Tuesday, 29 March 2016

Warga Shah Alam Mengeluh Jalan Raya Sebabkan Kelewatan Ke Tempat Kerja @KhalidSamad @azminali @sacitycouncil



Sesiapa yang memutuskan untuk tinggal di Shah Alam terutama di kawasan Seksyen 13, Bukit Jelutong dan juga di sekeliling Persiaran Mokhtar Dahari kini menyesal dengan tindakan untuk bermastautin di sana disebabkan laluan jalan raya yang padat dengan kereta serta tiada laluan alternatif.

Menurut penduduk yang ditemubual akhbar Sinar Harian, kebanyakan mereka sering tersangkut di lampu isyarat yang banyak terdapat di laluan-laluan jalan raya menuju ke lebuhraya utama ke Kuala Lumpur.  

Difahamkan, kesesakan teruk berlaku pada waktu kemuncak ketika orang ramai pergi dan pulang dari kerja antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 9 malam.

Keadaan di persimpangan tersebut hanya bebas kesesakan menjelang jam 10 malam selepas orang ramai selesai mengerjakan tugasan harian mereka. Penduduk Seksyen 13, Jack Abbas, 56, berkata, durasi lampu isyarat yang lama sering menyebabkan persimpangan sesak teruk pada setiap hari.

“Saya terpaksa tunggu sampai tujuh hingga lapan minit dari satu arah setiap kali guna persimpangan berkenaan.

“Saya kecewa dan penat, tetapi tak boleh nak buat apa juga sebab memang kena guna juga persimpangan itu setiap hari,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengkaji semula durasi lampu isyarat di kawasan berkenaan bagi menyuraikan kesesakan yang berlaku.

“Pihak berwajib perlu lihat balik sama ada durasi sehingga 190 saat itu praktikal atau pun tak sebab lama sangat.

“Semakin lama durasinya, semakin banyak kenderaan yang akan tunggu dari satu satu arah jalan sehingga mengakibatkan kesesakan berlaku,” katanya.

Peniaga, Sazali Adnan, 44, berkata, kesesakan berkurangan apabila polis trafik datang membantu mengawal lalu lintas di persimpangan berkenaan.

“Kalau ada polis trafik yang jaga, akan jadi lancar dan terkawal serta kenderaan yang lalu pun bergerak pantas.

"Tapi polis trafik hanya bantu pada waktu puncak sahaja iaitu pagi dan petang,” katanya.

Takkanlah PBT dan ADUN tiada solusi untuk selesaikan masalah yang mudah sebegini? Janganlah asyik sibuk berpolitik sehinggakan rakyat sengsara disebabkan masalah lalu lintas? Kalau pasal robohkan perniagaan orang-orang Melayu ni laju betul PBT buat kerja, akan tetapi kalau pasal nak bantu rakyat, krik krik krik sahaja.

Monday, 14 March 2016

The Malaysian Insider Melingkup Jua Akhirnya! Bila #Malaysiakini Mahu Ikut Jejak #TMI?


The Edge yang menguruskan portal The Malaysian Insider akhirnya akur dengan kesempitan kewangan yang melanda portal itu sehingga memaksa syarikat tersebut untuk menutup portal itu bermula tengah malam tadi.

Syarikat The Edge dikhabarkan kerugian sebanyak RM10 juta ringgit walaupun dikhabarkan portal itu antara yang menjadi portal kegemaran rakyat Malaysia. Ini ditambah pula dengan kes-kes saman fitnah mahkamah yang masih dibicarakan sehingga kini. 

Itulah padahnya jika etika kewartawanan sampah ala The Malaysian Insider yang 'hidup' dengan meletakkan tajuk-tajuk sensasi yang jauh menyimpang dari fakta. Kerana wartawan-wartawan mereka, walaupun ada yang beragama Islam terpaksa diajar untuk menipu dan mensensasikan isu-isu politik khasnya untuk mendapat klik daripada pembaca.

Kini terbukti sudah portal penjaja fitnah seperti TMI memang susah nak bertahan lama disebabkan nilai komersial walaupun pembaca anda ada berjuta-juta. Buat apa nak berbangga dengan jutaan pembaca jika setiap berita itu dilingkari penipuan dan fitnah?

Syukurlah satu agent Dajjal yang suka pecah belahkan rakyat telah berjaya dihapuskan dari bumi Malaysia ini.

Wednesday, 9 March 2016

"TATKALA LAUT BERGELORA, JANGAN DIIKUT ORANG KE LAUT" - MB NEGERI SEMBILAN




1. Den selalu jumpo MB Negeri Sembilan walaupun kadang-kadang , MB pun tak "aware" dengan den. Sobab den kekadang duduk jauh-jauh memandang tepat kek muko MB selaku rakyat marhain yang bilo donga MB turun tompek kito, kito akan teruja nak salam , sapa , selfie dan sebagainya. Alhamdulillah den nak kobar, den selalu tidak dikecewakan MB ini. :-) 

2. Ada dalam satu program , MHS dengar Tok Mat cakap macam ni : 

"Tatkala Laut Bergelora , kita jangan ikut orang ke laut. Apa yang sepatutnya kita buat adalah perbaiki bot, jahit balik pukat yang koyak. Kalau kita ikut ke laut, alamat lemas lah kita .. "

Cantik betul bahasa yang digunakan TOK Mat. Tepat, segalanya tepat untuk diperhalusi semua rakyat dalam mendepani cabaran ekonomi dan politik negara. Mungkin maksud Tok Mat masa tu untuk perkara lain, tetapi perumpamaan yang tok mat pakai ni boleh disinonimkan dengan apa yang berlaku dalam kepimpinan negara ketika ini. Jangan kita ikut rentak dan kemelut yang sedang bergelora ini, nanti kita yang lemas. 

Apa yang kita kena buat adalah , muhasabah diri, perbaiki kelemahan diri, keluarga dan komuniti. Bila sampai masa belayar, eloklah kita belayar dengan persediaan yang rapi, rasional dan akhirnya akan membuahkan hasil yang cemerlang. -Amin -