Wednesday, 29 February 2012

UMNO KELANTAN JAMIN PILIH CALON TERBAIK BERTANDING PRU13



Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan akan memilih calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya umum Ke-13 akan datang.
Beliau berkata, tidak semestinya calon yang dipilih itu boleh memuaskan hati semua pihak kerana setiap orang tidak sempurna, bagaimanapun pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan muktamad.
"Yang pastinya saya boleh beri jaminan sedaya upaya supaya calon yang akan bertanding adalah dipilih daripada yang terbaik,” katanya ketika sesi soal jawab pada majlis Malam Mesra bersama pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, malam tadi.
Terdahulu, seorang anggota veteran UMNO dari Pasir Mas, Ariffin Hussein, membayangkan wujud puak-puak dalam UMNO yang telah “menayangkan” calon masing-masing untuk diketengahkan dalam pilihan raya umum kali ini walaupun pucuk pimpinan parti belum membuat keputusan.
Mustapa mengingatkan anggota UMNO supaya memberi sokongan padu terhadap mana-mana calon yang dipilih bagi memastikan kemenangan BN.
Sumber : Utusan Online

ISU EXCO KEDAH: PHAHROLRAZI BERI AMIRUDIN KATA DUA

ALOR SETAR – Pergolakkan jawatan exco yang berlaku di Kedah semakin parah apabila Pas kawasan Kuala Kedah telah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri dari kawasan Pas Kuala Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa telah melanggar keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu. Yang Dipertuanya Pas, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dalam ucapannya berkata, sebaik sahaja  Amiruddin mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai  Exco kelmarin, telah menyalahi keputusan mesyuarat yang dilakukan oleh Pas Kedah dan akibat daripada tindakan  Amiruddin tersebut dia akan diberi dua pilihan dalam tempoh  masa 14 hari. Mengikut kata Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi  juga, “Kita akan beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, beliau kena meletak jawatan sebagai  Exco dan Pas Kedah akan menganggap isu ini selesai. Jika Amiruddin berpendirian  ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada ahli  Pas Kuala Kedah,” katanya.   
Menurutnya lagi, tindakan yang dilakukan oleh Amiruddin ini telah menyebabkan beliau  tidak dibenarkan lagi terlibat dalam sebarang gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan selepas ini, beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit yang tidak mewakili Pas lagi. Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau telah diberi tempoh 14 hari untuk membuat keputusan dan menghantar surat jawapan sama ada masih mahu bersama Pas atau meletakkan jawatan sebagai salah seorang exco kerajaan negeri bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Razak. Katanya lagi, “Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau telah ingkar arahan yang telah dikeluarkan. Oleh itu, setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar satu surat rasmi kepada Amiruddin hari ini (semalam) dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya. Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat telah diadakan sebelum ini, adalah Pas Kuala Kedah telah sebulat suara telah menyokong pendirian yang dilakukan oleh Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya. Arahan tersebut turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco baru.   
Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan sendiri oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri oleh Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir. “Berkisar kepada keputusan mesyuarat tersebutlah, satu keputusan  diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum kepada Amiruddin dan beliau memaklumkan yang beliau tidak dapat terima keputusan mesyuarat tersebut dan mengangkat sumpah untuk jawatan Exco Selasa lalu,” katanya. Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah tetap menolak penjelasan itu. Ditanya sama ada Amiruddin akan berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Yang Dipertuanya Pas itu berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu. Adakah tindakan yang dilakukan oleh Pas Kuala Kedah membuktikan yang Pas diKedah sebenarnya berada diambang pepecahan?
Sumber : Sinar Harian

E-PAYMENT YANG LEBIH MESRA PENGGUNA AKHIR TAHUN INI


KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) sedang menyediakan sistem pembayaran dalam talian (e-payment) sektor awam yang lebih mesra pengguna, bagi memudahkan orang ramai melakukan sebarang transaksi menerusi telefon bimbit dan tablet menjelang akhir tahun ini.

Pasukan itu sedang membangunkan sistem yang dinamakan sebagai Mobile Government (MyMobile), di mana projek perintisnya telah dimulakan suku pertama tahun ini.

Menurut Laporan Pemudah 2011, projek perintis itu telah melibatkan agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), dan seterusnya akan melibatkan sehingga 20 lagi agensi kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Inisiatif tersebut dijangka meningkatkan kadar pembayaran dalam talian sektor awam mampu sehingga 90 peratus pada masa hadapan.

Tahun lalu, Pemudah juga telah berjaya membantu 236 agensi kerajaan dalam menawarkan sehingga 449 perkhidmatan dalam talian melibatkan agensi yang lain serta bank.

Dalam laporan itu, antara agensi tersebut adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Majlis/Jabatan Agama Islam Negari (MAIN/JAIN) yang bersetuju menyelaraskan sistem pensijilan halal di mana ia telah berjaya mengurangkan tempoh permohonan sijil itu daripada 90 hari hingga 30 hari.

Sumber: Utusan Malaysia

ECER tarik RM9 bilion


Sejak Wilayah koridor ekonomi dilancarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini iaitu
Tun Abdullah Ahmad Badawi, perlabagai kejayaan dapat dilihat dan pelaburan semakin melimpah ruah kepada wilayah koridor ekonomi ini antaranya East Coast Economic Region (ECER).

"PUTRAJAYA: Pembangunan dan kemajuan kawasan pantai timur semenanjung akan bertambah pesat berikutan keyakinan pelabur untuk melaksanakan 12 projek yang membabitkan pelaburan bernilai RM9 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam tempoh tiga bulan mulai Januari tahun ini.


