Saturday, 31 March 2012

Rusuhan Kenaikan Harga Minyak



Ribuan penduduk di Indonesia semalam berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi sehinggakan berlaku huru hara disekitar bangunan Dewan Perwakilan. Harga minyak di Indonesia dilaporkan naik dari sebanyak 50 sen bermula ada 1 April ini. Kenaikan yang dikatakan agak tinggi itu, membuatkan rakyat yang rata-ratanya hidup dalam kesempitan keluar membuat bahtahan. Walaubagaimanapun wakil rakyat dikatakan membuuat undi berhubung cadangan itu. Berbeza dengan situasi di Malaysia apabila kerajaan mengambil langkah meningkatkan jumlah subsidi bagi mengekalkan harga minyak disini. Berdasarkan situasi yang cukup berbeza ini, sebagai Rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dengan  kemampuan ekonomi negara yag dikemudi oleh Kerajaan yang membolehkan sejumlah wang ditambah untuk menampung kenaikan subsidi ekonomi kenaikan harga minyak dunia. Sekali lagi,kita patut berterima kasih atas pengukuhan ekonomi negara pada hari ini hasil kerja keras Kerajaan & Kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka. Apa yang penting, kenaikan haga minyak dapat dikekang dan harga dapat menjalani kehidupan harian dengan aman dan tenang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

'I took loan because Anwar was involved'

Anwar Ibrahim

A businessman testified in the High Court that he became involved in a RM445 million syndicated loan deal when two individuals told him that they were principals acting on behalf of Datuk Seri Anwar Ibrahim and Hong Leong executive chairman Tan Sri Quek Leng Chan.

Low Thiam Hoe, 55, is being sued by Hong Leong Finance Bhd in a breach of repayment suit involving the RM445 million.

Low said the two individuals were Mohd Faiz Abdullah, a speech writer for Anwar, and Hamzah Harun, the former managing director of Arus Murni Corporation Bhd (AMCB).

He added that other individuals and companies involved in the deal were Arus Murni Sdn Bhd, Hood Osman, Nik Hussain Nik Mohamed and Mekuritek Sdn Bhd.

for more infomation click here

Ketua Pembangkang: Status Anwar boleh dicabar

Usul yang dicadangkan untuk mencabar kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang didakwa dipenuhi dengan pelbagai isu-isu moral boleh dibawa pada persidangan Dewan Rakyat, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Wan Jaafar. Menurut beliau lagi, untuk menggugurkan jawatan/kedudukan seseorang anggota dewan itu, beliau memerlukan satu prosedur tertentu yang mana belum pernah terdapat dalam peraturan dewan ketika ini. Beliau juga berkata sesuatu usul  yang bersangkutan dengan peribadi seseorang serta berlaku di luar dewan tidak mungkin membolekan individu itu digugurkan jawatan secara automatik kecuali ia berkaitan dengan kesalahan-kesalahan jenayah serta menderhaka kepada raja dan negara yang telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman.

BAHAYA TUNTUTAN ULTRA KIASU

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah; 

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan..

Untuk mengetahui selanjutnya sila klik disini

Friday, 30 March 2012

Fuziah Salleh Dapat Dana Anjur Kempen Anti Lynas?

Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bahaya Tidak Mahu Bayar Hutang


Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahawasannyad ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus? Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Ubahsuai Pejabat: Dr Halimah Sila Jawab, Tak Perlu Nafi Dakwaan Ini !


Azmin Ali dakwa Hassan Ali belanja RM 300 ribu untuk pengubahsuaian pejabatnya.

Hassan Ali jawab balik, dia kata perbelanjaan pengubahsuaian pejabatnya dilakukan mengikut prosedur kewangan yang telah ditetap dan diluluskan.

Hassan Ali turut mendakwa seorang lagi Exco Selangor , iaitu Dr Halimah Ali juga diberi peruntukan besar untuk ubahsuai pejabatnya.

Dr Halimah Ali melompat menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan dakwaan Hassan sebagai satu tuduhan liar. Lihat di sini

Manakala mengikut selangor daily, jawapan yang diberikan oleh Dr Halimah tidak tepat. Katanya peruntukan untuk Dr Halimah telah diluluskan dan sebahagian kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan. Lihat lebih lanjut di sini.

Sekarang Dr Halimah perlu jawab dakwaan yang dikeluarkan oleh selangor daily. Jika Dr Halimah tidak menjawab atau menjelaskan dakwaan itu, maka orang akan menganggap apa yang didakwa itu benar dan orang akan memandang beliau sebagai seorang pembohong.

Setakat hari ini Dr Halimah masih boleh dikatakan mempunyai imej yang agak baik di kalangan wakil-wakil rakyat atau barisan Exco Selangor. Jadi, beliau tidak boleh diamkan dirinya dari menjawab dakwaan tersebut.

Dr Halimah perlu jawab supaya imejnya tidak rosak. Kalau benar jawab benar, kalau tidak benar jawab tidak benar. 

Jadi.. Siapa yang menipu sekarang ni? PKR atau PAS? DAP hanya mampu ketawa je beb!

KHALID TUKANG KASUT



“Orang panggil saya Hasan Akidah, Ok, tapi orang panggil dia Khalid Gereja”!… Petikan kata-kata tersebut diungkapkan oleh Dr Hasan Ali, di salah satu ceramahnya di Selangor sekitar dua tiga hari lepas.

