Friday, 27 May 2016

Isu Terowong Dasar Laut dan Jambatan Ketiga #PulauPinang Sahkan Lim Guan Eng & #DAP Kaki Tipu & Fitnah?




Akhbar bahasa Cina telah melaporkan  tentang sikap acuh tidak acuh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang baru sahaja membatalkan pembinaan terowong dasar laut yang sehingga kini telah menelan kos lebih kurang RM300 juta duit rakyat iaitu kos untuk penyelidikan sahaja. Terbaharu beliau telah memfitnah kerajaan Persekutuan di dalam sidang DUN apabila menuduh bahawa Jambatan Ke 3 P.Pinang ditolak kerajaan Pusat menyebabkan pelan untuk membuat terowong dasar laut.

Namun yang mengejutkan adalah jawapan daripada pihak Menteri pula menyatakan beliau tidak menerima langsung cadangan atau surat pemohonan dari Guan Eng!

Hari ini diakui sendiri Guan Eng dia tak hantar lagi surat tapi jika dihantar kerajaan Pusat kena luluskan sebab ia dibiayai kerajaan negeri (sebab bayaran tol dikenakan ).

Hairan bin ajaib ...nak buat projek berbilion jambatan tuduh kerajaan Pusat tolak tapi sebenarnya satu habuk kertas cadangan pun tak bagi. Kalau sembang air liur ja Ketua Menteri DAP ini. Kalau pemimpin UMNO lah cakap bohong dan belit seperti ini ..dah lama kena troll dan maki netizen.



Itu lah perangai Guan Eng,tokong besar DAP yang terkenal sebagai penipu dan pembelit bagi melepaskan diri daripada masalah menimpanya dengan menyalahkan orang lain. Sebenarnya dia lupa bukan semua penipuannya tidak disanggah,

Dia tak fikir langsung risiko sebelum bercakap dan implikasinya. Kesannya telah berlaku daripada nak bina terowong dasar laut kini nak tukar kepada jambatan ke 3.

Berapa lagi pulak tanah kerajaan negeri akan tergadai kepada pemaju untuk biayai projek ini ?Sudahlah tanah kerajaan negeri tergadai untuk bayar kajian kertas terowong dasar laut yang hingga kini belum lagi siap-siap.Kalau ada 10 Ketua Menteri seperti ini di Pulau Pinang,habis melingkup negeri dan pelabur boleh lari! Apa tidaknya, sekelip mata saja dia ubah fikiran nak buat apa projek.

Terowong Dasar Laut tak nampak binaannya, entah apa lagi Jambatan Ketiga alasan yang digunakan oleh Lim Guan Eng. Bukankah bagus jika duit rakyat sebanyak RM305 Juta tersebut pulangkan semula pada rakyat dengan membina rumah mampu milik dan sebagainya untuk keperluan rakyat.
Tetapi kerajaan DAP lebihkan rakus untuk membina projek bukannya kepentingan rakyat semata-mata untuk mengkayakan syarikat-syarikat kroni DAP di Pulau Pinang.

Monday, 23 May 2016

Foto HOT !!! Ruhila Roslan, Anak Dara Normala Shamsuddin Persis Ibunya



Personaliti TV3, Normala Samsudin yang pernah menerima gelaran 'wanita melayu terakhir' kerana kejelitaannya, kini tampil setelah lama menyepi dari industri hiburan.

Normala Samsudin telah hadir ke satu majlis rakaman program Nona bersempena sambutan ulang tahun ke-30 program Nona di Grand Duchess Fraser Place, Kuala Lumpur.

Normala Samsudin kini berumur 51 tahun namun kecantikkan masih lagi terpacar diwajahnya. Selain itu, Normala Samsudin juga kini telah berhijab sepenuhnya.

Namun, Normala Samsudin akui gembira dengan kehidupannya yang sekarang sebagai isteri kepada ahli politik Dato Sri Azmi Khalid yang merupakan ahli parlimen Padang Besar, Perlis.

Mengikut suaminya, Normala samsudin juga kini menetap di Perlis dan hanya sekali sekala turun ke Kuala Lumpur.







Wanita jelita ini juga tidak mahu lagi terbabit dalam industri hiburan sebagai pengacara ataupun pelakon.

Ini komen Normala tentang kehidupannya sekarang:

"Alhamdulillah saya gembira dengan kehidupan sekarang sebagai suri rumah dan langsung tidak rindu atau memasang impian untuk kembali semula dalam industri.

"Saya kini menetap di Perlis tetapi sekali-sekala akan turun ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mengikut suami. Selebihnya tiada apa yang menarik cuma aktiviti saya kebanyakkannya lebih kepada menguruskan rumah tangga seperti kebanyakkan wanita lain,"

Sumber asal: www.huhusampaibila.blogspot.my

Thursday, 19 May 2016

Cun lah !!! Plat F dan V mulai Jun dan Julai



Mulai bulan Jun dan Julai ini, jangan anda hairan pulak kalau melihat kereta dengan awalan nombor pendaftaran “F” dan “V” di jalanraya. Ia merupakan awalan nombor pendaftaran baharu yang diperuntukkan bagi kenderaan yang didaftarkan di Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan Shahrim Tamrin dalam theSun, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memberitahu bahawa awalan “F” telah dipilih untuk pusat pentadbiran negara itu selepas menerima permintaan daripada Perbadanan Putrajaya (PPj) baru-baru ini.