Projek oleh syarikat tempatan serta gabungan syarikat asing itu membabitkan sektor pelancongan, pembuatan, pendidikan teknikal tinggi, akuakultur dan automotif yang dijangka mewujudkan hampir 20,000 peluang pekerjaan serta menyumbang RM6 bilion kepada pendapatan negara kasar (GNI) menjelang 2020.
Kejayaan menarik pelaburan besar itu membolehkan ECER menghampiri sasaran pelaburan RM10 bilion untuk tahun 2012 seperti yang diunjurkan oleh Majlis Pembangunan ECER (ECERDC). Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasinggam Issace John, berkata pihaknya akan menyemak semula unjuran pelaburan asal itu dan mungkin dinaikkan sehingga RM15 bilion, selaras dengan minat yang ditunjukkan pelabur terhadap pembangunan di wilayah itu.


Katanya, pelaburan itu membabitkan sembilan projek baru, termasuk dua bernilai RM5.5 bilion di Mersing, Johor; lima projek bernilai RM2 bilion di Pahang dan masing-masing satu projek bernilai RM1 bilion di Terengganu dan RM500 juta di Kelantan.


Awal Januari lalu, tiga pelaburan baru bernilai RM363 juta diluluskan di ECER. Ternyata pelaburan asas kerajaan bernilai RM2 bilion bagi pembangunan infrastruktur di ECER berjaya merangsang serta menarik pelaburan swasta, katanya pada sidang media selepas mesyuarat ECERDC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di sini semalam.


Perdana Menteri turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen komitmen pelaburan antara wakil pelabur dengan ECERDC. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Pelaburan terbesar adalah dalam sektor pelancongan dengan Radiant Starfish Development Bhd merancang melabur RM4.2 bilion bagi membangunkan pusat peranginan eko-pelancongan bersepadu, Mersing Laguna, di tanah seluas 809 hektar yang ditambak di luar pantai Mersing. Ia dijangka mewujudkan 12,600 peluang pekerjaan menjelang 2014. 
Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Johor Corporation pula akan melabur RM1 bilion bagi membangunkan bandar peranginan Resort Bersepadu Tanjung Leman dan Bandar Pesisir Pantai di kawasan seluas 142 hektar di Mersing yang dijangka mewujudkan 1,500 peluang kerja.


Sementara itu, Encorp Berhad membangunkan pusat peranginan pelancongan bersepadu dan padang golf antarabangsa di Cherating, Pahang dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion, di tapak seluas 404 hektar. Projek yang dijangka bermula pada suku kedua 2012 itu diunjur mampu mewujudkan 3,000 peluang kerja."

Sumber: Berita Harian


Rakyat perlu tahu. Dengan kewujudan Koridor Ekonomi ini, ia bertindak sebagai batu loncatan untuk membawa ekonomi kita terus membangun dalam matlamat kita untuk mencapat taraf negara maju serta negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Rakyat perlu tahu, Koridor ekonomi ini adalah untuk rakyat malah penyertaan pelaburan dari dalam dan luar negara ini tersebar ke seluruh negeri di bawah ECER. Walaupun Kelantan dibawah pemerintahan Parti PAS, namun ia tidak terkecuali kerana Kerajaan Malaysia lebih mementingkan kepentingan rakyat,bukannya kepetingan pemerintah.

Rakyat perlu tahu, ia adlah usaha keras Kerajaan Malaysia dalam manarik pelaburan luar dan dalam negara. Usah jadi seperti Selangor. Ibarat "Lembu punya susu,sapi punya nama". Bila kejayaan berlaku ditempat mereka walaupun pada hakikat bukan usaha mereka,tapi mereka jaja. Tapi bila berlaku kekacauan & kegagalan, siapa yang dipersalahkan?

Semoga ECER dan Koridor ekonomi lain terus membawa pelaburan-pelaburan yang bermanfaat dan berpotensi tinggi dalam memajukan ekonomi Malaysia. Paling penting, rakyat yang merasa kenikmatan ini.

HASSAN ALI – JATI BUKAN DITAJA OLEH UMNO

Sudah banyak kali Datuk Dr. Hassan Ali menegaskan bahawa pertubuhan JATI (Jalur Tiga) yang baru dilancarkan baru-baru ini, tiada sedikit pun mempunyai kaitan dengan UMNO apatah lagi ditaja oleh UMNO. Beliau mencabar mana-mana pemimpin pakatan pembangkang supaya mengeluarkan kenyataan terbuka sekiranya mempunyai bukti bahawa pertubuhan Jalur Tiga yang digerakkannya ditaja oleh UMNO. Sebagai Presiden Jati, beliau pelik dengan sikap pemimpin pembangkang terutamanya Pas yang seolah-olah rasa tergugat dengan penubuhan Jati sehingga sanggup memburuk-burukkan perjuangan pertubuhan itu. Hassan Ali sendiri memberi masa kepada sesiapa sahaja terutamanya kepada pemimpin-pemimpin Pas yang nampaknya sangat tidak senang dengan Jati, sila keluarkan kenyataan dan  tampil dengan bukti yang mengaitkan Jati ini mendapat apa-apa tajaan dari UMNO walau satu sen sekalipun. Kalau perjuangan Jati ini untuk tegakkan agama Islam dan bela nasib Melayu, apa masalahnya? Apa yang hendak takut sangat kalau perkara-perkara yang menyentuh soal agama dan bangsa mahu ditegakkan? Walaupun prinsip perjuangan Jati IMR (Islam, Melayu, Raja) hampir sama dengan UMNO, namun ini tidak bermakna ia ada kaitan mahupun tajaan dari UMNO. Pelik dan hairan dengan sikap pemimpin Pas yang bermati-matian memburuk-burukkan Jati sedangkan pertubuhan itu berjuang untuk menegakkan kedaulatan Islam dan membela nasib orang Melayu serta institusi Raja. Semua perlu tahu dan jelas bahawa Jati merupakan sebuah pertubuhan yang akan memartabatkan Islam, Melayu dan institusi raja-raja dan bukannya memperjuangkan nasib pihak tertentu dalam politik. JATI tidak akan terlibat dalam mana-mana kempen pilihan raya atau bertanding atas tiket pertubuhan itu.