Kita semua dah maklum, gelaran Hasan Akidah cukup popular dikalangan penganut Pas Parasit, manakala gelaran Khalid Gereja pula agak top hingga menjadi sebutan ramai orang termasuklah ada tikanya turut menjadi bahan senda gurau penyokong Pas sendiri.

Bagaimana pula dengan Khalid Kasut? Mungkinkah suatu masa kelak gelaran Khalid Kasut bakal membayangi liku-liku hayat politik Khalid Ibrahim gara-gara sikapnya  yang segan untuk berenggang dengan kasut kesayangan?

KEMPEN ANTI-LYNAS TERIMA DANA ASING?

Semua pun tahu pihak pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik. Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut. Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Pembangkang Jual ‘Minyak Auta’ Selepas ‘Buku Jingga’ Tak Laku






Isu minyak yang telah diketengahkan oleh pihak pembangkang telh hangat diperkatakan dan sekarang ini mereka telah menggunakan alternatif yang lain seperti menggunakan cara penyebaran info yang salah melalui 'roadshow'.


Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menarik perhatian rakyat dan lantas mengharapkan undian dari rakyat-rakyat yang telah memakan janji-janji manis mereka. Mereka juga telah memberi harapan palsu kepada rakyat sekiranya mereka mengundi pihak pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang akan datang dan pendidikan percuma akan dibekalkan kepada semua warga pelajar, PTPTN akan dihapuskan sepenuhnya dan harga minyak akan diturunkan.

DAP PULAU PINANG TIDAK ADIL?

NIBONG TEBAL - Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa berlaku tidak adil dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri itu apabila projek yang tidak mampu melonjakkan kualiti hidup penduduk telah dibina di Seberang Perai. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, bahagian pulau dilihat seperti telah diberikan keutamaan apabila banyak projek yang 'bagus' telah dibina di kawasan tersebut.

ANWAR MELENTING PASAL ISU ISRAEL

ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha bagi menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen. Anwar dikatakan amat marah apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan mengugut akan mengambil tindakan jika terus difitnah.

Anwar dikatakan membisu apabila dicabar oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika kenyataan beliau keluarkan menyokong keselamatan Israel adalah fitnah,. Sebaliknya, Anwar dikatakan berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila beliau berkata yang kenyataannya telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.

SUBSIDI MINYAK DITAMBAH BUKTI KERAJAAN TIDAK BANKRAP


Dikala negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter. Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.

Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi.  Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Program WACANA SINAR HARIAN SIRI KE-12 "RASUAH POLITIK : PERSEPSI ATAU REALITI"



Benarkah rasuah politik wujud Malaysia? Jika benar apa buktinya dan apa pula risikonya?

Apa pula tekanan yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha mengheret 'orang politik' ke muka pengadilan?

Isu ini banyak diperkatakan saban tahun menjelang pemilihan peringkat parti dan ketika pilihan raya.
Semuanya akan didebatkan pada Wacana Sinar Harian Siri ke-12 bertajuk “Rasuah Politik: Persepsi atau Realiti” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, petang semalam.


Acara bulanan ini akan berlangsung mulai 2 petang semalam, bertarikh 29 Mac 2012.

Wacana kali ini, yang dipengerusikan oleh pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malik, mengetengahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull; Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah; Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan penganalisis politik dan Presiden Just, Dr Chandra Muzaffar.

KOLEKSI GAMBAR :



Thursday, 29 March 2012

Dato' Nalla terima ugutan




Sidang Media telah diadakan semalam oleh Dato' Nallakaruppan bertempat di Hotel Grand Season bagi menyatakan maklum balas terhadap notis guaman dari Anwar Ibrahim. Sidang ini turut dihadiri oleh rakan-rakan seperjuangan yang dahulunya merupakan individu yang rapat dengan Anwar Ibrahim.

SMS SPEAKER - ADUN BN CADANG HANTAR MEMO KEPADA SULTAN SELANGOR


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan mengambil langkah tertentu bagi membantah tindakan Speaker DUN Datuk Teng Chang Khim menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) pada persidangan DUN itu.  Mereka menyifatkan tindakan Teng Chang Khim  yang menggesa anggota exco kerajaan negeri agar

KETIADAAN BEKALAN AIR KE 77 SEKOLAH DI KELANTAN CONTOH KEGAGALAN KERAJAAN PAS



KOTA BAHARU- Kenyataan bahawa 77 sekolah di Kelantan tidak mendapat bekalan air yang diuruskan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan soal keperluan asas, kata setiausaha politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.
Beliau berkata keadaan itu merupakan antara contoh mengenai tahap kemampuan PAS mentadbir negeri Kelantan.

“Ini gagal namanya, jika sudah membabitkan pelajar sekolah yang terpaksa menerima beban,” katanya kepada pemberita pada majlis Konvokesyen Politeknik  Kota Baharu di sini Rabu.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, yang membuat kenytaan mengenai ketiadaan bekalan air ke sekolah-sekolah  itu di Dewan Rakyat pada Isnin lepas, berkata daripada bilangan itu, 39 sekolah berada dalam kedudukan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan sewajarnya.

Anwar Ibrahim Bapa Pluralisme Mengecam Seminar "Ancaman Kristianisasi" di Johor


Semasa rakan seperjuangan yang kini seteru Anwar Ibrahim mengadakan satu sidang media semalam berkenaan orientasi biseksual beliau, Anwar cuba mengalih isu tersebut dengan  mengeluarkan pernyataan mengecam tindakan Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor mengadakan seminar "Ancaman Kristianisasi" dengan mengatakan bahawa seminar tersebut suatu yang menjijikkan.

