mengapa pelajar-pelajar zaman sekarang banyak pula rungutan mereka.

Maka, sekarang bolehlah para pelajar yang sebelum ini kuat berhujah kononnya pendidikan tinggi di negara ini perlu diberikan secara percuma dan PTPTN dihapuskan, meminta bantuan daripada para pemimpin pembangkang, terutama sekali kaedah menjadikan kedudukan dan kewujudan mereka di IPTA atau IPTS sebagai punca dan mata pendapatan untuk mereka terus menjadi kaya-raya.

Kesimpulan mudah.... MENGADA-NGADA!

Monday, 11 January 2016

Parti #AMANAH & #DAP Mengajar Rakyat Untuk Menipu Orang #Melayu?



Belum PRU lagi seorang pemimpin parti AMANAH yang diasaskan oleh para parasit-parasit dalam PAS sudah berkokok mahu menipu orang Melayu dengan merayu  kepada parti chauvinist DAP untuk meletakkan calon bertanding kerusi DUN di Johor perlu menggunakan logo PKR atau AMANAH. Menurut beliau, parti UMNO telah mendoktrin orang Melayu bahawa DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam jadi tidak bolehlah letak orang Melayu sebagai calon DAP jika mahu menang.

Selama ini Pakatan Harapan telah melaungkan mereka tidak pernah diskriminasi kaum,merekalah paling telus,paling tidak perkauman,paling adil dan bertanggungjawab, tapi pada persidangan mereka, mereka sendiri yang mengkantoikan betapa rasis dan chauvinisnya parti-parti dalam Pakatan Harapan kerana masih membicarakan tentang perkauman.

Berhentilah menjadi retorik kerana rakyat semua sedar akan perangai perkauman yang cuba disembunyikan oleh DAP yang kini dilihat aktif menerajui Pakatan Harapan. Di sini kita nak tanya, apakah ada lagi cadangan perkauman untuk menipu Melayu? Nak minta calon bangsa Cina guna nama Melayu di kawasan Melayu? Apa mereka ingat rakyat tidak ingat akan perangai bapa PAP yang masuk kampung Melayu pakai songkok hanya untuk raih undi? Lepas tu dibiar dan dihanyutkan bangsa Melayu terkontang kanting di bumi sendiri.