Merungkai pertikaian HUDUD di MALAYSIA. Jawapan Komprehensif untuk RAKYAT!



Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi jaminan bahawa hukum hudud tidak akan melibatkan orang bukan Islam. Baca kenyataan tersebut  di sini.  Sebenarnya, respons seperti ini tidak lebih hanyalah retorik politik kepartian bagi menjaga hati dan undi orang bukan Islam kepada mereka. Ini adalah kerana, dalam pada mereka melemparkan tohmahan kepada pihak lain sebagai mengamalkan "politik suku, agama suku", mereka kini yang sebenarnya terbukti sanggup mengubah kebenaran kewajipan pelaksanaan HUKUM ALLAH SWT itu kepada manusia keseluruhannya.

Kesimpulannya, hukum HUDUD ini adalah hukum yang diwajibkan oleh ALLAH SWT ke atas pemimpin ISLAM untuk dilaksanakan ke atas seluruh manusia, dan bukan terhad kepada orang ISLAM sahaja. Oleh kerana itu, maka tidak timbul langsung soal pemisahan atau perlindungan pelaksanaan hukum hudud ini kepada golongan yang bukan ISLAM! Maka, jika seorang penyokong UMNO/PAS yang MUHSAN dibuktikan berZINA dengan penyokong DAP/MCA/MIC, maka kedua-dua pihak WAJIB diREJAM sehingga MATI dan tanpa timbul apa-apa persoalan lain! Segala persoalan mengenai hukum hudud ini telah terjawab. Maklumat lanjut klik di sini  untuk merungkai segala persoalan mengenai hudud di Malaysia.

BAHAYA YAHUDI!! KENAPA ORANG YAHUDI TAK MAHU ORANG ISLAM MEMEGANG TAMPUK PEMERINTAHAN DUNIA???


Zionis dan Kristian menyimpan dendam yang amat membara terhadap Islam sejak dahulu lagi.Ini di ceritakan melalui firman-firman Allah dalam Al Quran. Untuk melepaskan dendam, mereka menjalankan berbagai bentuk agenda untuk menghalang pengembangan Islam.Di antara agenda mereka ialah memusnahkan umat Islam. Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di dunia serta di negara umat Islam sendiri dan tidak sesekali memberi ruang dan kesempatan bergerak.Dan agenda ini tidak henti henti dan berjalan hingga ke saat ini.

Seorang orientalis Inggeris bernama Profesor Montgomery Watt dari Universiti Edinburgh menulis dalam “The London Time” pada 1968. Dia berkata “Kalau sudah di temui seorang pemimpin Islam yang benar benar berkelayakkan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan bangkit (bangkit semula) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar didunia ini sekali lagi”

Bekas Presiden Israel Ben Gordon pernah berkata “Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah kalau dalam dunia Islam sudah lahir seorang Muhammad Baru( iaitu apa yang di sebut sebut Imam Mahdi ).”

Jelas bahawa orang Barat khasnya Yahudi dan Kristian adalah jauh lebih peka daripada umat Islam sendiri. Mereka sentiasa berjaga jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bertaraf Khalifah bernama Muhammad, tahu pula tempat lahirnya dan bila keluarnya.

Pada masa yang sama Umat Islam berbelah bagi dalam hal mempercayai tentang kedatangan nya Imam Mahdi ke dunia.Masih tak henti henti dan sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis hadis mengenai kedatangan nya itu.Yang percaya kepada kedatangan Al Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya sebaliknya. Dan yang paling teruk mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi. Nauzubillahiminzalik.

Usaha yahudi untuk menidakkan hak Umat Islam dari memegang tampuk kepimpinan dunia. ini telah bermula sejak sekian lama sama ada kita sedar atau tidak. Ironinya, mereka dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia telah bersekongkol untuk menjatuhkan khilafah Turki Islamiyyah yang menjadi lambang kemuliaan umat pada masa dahulu, sehinggakan Sultan Abd Hamid yang ke 2 telah cuba disogokkan oleh pemimpin zionis sedunia iaitu Theodor Hertzel agar menyerahkan bumi Palestin kepada Yahudi dan sebagai balasannya baginda telah dijanjikan dengan habuan pencen yang tidak habis dimakan selama tujuh keturunan.

Namun, ketegasan Sultan Abdul Hamid ke 2 yang memiliki keimanan dan ketaqwaan yang mantap telah menolak tawaran tersebut demi Islam yang dijunjung tinggi. Hakikatnya, sehingga kini belum ada lagi Negara umat Islam yang mampu memimpin dunia Islam dan menyatukan kekuatan Islam untuk mengembalikan kegemilangan empayar Uthmaniah. Kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 adalah tragedi sedih bagi umat Islam sepanjang zaman.

Kesannya, kekuatan dan semangat Negara dan Umat Islam telah jatuh ke tahap yang memilukan. Bahkan, Umat Islam seakan-akan telah hilang identiti keislamannya dan lebih memeritkan lagi, Negara Islam kebanyakannya mundur, miskin serta banyak berlaku peperangan sesama mereka. Inilah realiti yang terpaksa kita akui hari ini bahawa umat Islam semakin lemah dan diserang dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh Allah yang selama ini menanti untuk menghancurkan kita. 