PERTELAGAHAN DALAM PAS TERUS BERLAKU

Prof. Madya Mohd. Noor Deris

Pendirian Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang tidak bersetuju dengan urus niaga bersama kaum Yahudi, menunjukkan pertelagahan terus berlaku dalam kepimpinan parti pembangkang itu kata Prof. Madya Mohd. Noor Deris. Mohd. Noor yang ujga merupakan Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS berkata, pertelagahan itu ibarat 'retak menunggu belah' dan beliau berharap ianya akan membawa kepada penyatuan umat Islam di negara ini.

Selain itu, Mohd. Noor juga megulas mengenai kenyataan Nasrudin yang dilihat bercanggah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu. Ia juga dapat membuktikan umat Islam di negara ini benar-benar mematuhi perintah Allah dalam soal hubungan dengan Yahudi katanya lagi. Justeru, Mohd. Noor meminta ahli PAS yang ada supaya tidak mempertikaikan soal kerjasama dengan Yahudi itu kerana ia merupakan perkara kecil katanya lagi.

PEMBANGKANG NAK WUJUDKAN GENERASI TAK BAYAR HUTANG

Janji PKR akan memansuhkan PTPTN
Penghapusan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang sering diwar-warkan oleh pihak pembangkang kepada rakyat dan terutamanya kepada remaja-remaja yang muda sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) samada di sektor awam mahupun swasta.

Cadangan yang telah disuarakan setelah sekian lama adalah sekadar satu langkah bagi memikat hati pengundi-pengundi muda yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di negara ini kerana mahasiswa adalah salah satu kemungkinan besar dapat mengubah keputusan undian pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang akan datang.

DAP HASUT KEBENCIAN KAUM DI HALALKAN.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Sejak terjadinya peristiwa hitam yang melibatkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969, masyarakat Malaysia mula terdedah sebuah parti yang bersifat rasis chauvanis ultrakiasu.Perjuangan parti tersebut tidak lebih kepada politik perkauman yang cukup tebal dan cubaan memansuhkan hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputra serta agama islam. Parti tersebut memang cukup sinonim dengan menyebarkan sentiment-sentimen yang boleh menimbulkan kebencian kaum.

DAFTAR SEBELUM AHAD INI MUNGKIN SEMPAT MENGUNDI PADA PRU 13.KETAHUI CARA-CARA MENDAFTAR DISINI


Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

Wednesday, 28 March 2012

Pendedahan Ekslusif Helah Pro Mahasiswa



Ketika demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi pada Jumaat lepas, kumpulan mahasiswa pro-pembangkang telah mengemukakan tiga tuntutan untuk dipertimbangkan oleh pihak kementerian khususnya Dato’ Seri Khaled Nordin selaku menteri yang bertanggungjawab.

Antara tuntutan tersebut, yang paling menarik ialah gesaan supaya pilihanraya kampus bebas daripada sebarang pengaruh politik luar. Kenapa ia menarik?

Pertama, tuntutan tersebut sebenarnya ibarat kempen terbaru daripada kumpulan mahasiswa pro-pembangkang ini. Tetapi kempen kali ini kelihatan agak melucukan kerana ia ibarat mengajak seluruh mahasiswa meludah ke muka mereka, dan mereka sendiri sedang meludah ke muka masing-masing.

Panas: Azmin Ali Halalkan Hubungan Anwar dan Shamsidar??? Perang Nuklear Akan Meletus??


Satu sidang media baru sahaja dilangsungkan sebentar tadi oleh 'Man of the Moment' Datuk Nallakarupan berhubung kenyataan beliau bahawa Anwar Ibrahim yang disebut-sebut oleh penyokong tegar beliau sebagai 'Imam Mahdi' ialah seorang biseksual dan korup. Pendedahan demi pendedahan telah dilaksanakan oleh mereka yang dahulunya rapat dan sanggup berkorban demi Anwar (Datuk Nalla sendiri pernah dimasukkan ke penjara kerana Anwar) yang kini telah bersedia untuk menelanjangkan Anwar Ibrahim termasuklah perhubungan sulitnya dengan isteri kepada orang kanannya, Azmin Ali.

Kerajaan kekal harga minyak, tambah subsidi


Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.
Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.
"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

PAS, DAP TERUS BERBALAH BERHUBUNG PEMBAHAGIAN KERUSI DI KEDAH


Kini Pakatan Rakyat terumbang-ambing apabila PAS dan DAP terus berbalah berhubung pembahagian kerusi di Kedah. Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak mendedahkan bahawa DAP tidak akan mendapat kerusi tambahan pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang akan datang. Pengumuman tersebut membangkitkan rasa tidak puas hati, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

KEDAH-DAP BERTEGAS MAHU BERTANDING KAWASAN PAS

DAP dilihat semakin bosan melayan karenah politik PAS yang semakin bercelaru sehingga hilang fokus dalam memantapkan undi orang Melayu dan Islam di Negara ini. Masalah dalaman politik PAS ini pada pandangan DAP tidak dikawal dengan baik sehingga statistik terbaru memperlihatkan PAS kini semakin hilang sokongan dari kalangan Undi Kaum Bumiputera tersebut dan mengambil langkah kebergantungan terhadap undi Cina pula.

