Tuesday, 16 February 2016

Gambar Wanita Kononnya Rakyat Malaysia Yang Bekerja 3D Di Singapura Adalah Palsu @Zahid_Hamidi @NurulZahid



KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar golongan belia melakukan kerja 3D iaitu ‘dangerous, difficult, dirty’ jika tidak mahu pekerja warga asing dibawa masuk disahut seorang wanita.


Menerusi kiriman gambar yang diterima kami, seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Susuk Emas telah memuat naik empat keping gambar yang memaparkan dirinya konon melakukan kerja-kerja ‘3D’ seperti mana yang disarankan Zahid.

“Saya seorang perempuan dan saya berani sahut cabaran Zahid Hamidi, semuanya sebab gaji!” tulisnya di pautan gambar yang dikongsikan.

Bagaimanapun, hasil tinjauan kami menerusi akaun miliknya itu, ternyata gambar yang dikongsikan bukanlah merupakan gambar sebenar dan dipercayai merupakan gambar di negara China.

Malah, akaun yang ditulis di Singapura itu juga kemudian telah dipadamkam. Bermakna ia hanya diwujudkan untuk tujuan jahat dan memang berniat digunakan seketika sahaja.

Ternyata ini satu lagi taktik oleh pasukan siber DAP yang memang diketahui menggunakan media sosial untuk mereka-reka cerita dan fitnah dengan tujuan memburukan kerajaan dan para pemimpin.

Sayangnya ramai Malaysia masih ramai yang termakan dengan penipuan berulang kali ini.

Keputusan kerajaan meluluskan kemasukkan 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh secara berperingkat adalah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang tidak diceburi anak muda kini seperti di ladang, di kawasan panas terik dan kerja berat yang bahaya.

Dengan tindakan kerajaan mengambil pekerja asing ini, anak muda mula menuduh kerajaan konon telah menindas generasi mereka dengan menutup periuk nasi golongan anak muda.

Selain itu, golongan anak muda turut menuduh kerajaan mengambil pekerja asing kerana mempunyai keuntungan disebabkan majikan terpaksa membayar levi yang dikenakan.

Tidak cukup dengan itu, golongan anak muda menuntut dan menggesa supaya kerajaan menghantar pulang pekerja asing ke negara asal mereka tetapi tidak sanggup bekerja dalam sektor 3D.

Daripada anak muda menyalahkan kerajaan kerana mengambil pekerja asing, apa kata golongan belia ini menyalahkan majikan di negara ini kerana kemasukan pekerja asing ini adalah atas permintaan mereka sendiri!

Lebih ‘afdal’ lagi jika golongan anak muda ini menyalahkan diri sendiri kerana bersikap demand dalam pemilihan kerja. Jangan sekadar berangan tamat pengajian mesti kerja gaji tinggi, kereta besar, rumah mewah dan ada ofis sendiri menghadap KLCC.

Friday, 5 February 2016

Kronologi #TabungHaji Difitnah Bankrup dan Pengumuman Dividen + Bonus 8%


Apa cerita dengan pendedahan kononnya TH nak bangkrup? dah senyap? ada lagi dokumen nak didedahkan? Sekarang ini pihak yang fitnah Tabung Haji memang hanya berjaya membuktikan kepada rakyat mereka adalah bodoh dan tukang fitnah paling sukses  pada 2016.
Tabung Haji umum bonus 5% dan diberi lagi ekstra 3 %.. kalau rugi dan tak ada duit mana mampu nak bagi semua ni..

"Tabung Haji Umum Bonus Tahunan 5 % Dan Tambahan Bonus 3
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015, merangkumi 5.0 peratus bonus tahunan dan tambahan bonus haji sebanyak 3.0 peratus, kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan Fardhu Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion berbanding RM3.237 bilion pada 2014.
Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif.

“Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sebanyak 19 peratus.

“Ia merupakan pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya ketika mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.

Mengambil kira pandangan Bank Negara dan prospek ekonomi tahun ini, beliau berkata TH akan menyimpan RM300 juta daripada keuntungan boleh agih tahun ini sebagai rizab, menjadikan jumlah rizab boleh agih TH meningkat kepada RM593 juta.

Berdasarkan prestasi tersebut, Jamil berkata jumlah keuntungan boleh agih dan Rizab boleh agih TH melonjak kepada RM3.82 bilion di samping menghasilkan penambahan nilai sebanyak RM18.31 bilion kepada dana pendeposit dan peningkatan keuntungan lebih lima kali ganda sejak tahun 2006.

Sementara itu pada sidang media, Pengerusi TH Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berkata bonus tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun pendeposit bermula 10 Feb ini.

Beliau juga menafikan berlaku pengeluaran panik daripada pendeposit disebabkan khabar angin mengenai kedudukan kewangan TH.

“Memang terdapat pengeluaran daripada para pendeposit sepanjang tahun lepas.

Namun, jumlah pengeluaran tersebut masih pada tahap normal, seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya,” katanya – Bernama