Oleh itu, marilah kita sama-sama  kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dan mengembalikan kemuliaan umat ini. Ini merupakan sebahagian kecil dari alasan mengapa kita perlu memusuhi kaum Yahudi. Sesungguhnya masih banyak lagi daftar panjang kejahatan mereka. Benarlah hadits Nabi shollallahu ’alaih wa sallam di bawah ini:

عن عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ

وَسَلَّمَ قَالَ الْيَهُودُ مَغْضُوبٌ عَلَيْهِمْ

Dari Adi bin Hatim dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam, beliau bersabda: “Kaum Yahudi merupakan kaum yang dimurkai Allah...” (HR Tirmidzi 2878)

Tiada pekerja hotel nampak kelibat geng samseng



Tiada pekerja hotel yang melihat kelibat sekumpulan samseng berada di sekitar hotel di sini yang menjadi lokasi serbuan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes khalwat membabitkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron bersama seorang wanita, awal pagi Sabtu lalu.

Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu.

"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.

"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.

Badrulamin bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam.

Ujar sumber itu lagi, hotel tersebut begitu dikenali dan faktor keselamatan antara aspek penting untuk menjamin keselamatan pelanggan, jadi mana-mana pihak dalam keadaan mencurigakan dan membahayakan pelanggan pasti akan diperhatikan.

"Kalau dikatakan ada kumpulan samseng memasuki hotel ini tanpa dapat dikesan oleh staf-staf keselamatan, itu sungguh tidak logik. Kenyataan yang mengatakan hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya sangat mencemarkan imej hotel ini," katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, setakat ini, belum ada laporan polis dibuat pihaknya berhubung perkara berkenaan dan menyerahkan kepada pengurusan atasan untuk tindakan lanjut.

Sumber :www.utusan.com.my

Latest- Nurul Izzah Pindah Kelanajaya


Sempat duduk dengan ramai AMK Lembah Pantai malam semalam di Telawi memang menyeronokkan. Macam-macam cerita keluar. Nak tahu cerita daripada budak-budak AMK PKR ni senang sahaja.
Senang sangat. Banyak cara.
1) Belanja mereka minum air setan. Lepas dua tiga gelas, mereka akan membebel benda yang tak patut mereka cerita pun. 2) Belanja mereka urut body to body. Sambil urut, ajak mereka berbual. Habis cerita dalam kain semua mereka cerita.
Ramai AMK Lembah Pantai kecewa kerana memang Nurul Izzah akan ABANDON Lembah Pantai dan pindah ke kawasan lain. Banyak dana yang pada asalnya dirancang untuk diguna di Lembah Pantai, sudah dihentikan secara berkala. Banyak program Izzah sudah dihalakan ke Kelana Jaya. Menarik? Memang menarik.
Budak-budak AMK yang mabuk malam tadi sempat menceritakan – mereka kecewa dengan tindakan Izzah. Sebabnya, mereka anggap Izzah boleh menang walaupun berdepan dengan Raja Nong. Walaupun mereka tahu, Raja Nong menggunakan banyak sumber kewangan dalam mencari sokongan rakyat; tapi ini tidak ada kena mengena dengan dana. Izzah masih dianggap calon favourite di Lembah Pantai.
Kata budak-budak AMK, Anwar mahukan Izzah bertanding di kerusi selamat. Gwo Burne yang bengap itupun boleh menang di Kelana Jaya, takkan Izzah boleh kalah. Lagipun Anwar sudah baca mentaliti orang Kelana Jaya. Dia orang memang main ikut-ikut sahaja. Tak ada pendirian. Izzah boleh menang selesa di Kelana Jaya.

Read more: http://flowersofnation.my/index.php/muktamar-tahunan-pas-ke-57/33893-latest-nurul-izzah-pindah-kelana-jaya?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

KERAJAAN STABIL MEMBUATKAN HARTANAH DI MALAYSIA MULA MELEBARKAN SAYAPNYA KE LUAR NEGARA...

Negara Malaysia yang maju dan makmur membuatkan ramai usahawan tempatan yang berjaya menempah nama dalam industri hartanah di Malaysia antaranya Magna Prima Bhd. Magna Prima Bhd hari ini telah melakar sejarahnya tersendiri apabila melancarkan projek sulung kediaman di luar negara, yang diberi nama The Istana di Melbourne Australia yang menyaksikan penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin telah menjadi pembeli pertama yang membeli unit kediaman itu.
Datuk Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama kediaman pangsapuri satu bilik The Istana .