Rekod ini jauh berbeza dengan DAP yang bukan sahaja mendapat sokongan lebih tinggi dari kalangan pengundi Cina, malah kini sudah mampu membariskan calon2 Melayu DAP yang bakal bertanding di beberapa kawasan yang disasarkan. Oleh yang demikian, beberapa kawasan DAP di setiap Negeri telah memutuskan untuk tegas dalam meletakkan calon di kawasan pengundi majoriti Melayu.

Nampaknya semakin teruk Menteri Besar Kedah ‘dibelasah’ para pemimpin Pakatan Rakyat. Terbaru, Azizan telah ‘ditempeleng’ hebat oleh Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, yang mengugut supaya diberikan lebih banyak kerusi kepada mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Malah keputusan akan dibuat untuk mendesak kuota di beberapa kawasan Parlimen dan DUN PAS diberikan kepada Parti tersebut.

DAP Kedah bertegas sanggup bertanding 3 penjuru jika PAS berdegil melayan karenah Ketuanya iaitu Ustaz Azizan yang tercungap-cungap masih mempertahankan Piagam Parti yang sewajarnya telah dirombak sekian lama. Dalam Pakatan kita mensasarkan keputusan yang bakal memberi kemenangan besar pada PRU13.

Oleh itu, releven jika DAP mendesak untuk menambah kuota kawasan berdasarkan rekod parti ini mampu membawa kemenangan yang kita terima akan berkongsi kuasa bersama PKR dan PAS. DAP Kedah kata, mereka kini sudah lebih besar dan kuat pengaruh kerana mendapat sokongan dan galakan hasil kekuatan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Beberapa Wakin Pemimpin DAP Kedah juga mendakwa, Masalah PAS Kedah yang tidak dapat dikawal di saat2 akhir PRU13 semakin hampir dilihat satu masalah melibatkan kesemua pihak yang terlibat di dalam parti tersebut.  Malah boleh juga dikatakan ada orang-orang PAS sendiri yang hendak undi protes. Dijangkakan DAP Selangor merupakan Negeri kedua yang bakal mengumumkan desakan yang sama selepas ini.

Persoalannya, mampukah Pakatan Rakyat menang lagi kalau letak calon DAP di Kedah? Adakah Rakyat Kedah boleh terima pemimpin DAP jadi wakil rakyat mereka? Sedangkan apa yang kita semua tahu anak Khir Johari yang “Melayu” masuk DAP tu pun digelar “Melayu murtad”, apatah lagi orang bukan Islam.

Ribuan penduduk bantah kenaikan harga minyak

Cadangan pemerintah Indonesia menaikkan harga minyak sebanyak 33 peratus bermula satu April ini mencetuskan bantahan rakyat Republik itu.

Bukan sahaja di Jakarta, bantahan turut berlangsung di beberapa wilayah lain.147 tunjuk perasaan membantah cadangan pemerintah untuk menaikkan harga minyak hari ini belangsung di seluruh wilayah Indonesia, antaranya di Jakarta, Surabaya, Medan, Makasar dan daerah lainnya.

PENDEDAHAN NILAI SAHAM ISTERI AZMIN ALI SEBANYAK RM9JUTA?!



Tuntutan oleh Datuk Dr. Hasan Ali kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkenaan lima persoalan yang telah ditujukan kepada beliau setelah beliau melemparkan tuduhan kepada Hasan Ali tentang isu pengubahsuaian pejabatnya tidak lama dulu.

Bekas Exco Kerajaan Negeri itu menggesa Azmin Ali untuk tampil dan menjawab persoalan yang telah diketengahkan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa kredibiliti pihak lain hanya boleh dipersoalkan hanya setelah beliau menjawab lima-lima persoalan tersebut.

Antara persoalan yang telah diketengahkan oleh Datuk Dr. Hasan Ali adalah ; Azmin Ali perlu menjelaskan nilai saham yang dimiliki bersama isterinya, Shamsida Taharin yang mencecah RM2 juta pada tahun 1992 sehingga ke tahun 1994.


DAP HINA RAJA MELAYU, TUKAR LIRIK NEGARAKU!!!

Memperlekehkan sistem Raja Melayu Berpelembagaan dan menghasut rakyat Malaysia merupakan agenda utama DAP semenjak sebelum tercetusnya 13 Mei 1969. Ahli-ahli DAP ini yang merupakan pecahan daripada PAP memang tidak pernah menghormati raja-raja melayu dan sistem demokrasi yang terdapat di Malaysia. Rakyat mungkin masih tidak tentang   perancangan DAP adalah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh PKR selama ini. Perjuangan kedua-dua parti ini adalah bertujuan bagi mewujudkan sebuah Negara Republik yang mirip kepada Singapura sekarang.

Tuesday, 27 March 2012

PRU 13: Berebut Kerusi Petanda PR Mahu Bungkus



Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar)hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.

Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak.

Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramai penyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mula mempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluan gabungan tersebut.

Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dah lama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan mereka berbanding mengutamakan kepentingan bersama.

Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadang ada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetap dirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari parti Perikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara.

Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam hal pembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut? Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahu jahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti.

Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan pun sudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagi dengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU 13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.