” ‘F’ bermaksud Persekutuan (Federal). Bermula 1 Jun, ‘F’ akan menjadi awalan nombor plat Putrajaya yang baharu,” kata beliau, sambil menambah bahawa suatu notis bidaan tender bagi nombor keemasan (satu digit) akan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akhir bulan ini.

“Bagi Kuala Lumpur pula, JPJ akan memperkenalkan ‘V’ selepas Hari Raya sebagai siri baharu awalan nombor, untuk memudahkan orang ramai dan menggalakkan pemilik kereta untuk membida nombor keemasan, nombor fancy (dua digit) dan nombor popular (empat digit), ” tambah Aziz.

Turutan semasa bagi KL dengan awalan huruf, algoritma dan abjad, telah dilancarkan dengan “W 1 A” pada September 2013 selepas generasi awalan sebelumnya berakhir.

Menariknya, Aziz berkata, orang ramai lebih selesa dengan awalan dan nombor turutan mudah sebelumnya iaitu 1-9999 tidak seperti awalan semasa dengan huruf dibelakang.

“Ini adalah berdasarkan kepada penurunan besar dalam bidaan bagi KL urutan nombor plat semasa. Jadi saya berharap dengan awalan ‘V’, ia akan mengujakan orang ramai” katanya.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata awalan “V” untuk KL akan menggantikan awalan semasa yang akan bersara secara berperingkat mulai pertengahan Julai.

Mengulas mengenai awalan baru Putrajaya, Aziz berkata, “F” telah dipilih walaupun PPj cadangan untuk ‘Putrajaya’, yang akan diikuti oleh algoritma dan berakhir dengan abjad.

“Cadangan ini adalah rumit kerana ia akan menjadi terlalu panjang untuk dimuatkan dalam plat nombor dan sebagainya ‘F’ adalah pilihan yang terbaik,” jelas beliau.

Selain itu, beliau berkata, “F” dan “V” belum digunakan sebagai awalan nombor plat di negara ini.

Sehingga hari ini, nombor pendaftaran terkini untuk KL adalah WC 3974 V.

Dengan awalan baru bagi Putrajaya, Aziz menjangkakan kegilaan membida plat pendaftaran “F 1”.

Timbalan Menteri itu berkata: “Di UK, seorang ahli perniagaan Yorkshire telah menolak tawaran sebanyak 6 juta pound sterling (RM34.7 juta) dua tahun lalu daripada seseorang yang ingin membeli plat pendaftaran ‘F 1’ pada Bugatti Veyronnya yang dibeli dengan harga 440,000 pound sterling (RM2.5 juta) pada tahun 2008. ”

Sementara itu, JPJ akan mengumumkan tarikh pembukaan tender nombor pendaftaran “F 1” minggu depan.

“Kami akan membuka tender bidaan mungkin selama dua minggu ditambah lagi proses dua minggu untuk jawatankuasa khas memuktamadkan bidaan,” kata Ismail.

“Saya rasa ramai pemilik Ferrari akan beratur untuk membida abjad tunggal ‘F’ (nombor plat),” kata Aziz pula secara berseloroh.

Namun, mungkin ramai yang akan membida plat pendaftaran F457, yang seakan akan perkataan “FAST:…..
 
Sumber: http://careta.my/?p=9912

Friday, 13 May 2016

#HBN2016 #TheFutureIsNow UPM Jadi Lokasi Pilihan Hari Belia Negara 2016






Tahun ini Universiti Putra Malaysia menjadi lokasi pilihan bagi mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2016. Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi pilihan kerana lokasi yang strategik bagi orang ramai mudah untuk datang kerana berdekatan dengan lebuh raya dan juga kemudahan tempat kereta yang luas dan selesa.




Aktiviti-aktiviti yang berlangsung bermula pada Jumaat 13 Mei 2016 dan akan berakhir pada Ahad 15 Mei 2016. Terdapat beberapa lokasi di dalam kawasan UPM ini menjadi pilihan bagi mengadakan aktiviti-aktiviti belia. Antara yang berlangsung pada hari ini ialah Pertandingan Nasyid Belia jam 3.00 petang. Terdapat dua belas kumpulan yang bertanding dalam pertandingan nasyid tersebut. Malam ini akan diadakan Majlis Malam Belia Berselawat 3.0 yang akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin.





Kementerian Belia dan Sukan berharap sambutan Hari Belia Negara 2016 pada kali ini akan mendapat sambutan yang hebat seperti tahun-tahun sebelum ini walaupun diadakan di UPM.