Mengikut Pengarah Eksekutif Magna Prima,  Datuk Rahadian Mahmud, nilai pembangunan kasar projek tersebut akan menelan belanja sebanyak RM714 juta dan sebanyak 62 peratus kediaman tersebut telah pun dijual kepada pembeli Australia dan antarabangsa yang ingin membelinya. Bakinya pula akan dijual untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk mencari hartanah di luar Negara  dan ekspatriat yang menetap di Australia dengan harga permulaan yang berpatutan iaitu bernilai RM1.1 juta dan ke atas dengan jangkaan projek tersebut akan berjaya  disiapkan pada tahun 2014. Datuk Rahadian Mahmud berkata lagi, "Pelaburan ke atas The Istana di Australia merupakan projek sulung mereka di luar Negara bagi mengembangkan lagi perniagaan syarikat mereka ke peringkat serantau sekaligus membawa nama Malaysia dia peringkat dunia juga.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran untuk jualan The Istana yang disempurnakan oleh Datuk Siti Nurhaliza di sini hari ini. Datuk Siti Nurhaliza merupakan pembeli pertama  bagi rumah di The Istana. The Istana merupakan sebuah pangsapuri kediaman yang merupakan menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak yang terletak di A'Beckett Street, sebuah lokasi di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne. Projek yang dahulunya lebih dikenali sebagai Dynasty Living, telah dibangunkan di atas tanah seluas 10,800 meter persegi, mengandungi 320 unit kediaman merangkumi unit studio, pangsapuri dua, tiga dan empat bilik tidur dan unit penthouse dua tingkat. Pertukaran nama dari Dynasty Living kepada The Istana adalah satu langkah strategik bagi mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan dari budaya Malaysia. “Lokasi dipilih berdasarkan permintaan daripada orang ramai yang ingin membeli hartanah di luar Negara terutamanya di Australia dan United Kingdom yang merupakan lokasi pusat pengajian tinggi dan golongan profesional muda Malaysia yang berminat melabur di luar negara terutamanya Australia ketika ini, “ katanya selepas pelancaran untuk jualan The Istana.

Bukan Islam Boleh Pegang Jawatan Tertinggi Pas?


Dr Dzulkefly Ahmad
PAS sekarang makin lari dari perjuangan asal apabila sanggup membuka jawatan timbalan presiden kepada orang bukan islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir. Ini disebabkan dasar parti tersebut yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.  

Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata,  dalam Islam terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah. Contoh perkara yang boleh berubah adalah perkara politik. Menurutnya lagi, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Menurut beliau lagi, keadaan itu boleh dilihat apabila PAS yang dahulunya banyak bertapak di kawasan majoriti Melayu, kini lebih diterima di kawasan bukan majoriti Melayu. Perkara itu merupakan hasil daripada usaha transformasi yang dijalankan parti itu yang membolehkannya menjadi lebih inklusif.

Selain itu, beliau menegaskan  perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar. Beliau juga berkata yang PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa kata beliau ketika Wacana Sinar Harian 11 yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?”.

Menurut beliau lagi, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti. Selain itu, beliau juga menegaskan yang kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas. Menurutnya lagi, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan PAS yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka.

Selain itu, beliau berkata yang Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan oleh PAS kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum. “Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman dan Melayu  sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan PAS membawa penampilan Islam untuk semua.

Benar, UMNO untuk orang MELAYU!! Itu asas perjuangan UMNO dan UMNO diterima setiap kaum sebab tu bila ada rakyat yang bukan MELAYU yang ingin mendapatkan bantuan, bangunan UMNO yang dipanjat kerana mereka tahu UMNO akan membantu rakyat tak kira kaum apa pun.

 Adakah nama PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) itu masih releven untuk digunakan apabila ada orang bukan islam memegang tampuk kepimpinan yang tinggi?. Demi kuasa politik, PAS sanggup menghalalkan cara asal mereka dapat mencapai matlamat untuk menawan PUTRAJAYA.

SUMBER: MPP ONLINE

Pembatalan Konsert Erykah Badu Bukti Kerajaan Prihatin Dengan Sensitiviti Agama

Pembatalan Konsert Erykah Badu yang menghina agama Islam oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim merupakan tindakan yang tepat setelah media pembangkang mempersoalkan kerajaan yang ‘difitnah’ tidak mementingkan sensitiviti agama Islam di Malaysia. Erykah sudah pun berada di Malaysia dan dijadualkan akan mengadakan konsert beliau di lokasi yang boleh memuatkan seramai 3000 peminat pada hari ini.

Media pembangkang semalam dilihat menuding jari ke arah kerajaan yang dikatakan berdiam diri setelah gambar poster Erykah disiarkan di akhbar The Star. Namun tindakan dan niat media pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan dalam segala hal tidak kesampaian apabila Dato’ Rais Yatim segera mengesahkan pembatalan konsert Erykah melalui akaun twitter beliau semalam.


‘Screen capture’ dari akaun twitter Dato’ Rais Yatim

Ini sudah jelas membuktikan bahawa pihak pembangkang sememangnya mempunyai natijah yang tidak ikhlas dan hanya tahu mencari isu untuk memburukkan kerajaan. Dalam perkembangan lain, terdapat juga  segelintir rakyat Malaysia yang marah dengan tindakan membatalkan konsert tersebut akan tetapi harus diingat bahawa di Malaysia agama Islam adalah agama rasmi dan rakyat seharusnya peka dan prihatin dengan sensitiviti agama dan budaya rakyat Malaysia yang majmuk.


Tahniah diucapkan kepada kerajaan atas tindakan proaktif ini dan kepada media pembangkang sudah-sudah lah menaburkan fitnah dan tohmahan yang tidak tepat kepada Kerajaan. Banyak lagi kerja berfaedah yang para Menteri kita sedang usahakan berbanding pemimpin pembangkang yang sibuk ke hulu ke hilir menjaja janji-janji palsu dengan air liur sahaja. Jangan asyik ghairah mencari isu sehingga ke lubang cacing sampaikan kebajikan rakyat di negeri yang diperintah tu terbiar dan tidak terjaga.

HOTEL SWISS GARDEN KUANTAN TIDAK SELAMAT?

         ANWAR DITEMANI BODY GUARD DI HOTEL SWISS GARDEN KUANTAN
Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu.

"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.

"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Badrulamin bahawa beliau dibelasah sekumpulan lelaki seramai kira-kira 20 orang semasa serbuan di hotel itu, awal pagi Sabtu lalu.