Rakyat Jangan Jadi Bodoh


PILIHAN raya adalah masa rakyat menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan yang difikirkan dapat mentadbir dengan baik serta mampu menjaga kebajikan serta keselamatan pengundi untuk tempoh lima tahun akan datang. Justeru dalam sistem pemerintahan demokrasi, ia adalah satu amalan penting dan tidak harus dipandang ringan sesiapa juga. Jika rakyat tersalah pilih kerajaan, padahnya ditanggung untuk satu jangka masa panjang dan sukar untuk berpatah balik sehinggalah tiba pilihan raya berikutnya. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, rakyat diharap dapat membuat pilihan tepat dan bukannya terpengaruh dengan janji manis parti pembangkang yang tidak mampu menunaikan apa yang mereka janjikan itu. Seperti ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah cukuplah rakyat ditipu dengan pelbagai janji manis palsu kerajaan pimpinan pembangkang. Rakyat tidak sepatutnya membiarkan perkara itu berulang pada PRU kali ini. Sebagai contoh, Perdana Menteri menegaskan rakyat di Selangor hendaklah menolak kerajaan negeri yang sehingga kini tidak mampu mengotakan janji yang ditabur ketika mereka ingin menawan negeri berkenaan pada PRU-12. Antara janji yang tidak ditunaikan itu, termasuk penurunan 20 peratus cukai pintu dan cukai premis perniagaan, perkhidmatan kesihatan percuma untuk warga tua, bantuan ibu tunggal RM600, bantuan RM1,000 untuk pelajar melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan bantuan prasekolah RM50. Tatkala janji ini pun belum dapat ditunaikan, mereka senaraikan pula janji lain dalam Buku Jingga yang ternyata hanya bertujuan memancing undi, seperti penghapusan tol lebuh raya dan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta penurunan harga minyak.

52 Ribu Pengguna Facebook Menyokong Lim Guan Eng sebagai PM Malaysia?? Anwar tak kisah?? Orang Melayu PR Pun Tak Kisah?






Kekadang betul juga pendapat bahawasanya Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial agak membahayakan kerana laman-laman ini boleh disalahgunakan untuk menyebarkan dakyah yang terpesong, fitnah, dan mengundang huru hara. Walaupun pendapat tersebut dihentam namun ada juga logiknya. Kerana setakat hari ini, tinjauan JejariKami telah menemui sebuah 'fanpage' yang dicipta oleh penyokong kuat DAP yang mahukan Lim Guan Eng, 'anugerah Tuhan' mereka untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan setakat ini, sudah terdapat dalam 52 ribu pengguna Facebook yang telah 'like' fanpage tersebut dan menjadi penyebar kepada mereka yang lain. 

Anda lihat dan nilaikan sendiri, belum menang apa-apa lagi sudah berangan besar puak DAP ini untuk menjatuhkan negara dengan dasar racist dan chauvinistic mereka! Bayangkan apa akan terjadi sekiranya mereka benar-benar menang? Dan persoalan paling hangat tentunya berkenaan nasib Anwar. Anwar tidak kisah ke kalau Lim Guan Eng yang memerintah Malaysia? Bukankah agenda utama dalam hidup Anwar ialah mengenepikan segala isu moraliti beliau demi menjadi PM Malaysia? Dan orang-orang Melayu yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat juga bagaimana ya?? Hmmm..



Nota Kaki: Rata-rata yang menyokong LGE sebagai PM Malaysia kerana amalan transparensi beliau tapi kenyataannya, beliau hanya tahu riak dan bangga diri akan 'kejayaan' palsu kerajaan Pulau Pinang! Mana janji penghapusan tol dan sebagainya? Selayaknya,  DAP = PAP

UNTUK GENG ADAM ADLI TEMPOH SAH LAKU BAUCAR BUKU DILANJUTKAN JANGAN LUPA BELI BUKU TAPI JANGAN JUAL PLAK BAUCAR TU YE


Berita gembira dan melegakan kepada semua pelajar-pelajar Institut Pengajian tinggi termasuklah geng-geng mahasiswa terkenal Adam Adli iaitu tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April 2012. Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.

TOLAK BONEKA ZIONIS DI MALAYSIA!!!








ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adakah layak untuk kita angkat beliau menjadi sebagai pemimpin bagi negara ini? Adakah beliau layak untuk kita undi beliau sebagai pemimpin Malaysia yang telah diiktiraf sebagai negara Islam di seluruh dunia sedangkan beliau adalah adalah agen pihak Zionis?


Masihkah kita ingat kenyataan beliau yang menyatakan beliau menyokong segala usaha demi keselamatan negara ISRAEL yang juga dikenali sebagai negara ZIONIS? Acap kali kita sudah melihat kekejaman yang telah dilakukan oleh pihak Zionis terhadap saudara seIslam kita di bumi Palestin dari dahulu sehingga ke hari ini.






Pihak Zionis berterusan membunuh anak-anak kecil, orang tua, perempuan dan sesiapa sahaja yang memalingkan muka mereka dari kuasa Zionis yang kejam dan mengenepikan hak untuk semua rakyat Palestin untuk merdeka dan bebas.


Telah kita didedahkan dengan banyak bukti dari pelbagai sumber mengenai hubungan beliau dengan pihak yang kejam tu, dan masihkah beliau layak?


Itu belum lagi kita sentuh tentang isu moral dan keperibadian beliau yang telah banyak menunjukkan perkara yang melanggar syariah Islam dan terang-terang telah melanggar larangan dan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh agama rasmi negara ini iaitu Islam.


Bagaimanakah beliau akan memimpin negara ini? Adakah beliau akan membimbing rakyat Malaysia ini ke jalan yang benar atau membimbing ke jalan yang beliau inginkan? rasanya itulah persoalan yang boleh kita fikirkan dengan pemikiran yang waras serta rasional dan jawapannya boleh kita ketahui tanpa mengeluarkan sebarang suara.


