Friday, 31 August 2012

MAMPUKAH MAJLIS SYURA PAS PERTAHAN PRINSIP, MEMBELA USTAZ NASHA?



Mampukah Ulama-ulama dalam Pas mempertahankan bekas Timbalan Presidennya, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang kini diserang setiap penjuru di dalam parti tersebut.

Jika sebelum ini, isu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Israel seperti yang disiarkan di dalam Wall Street Journal (WSJ) dikatakan masih belum lagi ada lagi keputusan, pelbagai persoalan mula timbul dalam isu Nasharudin ini.

Mengulas mengenainya bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata berdasarkan pengalamannya sebelum ini, Majlis Syura tidak akan mampu untuk berdepan dalam isu berkenaan.

Namun beliau juga mempunyai pandangan lain yang mana Ustaz Nashraudin mungkin akan terselamat daripada sebarang tindakan atas faktor politik memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir.

“Yerlah pilihan raya tinggal lagi beberapa bulan dan saya merasakan Majlis Syura tidak akan mengambil apa-apa tindakan tetapi perlu diingat…Ustaz Nasharudin mungkin akan ‘dipeti sejukkan’.

Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol




Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.

Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011. 

Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor. 

Thursday, 30 August 2012

JK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55


Ada pepatah mengatakan bahawa, untuk berjaya adalah sukar. Tetapi, untuk terus menahan kejayaan di pucak adalah jauh lebih sukar. Syukur Alhamdulillah kita mampu mempertahankan kemerdekaan selama 55 tahun hingga ke hari ini.  'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

Sajak Pak Samad di Perhimpunan #JanjiDemokrasi

Tergelak JK baca bahagian 'description' video ini. Anak-anak muda sekarang terlalu ghairah dan emotional dengan sentimen-sentimen yang dibawa Pakatan Rakyat tanpa sedar semasa mereka lahir lagi semua keperluan mereka disubsidi kerajaan. JK lihat 'user' yang memuatnaik video ini ada satu lagi video tentang A Samad Said. Tergelak juga JK tengok! Rakyat Malaysia memang sporting!

Janji Demokrasi: Flyers Untuk Tukar Jalur Gemilang, Pembangkang Sebarkan Sentimen Anti-Patriotisme!



Janji Bersih (eh Ambiga tak bagi pakai!) ke Janji Demokrasi ke Janji Demonstrasi??

                                                                              atau 


DAP – PAS DRAMA IS JUST A PLOY TO STOP FADING INFLUENCE



The verbal spat between DAP and PAS over Hudud laws is just a drama to drum up their existence the changing political landscape in the country given the changing minds of voters, particularly the new young voters termed as Generation Y.

Undeniably, BN’s economic transformation programmes have yield certain level of success and the opposition parties are feeling the ‘pinch’ with their influence and ‘charms’ fading fast.

Their ‘attractions’ are fast becoming antics for the voters and the BN’s success since Datuk Seri Najib Tun Razak took over the country’s leadership have got them reeling and searching for more new attractions to stop the young voters from running to Najib, vis-à-vis BN.

SETAN KUNING BERGELANDANGAN


Dipetik dari : Dr MiM

Di bawah adalah suasana terkini di Dataran Merdeka malam ini. Setakat ini, perhimpunan “Janji Demokrasi” masih diteruskan walaupun polis tidak membenarkan mereka berhimpun di Dataran Merdeka.

MiM difahamkan bahawa penganjur tidak akan melanggar arahan polis supaya tidak berhimpun di Dataran Merdeka. Kita tunggu dan lihat kerana janji seperti inilah yang tidak ditepati oleh penganjur Bersih 3.0 tidak lama dulu.







Di bawah adalah surat polis yang tidak membenarkan perhimpunan di Dataran Merdeka. Sila baca :








PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-55

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa, lantaran dengan rahmatnya jua, kita rakyat Malaysia berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-55.

Saudara dan saudari,

Sudah lebih lima puluh tahun, dengan berpayungkan piagam asas nasional, yakni Perlembagaan Persekutuan serta berpandukan ideologi kebangsaan Rukun Negara, Malaysia dan rakyatnya telah bertatih dan bertapak membangunkan sebuah negara bangsa.

Pakar Ekonomi Ramal BN Kekal Memerintah



Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Ahli Ekonomi Asia Tenggara dan Asia Selatan Economist Coporate Network, Justin Wood, berkata pelabur melihat program pembaharuan yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu sebagai salah satu faktor penting keputusan pelaburan mereka di negara ini.