Badrulamin bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana sudah memaafkan mereka seperti kenyataannya semasa ditemui pemberita selepas memberi keterangan kepada JAIP semalam. Maklumat lanjut klik di sini

Hot Video-Haji Hadi Tolak Negara Islam



Haji Hadi mendakwa dalam Al-Quran hanya mengatakan  Negara Berkebajikan tetapi tidak Negara Islam. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan ISLAM sebagai agenda utama tetapi hanya agenda kebajikan yang paling utama..Apa sudah jadi dengan PAS sekarang???

Malaysian Oil & Gas output likely to see upswing in five years — Idris Jala



KUALA LUMPUR: The Malaysian oil and gas (O&G) output is likely to see an upswing within the next five years and continue to contribute significantly, together with the services sector, to gross domestic product (GDP).

Minister in the Prime Minister’s Department, Datuk Seri Idris Jala, said last year, the sector declined by 5.7 per cent and the lower oil output had affected economic growth.

Idris, who is also Performance Management & Delivery Unit (Pemandu) chief executive officer, said this when asked whether Malaysia was over-dependent on the O&G sector at a media briefing with International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Earlier, both ministers met the foreign missions and business councils here.

He said the Malaysian economy, despite the contraction, managed to record a 5.1 per cent growth last year which indicated that the services sector was really growing.



Source: BERNAMA

Anggota Kabinet BN sedia isytihar harta



Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diberikan akses penuh kepada dokumen pengisytiharan harta anggota pentadbiran kerajaan, termasuk menteri dan keluarga mereka.

Keputusan itu selaras dengan cadangan Lembaga Penasihat SPRM bulan lalu supaya dokumen pengisytiharan harta menteri dan timbalan menteri serta keluarga turut diserahkan kepada SPRM bagi meningkatkan ketelusan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sudah mengamalkan proses pengisytiharan harta lebih awal berbanding yang lain.
“Setiap anggota pentadbiran diwajibkan mengisytiharkan harta diri dan keluarga terdekat kepada Perdana Menteri.

Setiap tambahan dan pelupusan harta wajib diisytiharkan.

Tambahan lagi, semua pengisytiharan harta yang berkenaan dibuat secara berkanun,” katanya pada majlis perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), anjuran SPRM di sini semalam.

Perdana Menteri juga bersetuju dengan pandangan Lembaga Penasihat SPRM supaya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah diwujudkan bagi memperlihatkan kebebasan SPRM berbanding kini kerana proses pelantikan dan pemecatan pegawai SPRM dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
“Dengan suruhanjaya perkhidmatan itu, SPRM boleh menapis, memilih, menemu duga, melantik dan memecat anggota sendiri. Bagaimanapun, perkara ini memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Insya-Allah, jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13, pindaan Perlembagaan sewajarnya akan dilakukan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah akan dibentuk,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan di SPRM perlu dilakukan lebih berkesan supaya disertai golongan profesional dalam pelbagai bidang seperti forensik akaun dan kejuruteraan kerana pola jenayah rasuah kini semakin rumit serta merentasi sempadan.

Mengenai jumlah kakitangan SPRM, Perdana Menteri berkata, beliau faham mengenai kekangan dihadapi apabila rekod keanggotaan pada Julai 2011 menunjukkan ia hanya mempunyai 1,805 pegawai.

“Saya bersetuju pertambahan 150 perjawatan setiap tahun sehingga mencecah 5,000 orang. Jumlah 150 setahun itu dibuat memandangkan proses pelantikan pegawai SPRM bukan seperti pegawai kerajaan lain.

“Mereka memerlukan kepakaran tertentu, selain dilatih beberapa bulan untuk memastikan pengetahuan berhubung undang-undang diperlengkapkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata pihaknya akan memberi fokus kepada ‘pertambahan mendadak’ aset yang dimiliki oleh seseorang anggota pentadbiran serta keluarga masing-masing selepas menjawat jawatan.

sumber: Berita Harian

PRESS DIGEST - MALAYSIA - Feb 29

Following are the main stories in Malaysian newspapers. Reuters has not verified these stories and does not vouch for their accuracy.

THE STAR
* Tenaga Nasional Bhd (TNB) is expected to perform better in the current second quarter ending today, thanks to higher average gas supply from Petroliam Nasional Bhd (Petronas) as well as the 2 billion ringgit ($664.34 million) compensation as part of fuel cost-sharing mechanism, president and chief executive officer Che Khalib Mohamad Noh said.
* After announcing its withdrawal from popular European and Indian cities earlier this year, AirAsia X (AAX) is set to axe its KL-Christchurch-KL route, a source said.

NEW STRAITSTIMES
* The East Coast Economic Region (ECER) attracted 12 investments totalling more than 9 billion ringgit ($2.99 billion) in the first quarter of this year, close to meeting its full-year target of 10 billion ringgit ($3.32 billion), Prime Minister Najib Razak said.

BUSINESS TIMES
* The oil and gas sector is expected to play a bigger role in driving the Malaysian economy this year and beyond, said Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala.
* CworksSystem Bhd, controlled by Mohamed Ridzuan Nor Md, is in advanced talks to take over privately-held Kpisoft International Pte Ltd (KIPL), a source said.

THE SUN 
* The beauty industry will soon be subjected to a set of safety guidelines by the Health Ministry, its minister Liow Tiong Lai said.
* Malaysia's bond market is expected to remain vibrant this year with new issuance projected to hit 80 billion ringgit ($26.57 billion) to 85 billion ringgit ($28.23 billion) compared with 75 billion ringgit ($24.91 billion)in 2011, despite the uncertain global economic environment, RAM Holdings Bhd (RAM Ratings) said.