“Saya memahami kemungkinan besar pembangkang khususnya Anwar Ibrahim mencari dan menerima sokongan dari luar bagi mendapatkan dana atau sumber kewangan yang akan membiayai mereka dalam berdepan dengan Pilhan Raya Umum (PRU) dan menjatuhkan kerajaan yang telah menjadi model dunia Islam hari ini,”.


Kata-kata itu telah dikeluarkan oleh Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Seri Abdul Aziz Rahim kepada UMNO-Online. Tambahan beliau, ia adalaha satu kesalahan yang besar termasuk dari sudut perundangan jika perkara tersebut benar berlakudan kerajaan perlu mempergiatkan usaha dan mengumpul lebih banyak bukti tentang bagaimana saluran dana politik pakatan pembangkang ini.


“Dari sudut undang-undang ini adalah satu kesalahan sekiranya seseorang itu mendapatkan bantuan dari luar untuk kepentingan politik domestik apatah lagi telah jelas bahawa sememangnya ketua pembangkang ini mempunyai hubungan dengan pihak luar dan pendedahan juga dilakukan oleh orang yang pernah menjadi kepercayaannya.”






Bekas peguam Anwar Ibrahim, Zulkifli Noordin telah mendedahkan penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang pada minggu lalu termasuklah memberi input, khidmat nasihat, latihan dan juga kursus. Kursus yang dimaksudkan adalah seperti untuk mengadakan demonstrasi yang dihantar ke VIenadan Filipina selain diberikan RM15,000 sebagai peruntukan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) di bahagian Kulim Bandar Baharu sendiri.






Pernah juga yang bekas perdana menteri kita yang ke-5, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad untuk mencabar beliau supaya membuat sumpahan secara berdepan bagi berdepan dengan isu beliau yang mencuba untuk membuat pinjaman dengan Bank Dunia dan juga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.


“Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.


“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,”


Tun Mahathir menyatakan yang Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan IMF tersebut dan Tun Mahathir tahu jika idea yang diwar-warkan oleh ketua pembangkang itu, negara Malaysia akan menghadapi masalah besar dalam faktor kewangan yang berkemungkinan besar tidak akan mampu untuk membayar gaji penjawat awam di negara ini sendiri.


Zulkifli Noordin, juga menyatakan "Kita sendiri telah lihat bagaimana hubungannya dengan badan kewangan dunia, kekerapan beliau berulang-alik antara Malaysia ke Amerika dan terbaru pula sokongannya ke atas kewujudan Israel yang secara langsung menjelaskan kepada kita siapakah sebenarnya pemimpin terbabit."


Pihak bertanggungjawab perlu menyiasat secara mendalam dan meneliti secara menyeluruh kesemua bukti yang ada seterusnya membawanya ke muka pengadilan. Itulah yang digesa oleh Zulkifli Noordin kepada pihak yang berkenaan.


“Undang-undang adalah bila-bila masa saja yang tidak pernah mengenal kedudukan atau masa yang tepat kerana salah tetap salah dan jangan pula nanti sekiranya ada penyiasatan dilakukan maka akan dikaitkan pula kononnya kerajaan takut untuk berdepan dengan Anwar kerana PRU sudah dekat. Itu semua tidak menjadi soal kerana pengkhianat negara wajar dihukum.”


Tambahnya lagi, rakyat semestinya dapat membayangkan apa yang akan berlaku sekiranya orang yang ditaja menjadi pemimpin terutamanya yang mempunyai unsur-unsur Zionis.


“Maka jawabnya, Anwar terpaksa bertanggungjawab kepada pihak yang menaja dan tentunya dasar-dasar yang akan wujud adalah yang mempunyai kecenderungan kepada pihak terbabit.”


Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat agar tidak terpedaya sebaliknya berwaspada dengan tindak-tanduk sedemikian yang akan memberi kesan besar kepada agama, bangsa dan negara.




SUMBER : UMNO ONLINE

Fitnah Pembangkang Kepada Dr. Hassan Ali!









Sebelum ini, Datuk Dr. Hassan Ali telah dikatakan telah menggunakan duit rakyat semata-mata untuk mengubah suai pejabatnya yang dikatakan telah menghabiskan sebanyak RM300,000 yang juga bersamaan dengan sebuah rumah teres dua tingkat di bandaraya Shah Alam.






Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa, Azmin Ali semasa perbahasan titah diraja dilangsungkan pada 4 hari lepas iaitu pada 23 Mac yang lepas. Beliau menyatakan yang bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam tersebut telah membazirkan wang rakyat.


Itu merupakan kenyataan dari yang menuduh,tapi mari kita dengar pula penjelasan dr Datuk Dr. Hassan Ali berkenaan isu ini.


Bagi Datuk Dr. Hassan Ali pula, pengubahsuaian pejabatnya itu yang telah menelan belanja lebih dari suku Juta itu dilakukan dan telah mendapat kelulusan EXCO dan kelulusan dari kerajaan negeri. Ini menunjukkan yang beliau tidak menggunakan wang rakyat secara diam-diam.


Beliau berkata begitu bagi menjawab pertuduhan yang telah dilemparkan oleh Azmin Ali, yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melibatkan kos yang beitu tinggi dalam proses pengubahsuaian pejabatnya semasa beliau masih memegang jawatan di dalam parti Parti Semalaysia (PAS).


Tuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau secara jelas telah meletakkan kredibiliti anggota-anggota Exco di tahap yang boleh dipersoalkan serta kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut diragui.


Azmin Ali telah meletakkan persoalan beliau kepada Datuk Dr. Hassan Ali untuk menunjukkan yang beliau telah menggunakan duit rakyat sedangkan beliau menggunakan wang tersebut atas kelulusan yang sahih dari pihak Exco dan kerajaan negeri, lantas ADUN Bukit Antarabangsa tersebut secara tidak sedar telah mempersoalkan kredibiliti mereka yang telah meluluskan pengubahsuaian itu.


Ibarat beliau memberi persoalan kepada kerajaan negeri yang telah dipimpin oleh pihak pembangkang selama 4 tahun memerintah.


Hasan Ali mengesa Azmin Ali supaya membandingkan kos kerja-kerja pengubahsuaian pejabat Exco yang lain termasuk Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar; dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dan tidak hanya sekadar fokus kepada beliau seorang.


Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu sidang media dilakukan di rumahnya. Azmin Ali juga diminta untuk menjawab 5 persoalan termasuklah dakwaan terhadap sumber kewangan Azmin dan isterinya yang mampu membeli saham mencecah RM2 Juta dalam tempoh 2 tahun iaitu pada tahun 1992 sehingga ke tahun 1994.


Apa yang perlu diperhatikan di sini adalah, adakah mungkin yang beliau (Azmin Ali) mampu untuk membeli saham tersebut yang berharga RM2 Juta, sedangkan beliau pada masa itu mempunyai pendapatan (gaji) hanya sekadar RM2,000 sahaja?


Persoalan tersebut ditujukan kepada Azmin Ali dari Pengurus organisasi bukan kerajaan yang baru ditubuhkan iaitu Jalur Tiga (JATI) itu.


Hasan Ali juga mahu Azmin Ali untuk menjawab dakwaan bahawa Azmin tidak menziarahi dan hampir terus terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang berumur 78 tahun, serta menyahut cabaran agar ujian DNA dijalankan ke atas anak beliau iaitu Farah Afifah di klinik kerajaan.




SUMBER : UTUSAN ONLINE

Lynas: Nilai tanah tak terjejas, strategi nak menipu tak menjadi



KUANTAN: Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malah ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi, terutama yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana Lynas. “Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini, tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini, semalam. - BERITA HARIAN

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tindas Rakyat Sebab Duit

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Atas nama pembangunan, kerajaan Pulau Pinang sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengenepikan hak orang ramai terhadap kawasan yang ingin dibangunkan.

Jika dilhat dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang itu jelas menunjukkan mereka lebih mengutamakan keuntungan tanpa memikirkan keperluan serta hak rakyatnya.

Setelah 46 Tahun, Baru DAP Mahu Bina Melayu




Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

Monday, 26 March 2012

MESTI TAHU! DARI KERAJAAN UNTUK RAKYAT


Sebagai Rakyat, adakah kita tahu berapa jumlah yang dibelanjakan setiap tahun oleh Kerajaan untuk kebajikan & kesejahteraan Rakyat tercinta?

Terima Kasih kepada MyMassa kerana menyediakan informasi berguna untuk rakyat. Info ini sangat penting untuk rakyat kerana info inilah menangkis segala tomahan dan dakwaan pembangkang. Bila tak ada maklumat yang tepat dan betul,senang-senang jela pembangkang nak ‘goreng’ kita.

Mohon sebarkan supaya kita dapat maklumat berguna untuk rakyat!

Sumber: MyMassa

Malaysia pengeksport terbesar barangan halal antarabangsa



JELI - Malaysia kini pengeksport barangan halal terbesar ke pasaran antarabangsa dengan mencatat nilai RM35 bilion tahun lalu berbanding negara jiran yang menjadi pesaing.

CEO Halal Industry Development Corporation, Datuk Seri Jamil Bidin berkata, ia merupakan angka yang terbesar bagi eksport tahun lepas sekali gus menjadikan Malaysia jauh lebih ke depan dalam industri halal di dunia.

Menurutnya, ia dilihat melalui keuntungan yang melibatkan sembilan taman perindustrian halal sebanyak RM5.8 bilion pada tahun lepas.

Dalang Di Sebalik Perhimpunan Pro-Mahasiswa



Hari Jumaat kita digemparkan dengan kisah sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa (ke Pro-Pembangkang??) yang telah pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi selepas solat Jumaat untuk berdemo. Mereka menuntut supaya Pilihanraya Kampus diawalkan dari September ke April. Selain menyerahkan memorandum yang tidak lengkap dan mempunyai kesalahan ejaan, mereka juga menghadiahkan batu nisan kepada Menteri di KPT, Dato Sri Khaled Nordin. 

PEMBANGKANG DIPENUHI FITNAH UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN

Datuk Seri Nazri Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengatakan kebanyakan ahli parlimen pembangkang yang ada ketika ini sebenarnya tiada persediaan untuk menjadi seorang wakil rakyat.
Kebanyakan mereka juga sebenarnya terkejut yang mereka mampu menang pada pilihanraya umum (PRU) yang lalu.

RM7.5 juta atasi banjir Hulu Langat

NAJIB menyampaikan sumbangan tilam dan dapur gas kepada seorang mangsa banjir pada Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir Parlimen Hulu Langat dan Parlimen Ampang di Hulu Langat semalam.