"BN akan terus memerintah. Saya meramalkan kerajaan yang sama selepas pilihan raya. Ekonomi Malaysia kukuh dan pelaburan lansung asing (FDI) semakin meningkat. Semua ini disebabkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap setiap maklum balas yang ditimbulkan oleh pelabur asing sebelum ini," katanya ketika taklimat tinjauan ekonomi Malaysia anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn. Bhd disini semalam.

Surat Kerajaan Selangor Bocor!

*Ingatkan tak payah ada surat macam ni pun Pakatan Pembangkang boleh kumpul orang. MyMassa dapat SMS dari ketua kampung yang mengadu bahawa mereka DIWAJIBKAN datang. Ada yang cadang buat open house dan doa selamat, terpaksa tunda sebab ARAHAN RASMI dari pemimpin PKR.

Dipetik daripada MyMassa : http://mymassa.blogspot.com/2012/08/surat-kerajaan-selangor-bocor.html?m=1

PENEROKA TAK TERIKAT TEMPOH JUAL SAHAM

Peneroka FELDA kini tidak lagi terikat dengan tempoh penjualan balik saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) apabila hutang mereka dengan bank diselesaikan FELDA mulai Sabtu ini. Ketika ini, peneroka yang membeli saham FGV mendapatkan pembiayaan kewangan dari 10 konsortium bank dan terikat dengan kadar faedah dan syarat penjualan balik saham. FELDA akan membuat bayaran pinjaman bank sebanyak RM360.7 juta bagi membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka. 

Khalid Sahkan Manifesto PR Hanya Untuk Suka-suka



Nampaknya, Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, benar-benar buntu apabila diasak dengan persoalan mengenai kegagalan kerajaan pimpinannya untuk menunaikan janji bekalan air kegunaan domestik percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada semua rakyat Selangor. 

Jawapan beliau kepada media berkenaan isu ini dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri kelmarin iaitu ‘manifesto bukan satu perjanjian’, telah benar-benar membangkitkan kemarahan rakyat Selangor.   Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kenyataan tersebut seolah-olah ‘membunuh diri’ atau ‘membunuh parti sendiri’.  

Mungkinkah Khalid tidak tahu bahawa rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu:  1. Rekod perkhidmatan,  2. Ideologi, 3. Manifesto.

Analisis Senario Pas Kuasai Parlimen?





AKHBAR Sinchew Daily bertarikh 28 Ogos 2012 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editor akhbar itu, Tay Ting Hien berkenaan senario Pas menguasai Parlimen dan memperkenalkan Undang-Undang Jenayah Islam.

"Pada suatu hari pada bulan September 2014, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan usulkan Undang-UndangJenayah Islam di Parlimen. Pakatan pembangkang akan berlaku perpecahan, Ahli Parlimen Pas sebulat suara menyokong sementara semua ahli DAP akan membantahnya. Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang Islam dan bukan Islam akan berpecah...

"Barisan Nasional (BN) jadi pembangkang dalam Parlimen akan condong ke kiri, ahli lembaga disiplin UMNO akan berkata, sebagai orang Islam ahli UMNO semestinya menyokong rang Undang-Undang Jenayah Islam. Bantahan MCA, Gerakan dan MIC tidak berkesan dan mereka umum keluar daripada BN..

ANWAR BINGUNG DUNIA PUJI KEPIMPINAN NAJIB



Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ternganga dan melopong kebingungan apabila penganalisa antarabangsa memuji kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang berjaya menerajui pembangunan ekonomi Malaysia dengan begitu mantap dan berkesan walaupun dunia kini dibelenggu kemelut kewangan yang dahsyat.

Secara langsung dunia mengiktiraf Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang menjadi tunggak pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah benar-benar memberi impak serta kesan positif kepada negara.

Pengakuan ini bukan dilaporkan oleh sebarangan media tetapi oleh akhbar Financial Times yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diyakini pandangannya di peringkat antarabangsa.

PERPADUAN KAUM JADIKAN MALAYSIA BERDAULAT

Bersempena dengan perayaan kemerdekaan ke-55 negara, rakyat Malaysia tidak seharusnya lupa bahawa perpaduan semua bangsa di negara ini telah menjadikan sebuah negara Malaysia berdaulat seperti hari ini. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada apa yang pernah diperjuangkan oleh para pejuang kemerdekaan negara dan "jangan kita lupa bahawa ia adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina serta India terdahulu dan tidak ada satu bangsa pun di negara ini yang menyokong perjuangan komunis.

Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa kejayaan ini adalah hasil perpaduan kita dengan etnik Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun, tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.

BAJET 2013 FOKUS KEMAKMURAN RAKYAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Bajet 2013 akan memberi tumpuan terhadap pengagihan kemakmuran rakyat dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang selain mengekalkan dasar fiskal sedia ada.

Beliau berkata tumpuan kepada dua aspek itu penting memandangkan ia merupakan asas bagi polisi ekonomi yang telah diamalkan sejak dahulu iaitu setelah Malaysia tidak lagi mewarisi prinsip pasaran bebas yang diperkenalkan oleh penjajah.

FDI: GDP RATIO TO RISE TO 26% BY 2016

KUALA LUMPUR (Aug 30, 2012): Malaysia continues to attract a high level of foreign direct investment (FDI), especially in the manufacturing sector, driven by major projects under the Economic Transformation Programme and the Government Transformation Programme, said Justin Wood, chief economist for South and Southeast Asia at the Economist Corporate Network.

He predicts the ratio of Malaysia's FDI inflows to its gross domestic product to rise to 26% by 2016 from about 21-22% now.

Wood said a recent study by the Economist Corporate Network revealed that Malaysia was one of the attractive destinations for manufacturing investments in Asia.

Outspoken Ulama Invites Backlash


PAS is in a dilemma about what to do with controversial ulama Nasharudin Mat Isa. Sacking him would make him a martyr but to allow him to continue to speak out may damage the party’s prospects in the general election.
NASHARUDIN Mat Isa was once regarded as a political comet in PAS but his political career is now on a downward spiral. The former PAS deputy president’s future in PAS is on the line and he will know whether he is in or out in a fortnight’s time.
The chirpy and pint-sized ulama, whose face is reminiscent of the yellow smiley often used in text messaging, has been a newsmaker ever since he was photographed with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in Mecca earlier this month.

EXCO 'SEKS BEBAS' SELANGOR DI PERKARANGAN MASJID.



Gambar di atas adalah gambar Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan oleh EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Sivarasa Rasiah. Majlis berkenaan diadakan di Taman Ehsan, Kepong. Hendak lebih tepat lokasinya adalah di perkarangan Masjid Al Faizin Desa Jaya. Tak kisahlah kalau kaum-kaum lain ingin menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri. Kitakan 1Malaysia. Cuma yang tidak enaknya apabila Rumah Terbuka yang dianjurkan disusuli dengan ceramah-ceramah politik. Kehadiran? Adalah dalam seratus ribu lebih terutama orang-orang Melayu Islam!

Cukuplah sepanjang tahun kita berpolitik. Takkanlah perayaan yang disambut setahun sekali di bulan yang mulia ini pun kita hendak sulami dengan agenda politik kepartian? Puluhan ribu datang ke majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri seperti yang dianjurkan oleh DS Najib Razak, TS Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain. Adakah terdapat ceramah berunsur politik di sana?

Sumber : Gerakan Anti Pkr & http://khairulryezal.blogspot.com

Marina Chin Abdullah Hantu Ambang Merdeka



Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.  

Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil ‘Janji Demokrasi’ ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji.  Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat. 

Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan.  Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’. 

PANASSSS!!! GAMBAR ANWAR IBRAHIM TAYANG 'BURUNG' DALAM SAMBUTAN MERDEKA!!!


Di petik dari : MyMassa

Burung yang MyMassa maksudkan adalah burung merpati dalam logo merdeka pakatan pembangkang.

Apa kena mengena burung merpati dengan Malaysia?

Kalau ikut blogger Helen Ang, merpati melambangkan agama Kristian. Dan ada blogger dah buat kesimpulan bahawa ianya satu dakyah halus pembangkang untuk gerakan Kristianisasi.


Logo Hari Kemerdekaan yang direkacipta Pakatan mempunyai simbol burung merpati, hati merah dan kelopak bunga yang nampaknya macam nyalaan api Holy Spirit.

Simbol Gereja

Burung merpati adalah lambang gereja.

Ia juga simbol Kristian dalam lukisan-lukisan bercorak keagamaan serta digunakan sebagai hiasan popular untuk kad Krismas dan kad ucapan tahniah bagi upacara pengkristianan bayi dan kanak-kanak.


The Church: Dove as a symbol of the Church, the agent through which the Holy Spirit works on Earth.
 Baca Seterurnya : Klik