THE EDGE FINANCIAL DAILY
* Bread and confectionery maker Silver Bird Group Bhd's board is understood to have suspended three key executives, including managing director Jackson Tan Han Kook, executive director Derek Ching Siew Cheong and the general manager with immediate effect, pending the outcome of an internal investigation into what is alleged to be financial irregularities, sources said.

THE MALAYSIAN RESERVE 
* Celcom Axiata Bhd has achieved a 'great comeback' with a return on investment capital of 142 percent in 2011 and plans to pump in 1 billion ringgit ($332.17 million) in capital expenditure (capex) for 2012 to strengthen its information technology infrastructure, Celcom chief executive officer Shazalli Ramly said.
* 1Malaysia Development Bhd, a state investment company also known as 1MDB, is among bidders for billionaire T Ananda Krishnan's power assets in an auction that may raise about $3 billion (9.04 billion ringgit), sources said.
($1 = 3.0105 Malaysian ringgit)

BN Yakin Menang PRU13


Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 berbanding PRU 2008, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada usaha dan kerja keras pemimpin BN dalam memberi khidmat terbaik bagi membela nasib rakyat di negara ini.
“Boleh (menang lebih besar)…bergantung kepada sejauh mana kita dapat yakinkan rakyat bahawa kerajaan kita dapat membawa kejayaan yang lebih besar dalam pelbagai bidang.
“Bukan tumpu kejayaan pada pilihan raya sahaja, kejayaan memberi khidmat kepada rakyat ini perlu berterusan,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencapaian Umat Islam Pasca-Merdeka: Pengajaran dan Langkah Ke Hadapan dan Pra-Pelancaran Sambutan 20 Tahun Penubuhan Insitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini.
Beliau adalah Pengerusi Ikim.
Turut hadir Ketua Pengarah Ikim Datuk Nik Mustapha Nik Hassan. Seminar dua hari itu dihadiri lebih 200 peserta.
Mengulas cabaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdullah berkata debat bukan cara untuk menyelesaikan masalah rakyat.
“Debat bukan satu penyudahan bagi segala-galanya. Apa yang penting ialah sumbangan kerajaan kepada rakyat melalui program perlu dilaksanakan.
“Jayakan projek seperti dimahukan rakyat, itu diutamakan. Debat bukan sesuatu yang boleh dipaksa, terpulang kepada Najib. Tidak perlu saya beri nasihat, beliau lebih memahami,” katanya.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat menguasai semula negeri yang diperintah pembangkang pada pilihan raya umum akan datang kerana rakyat telah muak dengan janji parti berkenaan yang tidak ditunaikan.
Beliau berkata sudah ada tanda-tanda rakyat mula tidak percaya dengan pemimpin parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang banyak menabur janji tetapi tidak dilaksanakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata mereka banyak menabur janji termasuk melalui manisfesto pilihan raya.
“Rakyat mula muak dengan karenah pembangkang yang sering menabur janji, termasuk di Kelantan yang diperintah PAS lebih 20 tahun tetapi tidak melaksanakan janji terutama untuk melaksanakan hukum Hudud,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan jentera penerangan BN Kelantan di Pejabat Umno Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Negeri yang kini diperintah pembangkang ialah Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ahmad berkata keyakinan beliau itu disokong oleh senario politik ketika ini apabila ramai penyokong PKR berpaling tadah dengan menyertai BN.
Beliau berkata pembebasan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat minggu lepas tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN atau Umno.
“BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak banyak melaksanakan perkara untuk rakyat walaupun tidak berjanji, terutama di bawah program terbaru berteraskan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu jentera penerangan Umno turun padang menjelaskan kepada rakyat mengenai dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan BN.
Ini adalah masa terbaik untuk dibuat PRU, kemungkinan BN akan menang dalam keadaan situasi politik yang tidak menentu, ini kedengaran agak pelik tapi ada benarnya, ini kerana rakyat Malaysia secara sejarahnya tidak suka suasana yang berisiko atau merisaukan kerana itu menjadikan pilihan yang dibuat lebih kritikal, dan memberikan rasa kurang selamat kepada diri pengundi jika membuat kesilapan, oleh demikian terpaksa juga memilih BN atas sebab "keselamatan".
 Satu lagi sebab ialah rakyat Malaysia yang progresif tidak menggemari revolusi yang memberi ancaman kepada kepentingan diri sendiri. Lihat contoh PRU ke 10 semasa Reformasi Anwar yang menjadikan suasana kurang  selesa dan kesannya BN tetap juga menang. (Dari sudut luar negara, Bush berjaya dalam pilihanraya penggal ke 2 nya di Amerika atas faktor kerisauan juga, di mana negaranya menjadi ancaman pengganas, rakyat Amerika tidak menyukai polisi Bush tetapi terpaksa menyokong parti Republikan  juga atas sebab ketidaktentuan dalam negara dan Bush dilihat berupaya berbanding Demokrat dalam menghadapi konflik dgn agen pengganas)  Berdasarkan sejarah juga BN boleh tewas apabila rakyat Malaysia bersikap "leka" atau tidak risau disebabkan keadaan negara yang aman damai, contohnya dalam PRU12 apabila menyaksikan BN tumbang di 4buah  negeri, siapa sangka? Ini berlaku kerana keadaan yg aman damai menjadikan rakyat merasa "tidak apalah" dan tidak berasa berisiko jika tersilap pilih kerajaan, selain dari isu harga minyak yg membelenggui rakyat.
 PRU ke 11 pula berbeza dari kedua kes di atas kerana rakyat Malaysia meraikan  kelahiran era Abdullah Badwi dan berakhirnya era Mahathir , dan itu ditonjolkan dengan sokongan rakyat kpd BN ketika itu. PRU13 akan datang merupakan pilihanraya paling kritikal yg akan ditentukan oleh rakyat dalam sejarah, tawar menawar dalam PR yang tidak menguntungkan kaum  Melayu menjadi dilemma kepada org Melayu dan kemungkinan besar mereka kembali kepada BN, kaum Cina pula menyokong DAP atas sebab yang semua orang Melayu sudah mengetahuinya. .tidak boleh disalahkan mereka juga, dengan meletakkan diri saya sebagai seorang pengundi Cina, sudah tentulah saya juga menyokong DAP.
Kaum India juga dilihat lebih pro BN berbanding pro PR, ini kerana ada janji-janji yang dibuat oleh PR kepada kaum India dalam PRU masa lalu tidak ditunaikan dan mereka berasa tertipu.  Walaupun kes itu terpencil, tetapi ia tetap menimbulkan sentimen juga kepada kaum India secara keseluruhannya. Bercakap tentang rakyat dari Sarawak dan Sabah pula, mereka secara umum akan menyokong BN, dan pada masa yang sama hanya perlu tunggu dan lihat untuk menjadi pengikut siapa, jika PR menang andaikata, parti dari Sarawak dan Sabah akanmelompat ke dalam PR, sudah tentulah kerana mereka tidak mahu dipinggirkan dalam pembangunan, selain kemungkinan diugut oleh Anwar untuk mendakwa dan mendedahkan penyelewengan Taib Mahmud sepanjang  memerintah Sarawak jika tidak menyertai PR.
Sarawak dan Sabah sebenarnya mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi kerana bilangan kerusi parlimen yg disumbangkan olehnya, sayangnya mereka tidak menggunakan kuasa tawar menawar tersebut untuk kepentingan mereka. Sekiranya berlaku sesuatu yang menjejaskan kepentingan orang Melayu di semananjung akibat kuasa politik mereka yg terhakis, Bumiputera Sarawak dan Sabah boleh menggunakan bahagian kuasa politik mereka untuk mempengaruhi keputusan kerajaan pusat iaitu PR .. tapi itu bergantung sama ada Sabah dan Sarawak termakan juga dengan janji-janji Anwar dengan DAP di belakangnya itu. Ada 3 watak  terlibat...