HULU LANGAT – Sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan kerajaan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Hulu Langat bagi tempoh jangka pendek.
Usaha tersebut akan dimulakan tahun ini dan membabitkan pembinaan sebuah jambatan laluan utama dengan kos RM3.5 juta, dua unit pembetung (RM1 juta) dan pengalihan utiliti (RM3 juta).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Kerja Raya sudah memberi cadangan bagi melaksanakan langkah pencegahan banjir bagi tempoh jangka pendek dan panjang.
“Kita akan melaksanakan langkah jangka pendek tahun ini juga. Kalau boleh, mula dilaksanakan sebelum pilihan raya,” katanya pada majlis penyampaian bantuan mangsa banjir Parlimen Hulu Langat dan Ampang di Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua di sini semalam.

Sunday, 25 March 2012

SPR bidas Pakatan sengaja bangkit isu undi pos






KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membidas pembangkang yang sengaja membangkitkan isu berkaitan undi pos di kalangan petugas suruhanjaya itu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR sejak dari dahulu lagi menggalakkan petugasnya mengundi secara pos untuk memastikan perjalanan proses pengundian ketika pilihan raya tidak terganggu.

"Kalau mereka ini mengundi secara biasa, siapa yang akan menggantikan mereka yang nak koyakkan kertas undi, calit dakwat ini siapa yang nak buat.

Saturday, 24 March 2012

Tidak Perlu Mengajar Bahasa Melayu Di Sekolah Cina


Sebagai negara yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, tentulah bukan sesuatu yang pelik,dan jauh sekali satu kesalahan jika majoriti rakyat hanya fasih kedua-dua bahasa ini sahaja.

Walaupun kaum Cina dan India mewakili kaum yang kedua dan ketiga ramai di Malaysia, Bahasa Mandarin ataupun Tamil tidak pernah dinobatkan sebagai sama taraf dengan Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Kedua. Ini adalah amalan biasa bagi mana-mana negara yang bermasyarakat majmuk agar negara dapat mencapai matlamat perpaduan yang jitu.

Berdasarkan hakikat ini, maka memenuhi kehendak ektremis Dong Zhong agar semua guru-guru yang dihantar ke sekolah Cina wajib fasih berbahasa Mandarin tentulah sukar dipenuhi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila kaum Cina sendiri kurang berminat menjadi guru dan begitu sedikit sekali yang menghantar permohonan untuk menjadi guru.

Justeru, bagi memastikan anak-anak Cina tidak ketinggalan dalam sukatan pelajaran Malaysia, guru-guru yang tidak fasih atau tidak tahu berbahasa Mandarin terpaksa juga dihantar ke sekolah Cina untuk mengajar beberapa matapelajaran lain, terutamanya matapelajaran Bahasa Melayu.

1,165 pesara polis terima RM3.4j




Polis Kelantan mengagihkan lebih RM3.4 juta wang Tabung Amanah Warisan Polis kepada 1,165 pesara pasukan itu termasuk mereka yang pernah menyertai pasukan keselamatan seperti Special Constable (SC), Home Guard dan Jungle Squad dari 1948 hingga 1962.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sumbangan kerajaan berjumlah RM3,000 setiap seorang itu sebagai penghargaan kepada mereka yang menjaga keselamatan negara lebih empat dekad lalu.
Menurutnya, semua Ketua Polis Daerah telah diarah untuk menyampaikan wang tersebut menggunakan cek bermula dua hari lalu.

Friday, 23 March 2012

TAHNIAH PM DS @NajibRazak ! KONSEP 1 MALAYSIA VISI YANG HEBAT - SETIAUSAHA AGUNG PBB



PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memuji Datuk Seri Najib Razak yang telah memperkenalkan konsep 1Malaysia telah disifatkannya sebagai visi hebat mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Beliau berkata, konsep 1Malaysia itu juga selari dengan usaha pertubuhan antarabangsa itu dalam mempromosikan perpaduan untuk penduduk dunia yang berbeza agama, etnik dan budaya.
“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, budaya. Konsep 1Malaysia yang dibuat untuk mempromosikan perpaduan masyarakat adalah satu visi hebat bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah rantau ini.
“Ini yang PBB selama ini usahakan di seluruh dunia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri sempena dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia di sini, semalam.

Ki-moon juga kagum dengan pencapaian Malaysia di bawah pentadbiran Najib dalam aspek kematangan politik dan demokrasi serta pembangunan sosial ekonomi negara ini.

“Malaysia adalah antara negara membangun yang boleh berkongsi pencapaiannya dengan negara lain dan saya berharap Malaysia akan terus menyediakan kepakaran dan pengalaman kepada negara lain bukan saja di rantau ini malah seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan dan komitmen kukuh Malaysia dengan penyertaannya dalam misi keamanan di pelbagai negara bergolak sejak merdeka.
Di KUALA LUMPUR, Ki-moon ketika menyampaikan ucapan khas bertajuk ‘Malaysia dan PBB Dalam Dunia Sedang Berubah’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini, turut memuji usaha kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut menghargai usaha Malaysia menentang ektresmisme menerusi Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Najib, malah negara boleh bekerjasama rapat dengan Perikatan Ketamadunan PBB bagi tujuan sama.

Malah, katanya, Malaysia adalah rakan PBB dengan menyumbang kepada pelbagai usaha murni, termasuk menyertai 25 operasi pengaman di lebih 20 negara seluruh negara.

Tq Berita Harian