1. BN yang menjunjung perlembagaan, hak istimewa Melayu, institusi beraja (ironinya ia sudah tidak popular lagi di kalangan Melayu Baru- melayu kelas pertengahan yg berjaya kerana dasar  DEB tetapi  tidak menghargai DEB yg menjadikan mereka berjaya)

2. PR yang pro haksamarata atau mesra Malaysian Malaysia (sesuatu yg tidak digemari oleh orang Melayu tetapi popular di kalangan bukan Melayu kerana menjadikan kuasa tawar menawar mereka lebih tinggi, juga PAS yg melupakan seketika "negara Islam" mereka)

3. Ahli parlimen Sarawak dan Sabah termasuk Bebas- mereka mempunyai kuasa tawar menawar yg agak dominan tetapi tidak pula menggunakannya (adakah mereka kuasa ketiga?? yg tidak disedari kewujudannya??)

Apa yang paling pasti PAS tidak akan sesekali bergabung atau bekerjasama dengan UMNO walau apa juga yang berlaku ,  selagi Nik Aziz ada di dalamnya dan Anwar yang bijak memanipulasikan PAS.

Sumber :

Erykah Badu Bertatu Allah, Adakan Konsert Di Malaysia?

Erykah Badu
Penyanyi hip hop dan jazz terkenal yang mendapat jolokan "Ratu Neo-Soul", Erykah Badu dijadual akan mengadakan konsert sulungnya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Rabu ini setelah ditunda minggu lalu dipersoalkan ramai ekoran gambar kontroversinya yang mempamerkan badannya bertatoo dengan kalimah Allah tersebar di internet sebelum ini.  Kuala Lumpur adalah persinggahan pertama Badu dalam siri jelajahnya ke Asia dan Australia.

Gambar tersebut menyaksikan beliau memakai tatoo palsu bertulis kalimah Allah yang sengaja dilekatkan di bahagian atas dada dikiri dan kanannya. Selain itu, beliau juga mengaku dirinya beragama Islam dan difahamkan bahawa beliau merupakan salah seorang penganut Five Percenters di mana para ulama sunnah wal jamaah secara sepakat tidak mengiktiraf golongan serpihan ini sebagai muslim sejati.

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu pihak berkuasa Malaysia melarang penyanyi kelahiran Amerika Syarikat, Erykah Badu daripada mengadakan konsert di Kuala Lumpur Rabu ini kerana penyanyi itu menggunakan tatoo kalimah Allah di dadanya.  Harussani juga menegaskan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini adalah dilarang sama sekali dan undang-undang mengenainya amat jelas kerana tidak dibenarkan sesiapa menggunakan kalimah Allah dan itu sudah digezetkan.  

Jika hak asasi manusia membatasi akal pemikiran yang rasional, natijahnya dapat dilihat seperti perkara diatas kerana ia telah menghina agama islam dan tidak menghormati sensitiviti umat islam seluruh dunia. Hak asasi manusia bukannya sebagai tiket untuk memberi kebebasan manusia secara mutlak untuk melakukan sesuka hati kerana ia akan memberikan kesan yang buruk secara langsung mahupun tidak langsung. Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.